Sunday, February 28, 2010

Jahat Melebihi Syaitan

Syaitan, sekiranya anak atau anak buahnya disakiti akan menuntut bela. Tanyalah bomoh dan Dukun sudah berapa ramai manusia yang terkena perbuatan Syaitan. Kalau kepala anaknya terkena kencing pun, siPengencing akan kemungkinan kena.

Tapi ke tahap mana nak kita letakkan manusia seperti di bawah ini. Sudahlah bersekedudukan dengan Ibunya, anak pula dizalimi dan dibunuh. Rasanya dia ni bukan anak dari baka manusia kot?

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

HULU SELANGOR 27 Feb. - Seorang saksi mendakwa, dia ternampak Syafiah Humairah Sahari disepak seperti bola selain dicampak dan dipijak oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu.

Kejadian itu, menurut Ahmad Fikri Khalis Zakaria, 19, berlaku di sebuah padang bola di Kampung Batu 30, Batang Kali di sini kira-kira pukul 6 petang Khamis lalu.

Ahmad Fikri Khalis berkata, pada masa itu dia ternampak kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut sedang bermain bola di tepi padang berkenaan.

Katanya, suspek yang dipanggil Abang Mat tiba-tiba datang dengan memakai kasut but bola dan memarahi mangsa.

"Abang Mat kemudian menyepak mangsa seperti bola, selepas itu dia mengangkat Syafiah Humairah menggunakan sebelah tangan sebelum mencampakkan kanak-kanak itu ke atas padang.

"Tidak cukup dengan itu, suspek memijak perut mangsa dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Kematian Allahyarham Syafiah Humairah mengundang rasa marah semua pihak kerana dia dibunuh teman lelaki ibunya secara kejam, kelmarin.

Akibat rasa marah dengan kejadian itu, penduduk setempat turut menconteng dinding hadapan rumah suspek dengan perkataan 'pembunuh' menggunakan cat merah.

Tambah Ahmad Fikri, mangsa yang tidak menangis ketika itu cuba berdiri tetapi jatuh semula kerana kecederaan yang dialaminya.

Seorang lagi saksi, Faleeq Hakim Zazali, 16, berkata, dia dan Ahmad Fikri cuba membantu mangsa namun dihalang suspek.

"Untuk memastikan Abang Mat tidak terus memukul mangsa, kami hanya mampu mengangkat kanak-kanak itu dan memasukkannya ke dalam teksi suspek.

"Namun, pada sebelah malam, kami dengar berita kanak-kanak itu telah meninggal dunia di hospital," ujarnya.

Baca sepenuhnya di sini

Teori 3M Digagalkan Media Baru

Di bawah adalah petikan N3 dari BRIGED MP SEGAMBUT yang menarik bagi saya.

Baca sepenuhnya di sini

Apakah pula pandangan anda terhadap Perenggan-Perenggan yang saya kuningkan di bawah?

Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU ke-12, membawa impak "tsunami" kepada politik tanahair Malaysia.


Abu Hassan Hasbullah juga berkongsi pengamatan dan pengalaman dirinya, dalam proses bagaimana media baru telah membawa perubahan dalam demokrasi. Untuk berdepan dengan media baru, beliau menekankan bahawa arus sedemikian "tidak boleh" dan "jangan (di-)halang". Mereka yang berbeza pendapat bakal bangkit dan menyanggah sesuatu pandangan yang lain.

Beliau juga menceritakan bagaimana media primitif kehilangan kredibilitinya, dengan menunjukkan data bahawa kajian mendapati 73% kanak-kanak yang berusia antara 6 hingga 12 tahun berminat terhadap perbuatan sodomi kerana ingin tahu. Beliau sebagai anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) baru-baru ini "mengamuk", meluahkan ketidakpuasannya kerana mereka terpaksa melanggani Berita Harian atau Utusan Malaysia untuk anak mereka, bagi mendapatkan akhbar Didik yang terselit dalamnya. Dengan kata lain, segala liputan akhbar tersebut untuk isu liwat akan dibaca oleh anak-anak mereka.

Beliau mendakwa bahawa dirinya sedia bangkit untuk menentang keadaan ini, kerana untuk dirinya, demokrasi dan kebebasan bermaksud "participate" (penyertaan).

Keasyikan terhadap Internet

Fathi Aris Omar (gambar kanan) berkongsi pengamatannya bahawa wujudnya fenomena di mana media kini lebih cenderung untuk memainkan isu politiking, personaliti daripada isu sebenarnya. Beliau mengambil contoh bagaimana berita Zahrain Mohamed Hashim, Tan Tee Beng dan Zulkifli Noordin keluar (atau mungkin keluar) parti dimainkan untuk tiga minggu, sedangkan isu yang memberi impak dalam kehidupan seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diabaikan.

Berbanding dengan Abu Hassan Hasbullah, beliau lebih pesimis terhadap "kebangkitan media baru", kerana meragui kecapaiannya kepada khalayak yang lebih ramai, bahkan sejauh manakah kandungan media tersebut mampu berfungsi untuk "convert" audien lain.

Ketika mengulas fenomena keasyikan kepada internet dan keghairahan untuk blog dan facebook, beliau berkata, "Jangan-jangan perkara itu mengasyikkan dan melekakan pembangkang sehingga pembangkang tak buat kerja, kerana dalam konteks Malaysia, mahu atau tidak, suka atau tidak, pendekatan tradisional untuk mendampingi (approach) pengundi masih penting.

Saturday, February 27, 2010

Tulang Besi Pula Dijadikan Punching Bag

Ada wakil Pemuda PJS dalam Facebook ni buat statement macam ni:

Nampaknya, agenda usrah Pemuda2 PAS (bukan semua lah)dah bertambah satu. Dulu, kalau usrah, 5 minit bincang teks, lagi 55 minit maki PKR, DAP, Khalid Samad, Husam Musa. Sekarang tambah satu lagi agenda, maki Tulang Besi.

Tulang Besi dengan rela hati MENERIMA cabaran camel Pemuda PJS ini. Di bawah Tulang Besi membawa kata-kata Ustaz Nasaruddin sendiri. Mengapa? Kerana nak buktikan pada Pemuda PJS siapa dia yang memecah belahkan PAS.

Dalam dialog dengan Bloggers, Ustaz Nasa berkata:

“Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO.

Saya nak tanya Pemuda PJS, bukankah tindakan ini yang telah menyebabkan PAS berpecah? Kertas kerja dibentang dalam Mesyuarat Syura yang tak rasmi, dan keputusan diambil TANPA MERUJUK kepada AJK PAS PUSAT seperti yang dikehendaki Perlembagaan Parti. Mursyidul Am pun tak tau keputusan ni tiba-tiba dah pergi berjumpa dengan UMNO dalam gelap.

Siapa yang bercakap dalam gelap dengan UMNO? Tulang Besi atau geng Pro UG? Sebelum berlaku perselingkuhan dan khalwat dalam gelap ini, bukankah PAS bersatu? Perpecahan hanya berlaku SELEPAS bercakap dalam gelap.
Jawab Pemuda PJS, jawab.

Geng UG ni tak tau beza antara benar dan bathil. Yang mereka tahu wala’, wala’, wala’. Sapa yang nak wala’ pada kepimpinan yang sanggup berkhalwat dengan UMNO dalam gelap, kemudian berbohong mengenainya.

Wala’ mesti ada Thiqah dulu. Sapa yang nak Thiqah pada pemimpin yang berbohong pada mereka. Ada seorang pemimpin Pemuda Selangor sorang tu, sampai pernah berdoa Ustaz Nik Aziz mati. Dia ni ke hulu ke hilir suruh orang wala’. Tapi bila Suyuti bagi salinan rakaman pada Tok Guru Nik Aziz dia marah. Suruh dikenakan Suyuti tindakan disiplin. Dia tak wala’ ke pada TGNA?

Dalam usrah mereka kena basuh otak. Husam jahat, Khalid Samad jahat, Anwar jahat, DAP jahat, PKR jahat. Sekarang ni tambah satu, Tulang Besi jahat. Semua bukan geng dia, semua jahat. Jumpa UMNO dalam gelap baik, berbohong pasal jumpa UMNO dalam gelap baik, buat kerja menguntungkan UMNO baik, langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah baik.

