Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 30, 2011

Orang Ini Pun Nak Tumpang Semangkok!

Bukankah memperbaiki dan menegur itu suruhan agama? Atau adakah dia merasakan Pemerintah Malaysia ini sudah sempurna?

Fikir-fikirlah !


Khamis Jun 30, 2011
Jangan Sertai Perhimpunan 9 Julai - Pengerusi Majlis Fatwa

KUALA TERENGGANU: Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh.

"Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik".

"Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita," katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini, Khamis.

Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.

"Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan," katanya.

Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan 'syura' (berbincang).

Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara.

Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru. "Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.

"Seperti di Terengganu, kita nak lahirkan generasi Ulul Albab, generasi celik Al-Quran dan Hadis, nak menjadikan ornag Islam itu baik. Apakah kita kena runtuhkan yang ini dan nak bina yang baru yang dikatakan satu tamadun," kata Abdul Shukor. -BERNAMA/mStar

Monday, June 27, 2011

Kalu Awe Nak Duduk, Bayarlah 50 Sebulan

Kisah ini diceritakan oleh sepupu saya yang pada ketika itu baru ditukarkan oleh jabatannya dari Kuala Terengganu ke Daerah Besut. Di Besut, jenuhlah dia mencari rumah untuk disewa tetapi tidak ada yang sesuai bagi orang bujang sepertinya.

Puas bertanya maka ditunjukkan oleh seorang rakan sebuah rumah agam yang besar berbentuk istana lama yang terletak agak terpencil di dalam satu kawasan yang penuh dengan pokok kelapa tua. Setelah ditinjau, sepupu saya ini berkenan untuk menyewa di situ.

Sebelum berjumpa tuan rumah itu, dia merisik dulu kenapa rumah yang besar dan cantik (dari sudut heritagenya) tidak didiami oleh sesiapa. Banyak versi cerita yang didengarinya tetapi yang pasti tidak ada penyewa yang tinggal di situ sehingga genap sebulan. Semuanya cabut lari. Rumah itu 'berhantu'. Bila cerita itu didengarnya, dia nekad untuk mencuba tinggal di rumah itu. Nak tengok apa yang terjadi sebenarnya.

Pada suatu petang sepupu saya ini pergilah ke rumah tuan yang empunya rumah agam itu dan minta untuk menyewanya. Tuan rumah itu berkata "Awe duduklah dulu, tak payah kira hal sewa menyewa lagi". Tuan rumah itu menyerahkan kunci rumah agam berkenaan tanpa banyak cerita. Sepupu saya pun teruslah pindah ke rumah itu pada petang itu juga.

Setelah mencuci rumah seala kadarnya. Rumah itu mempunyai 5 bilik. Dia pun masuklah ke satu bilik yang paling besar berdekatan dengan telaga/perigi yang dibina di dalam rumah lengkap dengan bilik mandi, tandas dan ruangan membasuh. Dia berkemas dan tidurlah dia di dalam bilik itu. Malam pertama di situ tidak ada apa-apa pun berlaku. Dia tidur nyenyak hingga ke subuh.

Malam kedua dia tidur di bilik yang sama dan pagi esoknya bila tersedar dia berada di tangga rumah itu. Dia merasa pelik, bila pula dia bangun dan tidur di situ?

Malam ketiga dia tidur di atas katil di dalam bilik. Tapi bila sedar pagi esoknya dia dapati berada di tepi telaga di ruangan membasuh pula!

Macam itulah pula seterusnya berlaku pada malam berikutnya. Tidurnya dialih dan pakaiannya diselerakkan. Bunyi pelik juga selalu didengarnya dari dapur dan sekitar kawasan dalam rumah. Puas dibacanya ayat-ayat Arqura'an yang sepatutnya. Tetapi tidak memberikan kesan. Jadi dia buat tidak kisah. Masih berdegil dan tidak berpindah.

Dan pada suatu malam bila dia tidur tengah lena, dia tersedar katilnya terangkat dan begegar kuat macam diayak. Dia terjun dari katil dan dengan marah dia mencabar supaya menjelma dan mengajak bertumbuk. Bila dicabar, katil itu terus diletakkan semula tetapi 'penunggu' itu tidak menjelma. Suasana sunyi sepi. Tidak ada bunyi yang menyeramkan seperti selalu. Dia pun sambung tidur sampai ke pagi. Tidak ada apa-apa gangguan.

