Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 20, 2009

Bangang dan Bengang

"Oh, patient Dr. *** tak payah buat temujanji untuk rawatan seterusnya, Dr. *** akan call sendiri patient dia". Itulah perkataan yang membuat saya dan isteri bengang.

Sejak jam 10.00 pagi saya menemani isteri untuk satu pemeriksaan Doktor Pakar berkaitan isteri dibimbangi menghidap satu penyakit yang cukup bahaya bagi perempuan. Kami menunggu di ruang menunggu Bahagian Pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dengan temujanji dibuat sebelumnya dengan seorang Doktor Pakar dalam bidang berkaitan. Lebih kurang setengah jam menunggu isteri dipanggil masuk ke bilik rawatan untuk diperiksa dan diambil sample tissue.

Setengah jam kemudian isteri saya keluar dan terus ke kaunter untuk menanyakan tarikh temujanji seterusnya setelah diarah oleh Dr. *** yang mengambil kes isteri saya supaya mengambil kad dan menetapkan tarikh temujanji di kaunter. Jururawat di kaunter minta isteri saya menunggu kerana kad rawatan belum sampai ke kaunter. Kalau dah siap pihak kaunter akan memanggil namanya.

Kami duduk kembali di kerusi yang dikhaskan untuk orang ramai menuggu. Saya baca apa yang ada semua surat khabar dan pamphlets yang disisipkan di satu rak di situ. Terlalu lama menunggu saya bangun minta isteri tunggu di situ, saya keluar mengambil kereta yang diletakkan di sebelah selatan perkarangan Stadium yang agak jauh dari situ. Saya ambil kereta dan pusing dua kali sekeliling hospital tapi tidak ada ruang kosong untuk parking. Round kali ke tiga barulah ada satu ruang di pintu hadapan pagar hospital yang juga agak jauh tetapi lebih dekat dari perkarangan stadium. Selepas parking saya berjalan kembali ke tempat isteri sedang menunggu.

Sesampai di ruang menunggu, saya dapati isteri masih lagi melangut di situ. Masih belum dipanggil walau pun saya dapati orang lain ramai yang telah balik hanya tinggal beberapa orang saja lagi. Saya minta isteri tanya di kaunter kenapa lama sangat untuk hanya mendapatkan tarikh temujanji. Setelah ditanya kali ini barulah Jururawat di situ tanya isteri saya dari bilik mana dan doktor mana. Setelah isteri saya jawab doktor mana dan bilik mana, barulah siJururawat berkenaan memberitahu ""Oh, patient Dr. *** tak payah buat temujanji untuk rawatan seterusnya, Dr. *** akan call sendiri patient dia". Bukankah ini yang dinamakan kerja sambil lewa dan melepas batuk di tangga? Menyusahkan orang sakit pada tempat yang tidak sepatutnya. Dengan geram isteri saya membalas "You have done a lousy job. Thank you!" Masa itu jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Nasib baik juga bertanya kali ke dua, kalau tidak tualah kami di situ menunggu.

Nasib baik saya juga mengambil cuti hari ini. Pada mulanya saya malas nak cuti, cadang nak teman sekejap saja dengan berandaian masa pemeriksaan tidak lama. Rupanya perkara sebaliknya yang terjadi. Kalau tidak saya akan termasuk di kalangan kakitangan ponteng kerjalah hari ini. Dahlah nak dapatkan parking susah, layanan begitu pula diterima. Inilah agaknya yang menjadi orang ramai tidak mahu mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan. Sebenarnya saya dan isteri terlalu jarang ke Hospital Kerajaan kecuali disebabkan kes-kes yang dirujukkan oleh Doktor/Hospital Swasta.

Kerana kaunter dikendalikan sibangang maka saya naik bengang! Satu pertanyaan timbul di benak saya, walau pun saya juga adalah Kakitangan Awam "Layakkah semua Kakitangan Awam mendapat bonos?"

34 comments:

  1. Ini lah hakikatnya. Kalau nak kata tidak semua jururawat atau doktor macam tu, saya rasa semua doktor dan jururawat patut di persalahkan. Hampir semua rakyat marhaen sudah merasakan keadaan ini. Nak nafi macamana?

    Sistem kita tak betul, sikap kakitangan tu pun tak betul. Tu pasal diorang buat kerja sambil lewa.

