Tuesday, December 31, 2013

Walau Pun Sinis, Nampaknya Nazri Terbuka

Sinis adalah stail Nazri
Tapi yang penting hakikatnya dia tidak bantah

Tukar tarikh perhimpunan, jangan serentak dengan ambang Tahun Baru, kata Nazri
DECEMBER 31, 2013
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) meminta penganjur perhimpunan haram menukar tarikh perhimpunan supaya tidak diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru malam ini.
Dengan nada sinis Mohamed Nazri berkata, jika penganjur menukar tarikh perhimpunan tersebut, ianya mungkin boleh dijadikan "produk pelancongan" yang baru kepada pelancong dari luar negara.
"Kita boleh menunjukkan dan membuktikan Malaysia mengamalkan demokrasi politik segar di mana rakyat boleh berprotes secara haram tanpa ditangkap.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini."Mungkin saya boleh panggil pelancong untuk melihat keburukan segelintir parti politik di negara ini," katanya dengan nada sinis ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram untuk mengguling kerajaan yang akan diadakan malam ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur serentak dengan sambutan ambang Tahun Baru.
Mohamed Nazri berkata amalan berprotes adalah suatu benda biasa yang juga dilakukan di negara lain seperti di Mesir dan Ukraine, namun janganlah dilakukan pada hari orang ramai ingin menyambut tahun baru.
"Malam ini orang ramai mempunyai pilihan sama ada hendak ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baharu atau menyertai perhimpunan haram," katanya.
Sementara itu ketika mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pengurangan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, beliau menyokong pengurangan itu kerana baginya jemaah menteri bekerja untuk rakyat.
"Saya rasa dengan keadaan ekonomi sekarang, jemaah menteri sepatutnya mendahului perkara ini walaupun elaun wakil rakyat di Selangor naik tetapi kita mengurangkannya.
“Apa yang penting kita cukup makan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Perdana menteri semalam mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, berkuatkuasa esok. – Bernama, 31 Disember, 2013.

Sultan Melaka Pulak Dah!

Siapa pula di negara ini akan iktiraf dia ni?
Rakyat kalut dengan kemelut sara hidup dia pula sibuk dengan gilakan tahta
Berapa bilah Taming Sari yang ujud?
Di dalam simpanan Kesultanan Perak dah pun ada Taming Sari 
 
ADALAH DENGAN INI BETA DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH BERJAYA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARI MAHKAMAH AGONG ANTARABANGSA TENTANG TUNTUTAN BETA SEBAGAI SULTAN MELAKA. OLEH ITU BETA AKAN MENGADAKAN SIDANG MEDIA UNTUK DIMAKLUMKAN KEPADA UMUM

Kalau korang nak tahu lebih pegilah ke sini

Newsmaker 2013 Pilihan Pembaca Malaysiakini.......He...hee....Cuba Teka!

Newsmaker 2013 pilihan pembaca ialah...
mk - 2:13PM Dis 31 2013
Mengikut tradisi setiap tahun, selama lebih satu dekad, Malaysiakini akan memilih seorang newsmaker sebelum kita melabuhkan tirai hujung tahun.

Newsmaker ini dipilih mengikut takrif  'seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau lebih teruk lagi'.

Tahun ini, Malaysiakini menyenaraikan 12 individu bagi anugerah Newsmaker 2013 untuk dipilih oleh seramai 1,450 orang pelanggan berbayar portal berita ini.

Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka bagi setiap tokoh – satu markah untuk pilihan paling rendah dan 10 markah untuk pilihan paling tinggi.

Berdasarkan keputusan tinjauan ini, pembaca Malaysiakini pada tahun ini nampaknya memberi pengiktirafan kepada wanita paling kontroversi di Malaysia.

Dan pemenangnya ialah...

Newsmaker 2013 ialah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pelbagai kontroversi menghimpit Rosmah selama beberapa tahun ini. Tapi apa yang menyebabkan beliau memenangi anugerah tahun ini – berbanding pencapaian di tangga ketujuh pada tahun lalu – mungkin kerana liputan mengenai lawatan beliau ke luar negara menggunakan jet peribadi dibiayai kerajaan.