CERITA DONGENG DICIPTA UNTUK MENYOROK KESAH MEREKA BERKHALWAT DENGAN UMNO

Sampai satu tahap, mereka sanggup buat cerita dongeng sebegini:

Yang tulis komen ni nama dia Afyan Mat Rawi. Dia ni Ketua Penerangan Pemuda Gombak. Dia tulis komen ni dalam blog saya untuk semua orang membacanya.

Tapi, sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Ini kerana cerita-cerita bohong dan penipu sebegini hebat disebar di usrah-usrah pemuda dan di kalangan pimpinan Pemuda. Para Pemuda2 ini percaya bulat-bulat cerita dongeng dan menipu ini.

Pernyataan Ustaz Nasa membuktikan:

a. Tiada konspirasi geng Anwar dalam PAS
b. Anwar tidak cemburu pada PAS
c. Tentangan kepada geng UG adalah atas tindakan mereka berjumpa dengan UMNO dalam gelap
d. Tindakan tersebut bukan sebab mereka mahu mengikut telunjuk Anwar.

Begitu jijik fitnah yang mereka taburkan demi melindungi perbuatan mereka yang kotor dan mual itu. Mereka tiada perasaan malu dan mencipta fitnah demi menjayakan konspirasi mereka yang jijik itu. Mereka tidak hirau PAS dan parti berpecah. Yang penting hubungan UMNO dan PAS dijalin.

Ada wakil Pemuda Pusat tu kata Tulang Besi bukan tarbiyyah PAS tulin sebab tak faham erti wala’. Nak bagitau wakil pemuda PAS Pusat tu, masa kamu kencing berak dalam lampin lagi, Tulang Besi dah ikut tarbiyyah PAS. Jangan mudah-mudah tolak pendapat orang. Nanti orang kata kamu takbur. Mereka-mereka yang menentang usaha PERPADUANG ni adalah mereka yang sudah MASAK dan MATANG dalam PAS.

PJS PUN PERNAH TIDAK WALA’ SECARA TERBUKA

Saya masih teringat bercakap dengan bekas Ketua Pemuda PJS sewaktu majlis perkahwinan anak Ustaz Taib Azamuddin. Saya bagitau pada dia, tindakan PJS tidak menarik calon mereka dalam PRU Taman Medan 2004 adalah tindakan ENGKAR.

Kalau dalam perang, tindakan seperti itu boleh ditembak mati “on the spot”. TIndakan mereka bukan sahaja merosakkan imej Presiden juga imej PAS dan imej Barisan Alternatif. Last2 calon PKR masa tu saman malu ke atas calon PAS sebab dia dituduh akan masuk UMNO.

Yang saya tahu, PJS ni marah sebab tak dapat bertanding kerusi Taman Medan. Jadi, mereka pun buat musuh pada PR, buat musuh pada sesiapa sahaja asalkan mereka nak dapatkan balik kerusi Taman Medan.

Ertinya, perjuangan mereka lebih pada kerusi dan bukan prinsip Islam lagi. Tapi, bukan semua lah. Cumanya PEMUDA PJS FB ni salah seorang dari nya.

Tulang Besi

ps Kalau tak puas hati, Pemuda PJS boleh dengar sendiri perkataan Ustaz Nasa tersebut di bawah:

1.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01


Posted by Tulang Besi at 8:14 AM - Perisik Rakyat

HiGOAT

Jumaat lepas semasa saya melintasi Kedai Kopi yang kami jadikan "Veteran Port", saya dipanggil oleh tuan empunya kedai yang saya nampak sedang bersembang dengan dua orang muda yang saya tidak kenali. Saya pun singgah dan duduk bersama mereka.

Rupanya mereka memperkenalkan Susu Kambing Debu proses yang dinama HiGOAT. Saya kemukakan beberapa soalan bagi saya adalah biasa tetapi bagi dua anak muda berpangkat executive ini adalah soalan luar biasa.

Selepas adingan soal jawab, nampaknya dua anak muda ini mengagumi saya. Sebabnya ialah mereka hanya menjawab soalan, bukan penerangan. Tapi sebaliknya saya yang berceramah.

Apa pun oleh kerana produk ini adalah produk Melayu dan mempunyai rancangan perniagaan yang adil dan berprinsip Islam, saya bersetuju menjadi Ahli dan mencuba produknya.

Setelah seminggu mencuba dan saya dapati ianya cukup elok dan berkesan pada diri saya serta Isteri. Saya bermasalah migraine dan Gastrik. Isteri saya masalah Darah Tinggi dan Migraine serta sakit sendi.

Alhamdulillah setakat ini setelah mengambilnya setiap pagi dan malam, sudah empat hari saya tidak perlukan ubat. Begitu juga dengan Isteri saya.

Jadi kepada sesiapa yang bermasalah dan dekat dengan kediaman saya bolehlah menghubungi saya sekiranya ingin mencuba. Sebenarnya saya bukanya ingin berniaga sangat tetapi setelah ianya memberikan kesan positif ke atas diri dan penyakit yang saya hidapi maka saya berniat untuk menolong saudara-saudara seIslam saya yang bermasalah pula.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya di 019 9391355 atau email : selempang_merah@yahoo.com

Di bawah adalah khasiat mengamalkanya

Dan ini pula adalah senarai harganya

Untuk baca keterangan lanjut sila ke sini

Friday, February 26, 2010

Khutbah Kedai Kopi

"Isy..isy.. Nuar buat pulak!"

Itulah perkataan yang keluar dari mulut seorang Pesara Guru apabila dia ambil kerusi di hadapan saya semasa minum pagi semalam di sebuah warung. Bekas Guru ini umurnya jangkaan saya sudah melewati penghujung 70'an tahun. Memang sudah agak tua dan uzur pula dengan Kencing Manis dan Darah Tinggi.

Saya tersentak dan bertanya "Buat apa pulak, Cikgu?"

"Dia itulah... liwat pulak. Dulu dah kena enam tahun tak serik-serik lagi" Sambung Cikgu itu.

Saya mencelah lagi "Cikgu yang dulu kena enam tahun tu kes apa?". "Dulu pun kes liwat juga kan?" Cikgu menikah.

"Dulu yang enam tahun tu atas tuduhan salah guna kuasa. Rasuah kuasalah tu. Itu pun didapati salah kerana diputar belit ajer. Polis yang meminta untuk menyiasat dan bertindak dengan kebenaran dari Anwar tetapi akhirnya menjadi Anwar yang mengarah Polis. Itu saja. Orang lain buat lebih dari itu pun tak pernah kena sebab kerajaan tidak mahu kenakan". Jawab saya.

"Eh... dulu bukan kena kes liwat ke?" Cikgu Pencen mahukan penjelasan. Saya jawab lagi "La... bukan kes liwat Cikguuu. Kes liwat dia lepas dan didapati tidak bersalah".

Saya kata "Beginilah Cikgu, kita sama renung dan hisab diri dulu. Cikgu dah hampir 80 tahun dan saya 44 tahun lebih. Kita sama-sama akan mati dan sama-sama akan dihisab nanti. Bezanya antara kita tidak tahu siapa yang akan pergi dulu. Jadi tidak payahlah kita memikul dosa yang tidak sepatutnya kita bawa ke sana nanti. Tak cukup lagikah dosa kita sendiri yang kita tanggung, dosa bini dan anak-anak pun terpalit juga kat kita sebagai Suami dan Bapa. Jadi kalau mereka buat dosa dengan tuduhan yang mungkin tidak betul, buat apa kita pun nak tumpang sekaki menimbunkan dosa kita. Takkan Cikgu tak tahu?"

Saya sambung lagi khutbah saya " Lebih baik kita tengok dan fikir segala fakta yang akan keluar di Mahkamah nanti. Kalau salah, salahlah. Tetapi didapati salah di Mahkamah dunia bukan mutlak. Mereka hanya bergantung kepada fakta dan putar belit Peguam, kekadang Hakim pun senget. Salah atau tidak kita fikir dengan waras berdasarkan keadilan Agama berdasarkan fakta dan berdasarkan sikap Hakim dan Pendakwaraya".