    Saya memang panas baran, dan pernah doktor dan jururawat kena maki percuma tak tentu pasal kerana dah bertahun tahun buat kerja tapi sikap macam budak baru. Kalau tak mahu kerja, buat cara tak mau kerja. ramai lagi yang mengganggur nakkan kerja.

    memikirkan masalah yang tak pernah selesai ni, menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  2. Salam Pakdin.
    Kesian kat Auntie..mmmm :(

    ReplyDelete
  3. Salam.. sambil lewa diorang buat kerja, tak fikir ke, yng datang ke hospital ni orng sakit.. teruk betul.

    ReplyDelete
  4. Salam Pakcik..
    Keja sambil lewa ni yg buat kakitangan kerajaan tak efisien..kat tmpat saya lg teruk..payment dh lambat 5 bulan..tiba2 pegawai kewangan yg nak sign cek boleh gi makan angin kat Bangkok time2 gini..projek lewat sbb diorang ja..bukan salah swasta kalu projek tergendala..sungguh tk efisien..

    ReplyDelete
  5. salam pakdin..

    kalau aku,dlm kes camni, aku akan bayar cash jam tu gak.

    ada yg kena bangang ngan aku..

    ReplyDelete
  6. Salam Ayahanda,

    Memang ramai yang menyampah dengan hospital kerajaan ni, sebab struktur perkhidmatan dan layanan seperti yang ayahanda katakan.

    Pengalaman saya di Hos. Universiti, apabila isteri saya dirujukkan kepada Prof. Yeap yang klinik beliau berada di bangunan baru hospital (UMMC), kerana ingin bertanyakan bangunan baru itu kami di tendang ke hulu ke hilir macam bola.

    Bila bertanya di kaunter pertanyaan dan kakitangan yang lain boleh dikatakan semua pekerja hospital tak tahu ujudnya bangunan baru tu.

    Tak ke banggang dan bodohnya semua pekerja di situ, kalau bertanya perkara yang kecil lain lah cerita... tapi bertanyakan tentang "BANGUNAN" baru hospital itu sendiri... nampak sangat pihak pengurusan yang banggang dan pihak pekerja yang tidak ambil peduli.

    Yang diorang tahu, gaji dah masuk belum dan ada bonus ke tahun ni...?

    Selepas selesai urusan dengan Prof. Yeap kami minta transfer rekod to SJMC, biar mahal dan tidak menyakitkan hati, sejak March-08 sehingga kini isteri saya buat treatment di SJMC. Alhamdulillah.

    (Maaf makcik sakit apa, jika mahu berkongsi maklumat dan kalau saya boleh membantu, email saja pada saya) Wasallam

    ReplyDelete
  7. Salam tuan rumah dan semua tetamu,
    Adakah itu contoh modal insan hadhari?
    Sabar, sabar!

    ReplyDelete
  8. berurusan dengan kakitangan kerajaan mmg beginilah..tak semua tapi segelintir daripada mereka merosakkan presepsi kita pada agensi kerajaan yang laen.

    saya tak dapat bayangkan kalau saya di tempat tuan..tentu tak pasal2 naik darah dibuatnya..

    ReplyDelete
  9. typical gomen punya attitude ..

    sabar je la Pak Din ..

    ReplyDelete
  10. Salam Pakcik,

    Berkenaan HRPZII tu memang macam tu. Saya dah ada pengalaman kat hospital tu hampir 4 tahun dah sebab anak sulung saya setiap bulan ada treatment kat sana.

    Memang menyakitkan hati tapi apa nak buat sebab kalau nak ke private kami tak mampu.

    Pada saya yang paling ketara kelembaban kat sana ialah di farmasi. Setakat ni kalau anak saya ada temujanji dah tak berapa lama sangat sebab kami dah tau set masa dan cara diorang kerja. Timing kena betul-betul tepat. Kalau ikut kerenah diorang memang hancur.

    Tapi yang paling kritikal ialah kat Farmasi. Saya tak tau macamana sistem diorang kat sana sebab rasenya staf kat sana terlalu ramai tapi mungkin ada something wrong dengan sistem pengurusan pengagihan ubat.

    ReplyDelete
  11. tensen gile kalau t'jadi kat saya...
    konfem kene marah org kat kaunter tu

    ReplyDelete
  12. Salam Wak.

