Saturday, March 31, 2012

Saja Cari Nahas!


11 Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Di Hat Yai
KANGAR: Sebanyak 11 rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran makanan segera di sebuah hotel terkemuka di bandar Hat Yai pada Sabtu.
Konsul General Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan yang dihubungi Bernama berkata setakat ini pihak kedutaan hanya mengesan 11 rakyat Malaysia yang sedang dirawat di beberapa hospital.
Beliau berkata butiran lengkap mengenai 11 mangsa yang cedera itu akan diketahui esok dan menurutnya setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.
Mohd Aini berkata pihak kedutaan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan sekiranya ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian itu.
Laporan awal media Thailand menyebut tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden pada kira-kira pukul 1 tengah hari waktu tempatan manakala lebih 300 lagi cedera.
Letupan itu dikatakan berpunca daripada letupan gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di bangunan hotel itu dan siasatan masih dijalankan pihak berkuasa Thailand. - mStar
Dah tahu tempat yang bergolak, cari jadah apa ke sana?

Nasib Kamu Lah Labuu....


SBPA: Najib tak patut mangsakan KSN, KPPA


Abdul Aziz Mustafa,31 Mac 2012


KUALA LUMPUR, 31 Mac: Amat tidak adil jika Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah sahaja yang dipertanggungjawabkan akibat kemelut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sebarang tindakan terhadap mereka berdua sahaja adalah zalim dan tidak bertanggungjawab kerana orang yang paling bertanggungjawab terhadap kemelut itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.


"Kalau hendak diambil tindakan, bukan paksa mereka berdua sahaja berundur dengan tidak menyambungkan kontrak perkhidmatan mereka.


"Perdana menterilah yang pertama sekali mesti meletak jawatan dan berundur kerana kemelut SBPA itu," katanya.


Perdana Menteri adalah orang yang paling bertanggungjawab yang menyebabkan kemelut SBPA itu berlaku kerana beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA), kata Mahfuz.


"Skim SBPA itu tentu dibentangkan kepada JKK-MPGSA sebelum dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.


"Skim itu bukannya penggunaan duit tunai runcit di pejabat untuk membeli pensil misalnya, ia perlu dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.


"Jika telah dibentangkan kepada mesyuarat kabinet dan sebelum itu kepada JKK-MPGSA, tentulah Najib sebagai Perdana Menteri telah mempersetujui dan meluluskan skim itu terlebih dahulu sebelum diumumkan," katanya.


Sebab itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Najiblah orang yang bertanggungjawab terhadap skim itu.


"Adakah Najib mahu mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang skim SBPA itu sebelum ia diumumkan?


"Adakah SBPA dilaksanakan tanpa persetujuan Perdana Menteri? Kalau begitu, Najib buat apa?" Mahfuz mempersoalkan.


Mahfuz juga mengecam putar belit yang meletakkan Najib sebagai penyelesai dan penyelamat kemelut SBPA itu.


"Kononnya Najib terpaksa campur tangan dan mengumumkan pembatalan SBPA.


"Sedangkan, beliaulah antara yang paling bertanggungjawab sejak dari awal lagi terhadap skim yang dilihat menindas pekerja bawahan sektor awam itu," kata beliau.


Untuk menyelamatkan Najib yang dipertanggungjawabkan berikutan bantahan kakitangan awam terhadap SBPA, diputarbelitkan berita kononnya hanya kewibawaan kepimpinan Mohd Sidek dan Abu Bakar sahaja yang dipersoalkan selain turut mendesak mereka meletak jawatan kerana telah menjejaskan imej kerajaan.


Abu Bakar dilaporkankan tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.


Difahamkan, beliau telah dipanggil Perdana Menteri berhubung kedudukannya itu.


''Tunggulah dua tiga hari lagi," sebuah akhbar harian memetik beliau sebagai berkata ketika ditanya mengenai butiran pertemuannya dengan Perdana Menteri.


Akibat bantahan meluas dari kakitangan awam, Najib akhirnya terpaksa membatalkan SBPA yang telah pun dilaksanakan dengan mengembalikan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) semasa mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mac lalu.


Di hadapan lebih 10,000 penjawat awam itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam.


Abu Bakar, 57, masih belum mencapai usia persaraan 60 tahun manakala Mohd. Sidek, 61, yang dilantik menjawat jawatan KSN mulai 3 September 2003 telah disambung kontrak perkhidmatannya sebanyak tiga kali sejak 2009.


Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan pengunduran mereka kononnya untuk menyelamatkan imej kerajaannya sebelum pilihan raya akan datang.


Mengulas spekulasi itu, Mahfuz berkata: "Jika Najib mengumumkan pengunduran itu, beliaulah orang yang paling tidak malu kerana beliaulah yang terlebih dahulu patut berundur sebelum Mohd Sidek dan Abu Bakar diundurkan secara paksa".

Kesian Pula Bila Baca N3 GOMO Nih...


Saturday, March 31, 2012


Tahniah Buat Umat Islam Pulau Pinang Bila Tanah Masjid Dijual Lim Guan Eng DAP.





Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin mencabar Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara di Georgetown.

Katanya, Lim patut menyamannya berhubung dakwaan bahawa penjualan tanah itu oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang kepada Ivory Kumpulan Properties Group Berhad, tidak dibuat melalui tender terbuka.

“Biar rakyat negeri ini tahu apa sebenarnya kerajaan negeri telah buat,” katanya pada sidang media, semalam sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik Lim sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana didakawa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat mengenai isu penjualan tanah berkenaan.

Lim dan Ivory Properties bertegas bahawa penjualan bernilai RM1 bilion itu dijalankan secara terbuka, dan dilakukan melalui tender terbuka, dengan mengurangkan tempoh pinjaman dari lapan kepada lima tahun.

Shaik Hussein berkata beliau boleh menjelaskan kepada rakyat bahawa penjualan Bayan Mutiara adalah 100 peratus tidak melalui tender terbuka dan mendakwa bahawa tanah itu telah dijual pada harga yang tidak realistik.

“Persoalan utama adalah isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah. Kalau betul telah jual, akuinya dan bagi tapak baru untuk bina masjid di kawasan yang sama dan jangan hendak tutup isu berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, Lim telah mengkhianati umat Islam dan bukan Islam, sambil menambah bahawa ketua menteri itu gemar mengalihkan isu dengan mendakwa ia masalah perkauman, sedangkan ia tidak begitu.

Semalam, Sekretariat Suara Keamanan Malaysia (SSKM) membuat laporan polis bagi membantah tindakan kerajaan negeri menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada pihak swasta.

Pengerusinya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata SSKM mahu polis menyiasat tindakan kerajaan negeri mengubah pelan asal projek Bayan Mutiara itu sama ada mengikut prosedur yang ditetapkan atau sebaliknya.

Pelan asal projek di Bayan Mutiara yang terletak di atas tanah seluas 41.5 hektar itu, melibatkan pembinaan sekolah, masjid, balai polis, pusat komuniti dan pusat beli belah dengan nilai pembangunan kasar RM10 bilion.

Sumber Bernama


CINA BABI

GOMO: Kalau kita nak cakap lebih pun siapalah kita ni terutama yang berada dipihak UMNO. Al maklum kita ni hanya pembangkang di Pulau Pinang. Nak harapkan pemimin UMNO di Pulau Pinang pun susah kerana suara pemimpin kita tidak dilayan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir DAP.

Jadi nak harapkan siapa?

Kita cuba lah nak harapkan PAS yang merupakan sekutu kepada DAP di Pulau Pinang,kita dah maklum pada wakil PAS di Pulau Pinang TOLONG selamatkan tanah wakaf milik umat Islam. Kita pemimpin UMNO terutamanya di Pulau Pinang dah maklum pekara ni sejak dulu lagi. Tapi apa kan daya PAS hanya BONEKA sahaja.

Dulu ada wakil Melayu yang boleh bersuara demi kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang mewakili PKR iaitu Fairuz bekas TKM 1 Pualu Pinang. Tapi dah pun kena singkir coz banyak sangat dok sibuk nak jaga hal Melayu dan Islam.

La ni nak harapkan siapa lah pulak?

Anwar Ibrahim? Yelah orang kata Anwar Ibrahim tu Imam Mahadi, Jijah kata Anwar Ibrahim tu Anugerah Tuhan. Tapi payah juga bila Anwar Ibrahim pun sama juga macam DAP yang memikirkan jawatan Perdana Menteri lebih dari kepentingan umat Islam Melayu di Pulau Pinang.