Sejak dia mencabar dan 'penunggu' itu dicabar pada malam itu, tidak adalagi gangguan. Tidurnya nyenyak dan barang-barang di dalam rumah itu tidak lagi diselerakkan.

Bila cukup sebulan, sepupu saya ini pergilah ke rumah tuan empunya rumah berkenaan untuk berbincang hal sewa dan membayarnya. Bila bertanyakan tuan rumah, dia agak terkejut kerana tuan rumah berkata "Kalu awe nak duduk, bayar jerlah RM50.00 sebulan, sewa bulan ni tak payahlah!".

Kisah ini berlaku pada awal tahun 1980 dan saya pernah tidur di rumah itu sebelum sepupu saya berkahwin. Bila dah kawin dia pindah ke rumah kerajaan.

Saturday, June 25, 2011

Adakah Allah Nak Beri Pengajaran?

Janda maut dalam tandas

BANDARAYA MELAKA - Seorang tukang cuci terkejut apabila menjumpai mayat s wanita bersama anaknya yang baru dilahirkan dalam tandas di sebuah kilang membuat pemacu cakera keras di Taman Perindustrian Merlimau, Jasin, dekat sini, petang kelmarin.

Operator pengeluaran yang masih berpakaian seragam kilang itu ditemui mati dalam keadaan duduk bersandar ke belakang di atas mangkuk tandas sementara bayi perempuannya yang cukup sifat serta tali pusat masih belum dipotong pula di atas lantai bersebelahan ibunya.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, mangsa yang merupakan ibu tunggal dikenali sebagai Hinaliza Hussein, 30, berasal dari Jalan Bunga Matahari, Felda Kemendor, Jasin ditemui kira-kira jam 4.45 petang.

“Mangsa dipercayai mati akibat pendarahan yang banyak dan menahan kesakitan seorang diri selepas melahirkan bayinya ketika waktu bekerja.

“Bagaimanapun tiada seorang saksi yang nampak mangsa memasuki tandas sebelum ibu beranak dua itu ditemui tukang cuci berkenaan dan memaklumkan kepada pihak kilang, lalu menghubungi Klinik Kesihatan Merlimau serta pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Che Suza berkata, sisatan awal mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa kerana pihaknya mendapati tiada kesan pecah pada pintu bilik air dan pintu berkenaan juga tidak berkunci.

“Siasatan juga mendapati mangsa tinggal menumpang di rumah abangnya di Kampung Kilang Berapi, dekat sini dan kakak mangsa tidak mengetahui adiknya itu sarat mengandung sembilan bulan,” katanya.

Mayat mangsa dan anaknya kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut dan cuba menyembunyikan kelahiran - SH

Wednesday, June 22, 2011

Sedikit Tips Untuk Penggemar "Baru" Rekreasi

Memandangkan sekarang adalah musim hujan di Pantai Timur dan kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia, Mountdweller suka untuk berkungsi tips dengan anak-anak yang baru berjinak dengan aktiviti rekreasi daripada pengalaman dan latihan yang pernah Mountdweller terima sepanjang lebih 40 tahun bergiat di dalam bidang ini.

Kepada yang ingin tahu sila ke link di bawah :


Asas Perkhemahan


Tuesday, June 21, 2011

Untuk Peringatan Kepada Penggemar Rekreasi

Oleh kerana sekarang musim hujan dan para penggemar cabaran masih lagi meneruskan kegemaran mereka, maka saya ulang siar N3 ini sebagai peringatan dan sedikit panduan


Musibah Yang Berlaku Semasa Mendaki

Sejak awal tahun 80an, kegiatan rekreasi telah diminati dan berkembang menjadi satu kegiatan yang popular di kalangan remaja dan pertengahan umur. Pihak Kementerian Belia Dan Sukan sendiri telah mengadakan kursus-kursus Kepimpinan dan melahirkan Pemimpin dan Penggerak yang mahir di dalam bidang ini mengikut modul yang disusun oleh Kementerian itu.

