Friday, February 28, 2014

Kadir Bikin Panas Lagi!

Mustahil tu tidak
Logik pun tidak
Dalam politik serba mungkin

Kadir Jasin: Najib dan Anwar patut berpakat menentang Dr Mahathir dan Daim
OLEH SYAHIRAH RASHID
FEBRUARY 28, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 28, 2014 01:26 PM
Kadir yakin pakatan Najib dan Anwar akan menggembirakan semua pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.
Kadir yakin pakatan Najib dan Anwar akan menggembirakan semua pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 28 Februari, 2014.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh melawan pengkritiknya jika beliau berpakat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press Bhd itu, sekiranya kedua-dua pemimpin tersebut berpakat, kesudahannya pasti menguntungkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib dan Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Anwar.
"Kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin terhadap Najib boleh diketepikan sekiranya Najib berpakat dengan Anwar.
Pakatan Najib dengan Anwar mampu menguatkan lagi kedudukannya, serta menghapuskan PR dan pengkritiknya yang paling lantang."Najib dan kumpulannya boleh bergantung kepada Anwar untuk berlawan dengan Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir dalam tulisan di blognya The Scribe hari ini.
"Anwar boleh menikmati keistimewaan dan juga dilindungi, sekiranya beliau menjadi ahli kerajaan. Semua orang akan bahagia" katanya.
Sebelum ini, Daim pernah mengkritik Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh dalam menguatkuasakan undang-undang negara.
Beliau turut mengatakan bahawa ahli Kabinet yang dilantik datang daripada mereka yang cetek pengetahuan dan tidak mempunyai semangat patriotisme.
Daim juga turut mengkritik Anwar dan menggelar pemimpin pembangkang tersebut sebagai gila publisiti dan sukakan perhatian, selain tidak mampu menyelesaikan masalah.
Menurut Kadir, selain menentang Daim, Anwar juga boleh menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hasil pakatan dengan Najib.
"Anwar mempunyai kebolehan menjauhkan Selangor daripada PR sekiranya beliau berasa hampir kalah. Sekiranya beliau berpakat dengan Najib, beliau boleh mengeluarkan Khalid," katanya.
Spekulasi timbul bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sekiranya beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti.
PRK Kajang diadakan selepas peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut, Lee Chin Cheh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding disana.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 23 Mac untuk hari PRK dan 11 Mac sebagai hari penamaan calon. – 28 Februari, 2014.

Tahukah Dia Dosa-Pahala Dan Percayakah Dia Pada Akhirat?

Berita Memalukan Ini Di Sembunyikan Oleh Blogger Pro Umno
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.

Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.

" Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,' kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)"Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.

"Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya," ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi.

Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar.

"Alhamdullilah dengan keputusan tersebut."Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian," ujarnya. - sumber

A housewife who travels in a private jet

YOURSAY ‘Rosmah, as a ‘housewife’, it is not your job to deliver water.’

Rosmah delivers drinking water to dry-taps folk
 
Jiminy Qrikert: So Rosmah Mansor is a simple housewife who jetsets to her shopping sprees, buys Birkin handbags, humongous diamond rings and has a full guard of honour for just delivering drinking water.
 
The poor thing saved all her life to collect enough money to buy all these things. Now she is working like a horse to put nuts and bolts together to make ends meet and make her husband look good.
 
Mushiro: A group of girl guides waited for one and a half hours for her, and housewives waited for 10 days for ‘housewife’ Rosmah to deliver the water.
 
Onyourtoes: Rosmah, if you are just a housewife, it is not your job to deliver water.
 
Please, probably it is not your doing, but I would appreciate if you could ask the organisers or those who love to butter you not to ask those young people waiting by the roadside for more than one-and-a-half hours for your arrival.
 
SpongeBob: "According to the press statement issued by the Prime Minister’s Office during the event, each household will be given two 5.5-litre bottles of drinking water."
 
What a generous offer with pure intention to enhance Rosmah's image, which is badly hit recently.
 
This two 5.5-litre bottles will probably only last one day. So, this is done as the saying goes like this: "Udang di sebalik batu" and “Melepaskan batok di tangga.”
 
Abasir: “What do you want me to say? I’m not a politician, I’m just a housewife,” Rosmah told Malaysiakini journalist.
 
And one who travels for free on a taxpayer-funded government jet.

Louis: Rosmah, Malaysiakini is not writing lies, unlike Utusan Malaysia. You have at your disposal hundreds of lawyers who are willing to help you sue Malaysiakini till kingdom come. But why are you so afraid to take them to court?
 