Takpalah, kita tunggu PRU 13 nanti. Sekarang ni pun tidak apa yang mampu kita buat di Pulau Pinang dalam nak menyelamatkan tanah umat Islam dan Melayu. Sama lah juga dengan di Selangor yang kita tidak mampu berbuat apa apa. Kita tunggu PRU 13 nanti, kita pastikan mereka ini Rejim PAS,PKR,DAP ditolak oleh rakyat.

Tapi, Gomo gusar juga dengan rakyat di Pulau Pinang dan Selangor, gusar kerana takut mereka lupa apa yang DAP telah lakukan. Biasalah Melayu mudah lupa, sekarang melayu Pulau Pinang dan Selangor marah pada Kerajaan Pakatan DAP,PAS,PKR, tapi takut bila nak PRU 13 bila dapat satu keluarga RM100 je dah lupa apa yang DAP buat dalam menghancurkan Islam dan Melayu.


"Pa, itu Melayu punya tanah kita kasi rampas"

Terpulanglah wahai rakyat Pulau Pinang, Selangor dan juga Malaysia, hangpa dah besar panjang dan boleh fikir mana elok dan mana yang buruk.....


Psssttt.... Yang dok sokong DAP sakan dulu tu khabarnya la ni dok melalak siang malam fikir nasib badan...


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

- PAPA GOMO


Baca`juga di sini

Lagu Zizan Yang Digantung

Tak Sabar Nak Tahu Cerita Sebenar


Peguam dapat akses pada kertas mahkamah Perancis
Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

NONEPada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM77.3 bilion.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan se;anjutnya.

"Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini.

"Ini memang cabaran besar kepada tetapi kami berbesar hati kerana kes itu bergerak ke arah yang betul dan memberi momentum," tambahnya.

altantuya and son 050309Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib didakwa membunuh Altantuya Sharibuu pada tahun 2006, tetapi selepas dibicarakan beliau kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.

Kalau Ini Benar: Bermaruah Dan Berdaulatkah Kita?



Orang Indonesia kuasa penentu PRU13

Subky Latif, 30 Mac 2012


SEKALI pun pengundi muda termasuk yang mengundi untuk kali pertama dalam PRU 13 boleh mempengaruhi keputusan PRU 13 nanti, tetapi mereka tidak menjadi simpanan tetap mana-mana parti yang bersaing.

 Mereka boleh memberi undi kepada Barisan Nasional dan mereka juga boleh memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bergantung parti mana yang berjaya meraih sokongan majoriti kumpulan muda itu.

Ia adalah fenomena yang dihadapi oleh semua negara demokrasi di dunia.

Justeru semua parti berlumba-lumba untuk menarik sokongan golongan muda ini.

Tetapi Malaysia adalah unik. Ada lain penentu yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13 itu. Gejala itu tidak ada di negara lain.

Yang benar-benar akan menentukan kemenangan PRU itu nanti ialah orang Indonesia yang menjadi rakyat Malaysia tetapi mereka dapat dijadikansimpanan tetap Barisan Nasional untuk meneruskan kuasanya.

Banyak pendapat mengandaikan Johor tidak lagi menjadi negeri simpanan tetap BN. Bagaimana pun Tun Daim Zainuddin masih percaya negeri itu jadi simpanan   tetap lagi.

Yang jelas menjadi kuasa penentu ialah warga Indonesia yang datang sebagai pekerja dipercayai telah dijadikan pengundi kehormat. Amat bertuah menjadi warga Indonesia yang menjadi buruh asing di Malaysia. Mereka dijamin pekerjaan dan mereka boleh pula menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara tempat mereka mencari rezeki.

Mereka dapat menentukan siapa yang berkuasa di  Indonesia dan mereka juga boleh menentukan kuasa di Malaysia.

Walau pun rakyat Malaysia berdaulat untuk menentukan kuasa pemerintahnya, tetapi kuasa mereka itu belum tentu menjadi penentu, kuasa penentu itu sudah boleh diberikan kepada orang Indonesia. Hebatnya orang Indonesia ini, mereka  tidak perlu menukar status kerakyaan negaranya. Mereka boleh terus kekal sebagai rakyat  Indonesia dan diberi kelayakan mengundi.

Untuk menjadi pengundi mereka mesti menjadi rakyat. Maka mereka ditawarkan untuk menjadi rakyat asal saja bersetuju untuk mengundi. Baik mereka menjadi rakyat kekal atau pun pura-pura menjadi rakyat tetapi mereka sudah dapat hak yang sama dengan rakyat Malaysia  dalam menentukan kerajaannya.