Rosmah adalah wanita kedua yang memenangi anugerah yang diperkenalkan pada 2001 ini secara mutlak. Datuk Ambiga Sreenevasan memenanginya pada tahun lalu sementara Datuk Seri Rafidah Aziz berkongsi anugerah bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2005.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meraih populariti melalui kenyataan "tembak dahulu" mengekori rapat di tangga kedua.

Menariknya, satu lagi entiti kontroversi, Suruhanjaya Pilihan Raya meraih tempat ketiga dalam senarai tahun ini.

Di hujung senarai ini, persaingan antara dua pengasas Hindraf mendapati si abang, P Uthayakumar yang kini menghadapi hukuman penjara kerana menghasut, dipilih oleh pembaca.

Beliau mengatasi adiknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy yang mendapat kedudukan tercorot dalam senarai tahun ini.

Beriku adalah senarai penuh:


1. Datin Seri Rosmah Mansor 
(9,552 mata)



2.  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 
(9,116)



3. Suruhanjaya Pilihan Raya 
(8,752)




4. Datuk Seri Shahrizat Jalil 
(7,842)



5. Tan Sri Khalid Ibrahim 
(7,721)




6. Mohamad Sabu 
(7,380)




7. N Surendran 
(7,325)




8. Tengku Adnan Tengku Mansor 
(6,984)




9. Tun Dr Mahathir Mohamad 
(6,678)



10. P Uthayakumar 
(5,750)





11. Datuk Seri Mukhriz Mahathir 
(5,393)




12. P Waythamoorthy 
(4,640)

Saifudin Lagi!

Pengubat luka rakyat.........
Banyak lebih baik dari membaca dan mendengar bebelan bebal dari sesetengah menteri Najib!

11 langkah yang diumumkan PM tidak mencukupi, kata Saifudin Abdullah
Saifuddin berkata tidak hairan memahami kegelisahan rakyat berikutan rentetan beberapa masalah seperti kenaikan kos dan kebebasan media

Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates, Datuk Saifudin Abdullah berkata kerajaan perlu berbuat lebih dari 11 perkara yang diumumkan Perdana Menteri semalam sebagai langkah meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi tahun 2014.
Antara saranan yang diberikan bekas timbalan menteri itu termasuk untuk kerajaan menggunakan sepenuhnya Teknologi Pengurusan Pembelanjaan.
Beliau menyifatkan sistem seperti e-perolehan dan e-bidaan sebagai cara sistematik menjimatkan kos serta membendung rasuah. 
Beliau bagaimanapun berkata rakyat perlu percaya bahawa tahun 2014 boleh dilalui dengan tenang."Dengan kemungkinan kenaikan kos sara hidup, masalah keugamaan yang tak dapat diselesaikan dan kekurangan kebebasan media massa, serta isu mengenai hak asasi manusia, memang mudah untuk memahami kegelisahan rakyat menjelang tahun 2014." kata Saifudin.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah yang disifatkannya boleh membendung perbelanjaan kerajaan mulai tahun 2014.
Antaranya termasuk pemotongan elaun hiburan pemimpin dan pegawai kerajaan serta bajet elektrik Putrajaya.
Langkah itu adalah untuk menunjukkan bahawa kerajaan juga sama-sama menanggung beban rakyat sempena kenaikan kebanyakan harga barang mulai esok.
Tahun 2014 telah diibaratkan ramai pihak sebagai tahun kenaikan kos sara hidup, berikutan kenaikan harga bagi tol, ais, alat tulis, cukai pintu DBKL, kadar elektrik dan tambang bas. - 31 Disember, 2013. - sumber

Tabek Pak Mie Dan Mak Intan!

Aku bela dua ekor beruk dan sembilan ekor arnab pun dah rasa penat dengan menjaga makan minum dan kebersihan kurungannya

Dalam isu Pak Mie ni adakah ianya masalah Agama, Mazhab atau masalah fikiran Melayu?
Lihat tajuk article ni pun dah menampakkan sesuatu yang anih bukan!

