Saturday, July 31, 2010

Suka Tengok Ni

Agak-agak kepada siapa yang di gelakkan dan kenapa ye?



Gambar dari AMK Shah Alam

Friday, July 30, 2010

Kepala Masuk Air Ke Budak Ni?

Siapa budak ni?

Sedarkah dia di mana duduknya dia?

Siapa dirinya sehingga berani TGNA yang disalahkan, TGNA jadi Batu Penghalang?

Sedar ke tidak dia ni, bukankah itu adalah keputusan Muktamar PAS?

Secara peribadinya saya amat sokong perpaduan yang disibukkan itu tetapi yang penting atas dasar apa?.

Atas dasar agama ya! tetapi kalau atas dasar poltik, tak payah. PAS bodoh nak kena tipu lagi?


Sekali kena cukuplah ooii... dua kali akan menjadi haram!

Ini saya petik dari blog sahabat,

Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu.

“Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan itu.

Sila baca sepenuhnya di blog Kerabu Bersuara

Kami Sedih Dalam Marah

Petang semalam, sekembalinya dari mengambil Istari dari pejabatnya jam 6 petang didapati Fluffy dah hilang. Kemungkinan besar dicuri sebab pagar yang memisahkan kawasan permainan semua arnab dengan laman depan tidak dibuka dan arnab-arnab ini tidak boleh keluar dari kawasan yang dikhaskan.

Pada masa itu Adik ada di rumah tetapi tidur di ruang TV atas sofa dengan pintu tidak pun tutup dan berkunci. Rupanya ada lagi manusia yang berani masuk dan tentunya kena kejar dulu barulah dapat tangkap sebab Fluffy bukannya kenal siPencuri. Tapi malangnya nasib Fluffy, Adik tidur mati, tak sedar apa-apa.

Saya rasa marah sebab kehilangan ini membuatkan Adik sedih dan menangis. Saya juga sedih mengenangkan nasibnya nanti. Fluffy jenis arnab manja dan semuanya istimewa ketika bersama kami. Makan, Mandi, vitamin dan sebagainya. Tidur pun kadang-kadang di atas ribaan.

Sayang, memang tentunya kami sayang. Tengoklah rupa dan gelagatnya. Fluffy dari baka Teddy bear manja dan cantik.

Saya akan reward RM100.00 kepada sesiapa yang jumpa dan hantar Fluffy balik.



Bubble menumpang kasih

Buat hal sendiri


Bersama Ginger dan Bubble

Kepada mereka masa luangku tertumpah

Thursday, July 29, 2010

Berhidayahkah Manusia Berilmu?

Contoh yang saya kira relevant dengan tajuk saya di atas.

Dari blog peguam pas

Kalau Mufti Perak masih tidak nampak perbezaan Pas dan Umno, beliau kena malulah dengan Ah Chong dan Mutusamy yang kini menyokong dasar Islam yang Pas bawa dan perjuangkan. Takkanlah Ah Chong dan Mutusamy lebih kenal perbezaan antara Pas dan Umno dibandingkan Mufti Perak ?


Untuk Mufti Perak ikutlah dan contohilah jejak langkah Almarhum mantan Mufti Selangor Dato Ishak Bahrom yang teruk dizalimi Umno tetapi istiqamah berjuang dengan Pas sehingga akhir hayat beliau !!!

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Baca sepenuhnya di blog peguam pas

Ini pula n3 Dari Blog-list Malaysia oleh Tulang Besi

Ikuti pendedahan dari Ustaz Ahmad Awang:

“Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid.

Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.


Sepenunya di sini

Wednesday, July 28, 2010

Hudud Dan Malaysia

Seandainya Undang-Undang Islan termasuk Hudud menjadi undang-undang negara, adakah segala onar yang memalukan dan mencemarkan imej negara yang majoriti Islam ini akan berlaku?

Adakah geng-geng fitnah akan berani melakukannya?

Kalaulah apa yang didakwa memang benar dan berlaku apakah akan terjadi kepada watak-watak di bawah?

DS Anwar

Syaiful

Farah

Ghani

Najib

Mahathir

Alhamdulillah, Ole-Ole Dari Along

Dah lama teringin nak makan ikan ini. Tup-tup hari Sabtu 24 Julai 2010 terima barang dari Pos Laju yang dihantar oleh Along.

"Kerapu Bara" cukup susah nak dapat. Hari itu masa di Sabah merata Pasar Ikan Masin dijelajah mencari ikan ini namun tidak ada. Pulang hampa.

Alhamdulillah dan terima kasih Along juga untuk Usop yang mendapatkannya.

Dah dimummified
Kepala yang garang

Hump...ke dalam kuali juga ku goreng

Tuesday, July 27, 2010

Bila Tun Dr. Siti Hasmah Dipuji Dr. MAZA

Saja nak menyebuk tambah kuah di mangkuk yang sudah pun penuh. Mangkuk yang sudah pun dipenuhkan oleh Dr. MAZA.

Saya ingin imbas kembali kenangan bersama DS Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah di satu masa pada tahun 1995. Tempatnya di Bukit Cerakah (nama pada masa itu) sekarang dah jadi Bukit Cahaya ke apa? Tak tahu pula saya kenapa nama Bukit itu diubah. Cerakah bukannya lucah. Nama yang betul-betul tak senonoh tidak pula diubah. Masa itu Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia menganjurkan satu Perhimpunan Rekreasi yang disertai oleh 5,000 orang peserta dengan 400 orang peserta bagi setiap negeri di Malaysia sempena pelancaran Program Rakan Muda Rekreasi yang akan dilakukan oleh PM pada masa itu Dr. Mahathir Mohammad, sekarang Tun.