Saya sambung lagi " Kes ini adakah kes yang besar di sisi Islam dan Hukum. Kes ini melibatkan Hukum Hudud. Jadi tak payahlah kita menghukum sebelum terhukum. Kalau terhukum pun kita kena nilai dengan kecerdikan dan keadilan naluri yang tidak berpihak. Buat apa kita nak tanggung dosa Hudud untuk menghadapi kematian kita. Bukankah lebih baik kita pandang dengan berbaik sangka?. Kita jangan pandang tetapi kita kena lihat. Jangan kita lihat dengan mata yang celik tetapi hati yang kelabu dan otak yang rabun".

Saya menambah lagi "Dalam kes liwat dulu, usung tilam usung cadar, buat buku, keluarkan saksi semasa perbicaraan, semua tidak sangkut. Menampakkan kebodohan tu adalah. Tapi kepada orang-orang ini apa dah jadi?. Semuanya telah menerima balasan tunai di dunia. Dr. Ristina, Hakim Hacks, Mokhtar Dungong, Bini Driver Wan Azizah, Megat Junid, Khalid Jefri apa dah jadi? Semuanya sudah mampus baham tanah. Sempat taubat atau tidak kita tidak tahu. Ada yang Allah berikan derita sakit teruk sebelum diragut nyawa mereka. Bab mati memangnya tidak sapa pun boleh pertikaikan tetapi adakah kematian yang diiringi taubat dan mohon maaf?" Saya menambah.

Saya sambung lagi " Ummi Hafilda apa dah jadi? Dengan abang dan ayah pun gaduh, kena bengkrapsi pula kalau tak silap berita saya dengar. Rahim Noor siGedebe pun Allah dah balas, Aziz Shamsuddin pun dah jadi kain buruk. Mahathir sendiri pun dah melalut hampir nyanyok mengikut penilaian saya bila membaca blognya. Yang masih boleh beronggeng hanyalah Musa Hassan dan Mohd. Rodhuan".

Cikgu pencen terbungkam bodoh melopong mendengar sanggahan saya.

Parpukari jadi beban kepada UMNO?

Berita ini sudah agak ketinggalan kalau dikirakan dari tarikhnya yang saya ambil dari sini.

Lambat, sungguh lambat geng-geng UMNO ni menilai dan buka mata. Biawak yang dipikul cakar belakang pun gagal dirasai. Sekarang bila dah rasa pedih, bau hanyir baru terasa dan terhidu busuknya. Sudah lama orang tahu siapa siKeldai Gemuk yang berlidah Ular dan merapu berkelicap bagaikan Murai Gila. Sekarang UMNO sudah merasa beban biawak yang didukung.

Cuma tidak tahu Keldai belaan siapa. Baru ini diketahui rupanya belaan spesis yang sama denganya juga. Memang wajar dan berpadanan dengan Tuannya yang tak bermarwah itu.


Tan Sri Muhyiddin menyarankan agar ahli UMNO menyelesaikan segala masalah dalaman segera agar lebih bersedia untuk menghadapi PRU13 yang akan datang. baca sini Malangnya apa yang diharapkan oleh Tan Sri Muhyiddin tidak mungkin akan tercapai selagi Tan Sri Muhyiddin sendiri memberikan muka dan juga mengikut segala kehendak bloggers yang pro Tun Mahathir. Jelas Tan Sri Muhyiddin terlalu memberikan muka kepada mereka ini dan mereka ini sebenarnya (beberapa orang yang sememangnya perasan mereka ini boleh mengoncang kan Tan Sri Muhyiddin malahan bloggers ini pernah mengugut untuk tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin jika Khairy Jamaluddin diberikan kerusi sebagai menteri.

Bloggers Pro Tun Mahathir ini terlalu biadab dan ada kala berlagak seolah olah mereka ini lebih dari menteri. Tentu pejabat Tan Sri Muhyiddin tahu bagaimana cara bloggers seperti Parpukari yang cuba untuk menjatuhkan Ketua Pemuda UMNO kerana dendam peribadinya setelah gagal menaikkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Seharusnya Parpukari menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal memenangkan kan Mukhriz kerana penulisan merayu beliau beliau yang membuat ramai orang naik bosan . Parpukari telah terhutang budi dan telah makan banyak duit yang diberikan oleh bos nya itu kerana laporan laporan bodoh beliau yang mengatakan Mukhriz akan menang mudah, Malangnya Mukhriz tidak dapat jejak tempat kedua apatah lagi memenangi kerusi KPPUM.

Setelah setahun berlalu dan rasanya Pergerakan Pemuda UMNO telah bergerak mengikut apa yang telah dirancang , mereka mereka seperti Parpu kari ini masih tidak paus hati dan masih cuba menjatuhkan kepimpinan KPPUM. Apakah mereka ini tidak ada kerja lain yang lebih baik yang boleh mereka lakukan ?Sebenarnya ramai yang sudah bosan dengan Parpukari ini malahan kumpulan bloggers dari negeri Perak sudah bosan dengan beliau dan sikap beliau ini kemungkinan akan membawa padah kepada Tuan Tuan lembu yang menjaga lembu Parpu ini.

Si Parpu ini sering memainkan lagu lagu lama yang dimainkan oleh pembangkang yang mana pembangkang pun tidak mahu main isu basi itu lagi. Yang paling menarik si parpu banyak meiankan cerita tipu seperti Exco Pemuda mendesak KPPUM meletakan jawatan yang mana akhirnya dinafikan oleh Naib Ketua Pemuda sendiri. Parpu juga baru baru ini menipu kononnya Khairy diberikan oleh PM sebanyak 2 Juta untuk buat program menghantar memeorundum kepada kedutaan Australia dengan niat jahat menyuruh budak2 pemuda yang hadir meminta wang dari Khairy . Tapi kami difahamkan dari sumber yang boleh dipercayai sebenarnya Parpu sudah memberi tahu kepada salah seorang Pegawai yang dai boleh berhenti menabur fitnah sekiranya dia dibayar dengan lumayan. sekurang kurangnya RM50 ribu sebulan kerana beliau bukan sahaja seorang kerana bersama nya ada ayah angkat beliau si Hussein dan kawan gay beliau si Singh is the King. Pegawai berkenaan berkata dia akan menghubungi Parpu setelah mendapat keputusan , Sebaik saja Parpu menerima panggilan dan permintaan nya ditolak Parpu terus menulis bagaikan orang hilang akal dan terus menabur fitnah terhadap KJ. di blog nya,

Gaya dan cara penulisan si Parpukari ini tidak jauh beza cara nya dengan Raja Petra cuma Raja Petra lebih baik dan lebih berpelajaan dari Parpukari yang tidak pernah masuk mana mana kolej ini. Gaya fikiran dan penipuan Raja Petra lebih hebat tidaklah ke bodoh bodohan seperti gaya parpu ini, Parpu ini banyak mendedahkan gambar lucah bagi menarik pembaca membaca blog nya, Isi kandung blog sebenetnya tidak ada apa melainkan fitnah dan photostate berita orang seperti mesin Photostate. Cubaan dia mengaitkan KJ dengan Amwar Ibrahim sememangnya tidak berasas dan nampak sangat si Parpukari ini terdesak kerana ramai yang tidak mempercayai malah mengambil apa yang di salin atau ditiru oleh Parpukari sebagai sesuatu yang tidak benar.

Sebenarnya di Negeri Perak mereka yang celik IT sudah mula membenci Dr Zambry hanya kerana mereka merasakan keperibadian Dr Zambry juga hampir sama dengan orang yang diupah oleh Dr Zambry si Parpukari ini yang kuat mencarut dan memaparkan gambar gambar yang jijik dan lucah. Sokongan Dr Zambry tidak bertambah dengan cara Parpu memainkan isu isu Perak dan disini saya paparkan betapa blogers perak bosan dengan cara Parpukari dan mereka sudah mula mengutuk dan memusuhi Parpukari.

Katak Jahil Dari Kelantan

Apo nak dikato. Dah Bodoh jahil pula. Buat malu Orang Kelantan.

Kalau jahil (tak tahu) baik diam. Ini tidak, kerana mulut celupar bangang diri yang terserlah.

Janganlah menjadikan diri huduh di dalam serba serbi. Peribadi buruk, mulut busuk, Agama Jahil, otak sasau!