Pasangan Muslim telan tohmahan, jadikan anjing liar teman baik
OLEH LOOI SUE-CHERN
DECEMBER 28, 2013
Tirai 2013 hampir berlabuh, sepanjang tahun Malaysia menyaksikan pelbagai peristiwa yang menonjolkan watak-watak sama ada  memberikan inspirasi ataupun membawa kepada kehancuran. Walaupun sesetengah pihak pesimis dengan masa depan Malaysia disebabkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang 2013, masih ada individu atau kumpulan yang melakukan kerja-kerja baik dengan harapan dapat menyumbang kepada perubahan lebih besar. Dalam masa beberapa hari akan datang, The Malaysian Insider akan menyiarkan kisah individu atau kumpulan yang memberikan inspirasi kepada semua. Inspirasi Malaysia 2013 - kisah tentang orang-orang kecil  melakukan perkara-perkara besar dengan niat untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik buat semua.
Pasangan suami isteri berjiwa murni yang tidak akan berpaling dengan jalan yang dipilih mereka. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain

Di negara di mana rakyat beragama Islam jijik dengan anjing atas sebab keagamaan, satu pasangan beragama Islam melangkau ‘halangan’ itu demi menjaga anjing liar dan terbiar di Kedah.
Daripada bangun pagi sehinggalah ke waktu tidur, pasangan itu yang lebih dikenali sebagai Pak Mie dan Mak Intan, meluangkan setiap saat mereka untuk menjaga 800 'anak berbulu' di Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie di Tanjung Bendara.