Kebetulan saya dilantik sebagai Ketua Kontingen Kelantan dan juga diminta bersama mengiringi Tun Dr. Mahathir dan Isterinya Tun Dr. Siti Hasmah semasa upacara perasmian di Bukit Theater dan seterusnya semasa Tun mengambil kesempatan menuggang Mountain Bike meninjau kawasan.

Memang benar apa kata Dr. MAZA. Tun Siti begitu cantik pada usianya. Beliau sentiasa senyum dan jika bertanya pun dengan nada yang amat lembut sehinggakan terpaksa pasang telinga untuk mendengar dengan jelas. Kulit mukanya putih melepak sehinggakan nampak urat biru di bawah kulitnya. Beliau sungguh anggun walau pun berpakaian Sukan.

Tun Dr. Mahathir juga sentiasa senyum dan mengikut saja arahan Urusetia dengan tidak banyak bertanya kecuali perkara yang beliau tidak berapa arif. Maklumlah bidang rekreasi bukannya bidang beliau. Beliau suka bertanya khabar tentang perkembangan belia dan rekreasi di negeri-negeri. Pada usia itu setelah melalui pemdedahan jantung, beliau masih lagi kelihatan cergas dan ceria.

Pada satu ketika semasa beliau baru nak naik Mountain Bike, datang pula arahan yang bercanggah. Satu pihak mengatakan laluan Dr. Mahathir ikut kiri dan satu pihak lagi ikut kanan bukit itu. Dr. Mahathir hanya tersengih tengok kiri dan kanan. Saya dah naik hot, takkan seorang PM diperlakukan begitu.

Sambil jegilkan mata kepada Urusetia, saya berkata dengan tegas "Saya akan bawa Y.A.B. ikut laluan kanan sebagaimana dipersetujui di dalam mesyuarat semalam. Ada apa-apa bantahan kita bincang malam ini"

Tun Dr. Mahathir hanya ikut dalam senyum. Dia faham pertelingkahan itu hanyalah teknikal.

Di bawah juga adalah komen Dr. MAZA tentang mereka. Saya faham beliau tujukan kepada seseorang yang menjadi penyebuk di dalam bidang suaminya. Dahlah begitu, angkuh dan garang pulak tu!

- Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Baca sepenuhnya di blog Dr. MAZA.

Izinkan saya Dr.

Panjangkan Komen mi-phg

Blogger
Komen yang bernas dari blog albanjari

mi-phg
said...

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)? (darianak sungai derhaka)

July 26, 2010 10:45 PM

Monday, July 26, 2010

Kawan Adik Terbunuh

Petang tadi lebih kurang jam 6.30 petang ketika menemani saya makan malam, dengan muka muram Adik memberitahu saya yang kawan sekolahnya dulu meninggal dunia kerana kemalangan pada petang sabtu 24 Julai 2010. Kemalangan berlaku di Bukit Cina.

Mereka belajar bersama-sama semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher Kota Bharu.

Saya uploadkan gambar-gambar kemalangan tersebut semoga menjadi pengajaran kita semua.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali - Al-fatihah

Bahagian Enjin berkuasa turbo

Badan yang putus



Langgar pokok dan Enjin sangkut di perdu pokok


Mangsa yang terbunuh


Mangsa yang sekarang koma

Salah satu kecederaan mangsa yang koma

Gambar mangsa yang terbunuh-Pemandu

Mangsa yang koma

Semakin Celaru Nampaknya

Bab ulas dan mengulas ni saya memang penakut sekiranya perkara yang berkaitan dengan Hukum Hudud. Saya amat takut ulasan saya tersasar dan tentunya saya berdosa. Kecuali perkara itu memang nyata, sama ada saya yang melihat sendiri atau ramai lagi saksi lain yang melihatnya dengan mata kepala sendiri.

Seandainya kita buat tuduhan dan tersasar maka sia-sialah ibadat dan amalan baik kita.

Tuduhan Liwat Anwar saya tidak berani Ulas
Tuduhan Najib terlibat dengan kes Altantuya saya tidak mahu Ulas
Kes SPRM dan Beng Hock juga saya tidak ulas

Namun bagi yang tahu dengan maklumat yang tepat, lantaklah
Yang nak cari dosa kering pun lantaklah

Saya seorang yang lebih berumur hanya boleh berikan peringatan dan nasihat saja. Itu pun melalui blog dan SMS sahaja.

Di bawah pula bab Kalimullah tuduh Najib. Kalau dia memang tahu, selamat. Kalau tidak, tanggunglah sendiri.


Oleh Qayum Rahman

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) menggesa kerajaan menyiasat dakwaan Datuk Kalimullah Hassan bahawa pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menggunakan bom C4 pada 2006 melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Zahid Mat Arip berkata, "dakwaan Kalimullah itu disiarkan oleh portal berita "The Malaysian Insider". Dakwaan ini berunsur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan Najib."

“Kalimullah telah menyiarkan berita itu sebelum polis membuat penyelidikan terhadap kes berkenaan dan ini menyebabkan imej Najib tercalar.

“Saya yakin beliau mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan Najib yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan,” katanya ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today, hari ini.

Ujar beliau, "siasatan terhadap Kalimullah perlu dijalankan berdasarkan artikel-artikel yang disiarkan bertujuan untuk mengelirukan rakyat tentang kewibawaan seorang tokoh negara.