Walau pun pengundi Malaysia mendapat bayaran dari undinya tetapi tidak semua orang Malaysia yang mengundi diberi duit kerana mengundi. Tetapi sekalian orang Indonesia yang dijadikan pengundi itu mendapat bayaran yang tinggi. Mereka mendapat bayaran yang lebih tinggi dari yang UMNO dapat.

Kebanyakan orang UMNO yang dikatakan miskin dapat RM500 saja seperti yang sedang diagih-agihkan sekarang. Mereka bekerja untuk UMNO sepanjang hayat, untuk PRU 13 ini diberi RM500 saja. Tetapi orang Indonesia yang bertuah itu dapat beribu.

Ini bererti nilai dan harga orang Indonesia yang bertuah itu jauh lebih bertuah dari rakyat Malaysia yang sepatut berdaulat.

Betapa orang-orang Indonesia itu didaftarkan sebagai pengundi adalah menjadi rahsia umum. Semua orang tahu ada sendikit menjalankan kerja haram ini. Walau pun ia satu bentuk jenayah, tetapi ia tidak termasuk dalam kerja wajib polis untuk mencegahnya.

Walau pun ia jenayah tetapi setengah rakyat menghalalkan jenayah itu. Mereka suka orang luar menentukan kuasa politik dalam negara ini.

Sekalipun bilangan mereka tidak seramai pengundi Malaysia yang sah,  tetapi untuk mereka tidak pecah dan ia ditaburkan di kawasan tertentu yang marjin majoritinya tidak besar. Dengan lambakan mereka di tempat seperti itu ia dapat memenangkan yang boleh dikalahkan itu.

Orang Indonesia dan Bangladesh tidak diperlukan di semua kawasan. Mereka diupah di kawasan yang secukupkan untuk mengekalkan kuasa BN.

Peluang ini tidak ada bagi Pakatan. Pakatan hanya berharapkan kepada sokongan pengundi yang sah. Sekadar meraih 50 peratus undi sah, ia tidak menjanjikan keuntungan pada Pakatan. Penentu undi Indonesia dan lain-lain undi silap mata akan mensia-siakan 50 peratus undi sah yang Pakatan dapat itu.

Justeru itu penentu kuasa dalam PRU 13 ini ialah warga Indonesa. Apa yang Pakatan dapat buat untuk merebut undi jemputan dari Indonesia dan Bangladesh itu. Najib tidak boleh kata ia hanya auta.

Friday, March 30, 2012

Kelantan Tak Halang Hiburan


Nik Aziz: Kelantan tak halang hiburan
Wan Hassan memberi penerangan ringkas tentang Tok Bali kepada Nik Abdul Aziz
PASIR PUTEH - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang sebarang program berbentuk hiburan diadakan di negeri ini asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Menurutnya, Islam juga tidak menghalang ia diadakan kerana apa yang penting adalah pengisian yang ada padanya.

”Ini kerana agama kita membenarkan umatnya mencari hiburan kerana ia selaras dengan fitrah kehidupan manusia yang suka berhibur,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Pesta Air Tok Bali di sini, semalam.

Pesta tersebut dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim sebagai tuan rumah dan ramai lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini sudah banyak program berbentuk hiburan yang diadakan di negeri ini seperti Jom Heboh TV3, Sua Rasa TV9, Hari Hiburan Islam dan bermacam-macam lagi.

Bagaimanapun katanya, acara tersebut dipantau oleh Kerajaan Negeri agar ia sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan seperti golongan wanitanya menutup aurat, bersopan dan tidak melalaikan sehingga mendorong kepada kegiatan maksiat.

Sementara itu mengenai pesta air tersebut, beliau berkata, Tok Bali akan menjadi satu produk pelancongan yang menarik dan dapat membantu Kelantan mencapai sasaran pelancong seramai 6 juta pada Tahun Melawat Kelantan 2012.

”Acara yang diadakan seperti pertunjukan lumba perahu, jet ski, pertandingan ratu kuda serta bermacam-macam lagi acara lain dapat menarik orang ramai ke sini terutama mereka dari negeri jiran seperti Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, tidak mustahil suatu hari nanti pesta air tersebut akan menjadi acara tahun yang dapat melonjakkan Tok Bali sebagai sebuah bandar baru pelancongan bertaraf dunia.