"Kita sudah beroperasi selama 20 tahun. Kerja ini memang susah dan ia bukanlah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kita tidak pernah tutup atau pulang ke rumah dan goyang kaki sambil menonton televisyen. Kita korbankan tidur dan makan.Walaupun dengan bebanan kerja yang berat untuk menjaga 800 ekor anjing, pasangan itu hanya ada cucu serta seorang penolong untuk membantu mereka di rumah perlindungan itu.
Pak Mie sudah lali dengan cacian dan cercaan masyarakat terhadapnya.Pak Mie sudah lali dengan cacian dan cercaan masyarakat terhadapnya."Tapi kita teruskan juga atas dasar belas kasihan. Perasaan ini sangat penting walaupun untuk anjing liar," kata Pak Mie atau Muhammad Azmi Ismail kepada The Malaysian Insider.
Oleh kerana bekerja dengan anjing liar, isterinya Mak Intan, 56 tahun atau Halijah Idris telah banyak menerima tohmahan serta kritikan darpada orang ramai yang tidak dapat menerima hubungan rapatnya dengan anjing-anjing itu.
Bekas kontraktor itu berkata, adik-beradiknya sendiri tidak boleh tahan dengan beliau kerana banyak membelanjakan duit untuk makanan anjing, sesuatu yang tidak memberi pulangan atau faedah.
"Orang pernah berkata macam-macam. Mereka kata saya dan isteri akan merana seumur hidup kerana menjaga anjing-anjing ini.
"Jadi saya berhenti menjadi kontraktor dan Mak Intan pula mengambil pencen 23 tahun lalu kerana kami ingin melihat kebenaran kata-kata mereka itu. Kami menahan diri meminta tolong daripada sanak saudara. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. "
Sewaktu mula-mula menjaga anjing-anjing berkenaan, mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjaga serta merawat anjing yang sakit. Justeru, ia terpaksa diletakkan di tempat sewa lain dan kemudian membuat Rumah Perlindungan.
"Untuk makanan, Mak Intan dan saya boleh saja makan roti tetapi untuk anjing, kita perlu beri makanan yang lebih baik. Oleh itu, saya pergi ke kedai nasi ayam Cina dan bercakap dengan tuan kedai yang kemudiannya setuju untuk saya mengambil baki nasi dan daging setiap hari. Ada juga yang tinggalkan tin sardin yang sudah tamat tempoh untuk kita. Namun, bagi peniaga Melayu, mereka hanya membenarkan kita mengambilnya setelah sisa makanan dibuang dalam tong sampah.
"Sehingga hari ini, saya masih mencari sebab kenapa orang Melayu melihat anjing dengan penuh benci, seolah-olah ia lebih teruk daripada syaitan," katanya.
Pak Mie berkata, ramai orang termasuk daripada badan Islam pernah berjumpa beliau tentang aktiviti menjaga anjing ini, tetapi beliau tidak pernah berputus asa.
Sebahagian daripada 800 ekor anjing yang menghuni Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie.Sebahagian daripada 800 ekor anjing yang menghuni Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie."Saya tanya mereka satu soalan, tunjukkan kepada kami hadith yang mengatakan memegang, memberi makan serta memberi ubatan kepada anjing malah berkongsi katil bersama anjing adalah berdosa. Kalau betullah ia berdosa, tunjukkan saya hadith itu.
"Tuhan beri kita minda untuk berfikir sapa yang betul dan salah. Dalam banyak ciptaan Tuhan, Dia telah menyebut anjing beberapa kali. Bukan unta, kambing atau binatang lain," katanya serta menambah Allah pernah memaafkan seorang pelacur apabila beliau memberi minuman daripada perigi kepada anjing yang kehausan.
Beliau turut mengatakan tentang satu hukum yang tidak melarang Muslim memakan daging binatang yang dibunuh oleh anjing buruan.
"Kalau anjing kelihatan kelaparan apabila dia melihat kamu makan, adakah kamu akan campak batu kepadanya atau memberikan dia sedikit makanan? Ingat, kita diberi minda untuk berfikir."
Selain daripada cacian, pasangan itu juga berdepan dengan fitnah dan tuduhan sesetengah orang yang merasakan cara mereka menjaga rumah perlindungan itu dan menuduh beliau telah menggunakan wang derma untuk kepentingan diri sendiri.
Dia yang menuduh beliau mendapat AS$85,000 (RM280,000) sebulan daripada penderma asing. Namun beliau 'berterima kasih' atas sangkaan orang ramai tentang kehidupannya yang berada.
"Saya seorang jutawan sekarang. Buat apa saya buat semua ini kalau saya kaya sangat? Saya boleh sahaja bayar orang lain untuk menjaga anjing-anjing kami.
"Mak Intan dan saya boleh pergi bercuti. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita tidak mahu sebarang publisiti untuk rumah perlindungan ini. Orang akan mula mengata.
"Bila kita mula beroperasi dulu, kita cuba buat secara senyap-senyap kerana sepasang suami isteri beragama Islam menjaga anjing pasti akan menjadi isu. Saya tidak pernah memberi temubual kepada media sehinggalah tahun lepas apabila Dewan Bandaraya  hendak merampas anjing-anjing itu," katanya lalu menambah bahawa dia mengharap pengkritik akan membuat laporan polis terhadap beliau supaya dia boleh membuka siasatan.