Now you claim to be a housewife and therefore not a national leader. So, how can all those racists claim that Seputeh MP Teresa Kok’s satire is insulting a Malay leader, when in your own words you confessed you are only a housewife?
 
And please ask your husband, PM Najib Razak, not to praise you sky high for just distributing a few litres of water to the public.
 
Bystander: “You can write all the lies you want. God bless you,” said Rosmah.
 
A guilty conscience? Why so judgmental on her part to labelMalaysiakini a liar? I am sure she knows of many great liars in her midst.
 
CiViC: I'm no Muslim but to accuse the Malaysiakini reporter of "writing lies" even before being directed any questions is worse than lying. God bless indeed, but I don't suppose you will be getting any.
 
Apa Ini?: Short-term solution - how long does 10 litres of drinking water last for a family of four or five?
 
Syabas must focus on the long-term solution or this is no more than a publicity stunt for the benefit of the ‘First Housewife’ of the country.
 
Apache: What is the point of giving 5.5 litres of water per household when you can instruct your cronies to accept Selangor government proposals to buy the water assets at a cheaper price?
 
If that is the case, the entire population of Selangor and Klang Valley will get 5.5 litres of water daily for their lifetime.
 
Will you deliver another 5.5 litres of water tomorrow after the water is consumed? How long do you think this amount of water will last for these recipients?

Joe Lee: Rosmah's got to be a fine candidate as Malaysia's 'Biggest Loser'. She's got the jet plane, the diamond rings; her son's a fast rising Hollywood producer, her husband is top dog. Apa lagi Rosmah mau?
 
360: Are they hoping to win the hearts and minds of the people of Selangor by these oppressive methods - religious contention and water shortage. What next, I wonder.
 
 
Taib: I'll only advise like the queen does
 
Anonymous #70881335: Like the Queen? In England, the royalty is more a symbol of respect than a point of power. Nobody thinks the royalty has power.
 
Former Sarawak CM Abdul Taib Mahmud, you will be more like the Chinese Dowager Empress, who tried to rule behind the throne.
 
Negarawan: Taib is admitting that his young Lebanese wife is the Queen of Sarawak, and probably she is running the state now, just like Rosmah is running Malaysia.
 
When will the rural and indigenous people of Sarawak realise that he has plundered and raped the wealth of Sarawak for enriching himself, his family members and cronies?
 
SpongeBob: Taib is an expert in governing a state in line with plundering the people to the maximum and pretend to be innocent. The next chief minister desperately needs this plundering advise from this man.
 
The country is producing great plunderer consultants, and in no time the country will become a point reference in plundering.
 
Me: How come Taib is so certain he will be the new Sarawak governor?

Semakin Parah?

Khalid cabar Azmin dalam pemilihan PKR
Nampaknya retakan dalam PKR semakin meluaskan ekoran spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden.

Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini.

"Ya betul. MB akan tawarkan diri bertanding timbalan presiden," kata Setiausaha Politiknya,  Azman Abidin kepada Malaysiakini.

Jemputan rasmi yang bertemakan "Majlis Kasih Bertaut",  tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang dianggap sebagai 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Dalam temubual dengan Malaysiakini selepas beliau mengumumkan pencalonan Anwar untuk pilihan raya kecil Kajang, Khalid mengatakan beliau akan memperuntukkan lebih banyak masa untuk "politiking". - sumber

Artis: Perbelanjaan Resepsi RM90,000 - Tak Membazir Ke Riz?

Riz Amin berbelanja besar
Oleh Georgie Joseph
Mengabadikan detik bahagia perkahwinan pastinya perkara paling besar dalam kehidupan semua orang. Biarpun terpaksa menempuh kepayahan untuk memastikan perkahwinan seindah diimpikan tetapi itulah sebenarnya kemanisan untuk menamatkan zaman bujang.


Mungkin ini yang dialami pelakon berbakat besar, Riz Amin, 29, yang selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Sharifah Fazlina Syed Fuad, 28, di Kuala Lumpur pada November lalu.

Baru-baru ini, Riz meleng­kapkan majlis di sebelah keluarganya di Jitra, Kedah.

Menyulam cinta hampir sembilan tahun bersama Sharifah Fazlina, selesainya majlis itu barulah pelakon filem 29 Februari ini lega.
 