Itulah sebabnya sikatak ini turut sama mendajalkan Rakyat Kelantan di dalam Royalti Minyak. Rupanya memang dia tak reti.


Mungkin kerana takut ataupun tidak mahu menerima kebenaran, menyebabkan YB Si Katak Emas tiba-tiba melenting dan mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kejahilan seorang pimpinan yang tiada prinsip perjuangan ini.

Mantan Mufti Perlis, Dr. Asri yang mengatakan bahawa setiap ahli politik yang melompat parti adalah sebagai penkhianat amanah rakyat dan akan menanggung dosa di atas perbuatannya itu menyebabkan Johan Keseluruhan Raja Lompat Katak Negara, YB Ibrahim Ali begitu terasa, seperti sembilu menghiris ke jantung beliau.

Lantas mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan kebanggangan beliau yang menyatakan “Mana ada dalam nas Al-Quran menyatakan lompat parti berdosa, bukannya tukar agama. Lain kali bila nak buat kenyataan kena berhemah, jangan main sedap cakap,”balas beliau dengan nada marah.

KAH KAH KAH dah dekat seminggu nih.. takde acara Berok Jalanan ke Braheim Ali sebab dalam Quran tak tulis Lompat Parti salah… Ini dah kira perkotak katikan ayat quran… Pandai-pandai buat fatwa.. Atau ang sebenarnye terasa dan takut nak jadik berok jalanan mempertahankan ketuanan Lompat Katak… Kahkahkah

Nasihat aku kat ko Beraheim Ali.. Ang sapa kalau nak banding ngan DR MAZA..? Nak tegur salah orang… Cermin diri tu len kali pakai cermin yang besar baru nampak diri ko tu… Camni nye orang pun Umno simpan!

Sumber asal dari sini

Thursday, February 25, 2010

Apa Sudah Jadi?

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Apakah slogan itu mencerminkan tindakan dan pelaksanaan sebenar kerajaan? atau apakah ianya hanyalah retirik politik?

Kalau setakat nak bercakap tapi tak buat, yang lebih malang ialah
bercakap tetapi tidak tahu apa yang dicakapkan. Burung Tiong pun boleh!

Dibawah adalah
petikan dari blog GB, izinkan saya. Baca sepenuhnya di sini

Norizan kemudian memutuskan menghantar memorandum berkenaan di Parlimen 15 Mac ini.

Sikap sombong wakil Hishammddin iaitu Setiausaha Kanannya, Azmi terhadap kedatangan Norizan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian yang menimpanya tahun lalu nyata mengecewakan mangsa.

Bagaimanapun, Norizan yang hancur pergelangan tangan dan sebahagian paru-parunya terpaksa dibuang kerana ditembak lima das tembakan serta patah tulang rusuk akibat dipijak polis tetap mendesak Hishammuddin untuk tampil memberikan penjelasan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

"Saya memang tiada sebarang rekod jenayah dan saya hendak tahu alasan kenapa saya ditembak. Bila datang sini saya kesal santag, sepatutnya jawab atau siasat beri penjelasan sehingga saya puas hati. Tetapi mereka diam, saya harap mereka dapat jumpa saya atau jalankan siasatan,"katanya.

Mengiringi Norizan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, ADUN Teratai, Jenice Lee dan beberapa NGO.

Sementara itu sikap sombong setiausaha kanan KDN itu diselar mereka dengan menyifatkan slogan Najib, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan adalah omongan kosong kerajaan pimpinannya.

"Sekali lagi kita nyatakan bahawa mangsa, norizan Salleh lima kali ditembak oleh polis, selepas ditembak ditendang sehingga tulang rusuk patah. Kita telah pergi ke Bukit Aman, pergi ke SUHAKAM dan membuat laporan polis. Tetapi tiada tindakan diambil terhadap penjenayah-penjenayah polis yang menyerang Norizan Salleh seorang ibu tunggal yang tidak bersalah,"kata peguam,N. Surendran.

"Sangat kecewa dengan Setiusaha kanan, Azmi kerana tidak ada sifat mesra rakyat langsung. Saya percaya beliau tidak tahu sedikit pun tentang kes norizan, sekurang-kurangnya beliau mendengar kes Norizan ini dahulu, sebelum beliau membuat tindakan dengan sombong tadi. Ini tidak mencerminkan apa yang dilanung-laungkan Perdana Menteri sikap mesra rakyat, rakyat diutamakan, memang tidak ada. Tiada langsung slogan yang dikatakan mesra rakyat,"kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

Dah Tersampuk Ke Budak Nih?

Apahal pula ni?

Sheikh ni merapu tak tentu hala. Mamai kena pecat ke sehingga menyerang dan speculate tak bertempat? Aduhai manusia. Dulu kata hormat sangat kat TGNA, sekarang bila gaduh dengan Ariffahmi, orang tua itu pun dipijak kepalanya.

Dah jadi Tok Nujum atau dah bertukar menjadi Dajal? Biarkan Mustapha Mohammad dan Awang Adek saja sudahlah mendajalkan Rakyat Kelantan. Kamu tak payah bertukar spesis

Khabar sedih berlegar-legar di Singapura berhubung kebiadapan YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan terhadap KDYMM Al Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra.

Tuanku Ismail Petra yang gering sudah hampir sepuluh bulan sudah beransur pulih tetapi masih mendapatkan pemerhatian di Hospital Mount Elizabeth di Singapura. Pada awal tempoh rawatan Tuanku di Singapura, hampir setiap minggu wakil Kerajaan Negeri akan mengambil giliran mengadap dan melihat keadaan Tuanku. Bagaimanapun, perkara ini sudah tidak lagi berlaku.

Lebih sedih lagi apabila Tuanku sendiri bertitah terus kepada Tuan Guru Nik Aziz supaya datang mengadap dan Tuan Guru telah tidak mengendahkan titah Tuanku.

“Rakyat Kelantan perlu tahu bagaimana MB begitu menghinakan Tuanku begitu sekali,” begitulah kata-kata yang keluar dari salah seorang kakitangan Istana Kelantan yang sudah hampir sepuluh bulan berada di Singapura.

Sementara itu, menurut kerabat terdekat Tuanku, “Setelah dititahkan oleh Tuanku sendiri untuk mengadap, masih tak mari. Lepas tu announce pulok medical conditon yang tidak tepat!”.

“Nak tepat macam mana tak mari ziarah Tuanku,” tegas kerabat terdekat itu lagi.

Bagi pihak yang terbabit, Nik Aziz telah banyak menipu dalam hal Tuanku.

Bila saya bertanya kali terakhir Tuan Guru Nik Aziz mengadap Tuanku di Singapura, jawapan yang saya terima amat memeranjatkan iaitu, “Lebih kurang 6-7 bulan dahulu.”

Daripada cerita-cerita di Kelantan pula, perkiraan yang boleh dibuat Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi mengadap Tuanku semenjak akhir 2009 lagi.

Kacang lupakan kulit : Nik Aziz mungkin sudah terlupa, Baginda lah yang perkenankan perlantikan Nik Aziz Sebagai MB.

Sejak Al Sultan Kelantan dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth, tahta Kelantan di pangku oleh Tengku Mahkota Kelantan, YTM Tengku Muhammad Faris Petra.

Umum mengetahui terdapat sedikit pergeseran di antara Tengku Mahkota dan bondanya, DYMM Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan. Bagaimanapun ianya harus dilihat sebagai masalah kekeluargaan dan adalah amat bacol bagi mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh di dalam isu kekeluargaan pihak lain untuk kepentingan politik mereka.

Di akhir 2009 dan awal 2010 lepas Tuan Guru Nik Aziz telah membuat beberapa kenyataan terbuka berhubung keadaan kesihatan KDYMM Al Sultan Kelantan dan termasuk mendedahkan keadaan terperinci fizikal Tuanku.

Tindakan Tuan Guru ini amat menyedihkan kerana segala butiran berhubung Tuanku sepatutnya diuruskan oleh Pejabat Istana dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri. Lebih menyedihkan ialah butiran yang didedahkan oleh Nik Aziz adalah butiran lapuk dan tidak lagi tepat.

Selepas ditegur oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan di dalam akhbar, Nik Aziz pula mengadu sakit dan beberapa hari terpaksa bercuti sakit.