Beliau berkata, RM40,000 hingga RM50,000 terpaksa dibelanjakan untuk menguruskan rumah perlindungan ini yang tiada bekalan elektrik dan air yang sempurna buat masa sekarang yang hanya bergantung kepada derma berupa wang tunai, makanan dan ubatan sahaja.
Terdapat akaun Facebook yang dinamakan Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie Neraka dan ada juga  blog-blog yang mengutuk aktiviti Pak Mie.
Pak Mie berkata, ada yang melihat rumah perlindungan beliau lantas mengkritik tanpa cuba memahami kepayahan serta pengorbanan yang diperlukan untuk menjaga tempat ini.
"Ada yang telah membuat aduan kepada doktor haiwan tempatan. Pegawai-pegawai dari sana datang untuk memeriksa rumah ini, mendengar luahan hati saya lalu pergi dengan tenang.
"Namun pengkritik saya tetap tidak berpuas hati dan membawa aduan ke Putrajaya tetapi kita tetap teguh di sini.
"Lebih mudah untuk berkata-kata daripada benar-benar melakukannya. Mereka harus cuba menyelamatkan anjing-anjing ini sendiri, tubuhkan rumah perlindungan yang lebih bagus.
"Tunjukkan kepada saya dan saya akan mencontohi. Banyak faedahnya jika lebih ramai yang mula menyelamatkan haiwan terbiar."
Baru baru ini, Pak Mie, Mak Intan serta anjing-anjing itu telah diusir oleh Dewan Bandaraya Alor Star dari tanah kerajaaan itu untuk memberi ruang kepada Indah Water Kosortium bersebelahan sungai di Tanjung Bendahara, di mana mereka telah tinggal selama bertahun lamanya untuk rumah perlindungan ini.
Pada masa yang sama Pak Mie dilarang memindahkan haiwan-haiwan ke satu kampung di Kuala Nerang 37 km dari situ, di mana beliau baru membeli tanah untuk membuka rumah perlindungan baru.
Dia telah melaburkan wang sebanyak RM300,000 yang sebahagiannya adalah wang derma untuk projek itu.
"Tanah di Kuala Nerang adalah tempat yang bagus oleh kerana ia jauh dari tempat perumahan tetapi ramai pula penduduk kampung yang membantah.
"Saya pernah membenarkan pelajar-pelajar kedoktoran haiwan untuk menjalani operasi pemandulan bagi 10 anjing-anjing saya. Tetapi apabila penduduk kampung ternampak, mereka pun membuat aduan.
"Kita ada merancang untuk pindah pada bulan September tetapi sekarang kita harus menjual tanah itu. Saya tidak boleh meneruskan projek ini untuk mengelakkan masalah yang lebih besar dan tekanan daripada penduduk tempatan. Ia tidak selamat untuk anjing-anjing saya lagi," katanya sedih.
Dengan bantuan Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsiao Leung, pasangan itu menerima penangguhan hingga akhir bulan ini.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah membenarkan Pak Mie untuk mengekalkan rumah perlindungan beliau di Tanjung Bendahara dengan syarat dia membina tempat yang lebih sesuai untuk haiwan-haiwan itu.
"Saya telah diarahkan untuk membina tempat yang lebih baik dengan lantai simen serta tangki septik supaya najis haiwan-haiwan ini tidak akan mengalir ke sungai.
"Saya tidak tahu bila kita akan siapkan tempat baru itu. Kita hanya boleh membinanya sedikit demi sedikit bila ada wang nanti," katanya sambil menunjukkan persekitaran rumah perlindungan itu kepada The Malaysian Insider.
Pak Mie yang menggelar dirinya 'ayah' kepada anjing-anjing itu berkata beliau dan isteri hanya mahu menjaga anjing-anjing yang telah mereka selamatkan daripada jalanan dan sanggup berdepan dengan meriam sekalipun jika ada orang yang ingin merampas anjing-anjingnya.
"Mereka sangat berharga buat saya dan kami telah berkorban macam-macam. Malah Mak Intan mengambil masa untuk belajar daripada doktor haiwan untuk merawat luka kecil dan penyakit ringan mereka. Dia tidak akan pulang ke rumah jika dia harus menjaga haiwan-haiwan yang sakit."
Pak Mie berharap pihak berkuasa boleh mencari jalan lebih baik untuk mengawal haiwan-haiwan liar itu daripada menangkap dan membunuh mereka.
"Meletakkan anjing untuk tidur adalah lebih berperi kemanusiaan daripada membunuh anjing liar yang boleh dimandulkan.
"Jika pihak kerajaan tidak mahu membelanjakan sesen pun untuk membina rumah perlindungan, maka mereka haruslah berfikir  untuk mencari jalan untuk tidak membunuh anjing-anjing yang tidak bersalah itu."
Pak Mie berkata beliau dan Mak Intan akan menyimpan dan menyelamatkan anjing-anjing itu dan terus melindungi mereka sehingga ke akhir nyawa, walaupun usia mereka sudah lanjut.
"Kami sedang mengajar cucu kami, Afif Affandi untuk mengambil alih. Saya sudah memberitahunya bahawa jika beliau gagal menjaga ia dengan betul, kami akan sangat hampa."
Pak Mie tidak membenarkan orang awam memelihara anjing di rumah perlindungan beliau kerana ingin mereka menyelamatkan sendiri anjing-anjing liar di luar.
"Banyak lagi anjing-anjing di luar sana yang harus diselamatkan dan diberikan perlindungan. Itu cara yang paling baik untuk membantu." – 28 Disember, 2013.

