Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 31, 2010

Amal Kebajikan Pada Bulan Ramadhan Di Negara 1Malaysia

Di Negara Islam 1Malaysia di Bulan Ramadhan........
Cantik-cantik belaka kan?

Pemenang pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 dari Negeri Sembilan, Sheela Elvis Suntharesh diapik oleh pemenang tempat kedua dan ketiga, Junaidah Md Ishak dari Selangor (dua kiri), Shariah Ahmad dari Perlis (dua kanan). Turut sama ialah Pelakon terkenal Bollywood, Shakti Kapoor (kiri). Sheela menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM10 ribu dan akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Mrs Beauty World 2010 di Las Vegas, Amerika Syarikat. Pertandingan Mrs Beuty Malaysia itu disertai oleh 14 peserta yang mewakili negeri-negeri seluruh Malaysia. - foto BERNAMA dari mStar

Islam Itu Bersaudara - Cara Arab!

Mesir bom terowong Gaza

SINAI - Pihak berkuasa Mesir memusnahkan 12 terowong bawah tanah yang digunakan untuk menyeludup masuk barangan ke Genting Gaza, kelmarin.

Terowong yang didakwa digunakan untuk penyeludupan senjata itu ditemui di beberapa kawasan di sepanjang sempadan Sinai dan Gaza.

Sumber pihak berkuasa Mesir memaklumkan, tentera yang terlibat dalam pengeboman terowong itu bekerjasama dengan pegawai di Gaza bagi memastikan tiada orang awam sedang menggunakan terowong semasa letupan terkawal itu.

Mesir dan Israel melonggarkan sekatan ke atas barangan ke Gaza selepas insiden serangan konvoi Freedom Flotilla yang mengorbankan sembilan warga Turki, 31 Mei lalu.

Bagaimanapun, larangan terhadap beberapa jenis makanan dan bahan binaan menyebabkan penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada terowong bawah tanah untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

Kaherah mula mengambil langkah bagi menghalang penyeludupan barangan ke Gaza selepas menerima tekanan daripada Amerika Syarikat dan Israel.

Rejim Zionis mengenakan sekatan ke atas Gaza selepas kumpulan pejuang Hamas menguasai wilayah Palestin itu pada 2007, dan sejak itu melarang semua eksport barangan dari Gaza serta mengenakan kekangan terhadap pergerakan rakyat Gaza.

Sinar Harian

Sunday, August 29, 2010

Hujah dan Pandangan Yang Berpijak Di bumi Nyata

Saya cukup bersetuju dengan pandangan ini. Otak yang lebih terbuka, pandangan tidak kabur sebelah mata.

Salahkah Bukan Islam Memasuki Masjid?

KECOH apabila dua wakil rakyat bukan Islam selepas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos tahun lepas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP yang dikatakan menyampaikan 'tazkirah' di dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu sementara rakannya Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula diberi 'kebebasan' berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mengikut Kamus Dewan, tazkirah bermaksud ceramah ringkas tentang agama Islam sebagai peringatan.

Namun tidak dapat dipastikan kedua-dua Ahli Parlimen itu 'bertazkirah' atau tidak. Ataupun penggunaan perkataan 'tazkirah' sesuai digunakan dalam isu ini.

Kedua-dua mereka berada di rumah ibadah umat Islam atas jemputan jawatankuasa masjid dan surau terbabit dan adanya mereka di situ telah mencetuskan polemik yang dahsyat seolah-olah mereka telah meruntuhkan atau mencemari surau dan masjid sehingga ke tahap yang tidak boleh dimaafkan lagi.

Banyak pihak menghukum kedua-dua wakil rakyat bukan Islam ini seolah-olah mereka sengaja mahu mencemarkan rumah ibadah umat Islam sedangkan jelas mereka adalah seolah-olah mangsa keadaan.

Sebagai reaksi segera atas insiden tersebut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus menghukumkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Kenyataan orang nombor satu JAIS itu ternyata bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu telah membincangkan `Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid'.

Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Menurut portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid, bagaimanapun perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Pelancong dalam fatwa ini menyebut yang bukan Islam dan kedua-dua wakil rakyat itu sememangnya bukan Islam.

Dalam isu melibatkan Teo, jika mahu dipersalahkan sekalipun ialah melibatkan perkara etika berpakaian yang tidak tidak menutup kepala bukannya kerana beliau menyampaikan 'tazkirah' yang jelas bukan ceramah politik sebaliknya menyebut tentang bantuan pelajaran oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Namun, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam soal etika berpakaian para jemputan kalau bukan mereka yang menjemput? Dalam soal ini, pihak yang patut dipersalahkan sepenuhnya ialah Jawatankuasa Surau Al-Huda yang beragama Islam sepatutnya menegur atau menasihati Teo supaya berpakaian lebih sopan dengan menutup kepala.

Sebaliknya, beliau yang bukan Islam itu dibiarkan berada di bahagian depan surau tanpa menutup kepala. Sepatutnya ahli jawatankuasa perlu sensitif dalam soal ini.

Tetapi berlainan halnya dengan rakan Teo di Selayang. William berada di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru dikatakan atas jemputan jawatankuasa masjid berkenaan. Beliau berpakaian sempurna, selain mematuhi etika pemakaian di dalam masjid.

Jadi adakah wajar beliau dituduh sebagai mencemarkan masjid? Sama-samalah kita fikirkan. Dalam isu ini, pendapat politik diletakkan di depan berbanding hukum dalam Islam. Wajarkah umat Islam mendahului nafsu politik berbanding hukum agama sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Sebaik-baiknya kita rujuk pada hujah Jawatankuasa Fatwa dalam soal ini iaitu dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi (menghambakan diri dengan Allah) amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

Selain itu, umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh (berlapang dada atau terbuka) dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

Fatwa itu diakhiri dengan hujah bahawa keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

Copy n paste dari sini

Pembetulan dari pengunjung :

Anonymous Anonymous said...

Maaf.. Saidina Umar tidak bersolat dalam gereja tetapi di luar gereja. Sila perbetulkan.

Masalah Otak Melayu

Kata-kata ini adalah dari seorang manusia Melayu yang tahu Agama. Tapi bila masuk politik dah jadi tongong!

Sila katakan yang benar. Salahkah dari segi Agama/Hukum?

Atau hanya salah dari segi Adab?

Manakah yang lebih besar antara Hukum Allah dan Adat Melayu?

Tapi saya nasihatkan jangan tanya Si Anak Yatim Barua 'Tragedy Memali', sebab baginya tentulah Adat lebih besar dari Hukum.

Pada aku manusia-manusia yang menyokong UMNO ni dah Allah gelapkan perut mereka. Mereka gagal mengenal dan menilai antara kepentingan Hak Allah dan Hak Manusia.