Itu Mountdweller sedang berehat ketika mendaki tapi jangan ikut stailnya mendaki tanpa memakai baju!
Tujuannya adalah untuk menarik minat dan menjadikan kegiatan altanatif kepada golongan belia dan beliawanis. Kaedah dan Peraturan diperkenalkan untuk menjamin keselamatan kepada penggemar kegiatan yang agak berisiko dan mencabar ini.

Saya suka menyenaraikan beberapa insiden yang berlaku sehingga melibatkan kehilangan nyawa kepada peserta yang mengikuti program yang dianjurkan beberapa NGO sebelum ini. Insiden ini adalah insiden yang saya tahu dan dipaparkan secara terpilih.

1. Sesat : Seperti di Gunung Tahan, Taman Negara dan Ledang, Melaka/N. Sembilan dan Gunung Tebu di Basut, Terengganu.

Peserta sesat dan hilang adalah perkara yang sering berlaku. Perkara ini berlaku adalah disebabkan 3 peraturan utama tidak dipatuhi di samping takdir.
Pertama ialah Taklimat Perjalanan dan Peraturan tidak diberikan sehingga perserta betul-betul faham oleh Pengiring atau pun Guide. Kedua, peserta ambil mudah tentang taklimat dan peraturan yang sampaikan oleh Pengiring atau Guide maka mereka tidak mematuhi peraturan. Ketiga ialah Pengiring atau Guide sendiri yang jahil tentang peraturan.

Contohnya
1. Ketika trekking peserta di belakang hendaklah berjalan di dalam jarak yang boleh nampak peserta di hadapanya. Dan begitulah seterusnya.
2. Semua peserta tidak dibenarkan memotong trekker (orang yang mahir dengan trek) yang sepatutnya berada di hadapan sekali.
3. Pengiring yang berada di belakang sekali (Sweeper) hendaklah pastikan dia tidak memotong mana-mana peserta atau tertinggal peserta di belakangnya.
4. Sekiranya hendak berehat, hendaklah berehat di dalam kumpulan dan sekiranya hendak buang air, mesti beritahu peserta lain sama ada yang di hadapannya atau yang di belakangnya. Peserta yang diberitahu tadi hendaklah menunggu sehingga sweeper yang berada di belakang sekali tiba.
5. Sekiranya terpecah juga dan hilang arah (sesat) hendaklah tunggu di tempat itu sehingga bantuan tiba. Jangan cuba mencari jalan sendiri.
5. Sekiranya membawa peserta yang ramai nisbah paling minima antara peserta dan pengiring ialah 10:1

2. Di panah Petir: Contohnya di Gunung Rajah, Pahang.

Juga melibatkan peratuaran berkhemah. Adalah dilarang sama sekali khemah di dirikan di puncak yang paling tinggi di kawasan itu. Tindakan ini akan menjadikan peserta dan khemah sebagai "point of contact" bagi kilat dan panahan petir. Peserta hendaklah berkhemah di tempat yang rendah sedikit dari point yang paling tinggi di sekitar kawasan itu. Misalnya 20 kaki dari paras tertinggi.

Ketika hujan, jangan berteduh di bawah pokok yang tinggi dan rendang. Sebaik-baiknya duduklah di kawasan tanah lapang.

3. Keracunan Gas: Contohnya di Gunung Korbu, Ulu Kinta, Perak.

Melibatkan peraturan asas. Semua bahan bakar dan mancis tidak dibenarkan di bawa ke dalam khemah tertutup. Jenis Igloo, dome dan sebagainya yang kalis air dan angin. Tetapi kadang-kadang peraturan ini tidak diendahkan sehingga ada yang memasak dan membawa lampu gas ke dalam khemah. Sudahlah khemah nylon memang mudah terbakar tetapi juga gas yang keluar untuk hidupkan dapur dan lampu tidak seratus peratus akan terbakar. Lebihan gas ini bercampur pula dengan corbon dioxida akan menjadikan lebih berbisa untuk melemaskan. Peserta akan mati dengan aman semasa tidur!