Kalau Dah Jenis Auta, Temberangnya Tak Kan Hilang


Isu Lynas : Rupanya Si Tua Kutuk Ni Ada Makan Sher Dengan Anak Beranak

PETALING JAYA: Apa motif Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau  mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar meneruskan projek kontroversi pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan meskipun projek tersebut menerima bantahan keras daripada para penduduk di sekitar?

Menurut satu kenyataan media dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Malaysia Stop Lynas’ (SMSL), ironinya bekas perdana menteri itu dalam blognya mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan pendiriannya sendiri.

Pada mulanya beliau berkata pengalaman yang dapat dipelajari dari sudut perubatan ialah pendedahan berlebihan kepada radioaktif boleh memudaratkan kesihatan jika tidak berpindah ke tempat yang lebih selamat.

“Kemudian beliau menyatakan bahawa beliau menentang pembinaan kilang kuasa nuklear kerana bahan sisa nuklear akan terus mengeluarkan radioaktif yang berbahaya untuk berjuta-juta tahun lamanya dan tidak ada kaedah yang betul-betul berkesan untuk menghapuskannya.

“Adakah beliau sedar bahawa arang batu dari Mt Weld mengandungi thorium dan uranium yang merupakan radioaktif? Lebih-lebih lagi thorium yang mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan untuk lebih 14 juta tahun, jauh lebih lama dari uranium.

Kata kenyataan itu, selain dari aspek radioaktif, jumlah lambakan bahan sisa pepejal Lynas sudah cukup untuk memenuhi 126 buah kolam renang bersaiz Olimpik setiap tahun. Ia mengandungi bahan tosik lain yang berbahaya seperti sulphur dioxide dan oxide dari nitrate dan bahan besi seperti lead,” tambah kenyataan itu.

SMSL dalam kenyataannya juga hairan dengan sikap Dr Mahathir yang memandang ringan tentang kilang Lynas meskipun kerajaan pimpinannya dahulu gagal menangani masalah nadir bumi di Bukit Merah, Perak.

“Sudah berapa banyak nyawa yang hilang dan berapa banyak tanah dan air yang tercemar sebelum kita sedar untuk menghalang projek yang memudaratkan kesihatan ini di mana Malaysia tidak mempunyai pengalaman untuk mengurusnya dengan selamat?

Dua anak Mahathir

SMSL menyoal, “adakah Dr Mahathir mengeluarkan pandangan berdasarkan pengetahuannya yang cetek tentang sains nuklear dan fizik atau beliau lebih selesa sebagai bapa kepada dua orang anak yang secara langsung dan tidak langsung mempunyai kepentingan dalam projek Lynas ini?”

Menurut NGO tersebut, semua orang tahu bahawa anak kedua Dr Mahathir, Datuk Mukhriz ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang meluluskan projek pembinaan kilang Lynas ini.

“Kedua, anak sulung Dr Mahathir, Mokhzani ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum yang mempunyai sahamnya dalam projek nadir bumi Lynas. Kencana Torsco Sdn Bhd ialah anak syarikat Kencana Petroleum.

“Syarikat itu memenangi kontrak yang lumayan dari Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk merekabentuk, fabrikasi, saliran, pembekalan, pemasangan dan membekal karbon dan tangki besi keluli bernilai RM9.1 juta,” kata kenyataan itu
.


Sumber

Betul ke, Maslan Oii!


Anwar terdesak raih simpati
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Mac 2012
Datuk Ahmad Maslan
SHAH ALAM – Pemimpin Umno menyifatkan kenya­taan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi golongan berpendapatan rendah hanya retorik, populis dan terdesak untuk meraih simpati menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut tidak benar kerana selama ini Barisan Nasional (BN) telah lama berjuang membantu rakyat.

Menurutnya, usaha membasmi kemiskinan di negara ini dilakukan melalui pelbagai bantuan untuk membantu rakyat melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

“Usaha tersebut bermula 1970 lagi me­lalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membasmi kemiskinan dan menyusun semula rak­yat. Kini usaha kerajaan diteruskan dengan melaksanakan pelbagai transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Anwar hanya bercakap, sedangkan kerajaan terlebih dahulu merancang dan membantu rakyat.