Menurutnya, Kalimullah bertindak demikian kerana ingin membantu pihak tertentu bagi mengalih pandangan umum supaya menyokong mereka.

Zahid turut mempertikaikan kontrak bernilai jutaan ringgit yang diberikan kepada syarikat milik Kalimullah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kontrak yang beliau perolehi daripada LHDN itu menimbulkan keraguan orang ramai dan LHDN harus menjelaskan perkara ini supaya tidak disalah anggap," terang beliau.

Sumber freemalaysiatoday

Antara Mimpi Dan Sedar

"Ok, kamu semua pasang khemah, ambil air dan masak. Semua orang mesti tinggalkan anak sungai sebelum pukul 6.00" Saya berikan arahan kepada kumpulan belia yang mendaki bersama saya pada hari itu. Waktu pada ketika itu baru jam 3.30 petang lebih kurang.

"Abe Din akan turun ke cerun ini dan ambil kayu untuk unggun api malam ini. Nanti kamu semua akan komplen sejuk" Kata saya sebelum melangkah menuruni satu cerun yang dari atasnya saya nampak banyak dahan dan ranting kayu yang runtuh dan kering di situ.

Saya menapak menuruni cerun melalui satu kawasan yang agak semak. Saya memasuki semak tersebut. Tiba-tiba telinga saya berdesing semacam demam dengan badan yang panas. Sedar-sedar saya berada di satu kawasan yang memang asing. Satu tempat yang cantik dengan pasir yang memutih dengan matahari memancar lembut. Udara segar dengan angin sejuk bertiup lemah. Keletihan saya hilang.

Sedang saya terpinga-pinga secara tiba-tiba saya disapa oleh seorang perempuan yang cantik bertudung Kedah yang datangnya entah dari mana. Ala-ala zaman Cik Siti Wan Kembang kot? Umurnya agak saya di awal tiga puluhan. "Selamat datang tuan, inilah kampung saya. Nama saya Fatimah"

Saya tidak sedar dan tidak tahu kehadiranya di sisi saya. Saya pegang hidung dan cubit pipi. Terasa sakit. Memang saya bukan di alam mimpi. Tapi bagaimana saya ke sini? Saya masih mamai dan terpinga-pinga.

"Tuan bukan bermimpi, tetapi yang tuan lihat ini adalah kampung saya. Kampung Bangsa Jin. Kita sama-sama di bumi Allah tetapi juzuk yang lain" Kata Fatimah setelah dilihatnya saya masih mamai.

Bila dia sebut Jin saya teringatkan, mungkin dia ini jenis "Bunian". Terasa pula lucu, bila sebut bunian maka tidak ada nama lain, melainkan Ali, Fatimah dan Syeikh sebagainya yang berkaitan Nabi atau pun Nama Melayu Kuno. Perkara nama ini saya selalu dengar dari cerita dan dukun yang mendakwa telah ke alam 'sana'.

Saya dibawa 'Fatimah' melihat kampungnya. Pemandanganya menakjubkan. Kenderaan mereka adalah kuda dan Penuggangnya memakai pakaian Pahlawan Melayu lengkap dengan Dastar. Yang peliknya mereka tidak menegur saya dengan kata-kata. Mereka hanya lambaikan tangan dan lemparkan senyuman. Satu lagi yang anih, saya tidak nampak perempuan kecuali 'Fatimah' yang mengiringi saya.

Sambil berjalan Fatimah menerangkan tentang itu dan ini. Contohnya "Aah.. ini rumah Penghulu dan ini Madrasah (Tempat Belajar) dan ini pula Balai Berhimpun. Semua bangunan yang saya lihat dibina dari Kayu Chengal dan beratapkan Sagu atau Nipah. Kampung ini cukup bersih tanpa walau pun sehelai sampah/daun kering. Di mana-mana adalah pasir jernih yang memutih.

Semasa kami berjalan-jalan inilah Fatimah menceritakan yang dialah makhluk ghaib yang selalu mengikut dan mengekori saya ketika saya di gunung atau di belantara. Dialah yang selalu menolong saya ketika saya perlukan sesuatu pertolongan dengan izin Allah katanya. Sebelum ini memang saya perasan ada makhluk ghaib yang bersaing atau mengikut dari belakang, cuma saya tidak tahu apa dan siapa. Kebetulan pula saya jenis tidak peduli.

Setakat yang dia tahu, Syaitan dan Iblis akan mengelak dari bertembung dengan saya kecuali bangsa Jin yang kekadang saja-saja nak bergurau dengan saya tetapi saya garang, katanya.

Dia mula mengekori saya se masa saya pertama kali meneroka trek ke Puncak Gunung Rabung. Katanya dari Permatang Buluh sehinggalah ke puncak dihuni oleh bangsanya. Bangsa Jin!

Setelah puas menjelajah kampung itu saya mohon untuk berhenti dan berehat di sebuah pondok terbuka semacam 'Wakaf' bagi orang Kelantan. Di masa rehat inilah saya teringat yang saya sebenarnya nak ambilkan kayu untuk unggun api.

Saya cakap kat Fatimah apa yang saya fikir. Dia senyum dan berkata "Tuan tidak payah susah-susah, kayu itu sudah pun dihantar ke situ oleh orang-orang saya".

"Kalau tuan nak balik ke situ sekarang, marilah saya hantarkan" Sambungnya dengan muka yang nampak muram.