Apa Hal Pula Ni?

Perhilitan Serbu Zoo Saleng

KULAIJAYA: Dalam satu operasi yang tidak pernah berlaku dahulu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor pada Isnin merampas lebih 40 ekor haiwan pelbagai spesies yang dilindungi di Zoo Saleng di sini, selepas permit khas pemilikan zoo tersebut tidak diperbaharui.

Zoo tersebut diletak dalam pemerhatian Perhilitan selepas Starprobe mendedahkan tempat kurungan lebih 40 ekor haiwan pelbagai spesies yang tidak terurus.

Timbalan Ketua Pengarah Perhilitan, Dr Zaaba Zainal Abidin mengetuai serbuan itu dengan kira-kira 80 pegawai yang dilengkapi senjata penenang, pemotong besi dan penunu bagas.

Operasi tersebut bermula pada pukul 10 pagi dan dijangka memerlukan tempoh masa seminggu untuk mengeluarkan kira-kira 60 haiwan tersebut.

Beliau berkata,kesemua haiwan yang dirampas akan ditempatkan di Pusat Penyelamat Haiwan di Zoo Melaka dan Paya Indah Wetlands.

Sumber mStar

Thursday, June 9, 2011

Senangnya Iman Tersungkur!

Bukankah perbuatan/bantahan ini sengaja menghina hukum? Bukankah ini merusakkan Iman?

"Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab".

Sila baca sepenuhnya di sini

Kalau Benar Telus, Kenapa Liat?

Pas tuntut perjanjian konsesi tol juga didedahkan

Abdul Aziz Mustafa - Harakah

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Bukan sekadar perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP), malah perjanjian konsesi tol juga akan dituntut supaya didedahkan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub

"Sudah dua kali kerajaan berjanji hendak mendedahkan perjanjian konsesi tol. Pada Februari 2007, Menteri Kerja Raya pada masa itu, (Datuk Seri S) Samy Vellu mendakwa, kerajaan akan menerbitkan semua dokumen perjanjian konsesi tol bagi tatapan umum kononnya supaya orang ramai mengetahui keadaan sebenar sekali gus mengelakkan persoalan mengenai ketidaktelusan dalam isu tersebut.

"Pada November 2008 pula, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed yang menjadi Menteri Kerja Raya pada masa itu pula mendakwa kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara kecuali Maju Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur- Putrajaya, bersetuju untuk mendedahkan kepada umum perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat terbabit kepada umum.

"Beliau juga mendakwa perkara itu mendapat persetujuan kabinet dalam mesyuaratnya pada 17 Oktober 2008 kononnya untuk menangkis dakwaan banyak pihak yang menyifatkan perjanjian itu berat sebelah yang lebih menguntungkan pemegang konsesi tol," katanya.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, kesemua dakwaan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan rakyat terus terbeban dengan tekanan bayaran tol yang ternyata sangat membebankan mereka.

"Jika Barisan Nasional (BN) menang lagi, kita menjangka bayaran tol akan meningkat dengan banyaknya di samping peningkatan harga minyak termasuk RON95, harga barang termasuk makanan akan bertambah, cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan dan pelbagai subsidi akan ditarik balik tanpa belas kasihan kepada rakyat.

"Sebab itulah, apabila ada timbalan menteri yang mendakwa perjanjian pembelian tenaga boleh didedahkan kepada Ahli Dewan Rakyat, kita mahu rakyat menuntut kerajaan menunaikan dahulu janji untuk mendedahkan perjanjian konsesi tol kepada mereka," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian yang akan membangkitkan perara itu dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Beliau juga berharap lebih banyak pihak menuntut perjanjian konsesi tol itu didedahkan sehingga kerajaan tidak ada pilihan lain selain mendedahkan.

"Jika rakyat tidak bersungguh-sungguh menuntut beramai-ramai, kita bimbang ia akan terjadi seperti perjanjian konsesi Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd).

"Pada Jun 2010, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi itu tetapi pada Februari 2011, tetapi akhirnya mahkamah rayuan memutuskan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakses laporan audit dan perjanjian konsesi Syabas itu," katanya.