Kalau orang lain buat, walau pun tidak salah dari sudut Agama cuma mungkin ada percanggahan dari segi Adab dan Adat, mereka cukup bising dan meraung ke segenap ceruk penjuru alam tetapi yang mereka sendiri buat, bukan setakat bercanggah dengan Adat tetapi berlawanan langsung dengan Hukum dan Hak Allah, mereka boleh diam atau menyokong pula. Memang setaraf manusia Pagan!

Pemimpin Islam Pembangkang Diminta Nasihat Rakan Dalam Pakatan Berhubung Tempat Ibadat

BESUT, 28 Ogos (Bernama) -- Pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang diminta menasihati rakan masing-masing terutama dari DAP supaya mematuhi hukum-hukum Islam berhubung penggunaan tempat ibadat seperti masjid dan surau.

"Islam mempunyai batasan tertentu dalam penggunaan rumah ibadatnya supaya ia tidak dicemari dan dipergunakan sewenang-wenangnya hingga menimbulkan rasa tidak puashati kepada orang Islam di negara ini," kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin.

Katanya, tempat ibadat adalah merupakan tempat yang suci dan sepatutnya ia tidak boleh dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum-hukum Islam yang diamalkan oleh penganut Islam di Malaysia.

Justeru, katanya, tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan menyampaikan "tazkirah" di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lalu adalah amat memalukan dan mendukacitakan.

Beliau berkata memang sepatutnya sebagai Ketua Agama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan apa yang berlaku.

Dr Abdullah berkata sepatutnya pemimpin pembangkang yang beragama Islam prihatin terhadap perkara tersebut dengan lebih awal memberikan nasihat kepada rakan bukan Islam mereka berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

Katanya, mengikut peraturan dalam Islam, wanita sepatutnya menutup aurat apabila memasuki sesebuah rumah ibadat seperti masjid ataupun surau.

"Kalaulah nak berucap dan memberi sumbangan tidak semestinya mereka boleh sewenang-wenangnya memasuki ruang solat orang-orang Islam kerana ianya boleh dilakukan di bahagian luar," jelasnya.

Sebelum ini, pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Referee Yang Bias

Referee pun boleh tendang bola ke?

Mediator yang Diktator, Layakkah?

Hayya macam-macam pelik yang berlaku!

Tan Sri Harussani mendakwa sekarang ini dia bertindak sebagai mediator atau orang tengah nak menyatupadukan Melayu dan Islam antara Umno-PAS. Apa reaksi Ustaz?

USTAZ AHMAD AWANG: Cuma yang menghairankan saya ialah bagaimana dia nak jadi orang tengah, pada hal dia duduk di sebelah sana (Umno). Selama-lamanya dia tak pernah duduk di tengah-tengah, walaupun ada juga pandangan dia yang bercanggah dengan kerajaan Umno-BN. Dia tak setuju (ketika mewakili suara para mufti) dalam isu tertentu seperti isu Sure Heboh TV3, dan murtad. Ada keberanian dia menyatakan pandangan. Tapi kerajaan Umno-BN tidak mempedulikannya. Tetapi, kita dari PAS tetap menyokong pandangan tegas dia itu. Inilah yang saya mahu katakan, PAS tak mengetepikan kesemua pandangan mufti kerana ia merupakan salah satu saluran yang ada dan kita lihat walaupun beliau berpihak kepada kerajaan Umno-BN, tetapi dalam perkara yang ada kepentingan Islam kita sokong dia.

Malas nak ulas. Baca semuanya di INFO BLOG

Saturday, August 28, 2010

Makhluk Jenis Apakah Ini?

Terkedu saya bila baca berita ini. Makhluk jenis apakah ini?

Nak kata binatang, melebihi binatang bahkan melebihi Syiatan lagi!

“Sampai hati ayah, abang”


KOTA BHARU – Bukan sekali, tetapi didakwa berkali-kali tubuh mereka diratah abang kandung sendiri yang hanya untuk melepaskan nafsu serakah yang bermaharajalela dalam diri.

Itulah nasib malang yang menimpa lima adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia 5 hingga 16 tahun dari Kampung Saadur, Tawang, Bachok.

Lebih malang lagi, adik bongsu mereka yang berusia lima tahun juga turut menjadi mangsa.

Mereka bukan sahaja mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral secara bergilir-gilir, tetapi juga diugut bunuh sekiranya rahsia itu dibongkar.

Tidak tahan dengan sikap abang yang durjana itu tiga daripada lima beradik yang berusia 5, 14, dan 16 tahun itu tekad melarikan diri ketika umat Islam sedang sibuk bersiap sedia untuk menyediakan juadah berbuka puasa kira-kira jam 2.10 petang kelmarin, bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ketiga-tiga beradik ini ditemui dalam keadaan trauma dan kebuluran di Masjid Kedai Lalat Kota Bharu oleh penduduk kampung dan mereka kemudiannya dibawa ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung Tok Ku, Kedai Lalat, Mat Rani Ibrahim kira-kira jam 8 malam, semalam.

Salah seorang daripada mereka yang lengkap berpakaian seragam sekolah menceritakan detik tragis itu dengan mendakwa dia dan kakaknya dirogol sejak 7 tahun lalu.

Katanya, sikap kejam abangnya yang juga seorang penagih dan kaki botol itu sampai ke kemuncak apabila dia turut merogol adik bongsunya yang berusia lima tahun di hadapan mereka sendiri. Lebih memilukan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang dengan ugutan abangnya.

“Abang saya merogol adik bongsu saya tahun lalu di depan mata kami sendiri. Saya cuba menghalang tetapi dia bertindak ganas dengan memukul saya kembali. Akibatnya saya dan kakak hanya mampu melihat sahaja perbuatan abang itu.

“Kakak saya dirogol abang ketika dia berusia 9 tahun dan ketika itu abang saya baru berusia 11 tahun. Saya sendiri hampir 20 kali dirogol. Begitu juga dengan tiga lagi adik saya yang berusia 12, 10 dan 5 tahun. Mereka semua menjadi mangsa nafsu serakah abang,” katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.

Tidak cukup dengan sikap abang yang tidak bertanggungjawab, lebih malang lagi keselamatan mereka adik-beradik juga terancam kerana bapanya adalah seorang penagih dan kaki botol yang tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, dia terpaksa bekerja sebagai pelayan di kedai makan berhampiran rumahnya dengan upah RM10 sehari selepas pulang dari sekolah bagi mendapatkan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga.

Turut memeranjatkan wang itu juga terpaksa dikongsi dengan bapanya yang sering memeras wang tersebut untuk membeli arak.

Katanya, dia tidak tahan dengan beban yang tanggung sekian lama lantas nekad membuat laporan polis minggu lalu berhubung kes tersebut dan kini abangnya yang digelar ‘abang setan’ itu ditahan di lokap Balai Polis Tawang, Bachok.