Kalau-Kalau Nak Ambil Tahu......

Terlerai akhirnya
MOHD HAFIZ ISMAIL
29 Disember 2013

Ada Anak Perempuan? - Baca Ni Dan Ambil Iktibar!

Remaja dicekup beri alasan bapa lumpuh

Monday, December 30, 2013

Janji Orang Politik......

Pada mereka rakyat hanya perkakas/alat untuk mereka berkuasa
Akhirnya rakyat dimangsakan
Najib, BN khianati janji PRU13
Posted on Monday, December 30 @ 14:29:55 MYT by paktam
Selepas PRU13 kerajaan menguawr-uwarkan akan laksanakan janji-janjinya seiring dengan slogan 'rakyat didahulukan' dan 'janji ditepati. Tetapi akhirnya pelbagai bebanan berantai akibat kos terpaksa ditanggung rakyat dan janji kini 'dicapati'.
Wartawan NYZA ATOB, mendapatkan butiran lanjut mengenai perkara ini bersama Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, Anuar Tahir

WARTAWAN: Kini “Janji Ditepati’ BN, benar-benar sudah menjadi “Janji Dicapati”. Apa reaksi Saudara?

ANUAR TAHIR: Oleh kerana “fundamental” pengurusan Umno-BN ini sudah salah. Sebab itu jika kerajaan kata akan lakukan transformasi, bunyinya macam besar dan dasyat.

Oleh kerana tapaknya salah, dia tidak akan dapat lakukan sebarang perubahan apa pun. Walau siapa pun duduk di tempat itu, Kerajaan BN tetap tidak akan ada perubahan.

Sebab itu apabila kerajaan kata kononnya hendak perbaiki nasib rakyat, mahu utamakan rakyat, hendak ambil peduli tentang rakyat...semua itu tidak boleh laksanakan.

Selagi korupsi tidak dapat dibanteras, ekonomi negara tidak akan berubah.

Jika ada jenaka atau lawak yang menyebut “janji dicapati”, itu betul. Inilah janjinya. Dasar yang menyebabkan orang kaya bertambah kaya, orang miskin menjadi papa kedana.

Amalan utamakan kroni juga menyebabkan rakyat terpaksa tanggung beban mereka?
Dalam PRU13, dalam keadaaan sebuah kerajaan yang tidak mendapat sokongan penuh rakyat, BN membentuk kerajaan.

Bila Najib Tun Razak bentuk kerajaan, ia dalam keadaan yang sangat lemah.

Misalnya kerajaan praktis Crony Capitalism, kaedahnya memberi habuan kepada kroni dengan harapan kroni akan memajukan negara.

Akhirnya ia tidak akan sampai kepada rakyat.
Sebab kerajaan yang sama letakkan kroni untuk buat keuntungan macam Tan Sri Syed Bukhari. Dia kena buat keuntungan besar. Selepas itu baru dia dapat membantu apa yang kerajaan hendak. Kerajaan tidak ada pilihan lain.

Terpaksa ikut kehendak golongan ini. Kroni tidak mahu rugi. Jika perkaraperkara asas sebelum ini, macam kerajaan bagi subsidi kepada rakyat, terpaksa ditarik balik sedikit demi sedikit, rakyat merana.

Alasan diberikan kerajaan mensturukturkan semula. Bunyi macam menarik dan lunak.
Mencabut dan menarik subsidi-subsidi bermakna menaikkan harga.