"Tapi tidak mahukan tuan memiliki sesuatu dari sini untuk kenangan?" Katanya dengan mimik muka yang lebih ceria.

Di masa inilah saya teringat, sekiranya saya ambil sesuatu nanti saya akan terikat dengan Fatimah atau kaumnya.

Saya menolak dengan berkata "Saya cukup berterima kasih kepada Fatimah yang sudi menolong saya selama ini serta membawa saya ke sini untuk melihat keadaan di sini dan saya rasa tidak perlukan apa-apa hadiah untuk kenangan kecuali harapkan Fatimah akan sentiasa mengekori menemani saya ketika di Belantara atau Gunung walau pun secara ghaib"

Setelah itu dia membawa saya ke satu sudut di sebuah taman berhampiran Wakaf itu dan secara tiba-tiba juga saya berada di pinggir tapak perkhemahan. Waktu itu sudah hampir maghrib.

Sesampainya saya di kem, seorang rakan bertanya yang saya ke mana setelah menghantar kayu untuk unggun api tadi. Saya hanya berkata yang saya pergi bersiar-siar di dalam "Taman'

Rupanya rakan ini juga tidak sedar yang saya hilang beberapa jam. Dia juga tidak sedar yang menghantar kayu untuk unggun api pun juga bukannya saya. Cuma mungkin makhluk ini berupaya menjelmakan diri menjadi 'saya'.

Sebenarnya tempat itu memang kawasan makhluk ghaib. "Kem Taman" begitulah kami namakan kem ini kerana tempatnya dipingir satu 'Taman' yang anih ketika itu. Ketika kami menemui tempat ini keadaanya tak ubah sebagaimana suasana 'Taman Bunian' dalam cerita P. Ramli.

Tempat ini amat bersih tanpa sehelaipun daun gugur sedangkan dipenuhi banyak pokok jenis bonzai. Berbagai jenis orkid yang juga dengan berbagai warna menghiasi tempat ini. Terdapat banyak Cendawan yang memang pelik sebab tumbuh dengan lima warna (merah, putih, kuning, kelabu dan jingga) serumpun. Lumutnya pula tebal sehingga tenggelam tapak kasut. Udaranya sejuk dan segar. Semua gambar yang kami ambil di sini tidak menjadi. Semuanya hitam!

Saya tidak pernah ceritakan hal ini kepada sesiapa pun sebelum ini kerana bimbang dikatakan mengarut dan temberang kecuali kepada dua orang teman seperguruan.

Kepada isteri juga saya tidak membuka mulut tentang hal ini. Saya tidak mahu isteri saya risau dan bimbangkan saya se masa saya di luar.

Setelah fikirkan permintaan mr edz, saya buat keputusan untuk tulis tentang ini setelah lebih sepuluh tahun saya simpan semoga boleh dijadikan panduan.

Lagi cerita mengenai tempat ini boleh di baca pada link di bawah:

Peristiwa di Gunung Rabung
Trekking Tanpa Air Hampir 24 Jam
Trekking Berteman

BERPANTANG MAUT

TURUTAN gambar menunjukkan nahas udara di Lapangan Terbang
Lethbridge County di Alberta, Kanada, semalam. – AP

ITULAH yang dapat dikatakan bagi menggambarkan nasib juruterbang, Kapten Brian Bews dalam nahas jet pejuang CF-18 Hornet yang terhempas sebelum berkecai dalam letupan bebola api.

Kemalangan udara ini berlaku semalam ketika Bews menjalani latihan penerbangan menjelang pertunjukan udara di Lapangan Terbang Lethbridge County, Alberta di Kanada esok.

Seramai lapan juruterbang tentera udara Kanada maut dalam beberapa insiden melibatkan 17 pesawat tempur ini, namun Bews terselamat daripada menjadi korban kesembilan.

GP Jerman

25/07/2010 9:40pm

HOCKENHEIM 25 Julai — Fernando Alonso memintas rakan sepasukan Ferrari, Felipe Massa untuk muncul juara Formula Satu (F1) di Gran Prix Jerman hari ini.

Massa mendahului perlumbaan sehingga ke pusingan ke-49 dari 67 pusingan. Ini merupakan kejuaraan kedua Alonso musim ini dan Ferrari juga kali kedua menamatkan perlumbaan 1-2 tahun ini.

Sebastian Vettel dari Red Bull di tempat ketiga. Sementara itu pendahulu keseluruhan, Lewis Hamilton (McLaren) di tempat keempat. - AP/Utusan

Sunday, July 25, 2010

Betul Bagi Yang Cerdik

PAS tidak memerlukan peranan orang tengah jikapun parti Islam itu mahu mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai soal penyatuan Melayu, kata Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.

PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau.

Ada orang hendak menjadi orang tengah, mimpi... kalau saya (PAS) mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri, tak perlu (orang tengah),” kata beliau pada majlis ceramah isu-isu semasa anjuran PAS Kuala Terengganu di sini.

(Ini macam) hidung tak mancung, pipi terserong-serong,” tambah Nik Aziz dengan merujuk kepada tindakan beberapa pihak termasuk Umno yang menimbulkan semula syor kerjasama perpaduan dan penyatuan Umno dan PAS sejak kebelakangan ini.

Pakatan Rakyat yang menurunkan calon PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada penguasaan BN pada pilihan raya kecil Januari 2009. Malah Nik Aziz berkata, beliau tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya. Oleh itu dengan merujuk kepada Umno-BN, tambah Nik Aziz, “kami kenal siapa anda.”