“Kerajaan merancang dengan teliti dan melaksanakan pelbagai transformasi, antaranya tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu pendidikan, membasmi rasuah, pengangkutan awam, jenayah dan dua program untuk meningkatkan golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf hidup mereka

“Anwar hanya retorik untuk populis walaupun sebenarnya bertentangan de­ngan apa diucapkan,” katanya.

Beliau berharap, rakyat tidak menerima segala tuduhan dilemparkan pembangkang tanpa berfikir panjang.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, Anwar menjadikan dirinya seperti pejuang yang cuba membela golongan berpendapatan rendah.

“Beliau hanya retorik meraih sokongan menjelang PRU13. Tindakan itu sebagai strategi pembangkang yang meletakkan emosi dengan bermain fakta dan angka.

“Saya yakin rakyat tidak akan terpedaya kerana mereka berpengetahuan dan mempunyai jati diri. Mereka tidak tunduk kepada janji manis pembangkang” katanya.

Idris berkata, rakyat bijak menilai kredibiliti pembangkang setelah melihat sendiri nenegeri ditadbir kerajaan pembangkang.

Sebelum ini, Anwar dalam satu ceramahnya yang dipetik melalui satu portal berita memberitahu, PR akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk PRU13 akan datang.

Menurutnya, perjuangan pada pilihan raya nanti adalah antara golongan berpendapatan rendah dan golongan kaya, iaitu kroni kerajaan.


*Jadual harga kat bawah ni pula macam mana? Beralasan biarlah logik dan boleh diterima oleh majoriti rakyat malaysia yang berotak!

Thursday, March 29, 2012

Persoalan Yang Bermain Di kepala Hotakku Juga

Petikan dari  blog shalehudin


Bahan letupan C4 yang digunakan untuk menghancurkan tubuh nya yang mengandung kepada cebisan kecil. Bahan tersebut di bawah kawalan ketat kementerian pertahanan dan orang ramai ingin tahu siapa yang membenarkan bahan letupan tersebut di berikan kepada 2 anggota polis yang dihukum kerana membunuh wanita tersebut. Rekod imigresen wanita tersebut tidak dapat dikesan.


Siapa yang mengarahkan rekod tersebut dihapuskan? Kedua anggota polis tersebut langsung tidak mengenali wanita yang mereka bunuh itu. Apakah motif kedua tertuduh untuk membunuh? Adakah wanita tersebut membangkitkan kemarahan kedua tertuduh hingga mereka menembaknya dan meletupkan mayatnya dengan bahan letupan C4? Atau adakah 2 tertuduh cuma dipergunakan di dalam misi ini? Adakah mereka diarahkan atau dibayar untuk melakukannya? Atau adakah mereka prinsipal dalam melakukannya?


Baca sepenuhnya di sini

Sultan Ini Tak Cakap Banyak, Tapi.......


Sultan Kelantan simpati nasib Mawar
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Mac 2012
SHAH ALAM – Khabar gembira buat Mawar Nur Farisya, 2, yang menghidap lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit.

Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim bersetuju membiayai kos rawatan pembedahannya dijadualkan pada 3 April ini di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang.

Setiausaha Kerajaan Nege­ri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata, pihak hospital telah dimaklumkan Yayasan akan membiayai kos tersebut, yang merangkumi kos pembedahan dan rawatan keseluruhan berjumlah RM40,000.

Menurut Dr Zainuddin, Sultan Kelantan bersimpati dengan penderitaan Mawar.

“Baginda mengetahui kisah Mawar melalui akhbar Sinar Harian dan tersentuh hati untuk membantunya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bapa Mawar, Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, terharu dengan pembiayaan Yayasan itu.

Katanya, segala kebaikan hanya ALLAH yang membalasnya dan menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Kelantan, yang disifatkannya sebagai berjiwa rakyat.

Wee, Ada Berani?


'Penyerang' cabar Wee potong ayam
Seorang warga emas yang didakwa cuba menyerang timbalan menteri pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, menafikan bahawa beliau telah bertindak kasar semasa perhimpunan pendidikan Cina, Ahad lalu.

Lee Siak Taa, 60, dalam laporan polisnya hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak menyerang timbalan menteri berkenaan.

Sebaliknya, beliau hanya menunjukkan isyarat 'tidak bagus' kepada pemimpin MCA itu, kata Lee lagi dalam laporan polisnya.

Lee juga mencabar Wee untuk mengambil bahagian dalam satu upacara menyembelih ayam untuk membuktikan bahawa beliau berkata benar.