Lantaran itulah, Salahuddin yakin perkara itu hanya akan boleh diselesaikan dengan tuntutan beramai-ramai yang bersungguh-sunguh dari rakyat

Monday, June 6, 2011

SiKafir Bunuh Ibu, Melayu Bunuh/Buang Anak

L.I. man suffocated his 98-year-old mother, then tried to kill himself

A Long Island man was charged with murder Friday after allegedly suffocating his 98-year-old mother in the home they shared and then trying to kill himself, authorities said.

Juan Gonzalez, 69, was arrested after cops were alerted to a problem inside the Wilson St. property in Brentwood and found Teresa Astete dead in her bed - and her son alive but injured from his botched suicide attempt, cops said.

Gonzalez is believed to have killed his mother last Sunday and stayed in the home with her corpse for nearly a week before phoning his sister to inform her that their mother was dead.

The son had cut himself and attempted to overdose on drugs, officials said. He was charged with second-degree murder.

Gonzalez was his mother's primary caretaker and had no known history of mental illness, according to a Suffolk County police spokesman, who would not comment on Astete's health.

Police were not treating the death as a mercy killing.

He was rushed to Southside Hospital in Bay Shore for medical attention, where he was awaiting arraignment, officials said.

Sumber dari sini

Friday, June 3, 2011

Kisah Yang Sudah Ramai Tahu

Kisah yang sudah ramai tahu tetapi tidak salah disiarkan lagi sebagai peringatan untuk semua terutama yang tidak takutkan balasan Allah.

Mayat tidak diterima bumi

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Ataturk orang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H.

Dilahirkan 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah, Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim mampu tinggal bersamanya selama setahun kerana tidak tahan dengan kefasiqan Ataturk. Kediamannya dipenuhi segala kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu menjadi perdana menteri Turki, Ataturk membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau pernah menari dengan wanita di satu parti umum pertama di Ankara.
4. Menggalakkan minum arak
5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
8. Agama Islam di buang sebagai agama rasmi negara.
9. Menutup masjid serta melarang sembahyang berjemaah.
10. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
11. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
12. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukar huruf Arab kepada huruf Latin.
13. Menganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa, seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?”. Kerana takut askar menjawab, “Kamal Atatuk adalah tuhan,” lantas Atatuk tersenyum.

Kematian Kamal Ataturk yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit sehingga dia tidak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya penyakit kulit hingga ke kaki di mana dia mengalami gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung dan tidak pernah berasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan bomba menyiram rumahnya 24 jam. Pembantunya pula diarahkan meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya.

Pada 26 September 1938, Ataturk pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi hilang ingatan. 9.11.1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Mayat Ataturk diawet sembilan hari sembilan malam, sehingga adik datang meminta ulama-ulama Turki menguruskan jenazah tersebut. Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan.

Apabila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas itu, mayatnya hendak ditanam semula namun bumi tetap tidak menerimanya. Akhirnya, mayat Ataturk diletakkan dalam keranda timah dan dibawa ke satu bukit lalu ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar berkenaan.

Ambil dari sini

Kickdefella-Husam : Apa Cerita Sebenarnya?

Husam Pernah Bagi Saya Wang Pada 2009, Kata Kickdefella

KUALA LUMPUR: Penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mengaku pernah menerima RM350,000 daripada Datuk Husam Musa sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lepas.

Syed Azidi berkata wang tersebut ialah sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009.

Sambil menafikan laporan beberapa laman web kebelakangan ini bahawa beliau telah dibayar oleh Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan calon naib presiden PAS pada pemilihan parti minggu ini, untuk membantunya berkempen, beliau berkata fakta dan tempoh waktu kejadian telah diputar belit.

"Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di China daripada Husam baru-baru ini adalah tidak benar," katanya dalam satu sidang media di sini Khamis.

"Semenjak 9 Nov 2009, Datuk Husam dan saya tidak pernah bertemu, melainkan berbual di telefon dan bertukar-tukar pesanan rigkas," katanya.

Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang pembantu Husam yang menawarkan RM350,000 dan beliau telah bersetuju.