Orang kata kita bodoh, tak mengapa (kali pertama)... tetapi gigit lagi (tangan PAS), kamu memang bodohlah,” katanya Nik Aziz seolah-olah tidak mahu pengalaman lalu berulang dan mahu mengelakkan kerjasama dengan Umno-BN. PAS menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian. Nik Aziz mengatakan demikian ketika timbul semula idea kerjasama politik antara kedua-dua parti berkenaan.

Antara lain pada 17 Julai lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenangi usaha murni beliau itu. Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara Umno dan PAS.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. Bagaimanapun beberapa jam sebelum ucapan Nik Aziz di sini malam tadi, Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara PAS dan Umno.

Dua hari sebelum kenyataan Harussani itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, beliau akan menentukan masa yang sesuai untuk pertemuan dengan Nik Aziz bagi membincangkan syor kerjasama Umno-PAS yang muncul sekali lagi awal bulan ini.

“Saya menghargai sikap Datuk Nik Abdul Aziz yang terbuka dalam hal ini,” kata Timbalan Presiden Umno ini selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli, Kelantan. Muhyiddin berkata kerjasama itu perlu dibincangkan atas permintaan beberapa pihak yang mahukan orang Melayu bersatu kembali.

Nik Aziz juga berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengenai “apa juga perkara” tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

The Malaysian Insider

Tindakan Boleh Timbul Persoalan Di kalangan Orang Ramai

Adakah ribut di sebalik pagar Istana Kelantan akan kembali melanda?

KOTA BHARU: Pejabat Sultan Kelantan menjelaskan doktor pakar peribadi Sultan Kelantan, Kolonel Dr Amir Ramli, tidak berhak mengeluarkan kenyataan atau arahan terhadap pegawai pejabat berkenaan.

Pengelola Istana Diraja (PID) Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata penjelasan itu dibuat berikutan tidak ada sebarang surat dari pihak tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyatakan Dr Amir ditempatkan di Pejabat Sultan Kelantan.
Abdul Halim berkata, tindakan Dr Amir yang menegur Pejabat Sultan Kelantan boleh menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai mengenai siapa beliau, kerana tiada sebarang pelantikan dibuat secara rasmi terhadapnya, sebelum ini.

“Saya adalah PID yang diberikan tugas oleh Sultan Kelantan menjaga pentadbiran istana dan menjunjung titah Tuanku sama ada melalui lisan atau bertulis.

"Adalah tidak wajar beliau (Dr Amir) memberi teguran melalui media dan arahan kepada pegawai yang bukan di bawah kawalan beliau. Dr Amir bukan kakitangan Pejabat Sultan Kelantan dan saya tidak bertanggungjawab kepadanya dalam menjalankan tugas.

"Tiada sebarang surat dari pihak tertinggi ATM serta tidak ada pelantikan beliau secara rasmi (dalam perkara ini). Oleh itu, orang luar jangan kacau daun, negara kita ada undang-undang," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, semalam.

Khamis lalu, Dr Amir menasihatkan Abdul Halim supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kesihatan dan rawatan Sultan Kelantan di Singapura, bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

Dr Amir dilaporkan berkata, beliau dititahkan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra supaya menasihatkan Abdul Halim dan semua anggota di bawah seliaannya yang sedang berkhidmat di Istana Kelantan supaya tidak membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai kesihatan dan rawatan yang diterima baginda di Singapura, baru-baru ini.

Abdul Halim berkata, segala tindakan yang dilakukan harus berpandukan kepada titah Sultan Kelantan sebelum baginda gering dan hendaklah berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.

Katanya, sebagai ketua di Pejabat Sultan Kelantan, beliau akan mengadap Sultan Kelantan pada masa yang sesuai atau apabila dititah baginda Sultan.

“Tuanku Sultan selalu bertitah supaya saya mengikut peraturan dalam menjalankan tugas di istana dan apabila baginda gering, Pemangku Raja dilantik, saya masih tetap setia menjalankan. Tuanku Sultan sudah banyak kali bertitah kepada saya sebelum baginda gering mengenai cara bertugas di istana,” katanya.

Sumber BH

Kereta Pun Boleh Terbang!

GAMBAR menunjukkan kereta yang dipandu Maria Rizzo merempuh bumbung sebuah rumah di Alassio, utara Itali baru-baru ini.


ROM – Seorang wanita Itali, Maria Rizzo, 34, mungkin tidak akan lupa untuk belajar daripada kesilapan diri apabila keretanya terjunam ke atas bumbung sebuah rumah kerana dia terlupa menarik brek tangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku di Alassio, sebuah bandar di utara Itali dekat sempadan Perancis baru-baru ini ketika Rizzo meletak kereta Fiat Panda yang dipandunya di tebing sebuah bukit kecil. Wanita itu kemudian keluar seketika untuk merakamkan beberapa gambar pemandangan.

Namun, dia terlupa untuk menarik brek tangan menyebabkan kereta itu terus bergerak dan merempuh pagar di tepi jalan dan terhumban ke atas bumbung sebuah rumah. Kereta itu merempuh bumbung bilik air kediaman tersebut.

Seorang jurucakap polis tempatan berkata, ketika kejadian tersebut, tiada sesiapa yang berada di dalam rumah berkenaan. – Agensi

Pulak Dah!

Isy.... macam-macam onar nak gempakkan keadaan!