Tepat jam 1 pagi semalam, ketiga-tiga beradik ini dibawa ke balai polis binjai sebelum diserahkan kepada balai polis daerah Bachok untuk siasatan lanjut dan diberikan perlindungan sementara.

Sementara itu, Deputi Superintendan Yahya Salleh ketika ditemui berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kes terbabit dan kini siasatan mengenainya sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Sesyen 376 kanun keseksaan.

Salah seorang ahli keluarga terdekat yang ditemui di Kampung Wakaf Aik, Rohaya Mamat, 58, berkata, ketiga-tiga beradik itu pernah beberapa kali cuba melarikan diri kerana tidak tahan dengan perangai barang ayah mereka.

Beliau berkata, sebelum ini mereka pernah lari ke rumah ibu saudara di Tanah Merah sebelum Ramandan, bagaimanapun dihantar kembali ke sini.

“Saya tidak tahu kes rogol berkenaan, tetapi kalau mereka kena pukul memang saya sedia maklum kerana ada datang mengadu kena pukul dengan ayahnya,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Rohaya berkata, sebelum ini beliau dan suami tinggal bersebelahan dengan rumah tiga beradik itu, tetapi mereka mengambil keputusan untuk berpindah kerana tidak tahan dengan perangai abang sulung adik-beradik tersebut yang sangat nakal.

Beliau berkata, lelaki kepada tiga beradik itu seorang penagih dadah dan selalu mencuri barangan di atas rumahnya, sehingga menyebabkan beliau takut serta nekad untuk berpindah.

Menurutnya, tengah hari semalam, ayah tiga beradik itu datang ke rumah mencari anak-anak mereka yang dikatakan hilang.

“Memang saya akui, ayah dan anak sama-sama penagih dan anak-anak perempuan mereka selalu kena pukul,” katanya.

Jiran mereka, Aminah Dollah, 50, berkata, jerit pekik lima beradik itu sentiasa didengari dan ia perkara biasa.

Beliau berkata, mereka selalu dipukul ayah mereka dan ada kalanya ayah mereka berkata ingin memukul anak-anaknya hingga mati.

Aminah ketika ditemui tidak mengetahui mengenai kes rogol terhadap adik-beradik itu dan hanya mengetahui mereka semua sering dipukul saja.

“Kali terakhir saya berjumpa budak-budak itu pada tengah hari dan kata mereka hendak ke Sering untuk mengambil salah seorang adiknya pulang dari sekolah.

“Sehingga itu saya tidak melihat lagi kelibat adik-beradik tersebut, yang saya jumpa ialah ibu mereka yang bekerja di salah sebuah pasar raya di Kota Bharu yang keluar pagi dan hanya pulang lewat malam pada setiap hari,’’ katanya.

Sementara itu, Imam Muda Mukim Senak, Abu Hassan Abdul Hamid, 51, berkata, beliau sangat terkejut dengan berita tersebut dan tidak mengetahuinya.

“Lagipun keluarga itu baru berpindah ke sini tiga tahun lalu, dan ayah mereka sangat ramah dengan orang kampung,” katanya.

Sumber dari Sinar Harian

Bengong Aku Bila SiBangang Bertutur

Bila masa pula Kerajaan Kelantan akan berurus niaga menggantikan RM kepada Dinar? Salahkan berniaga Emas/Dinar dan Perak/Dirham di Pasaran Terbuka sepertimana barang dagangan yang lain?

Inillah yang buat aku jadi bingung ni.......!

Awang Adek: Dinar untuk disimpan bukan diniaga

Kerajaan pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Beliau berkata kerajaan pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia dan boleh menganiyai orang ramai selain peniaga.

"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di Bachok, hari ini.

Seramai 1,000 fakir miskin di kawasan dewan undangan negeri Perupuk masing-masing menerima wang zakat sebanyak RM70 sumbangan institusi kewangan kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), UDA Holding Sdn.Bhd dan Bank Rakyat.

Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.

Awang Adek yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan mengakui beliau pernah menerbitkan dinar emas menerusi sebuah syarikat yang diterajui sebagai simpanan bukan untuk diniaga seperti yang didakwa.

Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan.

"Saya tidak fikir penggunaannya melebihi RM1 bilion dalam tempoh berkenaan," katanya.

- Bernama

2 Soalan Dari Pengunjung

Blogger
Pada N3 saya yang bertarikh 25 Ogos 2010 yang betajuk Berbezakah Antara Singh Dan Nik?

Saya dapati dua komen dari pengunjung yang sepatutnya dijawab dengan fakta. Tetapi malangnya saya bukanlah Ahli PAS atau pun PKR. Saya hanyalah penyokong apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Jadi bukanlah hak saya untuk menjawabnya. Tambahan saya memang tiada langsung fakta tentang perkara berkaitan yang dibangkitkan. Di sini saya berharap ada dari kalangan orang-orang PAS yang boleh dan menjawabnya.



gangga awana
said...

salam ayahanda.

Di sini perlu kiranya melihat kembali penjelasan yang dibuat dalam blog beliau.saya kenal Nik nazmi dan 'fikrah' beliau.Bukan kenal kerana dia berada dalam PKR tetapi sejak zaman belajar lagi.Dan saya bukan anggota Parti keadilan.

Premis saya, hudud wajib dilaksanakan bagi mencapai maqasid syariah.Tapi cabarannya, bagaimana mahu memahamkan masyarakat mengenai hal ini?

Dalam kes isu hudud ini, saya rasa, orang yang kurang bijak adalah di kalangan melayu muslim sendiri.Terutama sekali, ahli politik melayu-muslim.

Bila emosi itu diletakkan di hadapan mengalahkan rasionalisasi ilmu itu sendiri, natijahnya, keluar komen yang macam-macam yang tak menggambarkan akhlak seseorang muslim.(walaupun niatnya ikhlas mahu mempertahankan islam)

Pertama : persoalan saya, selama ini, apa tindakan PAS (yang taktikal dan strategi) dalam menggerakkan pemahaman Masyarakat malaysia mengenai Hudud? Selain dari ceramah-ceramah yang hanya dihadiri oleh penyokong PAS atau di surau-surau?

Kedua : 'Bahasa' yang bagaimana PAS gunakan untuk memahamkan masyarakat malaysia selama ini?(kalau kepada bukan islam, bagaimana?kalau kepada golongan Profesional bagaimana?)

Ketiga : Saya tak pasti, tetapi saya ada terbaca secara sepintas lalu di blog samada Saudara Hanipa maidin atau Dr Mujahid Yusuf Rawa mengenai bagaimana hikmahnya Arwah Ustaz Fadhil Noor dalam mengetengahkan perkara ini dengan menggunakan kaedah Fiqh Alawiyat.(harap disemak balik)

Keempat : Saya tertarik pada komentar yang di ada di blog Ikut Suka Aku :

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/08/lalang-dalam-pakatan-rakyat.html

Sekadar pendapat suara saya sebagai orang muda yang tergolong dalam Generasi Y.

August 26, 2010 10:19 AM

Delete
Blogger Hanz Newman said...

am with yer Gen Y ... PAS lembab terhegeh hegeh dalam berdakwah dengan lebih efektif bagi memahamkan negara Islam + akhlaq + hukum utama dalam sistem perundangan & kehakiman Islam. Sini perlu orang yg bijak politik, ulamak & umarak ke hadapan. Bukan cakap berdegar degar, kerja tak nampak kemajuannya. Walk the talk, man.

August 27, 2010 11:43 PM

Friday, August 27, 2010

Binatang Buat Hati Tersentuh

Entah mengapa Arnab-Arnab yang Pak Din dan Adik bela ni selalu mengundang rasa sedih dan terharu.

Petang semalam, siBubble merajuk dengan Adik dan termenung di tepi 'Kubur' Fluffy. Dia termenung merenung 'kubur' dan sekejap toleh memandang pada Adik. Pas tu renung 'kubur' dan pandang adik lagi seolah bertanya "Ke mana perginya kawan saya? Kenapa dia ke sini tak pulang-pulang?".

Tengok pada gelagat itu, saya hampir menitiskan air mata. Betapa setianya binatang pada teman-teman seolah melebihi manusia!

Fluffy kiri dan Bubble kanan
Mereka cukup mesra sepanjang hayat Fluffy bersama kami


Malam ini pula siLulu masih melilau mencari Boboy. Dia menyelongkar tempat Boboy selalu tidur dan lepak di sebalik langsir.

Dia mencakar dan membelek-belek langsir s
mencari Boboy. Bila tak nampak Boboy dia pandang Adik dengan satu renungan seolah satu pertanyaan. Bila Adik buat deak, dia masuk dan selongkar lagi.

Lepas tu dia merayau seluruh bilik tamu dan bilik TV. Bila letih dia makan dan tertidur. Kesian...!

Lulu masih lagi tidak dapat menerima 2 ekor kawan barunya. Bila 2 ekor ahli baru ini dekat Lulu akan marah dan halau mereka.

Boboy kanan dan Lulu kiri.

Pak Din Melalut!

Islam-Melayu, Melayu-Islam. Melayu-Islam, Islam-Melayu.... Eh! bila nak habis daa...
Tapi betul ker memang sinonim Melayu dan Islam?

Tak ada ke Melayu bukan Islam atau Kafir atau Murtad?
Tak ada ke Islam bukan Melayu?
Sejak bila pula Melayu menghakmilikkan Islam?
Sejak bila pula Islam terhegeh-hegeh mencari Melayu untuk menumpang?
Takkanlah bila harta rakyat boleh dihakperibadikan, Islam satu agama untuk semua Umat manusia pun nak dihakmilikkan?

Bila difikirkan balik, memang betul Melayu memang Islam sebab semua orang Melayu pandai bersyahadah. Hatta Cina Kampung atau India Kampung pun memang tahu bersyahadah dan beristighfar!

Guruku pernah berpesan semasa aku hadiri kuliahnya yang Sayyidina Ali Abi Talib pernah berkata "Sesiapa yang 'Bersyahadah', dia Islam"

Rupanya Melayu ada memiliki sifat menguasai dan cukup ego untuk membenarkan sesilapan diri. Tapi sayangnya ego yang menyerlahkan kebodohan serta bebal sendiri!

Jadi perkataan "Perpaduan" hanya akan jadi hiasan bibir dan menyumbangkan peluang menayangkan kebebalan Melayu. Bagi yang otak ciput, bolehlah nganga mulut luas-luas untuk dapat sokongan dan selepas itu adaalah habuan....nya

Bukankah perpaduan sebenar hanyalah di atas Agama Allah?

Perpaduan Melayu tidak akan tercapai selagi ada Melayu jenis ini :

Yang bijak tidak tahu dia bijak
Yang bodoh tidak tahu dia bodoh

Betapa Besar Kasihnya Ibu

Subhanallah, Kerana kasih seorang Ibu, dengan izinNya....

Bayi hidup semula dalam pelukan ibu

GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.

SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.

Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

Dari Kosmo

Thursday, August 26, 2010

55 Tahun Aku Di Sini

Hari ini 26 Ogos 2010

Pada hari ini genaplah selama 55 tahun aku menumpang di bumi Allah ini

Hari ini genaplah selama 55 tahun aku menumpang kasihnya Allah
di alam fana ini

Hari ini genaplah 55 tahun Allah limpahkan aku dengan rahmatNya.

Hari ini genaplah 55 tahun aku menumpang Rahman Allah
dengan nikmat rezeki yang melimpah dan kesihantan yang baik.

Hari ini genaplah 55 tahun Allah hidayahkan aku agamaNya
dan itulah Rahmat terbesar dariNya

Syukur alhamdulillah........

Upload pula Kek hadiah dari Adik

Terima kasih Adik

Wednesday, August 25, 2010

Kelantan - Statements Kartun Dari Istana Tak Habis-Habis!

Sultan Kelantan boleh memerintah


TENGKU Muhammad Fakhry menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra (gambar kecil) kini boleh kembali menjalankan tugas rasmi dari kediaman baginda di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini tanpa perlu masuk ke pejabat.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata, kesihatan baginda semakin pulih selepas pulang dari menjalani rawatan di Singapura bulan lalu.

Menurutnya, baginda kini telah boleh mengeluarkan titah pada bila-bila masa.

“Sekarang (baginda) sudah boleh menjalankan tugas seperti yang saya katakan sebelum ini. Sultan bukan macam kontraktor yang perlu pergi ke tapak projek sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kalau kita ambil contoh, Raja Thailand pun saya rasa sudah lama di hospital. Mungkin lebih setahun belum keluar,” katanya ketika ditemui selepas majlis Pengurniaan Zakat dan Berbuka Puasa Yayasan Tengku Temenggong bersama anak-anak yatim di sini kelmarin.

Sultan Ismail yang gering sejak Mei tahun lalu menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan pulang ke tanah air pada 4 Mac lalu.

Malam Tadi

Malam tadi Pak Din dan Adik ke Pasar Malam Wakaf Che' Yeh nak belikan Ubat Sakit Perut untuk Arnab. Pak Din pun masuklah satu kedai Pets. Bermacam binatang peliharaan dijual di situ sehingga mencecah RM8,000 untuk satu binatang... tapi kalau manusia, buang jer dalam longkang!

Pak Din teringat nak ambil gambar untuk tatapan anak-anak melur (melurjelita.com) sebagai penghargaan melur dan anak-anak kerana menjadi pengunjung setia blog ini.

Yang kat bawah ni gaya seolah Ketua Kumpulan Arnab di kedai ini sebelum terjual


Yang ni cantik dan sihat

SiKetua sedang mengusap bulu Anak Buah....

Yang ni jenis apa, Pak Din lupa pula!

Berbezakah Antara Singh Dan Nik?

Karpal Singh siKafir Antik, memang semua orang kenal. Dia yang dikatakan cerdik ketapi mempunyai vision yang bangap tentang Islam. Atau mungkin dia buat-buat bodoh kerana bencikan Islam. Platform kebenciannya dan penolakannya terhadap Islam adalah Perlembagaan Negara. Nampaknya dia sekor aje yang bising. Tapi tak apa dia dah terlalu antik dan mungkin bila-bila masa saja akan pergi!

Yang sekor lagi ni memang aku tak faham. Manusia dari keturuan Kelantan yang bergelar Nik ni memang aku kenallah sikit sebanyak latar belakang keluarga dia. Yang peliknya dia ni memang muslim tapi masih tak faham atau tak pernah faham tentang Hukum Hakam. Fahamkah dia menolak sebahagian dari Nas (Alqur'an dan Hadith) adalah menolak Hak Allah!

Manusia yang semacam inilah membuatkan Islam menjadi suram di mata masyarakat bukan Islam. Manusia sebegini semestinya dipulau oleh Umat yang benar-benar sayang Allah dan agamanya. Takkanlah kerana kepentingan politik merelakan diri tercampak ke Neraka?

Karpal Nafi Beliau Sendirian Tolak Hukum Hudud Dan Penubuhan Negara Islam

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pada hari Isnin menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Tuesday, August 24, 2010

MPKB-BRI - Buka Mata Sikit!

Kalau-kalau MPKB-BRI terlepas pandang yang mana patut diutamakan. Gambar ini saya ambil petang tadi 23 Ogos 2010 di simpang masuk ke Sekolah Menengah Naim Lilbanat, Langgar, Kota Bharu.

Pada saya tempat ini perlu diberikan keutamaan untuk dibaiki atau sekurang-kurangnya ditampal untuk keselamatan Murid-Murid Sekolah Naim, Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka dan Guru-Guru juga selain dari orang ramai yang juga menggunakan jalan itu.

Tak silap saya keadaan begini berlarutan sejak Kelantan mengalami hujan pada akhir tahun lepas lagi dan diburukkan pula oleh pembinaan menaikkan taraf jalan dari Pasir Pekan, Jambatan Sultan Yahya Petra, Jalan Hamzah sehingga ke Jalan Sultan Yahya Petra.

Penutup Longkang yang pecah dan kelihatan merbahaya sebelum simpang ini
di hadapan Seng Heng

Jalan yang pecah betul-betul di tengah-tengah simpang

Lubang yang agak dalam sebenarnya tetapi sudut gambar
yang saya ambil tidak menampakkan begitu teruk

Jalan mendap ke dalam longkang besar yang pecah betul-betul selepas simpang

Refresh N3 Kerajaan Rakyat

Aku bukannya nak sebarkan sekiranya ini dianggap fitnah. Tetapi segala yang Mohd. Sofi kemukakan, sebagai rakyat Malaysia aku pun nak tahu juga jawapanya.

Kenapa kot diam seribu bahasa?

Monday, January 11, 2010

Dakwaan Yang Tidak Terjawab...!!!

2010, setelah 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan hasil perjuangan rakyat segenap lapisan, penipuan Umno dan Perikatan, kemudiannya Barisan Nasinal tidak dapat dibendung lagi. Sejarah kemerdekaan yang terhasil dari pengorbanan rakyat semua bangsa telah diolah sebegitu rupa oleh pemerintah zalim regim Umno/BN dengan segala kerakusannya untuk menunjukkan kononnya hanya Umno yang memperjuangkannya..!!! Ini adalah penipuan awal Umno terhadap bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Setelah setengah abab berlalu, segala pekong dan pendustaan Umno semakin rapuh, terbongkar dan menghempap ke mukanya sendiri.
Sehingga hari ini bersusun dakwaan rakyat yang masih gagal dijawab oleh regim zalim Umno/BN. Selagi Umno/BN gagal menafikan dengan fakta ketidaklibatannya dalam peristiwa berikut, selagi itulah keyakinan rakyat bahawa Umno lah yang menjadi punca kepada semua pengkhianatan, penyiksaan, penindasan dan pendustaan ini:

- Rakyat mendakwa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah sengaja dicetuskan oleh pemimpin Umno dengan matlamat mengekalkan kuasa pemerintahannya.
- Rakyat mendakwa peristiwa menyayat hati pembunuhan beramai-ramai secara zalim pada November 1985 di Memali adalah agenda sulit pemimpin Umno yang diketuai oleh Mahathir Mohamad dan Musa Hitam.

- Rakyat mendakwa kerugian berbillion ringgit wang rakyat berkait dengan skandal BMF pada 1987 adalah angkara penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad dan kroninya.

- Rakyat mendakwa kematian model seksi warga Monggolia, Altantuya Shariibuu adalah sendiket yang dikepalai oleh Najib bin Razak dan isterinya Rosmah binti Mansor.

- Rakyat mendakwa berbillion ringgit wang rakyat hasil minyak di Terengganu telah diselewengkan oleh Abdullah Badawi, Khairy Jamaludin dan kroninya.


- Rakyat mendakwa dalam setiap pilihanraya, undi pos terutama dikalangan anggota tentera dan polis adalah tidak telus dan diselewengkan olih SPR atas arahan Umno.

- Rakyat mendakwa Ketua Polis Negara terlibat dalam rasuah, sendiket kongsi gelap dan along.

- Rakyat mendakwa Mahathir Mohamad, Mokhtar Hashim, Linggam, Agustine Paul, Najib Razak,
Musa Hasan, Gani Patail dan Rahim Noor adalah antara manusia durjana berhati binatang yang terlibat secara langsung menfitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

- Rakyat mendakwa SPRM adalah talibarut Umno dan memutarbelitkan dalam banyak kes siasatannya untuk menutup pelakuan rasuah jutaan ringgit dikalangan pemimpin Umno.

- Rakyat mendakwa insiden pembakaran dan merosakkan gereja yang berlaku dalam seminggu ini adalah perlakuan yang direstui olih Umno sebagai sebahagian daripada agenda politiknya untuk menimbulkan keadaan tegang antara kaum demi matlamat politik jijik Umno seperti apa yang terjadi dalam tahun Mei 1969.


- Rakyat mendakwa tercetusnya polimik kalimah
'ALLAH' adalah skrip yang dibuat olih Umno setelah perbuatan memijak kepala lembu di Shah Alam oleh PEKIDA gagal menimbulkan ketegangan kaum.

- Rakyat mendakwa PEKIDA (baca PUKIDA) adalah agen samseng Melayu yang ditubuhkan dan dibiayai olih Umno untuk menimbulkan kacaubilau dan huruhara pada masa-masa tertentu demi kepentingan politik jijik dan hina mengikut acuan Umno.


- Rakyat mendakwa terlalu banyak berita dan cerita yang disiarkan olih akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1 dan 2 serta TV3 berunsur fitnah jahat dan menjurus kepada niat memecahbelahkan perpaduan kaum dan kefahaman beragama.


Dan.... Kerajaan Rakyat memohon semua pembaca untuk terus menitipkan di sini dakwaan rakyat terhadap Umno/BN sebagai memperingati segala kesialan yang telah dilakukan olih regim Umno/BN untuk bacaan generasi seterusnya.
Salaam Takzim. Salaam Perjuangan Sofi Yassin Kerajaan Rakyat Link ini

Monday, August 23, 2010

Ingatkan Perkara Besar!

Komen Aku: Tak pasal-pasal Harussani pun menjadi bengap kerana ini. Mungkin kerana hati dia pun dah memang hitam dek dunia yang diselungkup oleh aura parti yang dia sokong. Memang gelap perut!

Aku ambil petikan dari bagindareformasi. Selabihnya boleh ke sana untuk baca lagi.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Salam Buat Along

Assalamu alaikum wbt. Salam dari Papa, Mama dan Adik untuk Along yang sekarang berada di tengah Samudra. Along sedang bertugas.

Papa, Mama dan Adik ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Selamat Belayar
dan
Selamat Berbakti untuk Agama dan Tanah Airmu

Papa, Mama dan Adik sentiasa doakan Along selamat serta sihat dan gembira. Dan yang paling penting tidak lupakan Yang Maha Pencipta.

Maafkan saya, N3 ini adalah untuk Along yang memang susah dihubungi kerana sedang belayar di atas KD PAHANG membuat Rondaan. Walau pun N3 ini untuk tatapan Along kerana cyber adalah salah satu dari medium antara kami untuk menyampaikan pesanan dan berhubung, namun ia semestinyalah terbuka juga untuk semua yang bertandang dan komen dari semua tetamu juga terbuka.

Warga Baru - Boboy Jr.

Boboy Jr. sedang tidur lena di Tapak Tangan Adik.
Boboy Jr. ni tidur memang lama



Lulu yang gelojoh dengan Kangkong dipasangkan dengan Boboy Jr.
Tapi Lulu masih tidak boleh terima Boboy Jr kerana masih rindukan Boboy Sr.
Malam tadi pun Lulu masih meneroka segenap ceruk rumah mencari Boboy Sr.



Lucky @ Snowball
Bulu tebal sehingga mata tidak kelihatan


Lucky dan pasangannya Baby

Nasihat Yang Baik

Ada yang berkata "ikutlah kata-katanya yang baik darinya. Jangan ikut keburukannya"

Tapi dari segi moralnya bagaimana?

Umat Islam Perlu Elak Bertelagah Sesama Sendiri Agar Dihormati Umat Lain


SEMPORNA, 22 Ogos (Bernama) -- Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak masyarakat Islam dan bangsa Melayu di negara ini supaya sedaya upaya mengelak sebarang pertelagahan sesama sendiri agar mereka dihormati umat lain.

Beliau turut menyarankan golongan muda Islam agar menghindari gejala sosial negatif yang sering dikaitkan dengan mereka demi menjaga imej umat Islam.

"Umat lain akan hormat kita jika umat Islam dan orang Melayu serta Bumiputera di negara ini memaparkan perilaku yang baik dengan mengelak terbabit dalam kegiatan seperti merempit dan pembuangan bayi.

"Semua perkara negatif ini ada hubung kaitnya dengan anak-anak kita dan ini sekali gus boleh memadamkan keyakinan (bangsa lain) bahawa bangsa kita bukanlah bangsa yang mulia, bukan satu bangsa berjaya yang boleh menjadi contoh dan ikutan kepada umat yang lain," katanya ketika berucap sempena Majlis berbuka puasa dengan masyarakat Semporna di sini.

Pada majlis berkenaan Shafie turut menyerahkan bantuan berupa makanan kepada golongan fakir miskin serta sumbangan kitab suci al-Quran kepada masjid-masjid di sekitar daerah Semporna.

Alahai Manusia, Perkara Sebesar Habuk Dijadikan Bukit

Dinar: Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju

Written by Nazri Abdullah - Harakah

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh
Hamzah berpendapat, tiada masalah jika kerajaan Kelatan mahu menggunakan
dinar emas dan dirham perak sesama rakyat negeri itu.

Menurutnya selagi rakyat negeri itu bersetuju menggunakan dinar dan dirham
sebagai alat pertukaran, maka tidak timbul sebarang masalah.

"Undang-undang kata Bank Negara sahaja yang dibenarkan kerajaan persekutuan,
keluarkan wang sebagai mata wang.

"Kalau nak ganti itu memang salah, tetapi kalau nak guna sesama dia
tidak salah saya rasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di satu majlis berbuka puasa
di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau lagi, kejayaan penggunaan dinar dan dirham bergantung
kepada keyakinan masyarakat terhadap wang berkenaan.

Berucap sebelum itu, beliau juga berkata, kerajaan Kelantan bagaimanapun
mesti memberi penerangan secara meluas agar rakyat negeri itu itu keliru
dengan nilai dinar dan dirham tersebut.

"Tapi nak guna dirham untuk seluruh negara tak bolehlah. Kerajaan Kelantan
tak ada kuasa di bawah undang-undang.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga tidak boleh dipersalahkan sekiranya
masyarakat tidak mahu menggunakan dinar dan dirham tersebut.

Turut berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Darul Naim Selangor
dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) itu ialah exco kanan kerajaan negeri
Kelantan Datuk Husam Musa.

Husam berkata, dinar adalah bersifat pelengkap kepada ringgit dan kedua-duanya
boleh digunakan.

Alasan tidak munasabah

Beliau turut membidas pihak yang yang mendakwa mengguna dinar akan
merugikan kerana mudah dipalsukan dengan menganggap alasan tersebut
tidak munasabah.

"Ringgit pun boleh dipalsukan, tapi bank negara boleh membezakan
yang tulen dan palsu.

"Dinar pun ada alat yang boleh bezakan yang tulen atau palsu.

Selain itu dinar jelasnya lebih stabil kerana ianya aset yang sentiasa
berkembang dan harganya meningkat mengikut masa berbanding
mata wang dunia.

"Kalau judi bola boleh dihalalkan, tapi hairan kenapa tak boleh iktiraf
dinar dan dirham," katanya.

Kedua-duanya Serupa Tapi Tak Sama

Aku walau pun dah tua agak nak bangka namun masih kabur di dalam hal-hal menghukum. Aku takut sebab aku ni buta Arab walau pun aku belajar agama (bukan mendengar) dan membaca sejak dari aku tahu membaca dan faham Bahasa Melayu. Dari buku Agama sehinggalah kisah perjuangan Individu-Individu Islam dari kisah Timur Tengah sehinggalah di Tanah Melayu.