    Sikap Kakitangan Awam dari dulu sehinggalah sekarang masih di takuk yang sama. Kalau ada perubahan pun tidak ketara. Sikap yang diwarisi dari zaman penjajah turun temurun. Tapi bukannya semua bersikap begitu. Bagi yang bertanggung jawab dan ingatkan Tuhan yang inginkan rezeki halal akan lebih bertanggung jawab dan berhemah. Terima kasih untuk mereka ini.

    Saya pun panas juga tetapi memandangkan di tempat orang ramai dan saya pula dah melebihi 50 tahun, terasa malu pula nak melatah. Tapi rasanya dah cukup dengan kata-kata terima kasih isteri saya itu.

    ReplyDelete
  13. W'salam PG.

    Entahlah di mana silapnya. Rasanya masalah sikap ajer?

    Bukan semua. Hanya seglintir dari satu komuniti yang besar ko?

    ReplyDelete
  14. W'salam sdr. Zaidon.

    Itulah yang dikesalkan, kalau manusia yang sihat rasanya tidaklah terdera sangat.

    ReplyDelete
  15. W'salam UXOP.

    Itulah masalahnya. Kerja ikut suka hati mereka aja. Yang menjadi mangsa adalah manusia yang membuat perkhidmatan dan memerlukan duit dan modal.

    Mereka tidak fikirkan orang lain dan hanya pentingkan diri dan keselesaan peribadi.

    ReplyDelete
  16. W'salam anakanda aku,

    Pak Cik pun memang darah dah naik ke muka tetapi masih bersabar memandangkan di tempat ramai dan Pak Cik pun dah berumur. Malu pula nanti dikatakan situa panas baran.

    ReplyDelete
  17. W'salam anakanda Isa.

    Banyak kes begitu berlaku. Mereka seolah di dalam tempurung tidak pernah ambil tahu hal-hal keliling. Tapi sebenarnya yang malu adalah jabatan yang mempunyai kakitangan yang bersikap begitu.

    Auntie pun sebenarnya selalu membuat rawatan di KB Medical Center tetapi kali ini kebetulan Dr. di klinik swasta tempat auntie buat pemeriksaan awal tu seorang Dr. Pakar yang attached di HRPZ II dan dialah yang minta Auntie membuat pemeriksaan seterusnya di situ sebab kelengkapan cukup. Tak sangka begitu pula jadinya.

    ReplyDelete
  18. W'salam Dr.

    Semuanya adalah bersangkut paut dengan kesedaran dan celik agama. Kalau songsang yang disogokkan maka songsanglah segala perbuatannya.

    Kita yang perlukan perkhidmatan terpaksa sabar ajelah.

    Kesian kat orang-orang yang tidak mampu mendapatkan rawatan swasta yang lebih baik dan lebih bermutu.

    Adakah bonos yang kerajaan berikan setiap tahun itu berbaloi dengan perkhidmatan yang berikan?

    ReplyDelete
  19. Sdr. Mogen.

    Betul. Mereka-mereka yang sebeginilah yang mencemarkan nama Jabatan di kalangan awam.

    ReplyDelete
  20. pacoksiku

    attitude yang diwarisi turun temurun. Apa nak dikata.

    ReplyDelete
  21. W'salam Webmaster.

    Dari apa yang Pak Cik tengok dari Pak Cik kecil sampai sekarang tidak banyak perubahan dari segi layanan dan pengurusannya.

    Yang tua pencen dan berganti yang baru pun masih macam itu juga. Entah apa sebabnya susah nak kata.

    Tapi yang pasti seolah tidak ada simpati kepada orang-orang yang sakit dan perlukan perkhidmatan mesra dan berhemah.

    ReplyDelete
  22. Hanis.

    Ayahanda pun rasa marah tetapi keadaan dan umur uncle tidak sesuai intuk marah di masa itu.

    Telan ajerlah walau pun hati panas.

    ReplyDelete
  23. Mmg mcm tu lah, kalau 'MAKAN GAJI'

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Saudara,

    Semoga tissue sample itu akan menunjukkan tidak ada apa-apa cuma tissue biasa sahaja, melalui ujian yang dijalankan.

    Memang, orang perempuan kena pergi macam-macam ujian dan tissue sample. Lebih-lebih lagi kalau telah berusia lebih 40 tahun.

    Syukur juga ada banyak kemudahan yang disediakan di negara kita.

    Saya rasa kakitangan kerajaan layak dapat bonus dan kenaikan gaji. Jika seorang dua buat kerja tak betul itu..apa nak dikata. Manusia...susah nak cakap.