Namun malangnya, setelah pulih dari sakit, Tuan Guru Nik Aziz telah dilihat mula memihak kepada YTM Mulia Tengku Mahkota Kelantan di dalam pergeseran Kerabat DiRaja Kelantan.

Tengku Mahkota Kelantan adalah Pemangku Raja, baginda perlu diberi sepenuh taat setia dan adalah menjadi tanggungjawab Menteri Besar memberi sepenuh kerjasama. Namun begitu, Al Sultan Kelantan bukan orang luar sebaliknya, Ayahanda kepada Tengku Faris Petra. Umum juga mengetahui betapa sayangnya Tengku Faris kepada Ayahanda baginda.

Lebih dari itu, Ayahanda Tengku Faris masih lagi Al Sultan Kelantan dan masih hidup. Menghina Ayahanda baginda dan apalagi Ayahanda baginda masih Al Sultan Kelantan tentu sekali mencalar kedaulatan Istana Kelantan.

Menderhaka kepada Al Sultan Kelantan, tentu sekali menderhaka kepada tahta yang dijunjung.

Yang tua sepatutnya menasihati yang muda. Yang berilmu agama tinggi, mengajar yang sedang menambah ilmu. Bukan menjadi duri yang menghiris dan menambah keperitan yang sedia ada.

Tuan Guru Nik Aziz yang mengetuai kerajaan yang dipilih oleh rakyat bertanggungjawab memberi penjelasan dengan tepat mengapa beliau memilih untuk menderhaka titah KDYMM Al Sultan Kelantan.

Atau mungkin, seperti Dato’ Seri Nizar, bekas Menteri Besar Perak, Nik Aziz telah angkat sembah mohon derhaka? Kalau benar begitu, rakyat juga harus tahu, di mana dan bila.

Tuan Guru Nik Aziz perlu memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan yang setia kepada institusi Raja.

Hanya YB Dato’ Haji Husam Musa yang dilaporkan masih berhubung dan sering bertanya khabar Tuanku di Singapura.

Sumber dari sini

Allah Bayar Tunai Atau Menduga?

Kesilapan, ketidak pekaan dan mungkin juga kealpaan Orang Tua menjadikan kita tidak perasan atau gagal mendalami hati dan perasaan orang lain terutama Jiran-Jiran terdekat.

Di atas kesilapan dan kealpaan masa lalu mungkin Allah membayar secara tunai sekarang. Semasa saya cukup dewasa untuk menilai. Pada masa yang sesuai untuk berfikir dan berhisab diri. Masa yang sesuai untuk menasihati orang lain yang lebih muda dan fikiran masih hijau.

Dulu semasa awal ramaja, saya mempunyai ramai teman-teman sebaya dan kami memang suka berkumpul membuat apa saja yang dibuat oleh remaja lain. Bermain Badminton, Indoor Game seperti Carrom sehinggakan bermain Spirit di tengah malam. Sudah tentu bersembang dengan bising dan ketawa dengan kuat akan terjadi. Dan dirumah Orang Tua sayalah yang menjadi 'Portnya'.

Biasanya kami akan berkumpul selepas Solat Isyak sebelum kami keluar ke Pekan untuk jalan-jalan atau minum-minum kalau tidak tonton wayang. Bila pulang, kami akan berkumpul lagi dan sekiranya malam minggu akan berlarutanlah sehinggakan acara main Spirit. Pada masa itu walau pun kami dekat dengan Ibadah, tetapi apa yang kami lakukan kononya semata-mata untuk suka-suka. Yang buruknya kami tidak pula fikirkan Jiran-Jiran di sekeliling sama ada mereka terganggu atau tidak.

Sekarang saya dan keluarga terpaksa menelan segala kesilapan lalu. Setelah menduduki rumah saya yang sekarang lebih kurang 10 tahun, Allah menghantar seorang jiran yang kesemua anak-anaknya laki yang berumur di peringkat awal remaja dan ada yang di sekolah rendah betul-betul bertentangan dengan pintu rumah saya. Ayahnya seorang Ustaz lepasan Al-Azhar yang tidak tahu menasihati anak-anak atau melarang anak-anak dan juga mungkin tidak pekakan keselesaan Jiran-Jiran terdekat. Rumah yang bertentangan dengan pintu rumah saya itulah juga mereka jadikan 'Portnya'.

Bayangkan bila mereka berkumpul bersama rakan-rakan mereka yang datang bersembang, bermain bola dan hilai tawa dengan nada yang menjengkelkan. Satu perkara yang amat ketara dan memanaskan hati ialah bising enjin motor yang besarkan dengan tak tentu hala.

Geng-geng mereka ini pula amat suka mengubah suai enjin motor-motor untuk lumba. Bayangkan betapa bisingnya ketika mereka menguji enjin selepas dibaiki terutamanya di Hujung Minggu dan di Hari Minggu semasa kita nak gunakan masa untuk berehat dan tidur.

Saya pernah menasihati mereka tetapi mana nak ada kesan sebab Ayah mereka sendiri pun tidak tegah dan nasihat. Ayah mereka tulikan telinga dan butakan mata serta matikan perasaan. Nasihat orang lain mana nak jalan?

Pada masa itu umur saya pun baru pertengahan 30'an. Darah masih panas, otak cepat masuk air dan telinga cepat panas. Akhirnya saya berpesan kepada seorang saudara terdekatnya dengan kata-kata yang agak 'gila'. Saya kata "Anak buat bising, bapa buat tuli. Kalau aku gaduh dengan budak, aku yang dikatakan gila dan bengong. Tapi kalau aku tampar bapa dia dan bergaduh tak apa, sebab orang akan berkata sama-sama tua tapi sama-sama bengong!"

Mungkin pesanan atau kata-kata saya disampaikan oleh saudaranya itu kepada bapa mereka.

Selepas itu dunia aman kembali.

Sekarang pula dengan sifat Allah yang Maha Kaya, Allah hantarkan lagi sekeluarga Jiran yang lain pula berselang satu lot di hadapan rumah saya dengan bilangan anak yang ramai dan juga diumur remaja. Jadi mungkin kerana sifat Ibunya (kematian suami) juga sebagaimana Ustaz jiran yang di hadapan rumah saya, maka keadaan dan suasana menjadi serupa dulu. Lansung tidak senang untuk berehat dan kekadang tu sehingga jam dua pagi masih bising dengan enjin motor dan ketawa yang kuat.

Semasa mereka mula-mula pindah dulu, saya pernah nasihatkan yang paling tua di antara anaknya supaya jangan membuat bising selepas jam 12 malam sebab semua jiran berkerja dan mahu tidur. Yang itu mereka ikut tetapi pada siangnya bising tidak kira masa dan hari. Hari-hari biasa dan Hari Minggu tidak ada beza bagi mereka.

Nak berkasar dengan budak-budak pun memang tidak patut bagi diri saya yang sekarang sudah di pertengahan 50'an tambah-tambah dengan anak-anak Yatim pula. Orang akan kata budak-budak memang berperangai begitu tetapi bagi situa akan dikatakan gila (tak berakal) pula nanti.

Saya merenung ke dalam diri dan berkata mungkin inilah akibat apa yang saya lakukan dulu atau sengaja Allah menguji kesabaran saya untuk menaik taraf keimanan saya. Saya redha!

Alhamdulillah..

Wednesday, February 24, 2010

Sahabat AK-47

Gambar-gambar menarik untuk hilang bengang.

AK-47
Hamer Village, Ethiopia, 2009 An Ethiopian man shows off his weapon.
Hamer Village, Ethiopia, 2009

An Ethiopian man shows off his weapon.

Solentiname Islands, Nicaragua, 1984 A woman and child in socialist Nicaragua train with a local defense militia to fight against the invading contras, the U.S.-backed counterrevolutionaries that sought to remove the left-wing government.
Solentiname Islands, Nicaragua, 1984

A woman and child in socialist Nicaragua train with a local defense militia to fight against the invading contras, the U.S.-backed counterrevolutionaries who sought to remove the left-wing government.

Zagros Mountains of Northern Iraq, 1979 Kalashnikov's design won a state competition in 1947 (thus the name AK-47) and went into mass production two years later.