Ketika dihubungi hari ini, timbalan presiden Dong Zong, Chow Siew Hong berkata Lee telah menemui pegawai badan tersebut untuk memberikan penjelasan.

Pegawai berkenaan kemudiannya menemani Lee ke sebuah balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis dan kenyataan beliau juga telah dirakamkan.

Ketika ditemui selepas itu, Lee mengakui bahawa beliau telah memarahi dan mengganggu menteri tersebut secara lisan.

Beliau juga mengakui telah mengangkat tangannya untuk menunjukkan isyarat 'tidak bagus' ke arah Wee.

Bagaimanapun, Lee berkeras bahawa beliau tidak mengangkat penumbuk, seperti didakwa Wee.
Upacara mengorbankan ayam jantan itu merupakan satu tradisi untuk membuktikan bahawa seseorang tidak bersalah.

*Orang politik, kalau tak bohong dan tak tipu tak sah!

Isu Yang Memburukkan Imej Islam

Moral ‘Crimes’ Land Afghan Women in Jail

Sara Gul was imprisoned after running away to escape her husband. A rights group asked for 400 female inmates to be freed.

KABUL, Afghanistan — Asma W., 36, ran away from her husband after he beat her, threw boiling water on her, gave her a sexually transmitted disease and announced that he would marry his mistress.

Fawzia, 15, took refuge with a family that drugged her and forced her into prostitution.
Farah G., 16, fell in love with her friend’s brother and eloped with him.
Gulpari M., 16, was kidnapped off the street by a stalker who decided he wanted to marry her; she turned him in to the first policeman she saw.
All of these women and girls were jailed, joining hundreds of imprisoned Afghan women convicted of so-called moral crimes — often based on the testimony of their own abusers.
They were some of the case studies cited in a report released on Wednesday by Human Rights Watch, which interviewed 58 women and girls in prison and found that more than half of them were there for acts that in most countries would not be considered crimes.
Many of them were locked up simply for running away, which is not a crime even under the Afghan penal code, Human Rights Watch said. The group called on the Afghan government to release about 400 women and girls imprisoned for similar accusations.
Saida T., 16, was separated from her brother in a crowd, and accused of having had sex outside of marriage, a crime in Afghanistan. A vaginal test proved she was a virgin, so she was accused of running away instead, and jailed.
The group said that Afghanistan’s model new legislation to protect women, the Law on the Elimination of Violence Against Women, which President Hamid Karzai enacted in 2009, had done little to end traditional practices like baad — giving away daughters to settle family scores — as well as forced and under-age marriages, and violent abuse by close relatives.
“The majority of the women and girls interviewed by Human Rights Watch for this report appear to have been victims of acts criminalized under the E.V.A.W. law, although those who had committed these crimes were rarely arrested, prosecuted, or convicted,” the report said.
It cited the case of one young woman who fled her home after her husband stabbed her in the head, arms and chest with a screwdriver. The prosecutor said her injuries were not severe enough to charge the husband, because she had not died.
“While the women and girls who flee abuse often end up incarcerated, the men responsible for the domestic violence and forced marriages causing flight almost always enjoy impunity from prosecution,” the report said.
Human Rights Watch, which is based in New York, criticized what it said was Mr. Karzai’s mixed record on women’s rights. Early this month he issued a decree that women who flee their homes to marry someone of their own choosing should be pardoned, but he also signed off this month on a recent declaration by the country’s highest religious authority, the Ulema Council, which has alarmed women’s rights advocates.
The Ulema Council said that women were secondary to men, should never travel without male chaperons and should neither work nor study if it meant mixing with men.
“Ten years after the fall of Taliban rule, abuses against women and girls are widespread, and redress limited or nonexistent,” the report said. “It is a sad irony that Afghanistan’s relatively scarce resources for criminal justice are being used to prosecute and incarcerate women and girls for actions that should never be crimes, while impunity reigns for most perpetrators of serious human rights violations and violence against women and girls.”
Human Rights Watch’s executive director, Kenneth Roth, who was in Kabul to release the report, met with Afghan justice officials to discuss the findings. “The government seems to be defending the ‘running away’ prosecutions because that’s what’s always been done, but the defense is weak and, I sense, vulnerable,” he said. “I’m optimistic that we might be able to end this particular persecution of women victims.”

Wednesday, March 28, 2012

Tembakan AK47 Ni Memang Tepat!