Peguam-peguam yang mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam berang apabila didakwa yuran perundangan mereka dibiayai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebaliknya mereka mencabar bekas setiausaha sulit Anwar - Anuar Shaari yang membuat tohmahan itu tampil memberikan bukti.

“Saya cabar beliau. Buktikan apa yang anda ada. Tunjukkan kepada kami. Anda tidak mempunyai apa-apa pun, Anuar Shaari, baik di tangan mahupun di kepala anda.

“Saya anggap dia menipu. Anuar adalah pembohong dan tidak berkata perkara yang benar,” kata peguam kanan Manjeet Singh Dhillon dengan nada marah.

Bukan jenayah

Bercakap pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini, Manjeet juga menafikan dakwaan Anuar bahawa beliau telah berkali-kali menawarkan bekas penyokong ketua umum PKR itu - S Nallakarupan untuk menyertai PKR semula.

“Saya cuba menghubungkan dua kawan yang bergaduh ketika itu untuk berbaik semula. Persahabatan Anwar dan Nallakaruppan menjangkaui parti politik. Jika dua kawan bergaduh, adakah salah untuk cuba merapatkan mereka semula?” soalnya.

Anuar (kanan) juga memberi bayangan bahawa Anwar menanggung yuran perundangan dan mempertikaikan siapa yang sebenarnya membiayai Balasubramaniam supaya beliau mampu tinggal di kota London.

Dia juga dilaporkan menggesa ketiga-tiga peguam yang mewakili penyiasat persendirian itu supaya mengisytiharkan gaji dan aset mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negara bagi membuktikan mereka tiada kaitan dengan Anwar.

“Kenapa perlu kami mengisytiharkan pendapatan kami kepada pihak yang tidak terbabit. Komen oleh Anuar menunjukkan dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Dia tiada apa-apa,” kata seorang lagi peguam Balasubramaniam - Americk Singh Sidhu.

Manjeet juga berkata jika benar Anwar membiayai yuran mereka, ia bukan satu kesalahan jenayah.

“Ia hanya membuktikan betapa berminatnya untuk melihat mereka yang melakukan jenayah itu diheret ke muka pengadilan. Bukankah itu satu perkara yang baik?” kata Manjeeet.

Peguam-peguam itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka membantu mengendalikan masalah Balasubramaniam secara dasar pro bono ataupun sukarela.

“Kami tidak pernah menuntut wang atau bayaran. Apa yang kami berminat ialah mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan,” kata Americk.

Beliau berkata perbelanjaan Balasubramaniam ditampung daripada dana RM750,000 yang didakwa 'diserahkan' kepada penyiasat persendirian itu melalui seorang kenalan rapat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - iaitu ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan.

Sementara itu, Manjeet berkata Balasubramaniam mungkin mendedahkan kenyataan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Soalan tersebut mungkin ditandakan sebagai 'rahsia' tetapi jawapannya tidak. Akan tiba masanya bila kita mendedahkan jawapan itu,” katanya.

Pegawai SPRM membatlakan pertemuan mereka denagn Balasubramaniam di London, wealaupun telah berjanji untuk merakamkan kenyataannya. Sebaliknya suruhanjaya itu menghantar 52 soalan dan memintanya menghantar jawapannya dalam bentuk pengakuan bersumpah.

Wawancara itu adalah bagi SPRM menyiasat dakwaan Balasubramaniam bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim juga “terbabit” dalam usaha supaya penyiasat persendirian itu menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang menceritakan kaitan antara pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu dengan Rosmah dan juga Najib.

Dari mk

Saturday, July 24, 2010

KENYATAAN AKHBAR HASAN ALI

Saya dah malas nak ulas dan kata apa-apa lagi.

Pada saya semua orang bebas jumpa siapa saja tetapi janganlah sehingga menimbulkan syak dan persoalan.

Kenapa selepas dua bulan barulah Harussani bersuara?

Kalau hal Agama, kenapa mesti jumpa Harussani? Mufti lain tak pandai ke?

AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada "engagement" sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.

24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,

Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Friday, July 23, 2010

Apa Pilihannya?

"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.

Dari Batu vs Kayu

Bagaimana agaknya sekiranya memang ada perundingan dengan UMNO, apa pilihanya dan ke arah mana pula hala tuju perjuangan PAS.

Perpaduan. Bagi muslim yang waras, semuanya akan menyokong tetapi yang penting adalah perpaduan di atas landasan apa?

Woi! RM30,000 Pun Nak Rentap Ke?

Bekas ADUN Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Membuat Kenyataan Palsu

PUTRAJAYA: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Mengkibol Ng Kim Lai diarah membela diri di Mahkamah Sesyen Batu Pahat atas tuduhan membuat kenyataan palsu berhubung projek RM30,000 untuk sebuah persatuan yang tidak wujud.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Sheriff dan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara menolak rayuan Ng bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Muar ketika mengarahkan beliau membela diri.

Kes beliau ditetapkan untuk sebutan Jumaat di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.

Panel itu menerima bantahan awal oleh timbalan pendakwa raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak boleh dirayu kerana ia bukan keputusan muktamad.

Ng, 63, didakwa pada 2005 dengan tuduhan utama di bawah Sekseyn 11 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dua tuduhan ganti masing-masing di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah. Bagaimanapun, pada 15 November 2006, Mahkamah Sesyen itu melepas dan membebaskan beliau daripada semua tuduhan pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggil beliau membela diri.