Kemudian kerajaan tidak dapat beri subsidi lebih besar lagi untuk bahan api. Akhirnya beban dipindahkan kepada rakyat, pengguna.

GST juga satu bukti kerajaan “janji ditepati” pada rakyat...

Sekarang ini saban hari kerajaan berkempen mengenai GST. Seolaholah GST itu satu nikmat besar. Seolah-olah dengan mengenakan GST itu, ekonomi negara akan bertambah bagus dan rakyat dapat bermacammacam bantuan.

Dalam kempen canang, GST ini tidak tinggi, hanya sedikit sahaja dikenakan.

GST ini tidak dikenakan pada apa yang rakyat pakai. Semua ini momokan merupakan propaganda.

Saya pernah kunjungi negara-negara sosialis.

Kerajaan mereka akan kempen tidak ada negara di dunia ini, dialah yang paling baik.

Rasionalkah kenaikan pada harga barangan, tambang pengangkutan awam serta tambang bas sekolah?

Saya merasakan semakin hari semakin cemas dan bimbang dengan keadaan yang berlaku hari ini. Harga barangan naik, harga tambang pengangkutan naik, tambang bas sekolah juga naik. Tidak ada satu benda pun boleh membantu.

Kerajaan ragui keupayaan Pakatan Rakyat menyediakan yang terbaik untuk rakyatnya sebelum ini. Hakikatnya...

Kita sudah tengok, Pakatan Rakyat mentadbir negeri yang tidak kaya seperti Kelantan. Tetapi kita boleh tadbir begitu lama dan lebih baik. Jika tidak baik, tentu sudah lama bertukar tangan.
Apabila diberi peluang memerintah Selangor, sebuah negeri yang maju.

Kita dapat memerintah cukup baik dengan dasardasar yang Kerajaan BN dahulu tidak pernah mimpi boleh buat.

Begitu juga dengan Pulau Pinang, sebuah negeri yang maju dan ekonominya membangun.
Kita tengok, apabila Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, ia juga mampu melakukan yang lebih baik jika dibandingkan pada zaman Kerajaan BN memerintah dulu.

Tapi BN masih mencanangkan kepada rakyat, Pakatan tak mampu memerintah. Alasan diberikan Pakatan tidak ada pengalaman. Siapa kata Pakatan tidak ada pengalaman memerintah?

Dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat ada yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ada yang pernah menjadi Menteri Besar.

Tidak kurang juga ahli akademik. Ada juga graduan cemerlang. Sebenarnya kita boleh buat pengurusan yang lebih baik.

Kerajaan BN gagal mengamalkan “Good Governance” seperti yang sering dicanangkan...

Tidak ada langsung “Good Governance”.

Pengurusan tatakelola baik, tidak ada tempat dalam BN. Satu perkataan yang susah difahami.
Sebab mereka tidak boleh laksanakan “Good Governance”.

Sebab itu kita perlukan perubahan besar dan pertukaran pentadbiran yang akan menggunakan asas baharu. Jika tidak keadaan ini akan berterusan.

Apa perancangan terdekat Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS dalam membela nasib rakyat?

Lajnah Pekerja dan Pengguna akan segera menggerakkan jentera yang ada untuk terus melihat dan memerhati dan akan terus menjadi juru bicara rakyat. Dalam waktu terdekat ini, lajnah akan perjuangkan nasib pekerja khususnya golongan miskin yang datang ke bandar.

Di mana mereka nak dapatkan tanah? Nak cari rumah. Sebab tanah tak cukup dan rumah kerajaan tidak dapat sediakan, akhirnya wujudlah kawasan setinggan. Kami juga akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna yang sah yang berpegang dengan prinsip “without fear or favour” supaya kita dapat bertukartukar maklumat serta mengembeling tindakan bersama.

Kuasa pengguna ini besar. Apabila proses pendemokrasian tidak berlaku dengan baik, rakyat tidak tahu hak mereka. - via Detikdaily

Wooww.....Lantangnya Saifuddin!