Zagros Mountains, Northern Iraq, 1979

Kalashnikov's design won a state competition in 1947 (thus the name AK-47) and went into mass production two years later. During the deep freeze of the Cold War, the Soviet Union began pouring the guns and its manufacturing know-how into almost 20 spheres of influence, including Iraq. Here, a Kurdish girl in northern Iraq uses the gun to protect her family from an attack by the Iraqi military.

Tuesday, February 23, 2010

Pencacai Bodoh Tidak Bertempat

Belum DiBuktikan Bersalah,Jangan Dahului Mahkamah


Posted on Monday, February 22 @ 20:56:40 PST by Paktam
Oleh Sofi Wahab

Utusan akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuan hanya satu memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat.

Utusan sentiasa mencari sesiapa sahaja yang sanggup membuat kenyataan akhbar sedemikian bagi mencapai hajat dan niatnya memuaskan hati tuannya iaitu Umno. Kadang-kadang Professor kangkung dan sesiapa sahaja dikambinghitamkan untuk membuat kenyataan tersebut.

Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang IPTA yang antara berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR. Katanya perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.

Katanya, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.

Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.

Kenyataan merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah dan ramai pemerhati dalam dan luar negeri berpendapat kes ini adalah konspirasi kedua terhadap Anwar. Sebagaimana konspirasi 1998 di mana akhirnya Anwar dibuktikan tidak bersalah.

Saya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.

Sibahlul Yang Merapu Atau Wartawan Melalut

Saiful dedah usaha ‘halus’

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mendedahkan pelbagai usaha ‘halus’ dan tekanan telah dibuat bagi melemahkan semangatnya dalam menghadapi perbicaraan kes liwat yang membabitkan bekas majikannya itu.

Ujarnya, antara usaha tersebut ialah mendesak dia menggugurkan pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Beliau berkata, semua pihak sepatutnya memberi ruang kepada mahkamah untuk mengadili kesnya tanpa dijadikan isu oleh pihak tertentu.

“Kes ini melibatkan aduan saya kepada pihak polis melalui laporan polis yang saya buat ke atas Anwar. Ia diklasifikasikan sebagai kes jenayah, bukan yang selainnya.

“Sudah lama saya sudah bersabar (lagi empat bulan genap dua tahun),” katanya dalam entri di blognya yang bertajuk Terus tenang dan sabar hari ini.

Dalam pada itu Mohd. Saiful berkata, baru-baru ini terdapat pihak tertentu membuka akaun Facebook bertajuk I Hate Saiful Bukhari.

Katanya, pelbagai kata yang tidak baik dan kesat dilemparkan ke atas dirinya di laman facebook tersebut.

“Tidak mengapa, saya reda dan akan terus bersabar,” katanya.

Perkara Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang

Tambahan kepada Tajuk N3 Kenapa Budak-Budak Sekarang Jadi Hantu

Satu perkara yang agak ketara tetapi kita terlupa ialah akhlak. Kita sekarang ini agak alpa tentang itu. Rasanya Ibu Bapa yang sebaya dengan saya pasti ingat, semasa kita kanak-kanak dulu sekiranya ada tamu bertandang ke rumah kita akan disuruh bersalam dan cium tangan selepas itu kita akan disuruh pergi main jauh dari tetamu. Supaya kita tidak mengganggu percakapan mereka dan tetamu


Kalau kita lalu atau terpaksa lalu di hadapan atau di belakang orang tua atau tetamu, kita disuruh tunduk dan jalan perlahan dengan hormat. Kita akan kena marah kalau kita tergopoh gapah di hadapan tetamu. Kita juga akan kena marah sekiranya membuat bising atau bergurau tak tentu hala semasa siAyah atau siIbu sedang bercakap dengan tetamu.

Kita juga akan kena marah kalau makan atau minum berdiri atau sambil berjalan. Kita juga akan kena sekiranya pulang dari bermain melewati Azan Maghrib.

Tapi apa yang saya nampak Ibu Bapa sekarang tidak peduli itu semua. Semasa tetamu sedang bersembang dengan Ibu Bapa anak akan melompat di belakang hatta di atas muka tetamu pun Ibu Bapa tidak peduli. Anak-anak bergurau dan membising sehingga akan pecah rumah pun Ibu Bapa tidak peduli. Anak-anak makan atau minum sambil berlari pun ibu bapa tidak peduli. Jangankan rotan, marah pun tidak!

Dari segi mendidik untuk menjinakkan sianak dengan ibadat pula, adakah pernah kita ambil anak kecil kita letakkan ke riba sambil kita berwirid selepas solat? Adakah kita akan marah sekiranya kita sedang bersolat dan sianak cuba-cuba ikut perbuatan solat kita? Apa yang saya nampak semuanya dilarang. Mengganggu kata mereka. Tapi bukankah itu juga salah satu dari pendidikan mendekatkan anak-anak kecil kita kepada Tuhan dan Ibadah? Sebenarnya kita terlupa tentang itu.

Ada tak kita perasan kalau anak kecil kita sedang menangis pun sekiranya kita ambil dan letakkan ke riba semasa kita berwirid, anak itu akan diam sambil mendengar wirid kita? Ini semua saya buat dan perhatikan tindak balas anak-anak semasa mereka kecil. Mereka cukup positif ke arah itu (ibadat).

Tok Pa Yang Cerdik

Saya kata :Tok Pa yang saya ingat bukan saja cerdik, rajin tetapi juga cukup berhemah dan rendah diri. Tetapi kenapa sekarang beliau berubah?

Di bawah adalah komen Dato' Zaid Ibrahim bekas Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu di blognya

Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.

Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.

Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum

Rakyat Kelantan Di Jemput Hadir

Kepada Rakyat Kelantan yang masih ada maruah sebagai Rakyat Kelantan dijemput hadir.

Majlis Ceramah dan Penerangan Royalti Minyak akan diadakan pada 23 Februari 2010 jam 9:00 malam bertempat di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan.


Para Penceramah ialah :

YABrs. Menteri Besar TGNA
Dato' Husam Musa
Dan Shaifuddin Nasution.


Msg. dari Topeng Perak.

Monday, February 22, 2010

Mustapa Adalah Penderhaka-PAS

Kalau dah meletakkan diri sebagai Pencacai dan Pembodek, kat mana lagi letaknya maruah?

PAS menyokong dakwaan rakyat Kelantan bahawa Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah pendehaka kerana enggan menyokong perjuangan rakyat menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM1 bilion.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Mustapa sepatutnya malu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang begitu nekad menyokong perjuangan rakyat Kelantan walaupun tahu akibat perbuatan itu boleh menyebabkannya dipecat dari Umno.

“Tengku Razaleigh tahu untuk membezakan yang mana satu hak rakyat dan yang mana satu hak Kerajaan Persekutuan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS juga, katanya mengecam surat layang yang diedarkan bagi memburuk-burukkan imej ahli parlimen Gua Musang itu.

Menurutnya, adalah tidak wajar Razaleigh menjadi mangsa sedangkan seluruh rakyat berdiri di atas perjuangan yang sama dan menolak pandangan Mustapa yang jelas menyeleweng dari fakta sebenar.

Tambahnya, PAS juga kesal kerana Mustapa mengungkit dana RM9.3 juta yang digunakan bagi projek pembangunan Medan Tuan Padang, Pasar Siti Khadijah dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan, walhal itu sememangnya hak dan duit rakyat Kelantan, bukan Umno.

Menurutnya lagi, Mustapa lupa bahawa segala hasil cukai kastam, saman trafik dan pelbagai hasil lain yang dikutip di negeri Kelantan telah banyak disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Dan tidak sepatutnya menjadi isu jika Kelantan menerima semula peruntukan itu daripada Persekutuan dan kerana duit itu bukan datang dari poket Mustapa untuk diungkit-ungkit.

“Amat memalukan kenapa pemberian kecil itu diungkit semula sedangkan rakyat Kelantan kini menuntut dana yang menjadi hak mereka iaitu duit royalti minyak bernilai RM1 bilion,” ujarnya.

Baginya, hanya kerana Kelantan diperintah oleh PAS, Mustapa dan Umno mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka sedangkan pada hakikatnya rakyat sedar bahawa tindakan itu dibuat atas dasar politik, sama seperti apa yang dilalui oleh Terengganu ketika diperintah PAS.