    Tegur salah, tak tegur pun salah. Kalau kita komen pun dia orang tak suka. Tapi ramai lagi kakitangan kerajaan yang berdedikasi dan komited pada kerja mereka. Saya dah jumpa ramai.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  25. memang soalan yang bagus untuk diutarakan. sepatutnya perkara ini jadi renungan bulanan kepada penjawat jawatan awam, bukan orng inginkan perkhidmatan yang superb, tapi "cara" tu yang penting. cara komunikasi, cara nak handle customers, cara nak senangkan hati orang...bla bla bla

    ;)

    ReplyDelete
  26. Tok Batin.

    Kalau ikhlas berniat makan gaji dengan melakukan kerja yang setimpal memang ibadah. Masalahnya kerja malas dan sambil lewa tapi gaji tak boleh lewat. Kalau bonos sikit pun bising.

    ReplyDelete
  27. Wa'alaikumusslam Puan.

    Kita bersyukur kepada apa yang Allah kurniakan. Dengan kemudahan dan kepakaran untuk dimanafaatkan. Saya pun berdoa semuga hasil pemeriksaan nanti menggembirakan. Apa pun pemeriksaan itu adalah langkah berjaga-jaga.

    Apa yang saya cuba paparkan di sini adalah sekadar contoh ketidak bertanggung jawaban penjawat awam. Tetapi sikap ini bukanlah ada pada semuanya. Hanya segelintir. Tapi yang segelintir inilah juga merusakkan reputasi perkhidmatan.

    Bonos juga begitu. Sepatutnya pihak pengurusan menilai dari masa ke semasa kakitangannya. Berilah bonos kepada yang berhak menerimanya dengan kadar yang berbeza berpadanan dengan merit.

    ReplyDelete
  28. Mak Su.

    Memang betul. Kita diupah/digaji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

    Kalau kita hanya layan persaan malas dan penting diri, maka apa yang kita dapat/gaji mungkin kurang bersih/baik kerana kita tidak melakukan kerja dengan baik.

    Penilaian dari masa ke semasa memang patut dilakukan.

    ReplyDelete
  29. salam ayahanda.. memang itulah kerenah kakitangan kerajaan ni.. memang kena tingkatkan kesabaran bila nak berurusan dengan mereka2 ni.. sepatutnya mereka2 yang diletakkan di kaunter2 yang berurusan dengan orang ramai ni haruslah mereka yang bertanggungjawab dan peka dengan keadaan sekeliling..

    ReplyDelete
  30. W'salam nurdaniella.

    Kerenah sebegini sebenarnya ada di mana-mana jabatan kerajaan. Sikap inilah yang perlu dikikis.

    Yag uncle heran tu, daripada dulu-dulu sehingga sekarang kerenah ini tetap berterusan walau pun sudah lebih 50 tahun merdeka. Jiwa kita masih belum merdeka rupanya!

    ReplyDelete
  31. salam uncle

    ermm inilah masalahnya. Kerana nila setitik abis susu sebelanga. Tercalit jua.

    Tapikan tak semua begitu uncle. Saya pernah prgi kat hospital kerajaan di HUSM . Rasanya boleh beri pujian pada doktor sana.. tak taulah. mungkin time saya beroleh dr yang baik..

    Moga aunti takde apa-apa.

    ReplyDelete
  32. W'salam Rashid.

    Betul tu Rashid. Pengalaman uncle di HUSM tidak sebegini walau pun lambat kerana ramai Pesakit tetapi mereka lebih berhemah dan mesra.

    ReplyDelete
  33. Salam Abg.
    Saya ada pengalaman tinggal di hospital Klang lebih 2 minggu. Apa yg ingin saya tekankan, Kebanyakan doktor menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.(hospital klang difahamkan hospital kedua tersibuk di Malaysia). Tetapi malangnya, kualiti doktor2 ini dicemari dengan `kebanyakan` jururawat yg seperti tiada budi bahasa. Mungkin jururawat ini mengambil bidang kejururawatan hanya kerana `senang` nak keja n dapat biasiswa ketika belajar. Allahualam.

    ReplyDelete
  34. W'salam alang.

    Abang pun pernah masuk ward di hospital ini satu masa dulu tetapi layanan di ward kira ok, mungkin sebab Dr. yang merawat adalah kawan abang dan kebetulan pula Jururawat bertugas adalah anak buah Pengarah abang.

    Jadi segala-galanya ok dan mesra.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa