Tuesday, November 30, 2010

Gua dipukul : Suasana perundangan yang jakun.

Oleh : AdukaTaruna

Perasaan memang kecewa akan suasana perundangan tahap jakun oleh Melayu. Tapi realitinya, itulah dia zaman gua di tanah air ini ketika ini. Kerana itu kita semua wajib mengubah semua ini.

Ketika mahkamah berehat untuk sessi penangguhan (mungkin ayat dan istilah gua silap, kerana gua bukan ahli perundangan), gua keluar dari kamar mahkamah dan duduk di kerusi di luar. Bersebelahan dengan pintu masuk utama.

Ini adalah pengkuan gua.

Gambar akan diupload kemudian. Terdapat sedikit masalah kerana gambar ditangkap oleh penangkap yang bukan owner camera, dan sedikit kelam-kabut.

Demi Allah,

Ketika itu, gua didatangi oleh 3 lelaki, yang gua percayai saksi atau pengadu kepada kes gua ini. Ketika itu gua dalam keadaan duduk.

"Kau ke AdukaTaruna?" Soal lelaki bergambar 1. Riak wajah sedikit provokasi.

"Ya... saya." Gua senyum dan hulur tangan untuk bersalam. Masih dalam keadaan duduk.

"AdukaTaruna?" Soal lelaki bergambar 2. Juga berwajah provokasi.

"Ya." Gua senyum dan hulur tangan. Kedudukan gua masih duduk. Dan adik gua duduk disebelah gua.

"Tak payah salam dengan budak kurang ajar macam ni." Sampuk lelaki 3 (suspek) sambil tepis tangan lelaki 2.

Tetapi gua still tidak alihkan gaya tangan bersalam. Dan akhirnya lelaki 2 sambut bersalam sambil test genggam tangan gua. Gua hanya bertahan kerana gua dapat rasai bahawa genggaman gua lebih kuat. Wallahualam.

Ketika keadaan inilah, lelaki 3 (suspek) memukul kepala gua. Gua bingkas bangun. Adik gua menyerbu. Ditahan oleh lelaki 1 dan 2. Manakala lelaki 3 lari ke kelompok polis yang berhampiran.

Berlaku sedikit pergelutan. Antara gua dan adik, dengan lelaki 1 dan 2, dengan beberapa anggota polis. Gua minta adik gua tak lepaskan lelaki 3 dan gua turun dapatkan handphone berkamera. Menyesal gile sebab gua pengguna handphone nokia lampu suluh yang setia selama ini.

Bila dapat, gua naik ikut tangga sebelah berlawanan dengan tempat adik gua tadi. Teorinya, gua akan sampai ke lelaki 3 dari belakang. Tapi dah ghaib. Adik gua masih ditahan. Adik gua tunjuk pintu mahkamah sebelah. Gua masuk, mahkamah kosong. Gua tanya adik gua kat mana brother botak bermisai tanglung tu, adik gua sound polis bawa dia kat situ (sambil menuding jari.) Gua cari keliling mahkamah sambil diekori polis. Dah takda. Satu polis bisik dekat gua, si pemukul adalah pengadu. Dia dah cuak dan tak boleh lari. *Kalau takda pelindung ajaib lah. Tanda * adalah ayat gua sendiri.

Gua kol lawyer. Lawyer nasihatkan gua buat laporan polis. Gua kol ISA untuk makluman. Setelah mahkamah selesai membuat penangguhan, gua ke Balai Polis Seremban 2 terletak bersebelahan. Membuat report. Ketika membuat laporan, polis bertugas menghubungi (ASP Khu ntah gua lupa termasuk nama pangkat.) Dan berkata kepada gua begini :

"Encik, ini *ASP Khublala mahu bercakap."

*ASP Khublala speaking campur Melayu + Inggeris yang membuatkan gua hanya faham intipati. Gua boleh rekod, tapi bila mengenangkan handphone lampu suluh, gua terus kensel.


1. *ASP Khublala mengatakan yang pihak polis professional. Dia galakkan membuat report bagi tindakan undang-undang.

2. *ASP Khublabla menjelaskan bahawa gua hanya baru dituduh. Saksi, pengadu atau sesiapa tidak boleh menghukum secara sendiri.

3. If I tempat you pun I marah. You boleh saman dia.

4. Dia minta gua rujuk pada lawyer gua.

Setakat ini dulu. Alhamdulillah, gua tidak mengalami apa2 kecederaan. Dan doakan gua supaya gua tidak mendapat pukulan ajaib yang mencederakan secara lewat seperti mana yang dialami Ketua Putera UMNO.

Perbicaraan gua disambung pada Mac 2011, manakala untuk kes terbaru ini, *ASP Khublabla akan mendapatkan statement gua sebelum gua pulang ke Kelantan.

Gua ucapkan terima kasih kepada seluruh rakan blogger dan rakan pembaca yang memberi sokongan. Toche... toche... Idop Kak Ros!

Mountdweller:

Aduka,

ISA msg Pak Din pagi tadi. Pak Din hanya tanya dah buat laporan ke belum?
Maafkan Pak Din, sebenarnya Pak Din lupa hari ni adalah hari perbicaraan.

Samseng Taik Kucing Dan Aduka Taruna

Aduka Taruna kena pelempang di Mahkamah

Hari ini perbicaraan Aduka Taruna di Mahkamah Seremban.

Berlaku sedikit kekecohan di Mahkamah sebentar tadi apabila sekumpulan lelaki (3 orang) yang berlagak seperti samseng kampung dusun membuat huru hara.

Pada mulanya, Aduka Taruna telah di hampiri oleh 3 lelaki tersebut, dan salah seorang daripadanya berkepala botak dan berbaju biru telah menghampiri beliau dan bertanyakan nama. Aduka Taruna menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mengaku bahawa beliau adalah Aduka Taruna... sudah la salam yang di hulur tidak bersambut.... dalam masa yang sama mamat botak tersebut telah melempang Aduka Taruna (terkena bahagian kepala).

Berlaku kekecohan dan pergelutan, apabila adik Aduka Taruna bingkas bangun untuk membelasah mamat botak tersebut, malangnya telah di halang oleh polis yang bertugas di Mahkamah.

Dalam kekecohan tersebut si mamat botak itu telah menghilangkan diri, walau bagaimana pun kawan2 Aduka Taruna yang ada di situ sempat mengambil gambar 2 lelaki (kawan2) mamat botak tersebut. Gambarnya akan di upload dalam blog Aduka Taruna petang nanti dan menjadi bukti insiden tersebut.

Lebih malang lagi, apabila polis hanya memegang adik Aduka Taruna dan tidak menangkap mamat botak yang berlagak samseng dan pengecut tarak teloq hingga berjaya meloloskan diri.

Laporan Polis akan di buat oleh Aduka Taruna selepas perbicaraan tengahari nanti.

Berita selanjutnya akan menyusul samada di blog ini atau blog Aduka Taruna.

(Saat ini Aduka Taruna sedang berada di Balai Polis membuat laporan polis)

Komen Mountdweller :

Apa yang Aduka telah buat dulu pun aku tidak sokong. Setiakawan menjadikan aku penyokong dari segi moral. Makhluk pondan yang bertindak di luar Undang-Undang pun aku bukan setakat tidak sokong bahkan aku benci!

Cakap banyak pun tak ada gunanya. Mamat pondan tu dah pun tak ditangkap. Polis bengong pula pegang adik aduka dan lepaskan mamat pondan tu. Hanya yang telur tak cukup umur saja yang tunjuk samseng dengan pukul curi!

Untuk mamat pondan tu, berapa upah yang kamu dapat? Aduka bermastautin di Kota Bharu. Aku cabar kau carilah Aduka di Kota Bharu sekiranya memang kau ada cukup pelir dan batu!

Cuma buat aduka, kau janganlah jadi baik sangat. Berhati-hatilah sikit dengan orang yang tak dikenali.

Mountdweller ciplak dari blog Aduka Taruna

Nazri Buat Aku Bengang

Namewee Bebas!
Nazri Aziz Bakal Dihukum

Saya sudah malas untuk bercakap banyak dalam isu kebiadapan Namewee ini - sekali pun kita kritik, Nazri Aziz tetap akan buat pekak badak sahaja. Beliau bukan mahu mendengar kehendak dan hasrat rakyat, semua ikut kepala dia sahaja. Lagi pun, beliau bukan peduli sangat dengan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Kalau dengan Tun Mahathir pun beliau sanggup bersikap kurang ajar, jadi apalah sangat dengan suara blogger seperti kita ini. Bukan dia mahu dengar sangat pun.

Oleh yang demikian, maka pada hari ini saya berjanji kepada diri saya sendiri, akan menggunakan 100% kuasa undi yang saya ada. Sebagai pengundi di bawah parlimen Padang Rengas, saya beriltizam, Datuk Seri Nazri Aziz tidak akan sama sekali memperoleh undi daripada saya. Walaupun saya ahli UMNO, tetapi bagi mana-mana pemimpin UMNO yang langsung tidak menunjukkan semangat untuk mempertahankan negara daripada dicaci dan dihina oleh warganegaranya sendiri, seperti mana yang dilakukan oleh Namewee ini - maka pemimpin tersebut tiada tempat dalam jiwa dan hati saya. Maaf, Datuk Seri, saya tidak akan mengundi Datuk Seri lagi.

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Wee Meng Chee atau Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.

Menurutnya, reaksi kurang senang ditunjukkan sesetengah pihak terhadap kenyataan beliau itu berkemungkinan disebabkan mereka tidak memahami undang-undang atau dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan tetap mengambil tindakan terhadap Namewee kerana mendakwa video itu mempunyai unsur hasutan. "Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain.

"Untuk kita kata dia mesti ada kesalahan lain sehingga boleh didakwa, itu sudah semacam kita ada masalah peribadi dengan dia. Sebagai pengamal undang-undang kita perlu profesional dan tidak mengambil sesuatu secara peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Kelmarin, beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Namewee melalui klip video terbarunya mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Disebabkan itu, mengikut akta tersebut katanya, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee. Sebagai mengulas kenyataan menteri itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad menzahirkan rasa terkejut kerana menganggap video itu mempunyai unsur-unsur hasutan yang membolehkan Namewee didakwa.

Mohamed Nazri menambah, meskipun terdapat kritikan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran, namun ia tidak menjadi masalah kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara. "Kalau dia kritik saya sebagai seorang menteri, tak kan saya hendak ambil tindakan? Tiada tindakan boleh diambil kecuali jika dia melanggar undang-undang negara.

"Kalau ada mana-mana pihak yang rasa cerdik, pergilah nasihatkan Peguam Negara di bawah akta manakah undang-undang boleh diambil ke atasnya. Pejabat Peguam Negara sudah tengok klip video itu dan berbincang tetapi tiada tindakan boleh diambil. Itu hakikatnya," ujarnya.

Mengenai klip video negarakuku yang lebih awal dihasilkan Namewee, beliau memberitahu masih belum menerima apa-apa makluman daripada Pejabat Peguam Negara. Namun beliau terlebih dahulu memberitahu bahawa tindakan tidak dapat diambil di bawah Akta Hasutan kerana apa dilakukan itu bukan hanya mendatangkan kemarahan kepada kaum Melayu sahaja malah rakyat Malaysia berbilang kaum.

"Kita tak boleh ambil tindakan di bawah akta hasutan kerana apa dilakukan itu sebenarnya mendatangkan perasaan marah bukan hanya pada sesuatu kaum tetapi pada semua kerana negara ini bukan hak orang Melayu.

"Kalau negara hanya hak orang Melayu dan dia hina negara, itu mungkin menghasut dan bersifat perkauman tetapi di sini ia tidak menjadi isu perkauman kerana negara ini hak rakyat Malaysia berbilang kaum," katanya. Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama masa diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap klip video negarakuku, Nazri menegaskan: "Peguam Negara belum maklumkan apa-apa lagi. Saya tunggu nasihatnya.

"Saya pun tidak tahu mungkin ada akta menghina lambang-lambang Malaysia yang membolehkan tindakan diambil tetapi di bawah Akta Hasutan, ia jelas tidak kerana Negaraku bukan hak orang Melayu sahaja. "Sebagai menteri yang menjaga undang-undang, saya tidak kira siapa. Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, saya tetap akan ambil tindakan jika dia bersalah. Undang-undang tetap perlu ditegakkan," tegasnya.

Saya punggah dari-

Tindakan Pelik Yang Dipersoalkan Rakyat Kelantan

Pada pukul 9.15 malam hari Isnin, 29 November 2010, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, yang diiringi oleh Raja Perempuan Anis, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra dan Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah, telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, kerana disyaki mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru Baginda. Bagaimanapun, belum pun sempat rawatan lengkap oleh pakar-pakar perubatan dibuat ke atas Baginda, Baginda telah dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian, menjelang pukul 10.00 malam hari yang sama.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak-pihak yang menjadikan penjagaan kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sebagai hak peribadi mereka supaya lebih bertanggungjawab di dalam soal penjagaan kesihatan Baginda ini. Sudahlah sewaktu Baginda mula-mula mengalami kegeringan dahulu anda semua melengah-lengahkan usaha membawa Baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, mengapakah kali ini pun anda semua mengambil masa yang sangat lama untuk membawa Baginda ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sedangkan Baginda dikesan mengalami masalah sejak lima hari lepas lagi?

Jika anda semua benar-benar prihatin ke atas kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, anda semua sepatutnya terus membawa Baginda sama ada ke Hospital Universiti Sains Malaysia atau Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan segera sebaik sahaja Baginda dikesan mempunyai masalah kesihatan yang serius. Kami dan rakyat jelata amat tertanya-tanya mengapa Baginda terus dibawa pulang setelah tidak sampai pun satu jam menerima rawatan sedangkan dengan kedudukan Baginda selaku bekas Sultan dan selaku ayahanda kepada Sultan sekarang Baginda sepatutnya menerima rawatan terbaik dari pakar-pakar perubatan.

Kami merasa sangat hairan mengapakah anda semua begitu cepat mahu membawa pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sedangkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh Baginda ekoran daripada tindakan kurang bijak anda semua ini adalah amat tinggi sekali. Mereka yang arif dengan dunia perubatan malah rakyat jelata yang berada di perkarangan hospital itu sekalipun kedengaran bersungut bahawa bagaimanakah rumusan tentang keadaan kesihatan Baginda dapat dicapai di dalam masa tidak sampai pun satu jam sedangkan ujian-ujian perubatan yang menyentuh tentang masalah jangkitan kuman ini biasanya memakan masa yang jauh lebih lama.

Mengapakah anda semua begitu bertegas mahu membawa pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra secepat mungkin sedangkan Baginda sepatutnya menerima rawatan terbaik yang hanya mampu diberikan oleh pakar-pakar perubatan di hospital kerana hanya di hospital sahajalah rawatan rapi yang menggunakan peralatan-peralatan, mesin-mesin dan makmal-makmal tertentu mampu diberikan? Jika aspek keselesaan Baginda yang menjadi pertimbangan anda semua, maka wad diraja yang telah dibaikpulih, sama ada di Hospital Raja Perempuan Zainab II atau Hospital Universiti Sains Malaysia, kini sudah sangat menyelesakan.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dato’ Dr Ghazali Hasni Md Hassan, juga sepatutnya lebih bertanggungjawab di dalam soal ini dengan memastikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra menerima rawatan perubatan terbaik di hospital kendaliannya itu. Beliau sepatutnya mengambil inisiatif untuk menyelia dan mempengerusikan perbincangan di antara pakar-pakar perubatan berhubung dengan tahap kesihatan mutakhir Baginda serta segera menyembahmaklumkannya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V dan bukannya menyerahkan tugas ini kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Kamil Hassan.

Ingatlah, keabsahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V selaku Sultan Kelantan telah pun diperakui oleh Mahkamah Persekutuan sendiri, jadi mana-mana pihak, sama ada pakar-pakar perubatan atau kaum keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sekalipun, tidaklah boleh membelakangkan Baginda di dalam apa sahaja perkara yang melibatkan keadaan kesihatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra yang juga merupakan milik rakyat jelata. Sudah-sudahlah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra untuk kepentingan diri sendiri sehingga ke tahap boleh memudaratkan kesihatan Baginda.

Sumber dari sini

Gelagat Anak-Anak Ginger

video

Beberapa hari mountdweller menghilang kerana PC kena virus gila babi. Sekarang dah agak ok tetapi tidak sepenuhnya sempurna.

Mohon maaf dari semua rakan bloggers dan pengunjung.

Monday, November 29, 2010

Kekejaman Manusia

Anak-Anak Ginger

video
Pet baru Adik
video

Salah satu gambar yang saya suka

Saturday, November 27, 2010

Memang Hak Kita

PRU-13 milik rakyat

SHAH ALAM – Kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya belajar daripada kesilapan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sebelum berfikir mahu mengadakan PRU dalam masa terdekat kerana jika tersilap langkah, Putrajaya boleh menjadi milik parti lawan.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir berkata, kita seharusnya melihat kembali punca mengapa Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-12 lalu berjaya merampas beberapa negeri, sekali gus menafikan majoriti 2/3 BN dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya, ia sebenarnya berpunca daripada kekecewaan rakyat terhadap kepimpinan lalu ekoran tekanan ekonomi yang meningkat secara mendadak kerana kenaikan harga minyak yang disifatkan rakyat sebagai melampau, walaupun kerajaan berkata ia keperluan.

Katanya lagi, kecenderungan rakyat sekarang sudah beralih daripada semangat politik kepada keperluan ekonomi dan parti-parti yang ada sekarang seharusnya mula mengubah strategi mereka jika mahu menang pada PRU akan datang.

“Sebenarnya sukar mahu tentukan siapa yang punyai peluang, memang BN sudah berkata mereka bersedia pada bila-bila masa, tapi bagi saya BN tidak akan mengadakan PRU dalam masa terdekat.

“Ini adalah kerana BN masih memerlukan sokongan undi daripada kaum Cina untuk pastikan majoriti 2/3 kembali kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohamad Agus Yusoff pula menegaskan masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang akan memenangi PRU-13.

Katanya, keadaan politik cepat berubah, selaras dengan senario semasa sosial dan ekonomi negara.

“Jika PRU-13 diadakan pada masa terdekat, saya rasa sukar bagi PR untuk menang. Walau bagaimanapun kerajaan juga ada kelemahannya sendiri, tetapi pada masa akan datang kita tidak tahu apa akan terjadi.

“Bagi saya, kerajaan seharusnya menyambung dan memantapkan lagi jentera kerana kerajaan biasanya tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam tempoh tiga tahun selepas PRU,” katanya.

Sumber dari SH

Sunday, November 21, 2010

Bukankah Ini Peringatan Untuk Kita Juga?

Allah Maha Berkuasa. Rahmatnya akan ditumpahkan di mana sahaja mengikut kehendaknya dan Bala juga akan diturunkan di mana sahaja juga mengikut kehendaknya.

Semuanya untuk kita renung dan insaf. Di sisiNya kita tidak ada apa-apa.....

Bala ini Allah turunkan di Haiti

DI laluan pejalan kaki berhampiran sebuah hospital di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, seorang wanita terbaring dalam keadaan yang sungguh melarat.

Tanpa dibaluti sebarang pakaian, tubuh kurusnya mengerekot sementara tangan kanannya digunakan untuk melindungi dada yang terbuka.

Sirna matanya mengharap agar ada manusia yang sudi membawanya ke hospital untuk dirawat namun tiada siapa yang peduli dengan keadaan wanita berkenaan.

Orang yang lalu-lalang hanya memandang dan terus pergi tanpa rasa belas. Alasannya, mereka tidak mahu dijangkiti oleh wabak pembunuh yang sedang merebak di negara itu.

Senario ini bukan kebiasaan di Port-au-Prince walaupun Haiti digelar negara paling miskin di Amerika Latin.

Air najis

Namun, sejak dua minggu lalu, wabak taun yang mula merebak menjadi mimpi ngeri kepada seluruh rakyat negara itu. Apa tidaknya, dalam tempoh sebulan, sudah lebih 1,000 nyawa menjadi korban.

Deretan bencana yang menimpa Haiti seolah-olah memberi petanda bahawa gelombang maut bakal tiba ke pulau tersebut.

Bermula dengan Taufan Tomas yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta lebih 6,000 keluarga hilang tempat tinggal awal bulan ini.

Haiti juga hampir musnah dalam bencana gempa bumi yang meragut 250,000 nyawa dan mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal Januari lalu.

Musibah banjir baru-baru ternyata merumitkan lagi keadaan di Haiti. Kawasan pedalaman dikatakan terjejas teruk apabila sawah padi dan kawasan penempatan ditenggelami air sehingga menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Seorang menteri tempatan, Ruben Petit berkata, penduduk di kawasan luar bandar sangat bergantung kepada sungai sebagai sumber air untuk minuman dan pertanian di samping aktiviti harian seperti memasak, membasuh dan mandi.


LIMPAHAN air banjir yang kotor juga boleh menjadi penyebab kepada penularan pantas wabak taun.

"Sungai Artibonite memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat di St. Denis. Walaupun sudah dimaklumkan terdapat bakteria daripada najis manusia yang menyebabkan air sungai ini tercemar, mereka masih meminum airnya.

"Kami sangat memerlukan bekalan air bersih dan tandas di sini supaya penularan wabak ini dapat dikurangkan sekali gus menyelamatkan lebih ramai nyawa," ujarnya.

Menurut laporan akhbar Haiti Libre, jurucakap Kementerian Kesihatan Awam dan Populasi negara itu, Singer Ronald memberitahu, sehingga kini, jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak taun adalah seramai 1,200 orang, manakala 19,000 lagi masih dirawat.

Dianggap sebagai ancaman kesihatan paling teruk dalam tempoh lebih 100 tahun, wabak tersebut ternyata mencetuskan kebimbangan di seluruh Haiti memandangkan rakyat negara itu tidak pernah diberikan pelalian taun sebelum ini.

Sementara itu, Koordinator Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Haiti, Nigel Fisher berkata, angka korban terus meningkat terutama di bahagian utara negara itu. Kadar kematian yang dicatatkan ialah 7.5 peratus, iaitu paling tinggi di seluruh negara.

"Dijangkakan di antara 2.5 hingga 3 juta rakyat tinggal di Port-au-Prince dan sebahagian besar daripadanya tinggal di khemah perlindungan.

"Apa yang membimbangkan, kesesakan lebih 1.3 juta rakyat yang berlindung di khemah tersebut boleh menyebabkan wabak merebak dengan cepat lebih-lebih lagi jika kebersihan diabaikan.


SEORANG lelaki mengheret mayat bapa mertuanya yang mati akibat taun di Cap Haitian.

Pencemaran

Keadaan ini tidak mustahil walaupun sistem sanitasi di situ lebih baik jika dibandingkan dengan kawasan lain seperti Cité Soleil," katanya.

Cité Soleil yang merupakan sebuah bandar yang dianggap kotor dan sesak telah merekodkan kematian sebanyak 38 penghidap taun.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) yang berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat, kes taun yang pertama dilaporkan terjadi berdekatan dengan Sungai Artibonite yang terletak di utara Port-au-Prince manakala kes-kes selepasnya dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman tercemar.

Walaupun sedar akan risiko dan bahaya yang menanti, masyarakat Haiti tidak mempunyai banyak pilihan yang boleh menjamin keselamatan nyawa mereka.

Demi kelangsungan hidup, air sungai tercemar terpaksa juga diminum lantaran tidak mampu untuk membeli air bersih yang dijual dalam botol.

"Saya tahu air itu tercemar dengan kuman yang menyebabkan taun, tetapi kami semua tidak ada pilihan dan hanya itu yang kami ada.

"Jika kami ada Clorox (agen peluntur), kami akan campurkannya sedikit dan meminumnya walaupun rasanya sangat teruk.

"Ataupun, andainya kami mampu menggali tanah, kami akan gali sehingga jumpa air dan meminumnya," kata Alienne Cilencrieux, 24, yang ditemui ketika beratur di hadapan pagar sebuah klinik yang masih berkunci di St. Denis beberapa hari lalu.

Turut bersamanya ialah Elian, 27, yang turut membawa dua anaknya, Maiderson, 7, dan Ferguson, 3, masing-masing dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Mereka bersama-sama ratusan penduduk lain yang menanti pintu pagar klinik dibuka untuk mendapatkan rawatan walaupun telah dimaklumkan klinik akan dibuka pada keesokan harinya.


AIR banjir terpaksa digunakan untuk keperluan harian ekoran tiada sumber air lain.


Sementara itu, tidak menolak aspek kesesakan, kebersihan dan pencemaran, pengkaji dari Universiti Florida, Amerika Syarikat, Afsar Ali, berkata komuniti yang tinggal di sepanjang perairan Haiti terdedah kepada risiko dijangkiti taun.

"Air payau boleh menjadi kawasan pembiakan bakteria.

"Seperti yang kita tahu, khemah besar tersebut terletak sangat hampir dengan sungai dan muara. Saya berpendapat ini adalah tempatnya di mana wabak taun membiak, bukannya di bandar.

"Saya juga menjangkakan wabak ini membiak di kawasan pedalaman sebelum menular ke bandar utama seperti Port-au-Prince dan Cap-Haitien," ujar Afsar yang pernah menjalankan kajian mengenai wabak taun di Bangladesh.

Wabak taun merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria vibrio cholera.

Ia berlaku apabila kuman taun daripada pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar.

Sumber dari sini

Saturday, November 20, 2010

Tembak Lansiur

"Din, malam ni tidur sinilah. Tak payah balik" Kata Arwah Abang Ngah dengan riak yang ceria sebaik saja kami anak beranak masuk ke rumahnya.

"Kenapa Abang?" Saya bertanya dengan perasaan yang agak hairan

"Malam ni kita pergi suluh Pelanduk di Bukit Jeram Kopeh" Jawab Abang Ngah.

"Ok, boleh" Jawab saya ringkas tanpa bertanyakan persetujuan Isteri.

"Umm... jagalah tu, awak berdua ni macam Wak Long jumpa Pak Dogol. Ranaplah bukit tu nanti" Sampuk Kakak Ipar. Kami hanya senyum.

"Kita berdua sajakah" Tanya saya

"Ya, kita berdua saja. Tak boleh ajak orang lain nanti susahkan kita ajer" Jawab Abang Ngah dengan sinis

Jeram Kopeh memang tempat yang menggerunkan keadaannya. Ditambah pula dikatakan 'Tempat Keras' dan memang menjadi laluan Harimau.

Sebenarnya kami ke rumah Abang Ngah hanya dengan niat berziarah saja, tetapi oleh kerana sudah agak lama Abang Ngah dan saya tidak keluar berburu atau tempak Ayam-Ayam, maka saya terima pelawaan Abang Ngah dengan gembira.

Petang itu Abang Ngah bersedia dengan Senapang Patah laras dua bersama peluru penabur dan peluru untuk rusa atau harimau. Biasanya tugas saya adalah tukang suluh dan pungut hasil tembakan. Maka saya bersedia dengan lampu suluh dan bulb gantian.

Malam itu selepas Solat Isyak dan makan malam, kami bertolak dengan kereta Abang Ngah menuju Bukit Jeram Kopeh berbekalkan sedikit air minum. Setibanya di lorong dan denai ke Jeram itu, kami tinggalkan kereta dan berjalan kaki.

Tidak sampai setengah jam kamudian kami tiba di Air terjun Jeram Kopeh di kaki bukit yang dipenuhi semak dan pakis. Ketika ini jam sudah menghampiri sebelas malam. Cuaca baik dengan cahaya bulan separuh terang dan tiupan angin yang menyegarkan.

"Hee.. heee... eeeeekkk...!" Tiba-tiba kami mendengar satu hilaian yang ganjil. Saya dan Abang Ngah meninjau keliling mencari arah dari mana datangnya suara itu.

"Hiiiik.... eeeeeeeiii....." suara itu berbunyi lagi.

Mata saya terarah ke sepohon pokok yang besar di seberang Air Terjun dan saya nampak satu 'lembaga hitam' berbentuk manusia bertenggek di atas satu dahan tetapi agak samar terlindung bayang dedaun pokok yang menghalang cahaya bulan.

Lembaga itu bergerak-gerak dan mengilai lagi dengan nada yang panjang dan suara yang menggerunkan.

Saya beritahu Abang Ngah apa yang saya nampak sambil berkata sambil tersengih " Abang, tembak Bang. Kita tengok jatuh ke tidak"

"Aduhaiii... gembiranya diaaa..." kata Abang Ngah sambil membidik.

"Nah ambil nih! Dam, dam... " Kata Abang Ngah diiringi dengan dua das tembakan dari Senapang Laras Kembarnya.

Serentak itu juga saya nampak lembaga hitam itu jatuh dengan bedebub-berdebab menimpa daun serta dahan dan akhirnya bedebub bunyi jatuh ke tanah di bawah pokok besar itu.

"Jom kita cari, kalau belum mampus kita tambah lagi" Kata Abang Ngah sambil berlari ke perdu pokok itu. Pada ketika itu saya sudah pun berlari ke arah yang sama.

Setiba di situ kami menyuluh keliling tempat di bawah pokok tetapi apa pun tidak ada.

Memang kami nampak lembaga itu jatuh tetapi bila dicari tidak ada bekas atau kesan jatuh pun!

"Birakanlah. Dia nak hidup ke, nak mampus ke, kita tinggalkan saja. Jom sambung tujuan kita berburu" Kata Abang Ngah.

Kami beredar dari situ dan terus mendaki bukit yang tidaklah tinggi tetapi penuh dengan hutan dan semak.

Puas kami menjelajah sekitar kaki bukit dan lembah sungai hanya kesan kaki Pelanduk saja yang ada tetapi seekor Pelanduk pun tidak melintas.

Sekitar jam 1 pagi setelah letih dan putus harap kami melangkah pulang melalui denai yang sama ketika kami masuk tadi. Setibanya kami berhampiran kereta, kami terdengar satu suara Perempuan lembut mendodoi anak berhampiran jalan besar.

"Haa.. dia nak kena lagi tu! Itu mesti "Benda" kita tembak tadi nak mainkan kita" Kata Abang Ngah dengan riak wajah geram.

"Jom, kita cari dan bagikan hadiah dua das lagi" Saya menguja Abang Ngah.

Kami berdua berlari anak menuju ke arah suara tadi. Tetapi setibanya kami di situ suara itu hilang. Sebarang objek atau lembaga pun tidak ada.

Kami berpatah balik ke kereta dan pulang hampa keletihan. Memang kami dipermainkan!

Celaka punya hantu.....

Thursday, November 18, 2010

Kejam Melampau

Video ini menunjukkan apa, manusia atau sesama haiwan?

Wednesday, November 17, 2010

Solat Sunat Selepas Solat Asar Dan Subuh

Maafkan saya saudara Anonymous kerana agak lambat menjawab soalan saudara. Di bawah adalah publishkan komen saudara yang perlukan penjelasan berkenaan N3 ini

Anonymous
said...
akhi, ada masalah ke untuk solat selepas solat asar? jangan rasa kita serba tahu..kemudian dengan sinis perlekeh orang lain..kalau betul nak berdakwah, bawakan ayat/hadis/hujah/nas/fatwa yang melarang solat selepas solat asar?

November 13, 2010 6:23 PM
Untuk makluman, saya bukanlah Ahli di dalam bab Hadith dan Qur'an namun saya banyak belajar dan membaca berkenaan agama sejak dari kecil walau pun tidak di dalam bahasa Alqur'an.

Berkenaan Fatwa bolehlah saudara tanyakan kepada Mufti Negeri Perak.


Saya amat alu-alukan kalau ada saudara/saudari di luar sana boleh memberikan Nas dari Kalaamullah.


Hadith ini saya ambil dari kitab Sahih Muslim.

Harap boleh melegakan saudara Anonymous

Saturday, November 13, 2010

Hatinya Tetap Celik

Penenun Songket Buta Di Pasir Panjang

KUALA TERENGGANU: "Mata kami tak pernah kami jaga. Kini semakin hari semakin kabur. Perlu pakai cermin mata untuk menenun dan menyongket dengan baik," jelas penenun 'veteran' Aminah Awang.

Aminah yang mula menenun sejak berumur 11 tahun memberitahu Bernama di Kampung Lorong Kemunting, Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Pada waktu dahulu, kei atau alat menenun yang turut dipanggil 'kek' ini diletakkan di bawah rumah. Kawasan yang berlantaikan tanah dan tidak berlampu, tidak sesuai dilawati pada waktu malam untuk menyambung kerja-kerja menenun dan menyongket. "Kalau hujan, lagilah tak boleh turun ke bawah rumah. Tanah basah, adakalanya air naik dan yang sempat hanya mengangkat kei ke tempat yang lebih tinggi, supaya sebahagian kain songket yang telah siap ditenun tidak rosak terendam di dalam air banjir", kata Aminah.

Ramai di kalangan penenun yang sudah berumur agak kurang tajam penglihatan mereka. Pemakanan yang tidak seimbang susulan pendapatan yang tidak menentu, turut menyumbang kepada masalah penglihatan selain faktor cahaya lampu yang kurang terang semasa menenun dan menyongket di kawasan rumah.

Penenun Buta

Tiba-tiba Kak Yah atau nama sebenarnya Nawiyah Ngah, yang turut menjadi peserta program ibu tunggal di bawah Yayasan Tuanku Nur Zahirah bersuara daripada bucu bilik tenunannya yang telah diubahsuai di bawah skim bantuan di kampung tersebut.

"Tengok Gayah tu. Dah buta dah sekarang, pun masih menyongket. Kasihan dia. Ibunya baru meninggal empat bulan sudah. Dulu ibunya lah yang membantu Gayah mendapatkan benang-benang yang berwarna pelbagai. Arwah ibunya jugalah yang menjualkan hasil tenunan Gayah".

"Suami dia pun juga sudah meninggal. Anak-anak ada empat orang. Kecil-kecil lagi, yang sulung baru masuk universiti lepas SPM. Lama juga Gayah tak menenun tapi sekarang anak dia yang nombor tiga dan empat tolong tandakan benang dengan ikatan getah, mengikut warna.

"Kak Limah tengok kerjatangan kain tenun songket Gayah tu kemas dan elok. Gayah tu pun muda lagi, baru 40 tahun gitu umurnya", tambah Halimah Dolah, 60, yang turut membesarkan anak dengan menenun setelah hampir 30 tahun berpisah dengan suami. Sejurus selepas itu, Halimah pun membawa kami ke rumah Gayah Ahmad yang berdekatan dengan rumahnya dan tidak berapa jauh dari sebuah surau, di kawasan Pasir Panjang ini.

Ketika didekati, wanita yang berusia 40-an, tidak langsung menampakkan sebarang kecacatan. Matanya berwarna coklat terang dan kelihatan seolah-olah sepasang mata yang dimiliki seseorang yang celik dan jelas penglihatannya.

Keturunan

Anak-anak Gayah tiada di rumah ketika ditemui kerana semuanya bersekolah pagi.

"Lima daripada tujuh saudara kandung saya pun mempunyai masalah mata macam saya. Kata doktor ia sejenis penyakit yang ada kaitan dengan saraf dan keturunan.

"Kami mengalaminya sejak kecil lagi. Saya mula merana ketika mengambil peperiksaan Tingkatan 6, ketika itu. Saya jawap soalan peperiksaan dalam keadaan yang kurang jelas, samar-samar saja.

"Saya mengagak ketika menulis jawapan. Walau apapun saya tetap bersyukur kerana masih dapat mengusahakan pendapatan untuk anak-anak", jelas Gayah sambil tersenyum.

"Saya tak ada masalah bergerak di dalam rumah. Saya dah hafal kedudukan perabot dan saya selesa. Tetapi saya tak rasa selamat bila berada di luar rumah atau di rumah orang lain. "Tempat menenun saya pula di bawah rumah. Mujurlah saya ada anak-anak yang sanggup menolong," Gayah menerangkan sambil menenun samping songketnya yang pertama sejak ibunya meninggal.

Harapan

Gayah masih belum disenaraikan sebagai penerima bantuan untuk ibu-ibu tunggal sepertimana jiran-jirannya yang senasib di kawasan kediamannya.

"Saya turut menerima bantuan RM400 daripada Jabatan Kebajikan. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana dua daripada anak saya menerima bantuan biasiswa daripada Yayasan Terengganu dan kerajaan persekutuan, namun saya perlu terus berusaha untuk masa depan mereka", kata beliau.

Kain samping songket yang ditenun Gayah setakat ini sudah habis dijual arwah ibunya. Gayah kini menaruh harapan untuk menyiapkan beberapa lagi hasil tenunan songketnya sebelum diserahkan kepada orang tengah.

"Kalau dulu kekurangan penglihatan saya ditampung mak. Sekarang saya perlu mula menenun semula. Bila dah cukup simpanan kain songket yang ditenun, saya akan cuba tawarkan kepada tetamu yang datang atau sesiapa yang berminat di kalangan saudara mara dan rakan atau peniaga di Pasar Payang", sambung Gayah.

Bersemangat

Walaupun pernah sehelai songket yang ditenunnya putus digigit haiwan Gayah tetap tabah menghadapinya. Malah ketika memotong bahagian yang telah rosak akibat gigitan haiwan kecil yang berkeliaran pada waktu malam itu, Gayah tetap menunjukkan semangatnya untuk terus menyongket lagi.

"Pelajaran anak sangat penting untuk saya. Saya mahu lihat anak-anak hidup sempurna. Mudah-mudahan anak sulung saya yang sedang menghadiri kursus perakaunan di sebuah institusi pengajian tinggi di Chendering akan dapat membela nasib keluarga bersama-sama saya selepas dia tamat pengajian nanti", kata Gayah yang tidak kenal putus asa, walaupun kematian suami sejak tahun 2003.

Kecekalan penenun songket yang terdiri dari ibu-ibu tunggal seperti Gayah yang kurang penglihatan membesarkan anak patut mendapat pujian dan perhatian semua pihak.

-BERNAMA

Untuk Rakyat Negeri Kelantan Khasnya

Saya terima message dari Datuk Mohd. Fatmi malam tadi. Beliau kini berada di Mekkah menunaikan haji. Saya publishkan di sini kerana ianya agak penting untuk Rakyat Negeri Kelantan.

Msgnya berbunyi begini :

Alhamdulillah, rombongan KDYMM Sultan Mohamad V, (termasuk saya & isteri) selamat tiba d MEKAH, sudah selesai umrah, insyaALLAH wukuf isnin ni.kirim salam saya kpd semua warga KB & semua orang kota bharu yg mana kesempatan jumpa dan berhubung, mohon doakan KDYMM & rombongan (termasuk saya & isteri) selamat pulang, permudahkan segala urusan, & insyaALLAH beroleh HAJI MABRUR.

(FATMI)

Wednesday, November 10, 2010

Benarkah Binatang Buas Faham Cakap?

"Awak semua sudah taukan macam mana jalan di depan kita. Curam dan licin. Jadi jangan gopoh-gapah dan berjalan dengan hati-hati di dalam hanya satu barisan" Saya berikan peringatan kepada semua peserta.

Saya bersama 25 orang peserta mendaki sedang menuruni puncak Gunung Ayam untuk ke Gua Lahad, Stong. Keadaan trek memang licin di sebabkan hujan malam tadi. Perjalanan agak bahaya kerana treknya juga agak curam dan terdapat banyak pokok rotan. Pada masa ini saya yang menjadi trekker dan berada dalam jarak 20 meter dari peserta pertama.

Sebagai trekker saya kena pastikan kumpulan ini berada di trek yang betul, keadaan yang pasti selamat dari ancaman dan bahaya kepada peserta. Jadi saya akan berada di dalam jarak tertentu dari peserta untuk pastikan keadaan dan suasana.

Di satu kawasan yang agak mendatar lebih kurang 200 meter dari anak sungai kecil tempat yang sepatutnya kami berehat, saya ternampak sesuatu melompat dengan pantas dan hilang di sebalik sebatang balak besar yang tumbang membujur trek. Saya berlari untuk meninjau binatang atau apakah yang begitu pantas menghilang.

Sesampai di tempat itu saya berhenti dan meninjau dan menjenguk-jenguk di belakang batang balak yang sudah dipenuhi semak. Tiba-tiba saya mendengar satu ngauman lemah (bukan mengancam). Rupanya banyangan yang saya nampak tadi adalah seekur Harimau Belang yang mungkin terkejut dengan kehadiran saya dan bising peserta di belakang. Lantas melompat menyembunyikan diri di sebalik batang balak tumbang yang besar itu.

"Oh.. engkau rupanya" dengan spontan saya bersuara. Dengan jiwa yang agak gentar saya menyambung "Kau jangan keluar, ramai lagi anak buah aku sedang turun di belakang. Nanti mereka takut"

Dalam keadaan berani-takut saya berdiri di bahagian pangkal batang balak tersebut sambil menunggu semua peserta lepas turun. Sebenarnya saya tidak ada pilihan. Saya terpaksa berhenti dan tunggu di situ untuk pastikan semua peserta selamat turun.

"Eh, bau apa busuk sangat nih!, macam bau belacan ajer. Sape yang bawa?" Salah seorang peserta yang bermulut agak becuk bersuara bila tiba di tempat saya dan harimau di batang balak tersebut. Memang bau harimau memang busuk dari jarak dekat.

"Kamu jangan banyak cakap, turun jer cepat. Cakap banyak pula dia ni!" Tegur saya separuh jerkah. Peserta itu tanpa berkata apa-apa berlari turun dengan muka yang hairan memandang saya yang masih berdiri di situ.

Bila saya pasti yang semua peserta sudah lepas turun dalam jarak yang selamat saya pun berkata "Ok, kau boleh bangun dan pergi. Semua anak buah aku sudah lepas"

Sejurus selepas saya berkata begitu, saya nampak Harimau itu bangun dengan perhalan dan melompat ke arah semak yang agak tebal dan rumpun buluh yang padat. Harimau itu terus menghilang. Saya pun teruskan perjalanan ke anak sungai tempat semua peserta diarahkan mengambil rehat dan minum.

Setibanya di situ, peserta yang saya marah tadi bertanya "Kenapa tadi Abang Din marah dan arahkan saya berjalan cepat?"

"Kamu tak tahu di belakang balak di hadapat aku tadi ada Harimau bersembunyi. Bau belacan yang kau kata tadi adalah bau mulut harimau. Aku terpaksa tunggu di situ untuk pastikan kamu semua selamat turun. Kamu pula cakap banyak!" Saya menjawab dengan selamba supaya mereka tidak cemas.

Dengan muka pucat dia berkata "Nasib baik saya tak tahu, kalau tidak terkencing saya"

"Hah.. kau tak payah kencing, bala sudah lepas. Lain kali jangan cakap banyak bila terima arahan" Saya menyindir.

Saya terfikir adakah benar orang tua-tua kata Harimau dan Gajah faham cakap manusia. Atau adakah kerana kebetulan harimau tadi itu takut kerana kami ramai dan berlindung di situ.

Friday, November 5, 2010

Betul Ke Nih, Tok Ggawa Weh?

Cerita lama tapi ......

PERKASA Buat Solat Hajat Lepas Asar 6:30PM di De Palma Hotel

Kah Kah Kah Kah kah Kah kah kah kah kah kah !, Ketua Wira PERKASA beb ! bukan calang2 orang, tak larang mengadakan solat hajat dan doa selamat di De Palma Hotel, Ampang pada jam 6.30 petang ini .

Ini baru betul pejuang Islam dan MELAYU, dulu boss nya pun anjur solat hajat lepas Asar juga di Pasir Mas, ini baru betul2 menurun, atau wasiat [lihat sini]

Oittt ! orang paham la bila sebut jah 6:30 petang, itu makna nya lepas Asar lah woii ! tak kan Ketua Wira aeroback perkasa tak tahu…….., di HOTEL beb !, class gitu……..tak main la kat Masjid2 dan Surau2 ni, orang Masjid dan Surau mana tau pasal Solat2 Hajat ni.

DSC06043 mamat ni akan mengetuai solat hajat lepas Asar nih…..

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung akan dibedah esok pagi.

Jom ! kita pakat pegi ramai2 dan kita gelak juga ramai2………………..ppergh ! wira perkasa……..mana anak Dusuki ada pHD ?, boss perkasa kelantan ?. betul2 UMNO=PERKASA.

Dari sini

Galas Yang Terburai

Adat Pilihanraya, ada yang kalah dan pastinya ada yang menang. Di Gua Musang, Galas PAS terburai dan tumpah ke dalam Guni UMNO/BN.

Di Batu Sapi, Sapi masih di dalam Kandang BN.

Di Bandar Gua Musang, adakah kerana sikap ghairah Penyokong PAS menyebabkan terburainya Galas yang dipikul oleh PAS?

Di bawah saya publishkan gambar yang sedikit panas dari dua puak Penyokong parti yang bertanding.

Telah berlaku pergaduhan kecil apabila sekumpulan Penyokong PAS menyerbu Pos Menyemak Pengundi UMNO berdekatan lampu isyarat berhampiran Lorong KESEDAR INN. Puncanya kenderaan SPR terlanggar bendera PAS yang dihulurkan jauh ke tengah Jalan Raya. Maka berlakulah boo.. mengebooo... dan sorak menyorak!


Penempatan Perayu Undi dan Penyokong UMNO dan PAS terlalu hampir


Wednesday, November 3, 2010

Galas

Hari ni mountdweller dan rakan-rakan nak ke Gua Musang/Galas. Saja nak tinjau suasana PRK.

Sambil tu layanlah video ini