Katanya, jika di Perak, Umno merampas kuasa rakyat, di Kelantan pula Umno merampas wang rakyat.

“Begitulah Umno yang tidak pernah mengenal erti kesusahan rakyat melainkan ingin mengumpul kuasa dan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri.

“Penderhakaan Mustapa dan Umno ini akan terus tercatat dalam sejarah pembangunan negeri Kelantan dan generasi akan datang harus diperingatkan tentang tragedi paling zalim ini,” ujarnya lagi.

sumber: best1of4

Siapa Sebenarnya Melumurkan Lumpur Di Badan?

Pembangkang cuba rosakkan integriti hakim, mahkamah

KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang yang hendak menggerakkan wakil rakyat mereka berceramah di seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai cubaan menjatuhkan untuk integriti hakim dan mahkamah.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rohimi Shapiee, berkata tindakan pembangkang itu juga boleh menjadi subjudis jika menyentuh perkara yang belum diputuskan mahkamah.

"Ia satu tindakan berunsurkan politik dan mahu merosakkan integriti mahkamah serta ketelusan sistem kehakiman negara. Ia juga satu bentuk tindakan menghina mahkamah.

Berita harian Online

Yang Melegakan Muhyiddin

Oleh Tulang Besi dari sumber Perisik Rakyat. Apa kata Ahmad Husni Hanadzlah dalam versi Inggeris di sini

Akhirnya terdedah juga. pelaburan ke Malaysia semakin menguncup angkara kes Liwat II Anwar Ibrahim. Tindakan MP2 Australia itu cuma sebahagian kecil sahaja dari impak keseluruhan kes Liwat II terhadap negara Malaysia.

Ahmad Husni Hanadzlah mengeluarkan kenyataan mengakui pelaburan ke Malaysia terjejas lantaran kes Liwat II Anwar Ibrahim. Beliau pula mengambil keputusan untuk menyalahkan pembangkang di atas fenomena ini.

Biasalah, siapa nak mengaku salah sendiri. Yang penting nafsu serakah sendiri mesti dipertahankan. Hakikatnya, hanya orang gila sahaja yang akan mahu melabur di Malaysia berdasarkan kes Liwat II ini.

Kes ini membuktikan bahawa sistem kehakiman di Malaysia adalah sistem yang rosak dan setaraf dengan negara-negara ketiga di Afrika. Cuba kita lihat Afrika, berapa banyak pelabur asing yang mahu melabur di sana?

Salah siapakah yang menyebabkan sistem kehakiman kita jatuh ke tahap setara dengan negara seperti Zimbabwe? Salah Anwar kah, pembangkang kah atau salah UMNO kah? Minta Ahmad Husni Hanadzlah memberi jawapan yang jitu.

Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Kalau nak penjarakan Anwar pun, carilah modal lain. Ni guna modal sama yang telah ditolak orang Melayu Islam masa PRU 1999 dahulu. Sekarang ni, bukan setakat Melayu Islam menolak, Cina dan India pun tolak sama. Saya pun tak paham kenapa UMNO bodoh sangat?

Sudahlah idea pun idea bodoh, guna pulak Saiful yang tak cerdik. Pergi buat laporan kesihatan di dua hospital dan kedua-dua hospital mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat. Di Kuala Lumpur ni, mana ada doktor yang sokong UMNO (kecuali Dr Novadri je)? Tak sampai 2 jam buat laporan kesihatan, laporan tu dah sampai Segambut. Hahahahaha

Sapa dalam dunia yang waras nak percaya liwat berlaku tanpa penetrasi? Hanya orang gila dan sewel sahaja yang mempercayai liwat tanpa penetrasi. Orang yang waras dan sehat akal mereka tak mampu untuk mempercayai cerita bodoh ni. Hasilnya, hanya orang-orang UMNO sahaja yang percaya cerita dongeng ni.

Maka, bukan setakat orang Malaysia tak percaya, satu dunia tak percaya. Hanya spesis penyokong UMNO sahaja dalam dunia ini yang percaya cerita liwat tanpa penetrasi ini. Hahahaha

Oleh kerana itulah kita nampak hikmah hukuman Qazaf dalam Islam. Bukan sahaja ia melindungi mangsa fitnah, ia juga melindungi “kewarasan” rakyat umum supaya mereka terlindung dari mempercayai khabar-khabar yang bodoh lagi sewel seperti ini.

Tulang Besi

Gambar Pemandangan Laut

Gambar-gambar menarik yang Along baru email






Antara Persepsi Dan Hakiki

Saya sudah katakan yang memang banyak statements PemimpinPAS mengundang persepsi dan mendedahkan muka untuk dibelasah. Statements yang membawa keraguan Penyokong PAS seperti saya yang tidak terikat dengan Wala'. Tetapi apa pun pandangan Ahli PAS saya tidak tahu.

Di bawah saya PrtScr. dari blog papagomo dan itulah persepsi mereka. Jadi mereka memang berharap begitu di dalam kita bergomol dan harapkan keteguhan dan keyakinan. Tidak salah dan tidak pelik kalau papagomo dan rakan-rakannya yang lain menganggap dan mengharapkan begitu. Kalau dulu Dato' Asri, Hassan Adli dan Nakhaie lari meninggalkan PAS dan masuk UMNO, adakah mustahil bagi orang lain?

Dalam bab MP Australia itu, saya memang tidak senang dengan tindakan dan suara yang seolah mengganggu rumah tangga kita. Mereka tidak ada hak sebenarnya. Tetapi kalau suara yang mereka laungkan itu benar untuk keadilan, saya bangga. Setidak-tidaknya si Kafir di sana itu ada tercium busuk dari perundangan Malaysia dan Pemimpinya dan menyuarakan ketidak senangan hati mereka.

Cuma adakah mereka juga adil?

Dari blog PAPAGOMO

FAKTA - Haji Hadi Menunggu Masa Yang Sesuai Bersama UMNO Dalam Membela Islam Dan Melayu.



Itu adalah harapan dan persepsi papagomo. Benar atau tidak bergantunglah kepada takdir dan masa.

Sunday, February 21, 2010

Dah Terdesak Sangat Ke?

Terdesak sangatkah mereka sehingga Menteri ini meraban? Sudah tidak boleh diharapkah kepada Parti-Parti komponen atau adakah rakyat tidak pandang serius lagi dengan Part-Parti yang berteraskan kaum dan bangsa yang dibanggakan selama ini?

Sudah kehabisan modalkah untuk memecah belahkan antara kaum dan mengalihkan perhatian rakyat ke arah mereka? Atau baru sekarang baru nak celik biji mata? Dan satu lagi, kemanakah nak dicampakkan keris telanjang yang berkarat tu?.

Cina dah lama buang lembing. Kita masih lagi genggam keris telanjang!

KUALA LUMPUR: Seorang Naib Presiden Umno semalam mencadangkan keahlian Barisan Nasional (BN) dibuat secara langsung tanpa perlu menjadi ahli parti komponen BN seperti diamalkan sekarang.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan BN, berkata perkara itu antara cadangan transformasi yang akan dikemukakan untuk perbincangan dan pertimbangan jawatankuasa pindaan perlembagaan BN pada akhir tahun ini.

"Cadangan itu selaras dengan harapan serta matlamat untuk mempermudahkan rakyat menyertai perjuangan BN.

"Saya sudah minta Ibu pejabat BN mengeluarkan surat kepada Presiden dan kepemimpinan parti komponen untuk melantik wakil masing-masing duduk bersama saya dalam jawatankuasa induk pindaan ini," katanya kepada media selepas perasmian Majlis Konvensyen Wanita Umno oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.

Beliau berkata, pada masa itu dapat dilihat bagaimana BN membuat transformasi yang sesuai dengan cita rasa serta kehendak ramai, sama ada cadangan keahlian secara langsung itu boleh dibincang dan dipertimbangkan.