Pada 23 Januari 2009, Mahkamah Tinggi Muar membenarkan rayuan pihak pendakwaan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk Ng membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas semua tiga tuduhan terhadap Ng. Ng merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu.

Bagi tuduhan utama, Ng dikatakan telah membuat kenyataan palsu bagi mendapatkan satu kontrak untuk renovasi pejabat Persatuan Wargatua Cina yang tidak wujud di pejabat MCA Kluang pada Oktober 2002.

Beliau boleh dikenakan penjara hingga 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali dari jumlah rasuah terbabit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ng secara alternatif dituduh menipu pengarah pembangunan negeri Jaapar Mohamed Yasin, hingga mempercayai bahawa RM30,000 telah diperuntukkan bagi projek itu dan mempengaruhinya meluluskan peruntukan itu di pejabat pembangunan negeri di Johor Baharu antara 23 Oktober dan 9 November 2002. Beliau menghadapi tuduhan alternatif kedua menggunakan status sebagai anggota dewan negeri untuk mendapatkan sagu hati bagi projek itu di pejabat MCA Kluang pada Oktober 2002.

Ng diwakili oleh peguam T.Vijaya Sandran. - Mstar

Salah Satu Perkara Yang Mengharumkan Nama Malaysia Di Mata Dunia

Rakyat tercekik, tetapi inilah salah satu sebabnya. Hello SPRM apa khabar?. Hello kerajaan 1 Malaysia, apa juga khabarnya?

(Berita Harian) - Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini.

Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion.

“Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia,” katanya pada Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.

Dibawa dari MT

Thursday, July 22, 2010

Adakah Ini Fitnah Atau Sememangnya Dia Kebal?

Tidak tahulah benar atau tidak kecuali Harussani sendiri mendedahkan nama dan status manusia dari PAS yang datang bertemu beliau.

Kalau tidak ianya hanya menjadi berita 'Khabar angin' atau mungkin juga bertujuan fitnah untuk menjatuhkan beliau.

Kalau betul Hassan Ali bertemu Harussani dengan tujuan itu, maknanya Hassan Ali memang kebal dengan membelakangi keputusan Muktamar PAS. Bersama Khalid tempuh dia sudah pun 'lepas' tetapi Khalid terjerat. Kalau pertemuan itu hanya pertemuan peribadi, kenapa Harussani mendedahkan sebaliknya?

Entahlah, pening penyokong PAS seMalaysia dibuatnya.

Article di bawah adalah saya ciluk dari mk

Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah lekang dirundung kontroversi dan kali ini pesuruhjaya PAS Selangor dan pakar motivasi itu, dikaitkan lagi dengan isu kerjasama Umno-PAS.

Selepas selamat daripada diheret ke muktamar khas seperti cadangan awal Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat tahun lalu, tersebar pula khabar angin Dr Hasan menemui mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria - yang menawarkan diri sebagai pengantara - bagi membincangkan perkara itu.

Semuanya bermula apabila Harussani baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua yang bermusuh itu.

Bagaimanapun, ekoran pendirian Harussani yang enggan mendedahkan nama pihak terbabit, timbulnya lebih banyak spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbi PAS sendiri.

Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Dr Hasan.

"Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali)," katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.

Khairuddin Othman merupakan setiausaha PAS Selangor.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' bagaimanapun berkata beliau bersangka baik dan "kemungkinan Hasan Ali cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja".

ADUN PAS akui pertemuan

Pertemuan tersebut dirakam dalam bentuk video dan pemiliknya tidak mahu mendedahkannya kecuali Dr Hasan Ali menafikan sendiri pertemuan itu, tulisnya dalam artikel berjudul 'Harussani jumpa Hasan Ali' semalam.

Tidak jelas butiran lanjut pertemuan tersebut, bagaimanapun difahamkan pertemuan tersebut diadakan di sebuah hotel di Ampang pada penghujung bulan lalu selama kira-kira 20 minit.

Desas-desus berhubung kesahihan pertemuan itu dikuatkan lagi apabila seorang pemimpin PAS Perak Khalil Idham Lim mengakui kewujudan pertemuan itu.

Menurut ketua penerangan PAS negeri itu Khalil Idham Lim, beliau tahu dengan siapa Harussani bertemu, di mana pertemuan itu diadakan - lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

"Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini," katanya yang juga ADUN Titi Serong.

Menulis dalam blognya pada 18 Julai, Idham bagaimanapun mendakwa pertemuan tersebut sebenarnya bagi tujuan lain - yang tidak dinyatakan.

"Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan Umno seperti yang didakwa olehnya (oleh Harussani)," katanya dalam artikel berjudul 'Saya tahu siapa jumpa Harussani'.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Harussani dan Dr Hasan buat masa ini masih belum berhasil.

'Tunggu Dr Hasan dari UK'

Bagaimanapun, Khairuddin ketika dihubungi menafikan perkara itu.

"Saya nafi terlibat (dalam pertemuan itu). Minta siapa yang buat kenyataan tersebut kemukakan bukti. Jangan sewenang-wenangnya menuduh," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Manakala ketua penerangannya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir pula ketika dihubungi pula memberitahu pihaknya sedia maklum terhadap dakwaan tersebut.

Mengakui sudah mempunyai penjelasannya, beliau bagaimanapun berkata biarlah perkara itu dijawab oleh Dr Hasan sendiri.