Sayang Saifuddin dari kalangan bekas pemimpin UMNO berseorangan
Walau pun ada di kalangan mereka yang terdiri dari bekas-bekas ini tidak bersetuju dengan Najib tapi mereka tidak sevokal beliau  
Tahniah dan terima kasih kerana menyelami denyut nadi rakyat

Ummm....nampaknya semua penjilat Najib ni kaya-kaya belaka
Bekas askar dan bekas uniform pun kaya gak.........walau pun hidup melarat kecualilah yang berpangkat
Dan aku tengok yang menyertai kumpulan lembu tunjuk punggung tu pun bukannya kaya raya belaka
Bodek tak tentu hala tak pakai kepala!

Saifuddin: Guling kerajaan tindakan demokrasi
Radzi Razak
  • 5:31PM Dis 30 2013
Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

NONESaifuddin berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi.

Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan.

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” katanya dalam tulisan di Twitter.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan akhbar The Star hari ini turut meminta penganjur membatalkan rancangan tersebut kerana pihak berkuasa "tidak akan berkompromi" dalam mengambil tindakan.

Tekanan juga semakin memuncak dari NGO pro-kerajaan yang dilaporkan membuat lebih 1,300 laporan polis di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan tersebut.

Antaranya, Persatuan Veteran Tentera Malaysia yang mahu anggota NGO dan pasukan berpakaian seragam untuk menyertai sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka sebagai sokongan kepada kerajaan.

Beberapa NGO pro-kerajaan menyeru agar orang ramai agar tidak menghadiri himpunan di Dataran Merdeka malam tahun baru ini.

Jurucakapnya, presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah uga meminta anggota NGO tersebut untuk hadir bagi memerhatikan kejadian yang bakal berlaku malam esok.

"NGO sila datang ke dataran esok..saksikan walaupun dtg tunjukkan kita sebagai ngo sokong kerajaan.

"Kita akan kumpul untuk  menyaksikan apa yang berlaku. NGO tak ada kuasa pertahankan perhimpunan cuma kita tengok dan yakin dengan keupayaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM)," kata Abdul Rani.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil Persatuan Veteran Tentera Melayu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia dan Kelab Penyokong Aspirasi Najib 1Malaysia.

Bekas IGP Percaya Polis Profesional Dan Rakyat Yang Rasional

Tapi kenapa Polis dan pemimpin UMNO yang berkuasa sekarang tidak berfikir begitu?
Mereka tidak percayakan  profesionalnya polis atau menganggap majoriti rakyat masih bodoh?
Sebenarnya mereka cuba membisukan suara rakyat!

Pada aku sekiranya tidak ada provokasi tidak berlaku kekecohan
Kecuali ada pihak yang sukakan huru hara terjadi dan telunjuknya akan dihalakan ke pihak lain!

Bekas Ketua Polis Negara yakin himpunan esok aman

Tan Sri Norian Mai hari ini menyuarakan keyakinan bahawa himpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang dijadualkan di Dataran Merdeka esok akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang keganasan.
Bekas Ketua Polis Negara itu itu berkata, beliau percaya dengan kemampuan anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga sikap rasional rakyat Malaysia yang tidak akan mencetuskan keganasan.
"Saya berkeyakinan dengan kemampuan polis untuk kendali situasi begini kalau wujud.
"Atas dua premis ini, saya yakin perkara ini tak akan berlaku," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini."Kedua, saya yakin dengan masyarakat Malaysia yang rasional.
Badan bukan kerajaan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran bersempena sambutan ambang Tahun Baru membantah kenaikan kos sara hidup.
Pengerusi Turun, Muhammad Azan Safar telah ditahan polis ekoran penganjuran himpunan berkenaan pada 23 Disember lalu atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan.
Kenaikan kos sara hidup telah menjadi tajuk hangat sejak beberapa bulan ekoran penstrukturan semula subsidi, yang mana menyaksikan kenaikan harga minyak, pemansuhan subsidi, kenaikan harga barang dan juga kenaikan tarif elektrik. – 30 Disember, 2013. - sumber