"Sebagai contoh, menjadi ahli dalam parti kita (BN) tanpa dibelenggu dalam konteks kepartian (parti komponen) dan had umur yang ditetapkan untuk menjadi ahli secara langsung...bagaimana badan gabungan, badan bukan kerajaan (NGO), anak muda kita yang mungkin belum lagi sampai kepada tahap mahu membabitkan diri secara langsung dalam parti tertentu tetapi ingin bersama BN dalam perjuangan kita.

"Ini perubahan yang saya rasa perlu untuk kita berkhidmat kepada rakyat. Gagasan 1Malaysia menuntut kita turut berubah. Saya percaya dengan kemahuan politik untuk melakukannya, kesedaran mendalam mengapa kita perlu melakukannya, sasaran tertentu, niat ikhlas serta komitmen bersungguh-sungguh, apa yang sudah dilakukan (transformasi) dalam Umno, saya cukup yakin juga dapat dilakukan dalam konteks parti BN," katanya.

Akhbar semalam melaporkan Konvensyen BN akan diadakan pada akhir tahun ini bagi meminda perlembagaan dan menggubal dasar yang bersikap lebih terbuka serta inklusif untuk mengiktiraf sumbangan parti politik, individu dan NGO yang menyokong parti itu.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, sebarang pelaksanaan cadangan pindaan perlembagaan itu memerlukan persetujuan semua parti komponen BN.

Beliau berkata, keputusan awal melihat semula dan meminda perlembagaan BN adalah satu petanda baik menyahut seruan Umno untuk melakukan transformasi.

Katanya, transformasi dan juga pindaan perlembagaan Umno yang dilakukan pada perhimpunan agung lalu ternyata tidak sia-sia, termasuk sudah disahut oleh Pergerakan Wanita Umno sehingga mencetuskan kesedaran ahli bahawa perubahan perlu dilaksanakan.

"Apa yang kita bincangkan semalam (kelmarin dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN) ialah bahawa landskap dunia hari ini menuntut kita menyesuaikan perjuangan kita dan parti mengikut tuntutan semasa.

"Secara konsensusnya, kepemimpinan parti komponen dalam BN sudah bersetuju bahawa perlembagaan BN mesti menggambarkan apa keadaan di luar, bermakna parti perlu inklusif dan memberikan ruang kepada golongan yang ingin berjuang tetapi bukan berada dalam parti masing-masing.

"Perlembagaan yang perlu saya teliti dengan rakan yang lain menuntut kita melihat perkara ini dari kaca mata yang baru dan ia sudah dimulakan...kebetulan saya juga yang bentangkannya pada peringkat Umno, akan diperluas dalam konteks BN," katanya.

Sumber dari sini

Saturday, February 20, 2010

Oh Malaysiaku

Jangankan enjin jet pejuang hilang, Kapal Selam lemas menyelam, Katak-Katak bertebaran, Air Mani melompat ke dalam jubur, Wanita hilang tinggal cebisan, yang cerdik jadi bangang, yang Alim cakap songsang, Penyangak dijadikan Hero, Penguasa Undang-Undang menjadi Penyangak, negara pula kepupusan duit dan duit yang bercetak pun boleh hilang. Inilah dia hasilnya berslogankan "Malaysia Boleh".

Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru. Seorang jurutera di PJ,Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh. Apa yang mengejutkan ialah wang rm50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah hilang sekelip mata.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM50 baru telah hilang gambar cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.

wang rm50 tidak tahan @ isu hangat

Manakala wang RM50 lama dan RM10 yang turut tercuci tidak rosak sama sekali.

Jika wang RM50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa tidak wang RM50 baru , yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah di upgrade versinya?

Bersumberkan dari sini

Thursday, February 18, 2010

Jenis-Jenis Manusia Yang Ghairah Mengumpul Dosa

Bagi manusia-manusia yang mengaku Muslim, renungkanlah. Fikirlah dengan otak yang berteraskan Iman, bukannya emosi yang ditunggang nafsu.

Seorang pemanggil Radio IKIM pagi tadi mendakwa bahawa Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri”. Dakwaan itu dibuat sebagai respon kepada tajuk perbincangan hari ini iaitu tentang isu “Wajarkah kes Mahkamah dijaja di media dan dijadikan polemik dalam masyarakat”.


Majoriti pemanggil mengatakan bahawa perbuatan itu tidak wajar apalagi dalam kes seprti yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kerana kes masih dibicarakan dan belum tentu dia bersalah.

Tindakan Mahkamah yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” dan gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membankitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil. Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.

Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar. Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.

Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur.

Sumber asal di sini

DKK Dan Yahudi - Siapa Lebih Pembelit

Hakikatnya Rakyat Malaysia yang terbelit dan menderita!

Sumber asal malaysiakini

Pemanipulasi matawang kontroversil George Soros mendakwa beliau mendapat liputan media yang negatif di Asia disebabkan bidasan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya.

"Ia bermula apabila Mahathir menyalahkan saya daripada mengaku bertanggungjawab (terhadap krisis kewangan Asia),” Soros memberitahu Malaysiakini dalam satu wawancara di Hong Kong.

"Dia memilih menyalahkan saya daripada mengakui kesilapannya itu yang menyebabkan krisis kewangan berkenaan.”

Soros bagaimanapun memuji Mahathir berhubung tindakannya berhubung krisis itu.

"Kebetulan cara beliau tangani krisis kewangan pada 1997-98 adalah bertentangan dengan nasihat IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), dan ia berjaya. Saya memberitahunya perkara itu apabila berjumpa dengannya. Sejak itu, IMF telah mengubah pendekatannya.”

Soros yang akan berusia 80, tahun ini, berada di Hong Kong awal bulan ini untuk berucap pada satu majlis di Universiti Hong Kong dan juga menghadiri mesyuarat yayasannya, The Open Society Institute.

Tokoh kewangan kelahiran Hungary itu dinobatkan ditempat ke-29 sebagai manusia paling kaya di dunia oleh majalah Forbes dengan anggaran nilai US$13 billion.

Menurut jutawan itu, beliau ada mendengar khabar angin kononnya Mahathir dan anak-anaknya kehilangan jumlah wang yang besar ketika spekulasi matawang pada tahun 1992.

Pada 16 Sept 1992 - yang juga dikenali sebagai Rabu Hitam, - kerajaan Britain terpaksa mempertahankan matawang pound sterling selepas ia diserang oleh penyanggak matawang sehingga menyebabkan nilainya merudum.

Soros didakwa sorang daripada mereka yang berjaya meraih keuntungan US$1 billion dalam tempoh yang singkat dan mendapat jolokan sebagai 'the man who broke the Bank of England'.

Adalah dipercayai Bank Negara Malaysia yang secara kontroversial turut terbabit dengan spekulasi matawang mengalami kerugian jumlah wang yang agak besar.

Hadi Atau UMNO Yang Berganjak?

Sumber dari sini

Baca fikir, renung (lihat dan fikir) dan nilai. Apa sebenarnya yang berlaku. UG is over kata Hadi but why the idea is still there? Masih diungkap dan diungkit?

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO.

"Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan UMNO terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya http://presidenpas.org.my hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini pernah menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.

Abdul Hadi berkata, Pas telah mula 'meneroka' kerjasama tersebut apabila dijemput menghadiri perjumpaan dengan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Beliau berkata, Pas sentiasa terbuka dan positif terhadap perbincangan tersebut demi kebaikan semua pihak.

"Ada perkara yang boleh disatukan untuk kepentingan, keadilan, hak dan kebaikan semua. Walaupun ada persepsi negatif tetapi semua itu boleh dibincang, perkara yang boleh disatukan, boleh diraikan kita perlu bertolak ansur," katanya.

Beliau berkata, sebarang perbezaan pendapat antara Pas dan UMNO tidak lagi boleh dilihat sebagai satu prinsip yang jumud dan tidak boleh dirungkaikan melalui perundingan.

"Dengan itu, Pas bersedia untuk adakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkaikan, diselesaikan secara bijaksana berpandu kepada prinsip fleksibel seperti di dalam al-Quran," katanya.

Ditanya apakah wujud percanggahan pendapat antara beliau dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: ''Tidak ada sebarang percanggahan dengan beliau.''

Jelasnya, jika ada, ia adalah perbezaan pendapat dalam aspek-aspek tertentu namun bukan berkaitan soal agama.

Selanjutnya baca pandangan Pak Bakaq dan edyesdotcom