Beliau menjelaskan wang tersebut telah diberikan sebagai bayaran kos tertunggak bernilai RM50,000 manakala selebihnya sebagai pemberian "ihsan dan simpati", dan bukannya bayaran menutup mulut.

"Wang tersebut telah diberikan secara tunai oleh individu tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga bulan dari November 2009," katanya sambil enggan menamakan individu tersebut.

Syed Azidi yang menganggap Husam sebagai sahabat istimewa berkata beliau juga tidak tahu sama ada wang tersebut adalah wang peribadi Husam.

Katanya kali terakhir beliau melawat China ialah pada Disember 2009.

"Saya yakin maklumat inilah yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dan diolah menjadi satu cerita hebat...kononnya saya bertemu Husam di China dan tranksaksi dibuat di sana minggu lepas," katanya.

Katanya beliau juga percaya orang yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat ini ialah seorang individu yang juga berkait rapat dengan salah seorang calon naib presiden PAS.

Sementara itu, Husam ketika dihubungi Bernama menafikan beliau memberikan sejumlah wang tersebut kepada Azidi pada 2009.

"Saya menafikannya. Saya juga tidak ada pembantu. Kalau dia diberhentikan oleh PMBK, itu hal dia, mengapa pula saya mahu bagi dia wang pampasan? Saya bukan majikannya," katanya.

Dalam satu kenyataan melalui SMS kepada Bernama beliau juga menafikan ada menpunyai wang sebanyak itu. "Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya menyedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat saya," katanya.

Husam juga hairan dengan tindakan Azidi yang mengeluarkan dakwaan tersebut menjelang pemilihan esok.

Katanya dakwaan Azidi mengenai perhubungan mereka melalui telefon adalah palsu. - mStar

Padah Mencuri

SUNGAI PETANI, June 2 (Bernama) - A housewife got a shock when she found a body in the ceiling of her house in Taman Ria Jaya here today.

The man was believed to have been electrocuted while trying to steal electrical wires from the abandoned house.

"On entering the house at 10.30 this morning, I saw stain looking like blood at the ceiling. I also smell something burning."

The housewife known only as Faridah then rushed to a nearby police beatbase to report the matter.

She said a police team arrived later and on knocking the ceiling, something looking like a human leg dropped.

Firemen then removed the body and send it to Sultan Abdul Halim Hospital for an autopsy.

Kuala Muda district police chief ACP Hashim Ali confirmed receiving a report on the body''s finding.

Sumber berita dari sini

Thursday, June 2, 2011

Agak Ini Fitnah Atau Benar

Khairy Nafi Sepatutnya Nikahi Nurul Izzah

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa cakap-cakap kononnya beliau sepatutnya berkahwin dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum ini adalah mengarut.

Malah beliau kesal kerana masyarakat lebih gemar mempercayai cerita-cerita karut daripada yang benar.

"Itu adalah cerita merepek, saya tidak pernah mengenali beliau (Nurul Izzah) selain bertemu di Parlimen," katanya dalam segmen sembang secara langsung 'Question Time' di laman web interaktif Yahoo! Malaysia pagi Khamis.

Beliau berkata demikian selepas seorang pembaca yang menggunakan nama Didi mempersoalkan sama ada benar atau tidak Khairy suatu ketika dahulu sepatutnya berkahwin dengan anak Ketua Pembangkang itu.

Dalam pada itu, Khairy turut menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan peribadi dengan Anwar dan keluarganya.

Malah beliau sekali lagi menegaskan hanya berjumpa Anwar di Parlimen bukan di tempat-tempat lain.

"Saya tiada hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan keluarganya," katanya menjawab pertanyaan seorang lagi pembaca dikenali sebagai Shukor.

Hubungan Khairy-Anwar menjadi buah mulut masyrakat selepas Ketua Pemuda Umno itu dikatakan bertemu dengan Ketua Pembangkang berkenaan selepas dibebaskan daripada menjalani hukuman hampir enam tahun dipenjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan liwat pada 2 September 2004.

Khairy dikatakan bertemu sendiri Anwar bagi urusan pasport bagi membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjalani rawatan di Munich, Jerman pada ketika itu.

Sumber - mStar