"Beliau sekarang berada di United Kingdom. Esok malam insya-Allah beliau pulang," katanya yang juga bekas setiausaha akhbar kepada preden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sejak 2008, tidak berapa lama setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Dr Hasan dilanda pelbagai kontroversi, antaranya berhubung isu penguatkuasaan penjualah arak, hubungannya dengan DAP dan rombakan kontroversi dalam PAS Selangor.

'Kemarahan' Nik Aziz pada Oktober tahun lalu yang mencadangkan PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan dianggap sebagai cabaran paling getir buatnya.


Manakala ketua penerangannya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir pula ketika dihubungi pula memberitahu pihaknya sedia maklum terhadap dakwaan tersebut.

Mengakui sudah mempunyai penjelasannya, beliau bagaimanapun berkata biarlah perkara itu dijawab oleh Dr Hasan sendiri.

"Beliau sekarang berada di United Kingdom. Esok malam insya-Allah beliau pulang," katanya yang juga bekas setiausaha akhbar kepada preden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sejak 2008, tidak berapa lama setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Dr Hasan dilanda pelbagai kontroversi, antaranya berhubung isu penguatkuasaan penjualah arak, hubungannya dengan DAP dan rombakan kontroversi dalam PAS Selangor.

'Kemarahan' Nik Aziz pada Oktober tahun lalu yang mencadangkan PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan dianggap sebagai cabaran paling getir buatnya.

Benarkah?

"SEMUA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH, SEGALA KEBURUKAN ITU DATANG DARI DIRI SENDIRI"

Ayat di atas selalu kita dengar dibaca oleh Ustaz atau sesiapa yang memberikan Kuliah atau Nasihat.

Betulkah?

Bagaimana dengan Firman Allah yang ini? "Tidak bergerak walau sebesar Zarah sekali pun tanpa izin Aku"

Bukankah baik dan buruk adalah dari Allah. Tanpa izinnya semuanya tidak akan berlaku.

Apakah kuasa yang kita ada?

Rasanya Wak Jono boleh jawab.

Bodoh Atau Memang Bertujuan?

Kalau nak kata bodoh, dia seorang Mufti yang berbintang paling tinggi di Malaysia. Nak kata dia ada tujuan tetapi disangkalnya.

Tapi apakah tujuan sebenar beliau mewar-warkan yang ada orang PAS berjumpanya meminta menjadi orang tengah rundingan UMNO-PAS? Kalau dia cerdik dan tidak ada udang di sebalik mee, kenapa perkara sepenting ini dilaungkan dahulu sebelum bertunas pun lagi?

Kenapa? Tak tahu berbohongkah seorang Mufti? Maksumkah seorang Mufti?

Tak payah cakap dan melaung ke hulu ke hilirlah wahai Harussani. Sebagai manusia biasa, pembohongan dan berbohong semuanya mungkin!

Mungkin sengaja nak usik ketenangan PAS supaya bising dan berbalah sesama sendiri supaya kecacatan tindakan kerajaan tidak ada masa untuk dibisingkan.

Sila baca petikan di bawah:

''Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu, jadi saya tidak berbohong.

''Orang Islam ni kalau terjadi dua puak yang bertentangan, maka hendaklah didamaikan.

Baca selanjutnya di sini

Bagi PAS pula, kalau benar Harussani tidak bohong dan perkara ini benar berlaku, mengaku sajalah. Tak payahlah bohong disambung dengan bohong dan disambut pula dengan pembohongan.

Di mana letaknya kemurnian perjuangan Islam yang dipikul dan dicanangkan PAS sebelum ini? Adakah PAS juga bila berpolitik dihalalkan menipu Ahli dan Penyokong? Kalau begini lagaknya, apa bezanya antara PAS dan UMNO?

Dan petikan ini:

Disebabkan terdesak hendak berkuasa, malu dan mungkin mahu menjaga hati DAP, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hilang akal dan menuduh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai mereka-reka cerita apabila dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Tak tahulah sama ada Salahuddin dan Mahfuz memang betul-betul tak tahu atau buat-buat tak tahu.

Penulis lebih yakin diaorang buat-buat tak tahu.

Disebabkan tuduhan yang melampau itu, Mufti Perak berkenaan terpaksa menjelaskan bahawa dirinya sebagai seorang Mufti tidak akan menipu terutama dalam soal-soal politik.

Hakikatnya memang ada pemimpin Pas yang bertemu Harussani.

Personaliti yang dimaksudkan bertemu Harussani tidak lain dan tidak bukan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Dimana dan bila pertemuan itu dibuat penulis tidak tahu sepenuhnya.

Sepenuhnya di sini

Zalimkah Mereka Atau Kita Yang Zalim?

Ada sesiapa yang berani berkata dan tegaskan ini adalah zalim?

UMNO jika nak sangat bersatu dengan PAS. Tolong pinda Perlembagaan, buangkan hukuman 356 (hukuman tak lebihi 3 tahun penjara, 5 ribu denda dan 6 kali sebatan) di mahkamah Syariah. Dan laksanakan hukum islam terhadap umat islam. Masa itulah baru boleh ajak PAS bersatu. Tak kisahlah guna lambang UMNO ke, 4 segi ke..yang penting islam..

Ini foto hukuman hudud Allah bagi kesalahan zina libatkan lelaki yang dah kahwin di Somalia.

Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna "hanya Allah yang SATU" (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz "Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah".

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.

Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat" (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).

"Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-Maidah:38 – 39)

Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.

Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar "Muflis" dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.

Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.

Kedua-dua pesalah telah dipancung.

Copy N paste tanpa pindaan dari sini