Bila aku masuk sekolah orang putih, aku faham pula bahasa Mat Salleh. Aku pun ikut baca buku-buku Mat Salleh. Termasuk Bible dan Hinduism serta Budhism. Buku-buku hal-hal Agama Islam tak payahlah cakap.

Yang aku pelik bila aku fikir-fikir balik secara dalam dan cetek, ramai dari orang kita mempunyai fikiran yang terbalik. Maka segala tindakan dan tutur kata akan terbalik sama!

Aku memang percaya dua orang Insan yang aku letak gambar di bawah ini adalah 'Insan Hebat' baik dari segi Ilmu Agama atau pun Ilmu yang berkaitan dunia. Tapi siapakah yang lebih tepat dan lebih ikhlas pandangannya?

Siapakah yang telah lupakan kegilaan dunia? Dan siapakah yang lebih ihsan dalam bab Dakwah dan menghukum?

Nilailah sendiri wahai manusia waras di Tanah 1 Malaysiaku ini...

Siapakah Insan di bawah ini?

By Farouk A Peru - MT

Harussani Zakaria, the infamous mufti of Perak, seems to be on a roll these days. It’s not been a month since he gave out the now retracted opinion on football jerseys, claiming that crosses and devils on them were haram. The response to that showed that the Malays are not so easy to control after all. I guess the Malays do have a threshold of how much of Harussani they can take. Today, Harussani displayed not only his mean spiritedness but an utter ignorance for the spirit of Islam. It is almost like he completely undermines what Islam stands for.

It all began with the accusations in Penang about how during a Friday prayer sermon, Lim Guan Eng’s name was mentioned instead of the King. Of course the emotions of those with nothing better to do ran high. Oh my God, how can we possibly mention the name of this non-Muslim who is certainly condemned to hell while we the chosen people get a first class ticket to heaven, right?!

Of course, political opportunist extraordinaire Harussani had to step in. It was a perfect opportunity for him to cement some Malay unity (or perhaps Muslim unity, depending on the hour I suppose). He then said that it is haram or forbidden for a Muslim to pray for the well-being of a non-Muslim. He should instead pray that a non-Muslim converts to Islam instead.

Of course this statement is dripping with bigotry and laced with mean-spiritedness so unbecoming of one trusted with the high office of muftiship. What is however more saddening is the sheer ignorance of the Quran displayed by Harussani in making this statement. I have compiled a few points from the Quran to show how much Harussani contradicts it.

Read more at: http://originalislam.wordpress.com/2010/08/22/prayers-for-non-muslims-harussani-shows-his-great-ignorance/

Yang ini aku ciluk dari sini Izinkan Pak Din wahai Dan Insan ini siapa pula?

Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.

Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

“Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan,” kata beliau.

Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat “negarawan” tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun,” kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

“Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

“Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam,” katanya.

PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR.

“Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan,” katanya.

Asri juga membangkitkan persoalan mengapa isu doa dijadikan sebagai satu isu besar sekarang sedangkan ada parti-parti politik yang pernah berdoa agar membawa kemenangan seseorang calon bukan Islam yang diletakkan dalam pilihan raya.

Katanya, jika doa kemenangan dibolehkkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat.

“Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan,” katanya.

Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional.

Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara.

“Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara,” kata beliau.

Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal.

“Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil,” kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam.

“Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.

“Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai,” kata mereka.

Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini.

Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada “Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng” dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu.

Saturday, August 21, 2010

Manusia Berkulit Muka Paling Tebal Di Malaysia

Kesihan Aku Dengan Anak Tok Lebai Nih!

Dari kes DS Anwar sehinggalah kini dengan perbagai negatifnya.

Petikan dari blog ALHUSSEYN - Mohon izin

Semua orang kampung tahu, bahawa KPN Musa Hassan ingin menyingkirkan Ramli Yusuff supaya dia dapat kekal sebagai KPN meskipun dia sepatutnya bersara pada Sept 2007.

Sebab kedua adalah kerana Ramli telah berjaya membongkar hubungan KPN dengan sindiket pelacuran, perjudian haram, ah long dan dadah yang membabitkan kongsi gelap Cina. Sebelum ini, Malaysia Today sudah pun memaparkan lebih daripada dua belas Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh anggota kongsi gelap dan juga pegawai polis, termasuklah ADC-nya sendiri.

Harus dingat bahawa KPN Musa Hassan adalah saksi utama SPRM yang telah memberikan keterangan semasa perbicaraan Ramli berkaitan dakwaan penyalahgunaan kapalterbang Cessna milik PDRM bagi kepentingan peribadi.

Keterangan Musa penuh dengan putar belit hingga kan Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalau menggelar Musa sebagai penipu dan segala keterangannya telah diketepikan. Ini sudah tentu menjejaskan kredibiliti Musa sebagai seorang Ketua Polis Negara.

Hakim boleh sebut kepada seorang berjawatan penting seperti itu sebagai penipu ? Tidakkah ini satu kemaluan yang amat besar bagi sebuah negara yang sedang membangun ini?

Sangat mengaibkan.Tetapi entah tebal macam manalah kulit muka Musa ini.Tentu mengalahkan kulit baaaa ….

Baca sepenuhnya di sini

Soalnya Kemana Hasil Itu?

Sabah Catat Peningkatan Lapan Peratus Ketibaan Pelancong Sehingga Jun

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) -- Sabah mencatat peningkatan lapan peratus ketibaan pelancong dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu kepada 1,195,168 orang berbanding 1,104,903 dalam tempoh yang sama tahun lepas. Daripada jumlah itu, pelancong asing mencatat kadar pertumbuhan 23.5 peratus (372,672 orang) manakala ketibaan pelancong domestik hanya meningkat 2.4 peratus (822,496), kata Menteri pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Masidi Manjun. "Ketibaan pelancong antarabangsa melalui udara meningkat 15 peratus tetapi jika dikira ketibaan pelancong Indonesia dan Filipina dengan bot/feri, ia menjadi 23.5 peratus. "Kita juga dapati peningkatan yang baik bagi ketibaan pelancong Indonesia dan Filipina melalui udara. Ketibaan pelancong warga Filipina meningkat 40 peratus dan ketibaan warga Indonesia melalui udara meningkat 38 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Sabah (MATTA) di sini. Masidi berkata ini juga menyumbang kepada peningkatan jumlah penerbangan antara Manila dan Kota Kinabalu, dan dengan lebih ramai rakyat Indonesia kelas tinggi yang melawat negeri ini. Perkembangan itu juga menunjukkan peningkatan dalam ketibaan pelancong dari Eropah dan Taiwan, katanya. Sementara itu, beliau berkata pertumbuhan kecil bilangan pelancong domestik mungkin disebabkan mereka masih berhati-hati dengan keadaan ekonomi. "Apapun, kami berharap dengan pengumuman Malaysia Airlines baru-baru ini yang memilih Kota Kinabalu sebagai hab timur mereka, akan menyumbang kepada kegiatan aktiviti pelancongan yang lebih aktif di Sabah," katanya sambil menambah bahawa laluan terus yang baru dijangka ke Perth, Australia.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Masidi mengingatkan ejen dan pengusaha pelancongan di sini agar jujur dalam menjalankan perniagaan kerana ia dapat menambat hati pelancong untuk berkunjung semula ke negeri ini selain bagi menjaga imej Sabah. Masidi mendakwa hampir 90 peratus aduan daripada pelancong antarabangsa adalah mereka "ditipu" atau mereka tidak mendapat sesuatu seperti yang dijanjikan seperti wang mereka tidak dipulangkan jika mereka membatalkan perjalanan mereka. -- BERNAMA

Soalnya Kemana Hasil Itu?