Mentalqinkan UMNO

Mari talqinkan UMNO.

Ianya bukan apa apa. UMNO sudah sampai masa tamat nya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan  walaupun se saat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan UMNO. Untung nya, UMNO tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari UMNO menunjukkan lemas nya. 

Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar- jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan UMNO untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan UMNO memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah olah nya, kerajaan pimpinan UMNO memerah rakyat. Negara akan bengkrap. 

Lebih mendukacitakan- Najib menunjukkan sifat UMNO yang bongkak. UMNO merasakan dia lah sahaja Melayu nya. Dia lah sahaja yang pandai mengurus negara. Dia lah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dia lah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan tetapi, fakta menunjukkan negeri2 di bawah Pakatan Rakyat di tadbir dengan lebih baik. 

Bagaimana UMNO boleh memberi kita suatu masa depan yang cerah, jika ia telah menyebabkan suatu sejarah yang muram dan masa kini yang kacau? How can you offer a bright future when you have created only a dark past? 

Ternyata Najib tidak menghormati pilihan rakyat. Ternyata Najib bukan seorang democrat tapi seorang closet feudalist yang despotik.
Kenapa? 

kerana yang Najib kata buat silap itu merupakan 51% dari undi popular di Semenajung Malaysia. Siapa Najib untuk berkata 51% dari pengundi popular telah silap kerana menyokong Pakatan Rakyat? Penyokong UMNO dan BN hanya merupakan 49% peratus dari pengundi popular. Yang menyelamatkan UMNO dan yang membolehkan Najib jadi PM, ialah persempadanan kawasan mengundi. Kalau tidak ada pembohongan dan ‘arrangement’ macam ini, UMNO yang melakukan kesilapan demi kesilapan keatas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!
.
Apa punca kesombongan UMNO yang paling besar? Ada 2 punca nya.
 
Pertama UMNO menyifatkan diri nya penaung dan orang Melayu mereka yang UMNO naungi. UMNO patron dan Melayu budak budak. Ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa penentu nasib dan masa depan individu ialah diri mereka sendiri. Dengan sikap sombong UMNO menerapkan jiwa hamba keatas orang Melayu. 

Kedua nya- UMNO menganggap diri nya sesuatu yang mesti di sembah dan rakyat ialah budak2 hamba sahaya mereka. Sekali lagi ini bersalahan dengan piagam manusia yang merdeka- yang menyifatkan kerajaan hanya suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai pelbagai matlamat kepentingan masyarakat. Kerajaan bukan sesuatu yang menekan dan menindas rakyat.

Jadi apa yang rakyat dan bangsa Melayu hilang dengan menolak UMNO? Merka hanya akan menghilangkan rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka. UMNO membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada UMNO dan tertunduk tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan peon. Ini bukan cara untuk memertabatkan maruah bangsa.

Nasib baik yang menyebelahi kita ialah kerana UMNO bodoh. Kalau UMNO cerdik, pakatan rakyat yang jadi jurubicara rakyat akan susah. Jadi kita tepuk bila Najib kata pembangkang auta. Kita tepuk bila Najib tidak hormat 51% pengundi popular. Kita tepuk bila Najib cakap merapu dan kata Anwar tidak layak jadi PM. Tapi kita jangan lupa, kedua dua PM dan TPM sekarang adalah pengikut orang yang hari ini di katakana tidak layak jadi PM.Kedua mereka adalah pengikut setia team wawasan yang ketika itu di pimpin oleh orang yang di katakan tidak layak jadi PM.

Reality nya- jika Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja ada peluang jadi PM. If Najib can become PM, anyone can too.

Najib dan UMNO tidak tahu lagi menangani keadaan. Mereka bercelaru. UMNO dan BN ingat semua ini is about Anwar. Sebab itu mereka attack Anwar dengan cara lama- Izam Mat Nor, Nallakarupan, Umi Hafilda, Hassan Ali, Zulkifli Nordin di perkudakan untuk menyerang Anwar. 
Sebetulnya kita suka keadaan demikian berlaku kerana UMNO bodoh. Akhirnya UMNO akan sedar bahawa penolakan rakyat kepada UMNO bukan disebabkan oleh Anwar Ibrahim. 

Ianya adalah kerana UMNO sudah sampai masa untuk kita takqinkan.Dari debu dia datang, kepada debu ia pulang.