Sabah memang mendapat hasil dari berbagai sumber yang banyak.

Pada saya Sabah ketinggalan di dalam serba serbi hal. Terutama ekonomi Penduduk Luar Bandar dan Infrastruktur. Rata-rata rakyat hidup di dalam daif.

Petang Tadi Hujan Menjadi Penyelamat

Petang tadi menjadi petang yang serba salah. Dua komuniti menjemput untuk Berbuka Puasa.

Komuniti pertama ialah Masjid Annajah yang mana saya juga adalah salah seorang dari Pengasasnya dan diurus oleh Orang-Orang PAS.

Komuniti kedua ialah UMNO. Saya dijemput ke Majlis tazkirah dan Berbuka Puasa di Kediaman Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che' Salleh secara peribadi. Beliau adalah sahabat saya sejak sekian lama.

Akhirnya saya diselamatkan oleh hujan yang lebat. Saya berbuka di rumah bersama keluarga. Adik mula senyum walau pun sebelumnya masam kerana mahukan saya tetap berbuka bersama keluarga.

Biasanya saya akan hadir di majlis mana-mana pun sekiranya dijemput tanpa pertembungan masa dan tarikh. Saya fikir walau pun berbeza kedudukan dan fahaman politik, namun ukhuwah dan jalinan persahabatan perlu di titip dan dijaga.

Friday, August 20, 2010

Siapa Yang Cetuskan Sebenarnya?

Kenapa kita tidak boleh hidup dan duduk di dalam tenang?

Kenapa pokok perlu digoyang?

Kenapa air tenang perlu dikocak?

Di bawah adalah petikan kata-kata fikiran orang ini

dari sini

Then we have the ultra-Malay group Perkasa led by Datuk Ibrahim Ali, and finds support from luminaries such as former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, which has been in the forefront of championing Malay rights.

Associated with Perkasa is another ultra-Malay group Majlis Perundingan Melayu or the Malay Consultative Council which has also been very vocal in the arena of racial polemic.

And in reaction to these bigoted groups, some idiots from a certain political party want to form a Chinese Perkasa to counter-challenge their form of racial fanaticism with its own form of racial fanaticism. Sometime I wonder how such witless foolish people, with such gullible and naïve character, are elected to leadership positions in their party.

Thursday, August 19, 2010

Boboy Juga Allah Dah Ambil

Saya ingat malas dah nak cerita pasal binatang di sini. Tetapi bila saya tengok gelagat antara binatang dan manusia, setengahnya binatang lebih mulia dari manusia baik dari hubungan sahabat atau naluri sebagai Ibu. Boboy saya letakkan di dalam satu kandang bersama Lulu. Pada perhatian saya mereka tidak boleh berpisah.

Di takdirkan pada jam 4.15 petang tadi, tanpa sebab yang saya tahu Boboy kejang di dalam tidur. Adik angkat dia dan basahkan dengan air. Dia ada respond tetapi selepas itu kejang lagi dan mati di atas ribaan saya.

Malam ini selepas berbuka, adik ambil Lulu bawa masuk ke dalam rumah. Memang itulah kebiasaannya mereka menghabiskan masa banyak di dalam rumah di ruang TV. Di situ ada saya letakkan bakul tempat Boboy tidur. Tempat letak makanan dan minuman mereka juga saya letakkan di dalam ruangan itu (TV).

Yang agak mengharukan ialah gelagat si Lulu. Bila masuk saja ke rumah terus dia mencari Boboy di tempat selalu Boboy lepak. Bila tak ada dia cari pula di bakul tempat Boboy tidur. Bila tak dapat kesan Boboy dia berkeliling pula mencari di merata kawasan tempat bermain.

Bila tak jumpa juga dia patah balik ke tempat makanan sambil menghidu-hidu dan mencakar bekas makanan. Rupanya Lulu merasai kehilangan Boboy.

Moralnya : Adakah manusia semulia itu hubungannya bila berkawan? Dan adakah siIbu binatang akan membuang anaknya sebagaimana manusia berperangai lebih teruk dari Syaitan membuang anaknya?

Kalau nak tahu Syaitan atau Jin, cubalah kencing di atas kepala anak mereka!

Lulu (kanan) bersama Boboy (kiri)

Boboy malam tadi - sihat wal-afiat

Rasanya Allah tidak mahu seiras Fluffy hidup bersama kami....
Wallahu Aklam, apa rahsianya?

Siapa Yang Goyang Ekor Mengundang?

Penghinaan Terhadap Mufti Perak Sudah Bermula!

Seperti yang sudah saya katakan sebelum ini - para bloggers pembangkang akan mula mengutuk dan menghina Mufti Perak, tatkala isu kewujudan "Perlembagaan Baru" dibangkitkan oleh TS Harussani minggu lalu. Ia seperti yang diramal - memperleceh, merendah-rendah dan memaki-hamun mufti yang berjiwa murni ini, semakin galak dilakukan tanpa rasa berdosa. Umpat keji yang dilemparkan terhadap Mufti Perak dimulakan dahulu dengan kenyataan super bijak Prof Abdul Aziz Bari yang seakan-akan cuba menggambarkan "kebodohan" dan "kedangkalan" Mufti Perak terhadap proses sesuatu perundangan negara digubal.

Bacalah dari blog Azli Shukri

Kepada yang berjawatan penting dan 'Mulia' di sisi masyarakat tak payahlah campur urusan politik. Kalau nak berpolitik, letak jawatan dan terjunlah sepenuhnya ke arena itu.

Janganlah "palitkan taik di kerusi 'Mufti' "yang dia sendiri duduk dan memang dianggap mulia bagi masyarakat Islam.

Comel Weh!


Rakyat Kelantan Buru Dinar, Dirham Untuk Dijadikan Hiasan Diri

KOTA BAHARU, 18 Ogos (Bernama) -- Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di sini bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri ini.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata pembeli berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.

Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan Rabu.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn hari ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ianya dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.