Mana tidaknya, selepas majlis pernikahan dan bersanding di sebelah perempuan November lalu, dia perlu kembali ke set penggambaran melunaskan kerja yang tertangguh. Pada masa sama dia kena memikirkan pula persediaan majlis bertempat di sebelah keluarganya pula.
Tentu sekali berkecamuk fikirannya, namun Riz sebaliknya mengakui rasa bimbang itu berkurangan kerana selain keluarga yang banyak membantu, dia turut mendapat tajaan daripada pelbagai pihak.
“Perasaan tidak tenang itu memang ada memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan menjelang majlis itu. Bagaimanapun, tidaklah sampai mengganggu fokus di lokasi penggambaran.
“Sebenarnya persediaan sudah hampir siap sepanjang tempoh itu cuma saya lebih risaukan kelancaran majlis nanti. Syukur ada beberapa pihak sudi menaja majlis berkenaan dan sekali gus memudahkan lagi persiapan kami,” katanya yang mendapat penajaan pelamin daripada De’Zarra Wedding Gallery Jitra, Multiduo Production dan Fauzi Chocomalt.
Mengetengahkan konsep tradisional, majlis yang dihadiri lebih 900 tetamu itu bukan dibuat ala kadar saja. Menurutnya makanan perlu ditambah pada majlis bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang itu.
Tidak mahu berahsia mengenai perbelanjaan keseluruhan, Riz yang berbelanja kira-kira RM90,000 jelas sangat berpuas hati apabila baik majlis di sebelah perempuan dan lelaki kedua-dua­nya berjalan lancar.
“Maklumlah, ini detik bahagia saya dan pastinya mahu menjadikan ia kenangan terindah dalam hidup.
“Sekarang barulah rasa lega sepenuhnya selepas maj­lis semua selesai. Itu juga bermakna tanggungjawab sebagai suami sudah pun bermula,” katanya. 
Menyedari ia bukan tanggungjawab mudah, Riz nyata sudah cukup bersedia sepenuhnya.
Bahkan, pada saat ini pun dia dan isteri sudah mula teruja untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin.
“Saya dan isteri sudah berbincang dan kami rancang mendapatkan dua zuriat.
“Kalau boleh memang nak sepasang, lelaki dan perempuan tapi kalau dapat lebih lagi bagus,” katanya.
Harap rezeki bertambah murah
Riz juga berharap selepas ini rezekinya akan bertambah lagi dalam bidang lakonan dan berharap mendapat tawaran membintangi filem berunsurkan realiti dan menjurus kepada cerita berdasarkan kisah benar.
“Selepas banyak terbabit dalam drama, selepas ini saya bakal muncul dalam filem berlatarbelakangkan era 1970-an berjudul 7ujuh.
“Saya sangat suka dengan filem ini kerana ia benar-benar menggambarkan kehidupan realiti pada zaman berkenaan. Maknanya, impian saya kiranya sudah tercapai untuk berlakon dalam filem sedemikian.
“Bagaimanapun, saya tentunya masih mengimpikan watak dalam filem berunsurkan kisah benar yang semestinya pasti memberikan kepuasan tersendiri kelak,” katanya.
Bakal kembali ke set penggambaran untuk siri berjudul Separuh Jiwaku, beberapa drama lakonannya juga kini sedang ditayang­kan termasuklah Ratu Syuhada di TV1 dan me­nyusul Yem Rempit di Astro Warna.

Kisah Hadi Dan Saman RM2 Juta

Kes saman Haji Hadi: Akibat pulut santan binasa

 | February 27, 2014
Peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS
shamsul hj Hadi Husam Musa
PETALING JAYA: Pepatah Melayu berkata, akibat pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa. Itulah akibat yang ditanggung Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang yang menuduh calon-calon PKR ada yang jadi pengedar pil kuda ketika mengulas pertindihan calon pada PRU tahun lepas.
Akibat keceluparan Haji Hadi, beliau disaman malu oleh calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin. Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu.
Mengikut persetujuan PAS dan PKR Terengganu, PKR yang sepatutnya bertanding di DUN Bukit Besi pada 5 Mei 2013. PKR meletakkan Mohd Shamsul Mat Amin tetapi PAS yang kononnya berjuang atas nama Islam mungkir janji apabila turut meletakkan calonnya, Roslan Ismail.
PAS yang tamak sanggup menjadi parti munafik apabila meletakkan calon di kawasan yang sepatutnya ditandingi PKR di empat kerusi termasuk Bukit Besi. Hanya di DUN Bandar sahaja yang ditandingi calon PKR, Mohd Azan Ismail tidak dikacau oleh calon PAS.
Dalam pertandingan tiga penjuru di Bukit Besi, calon PKR kalah teruk mendapat 52 undi sahaja manakala calon PAS, Roslan Ismail mendapat 4408 undi dan calon BN, Roslee Daud mendapat 6966 undi. Calon BN menang dengan majoriti 2558 undi.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menawarkan diri menjadi orang tengah menyelesaikan isu saman RM2juta antara Presiden PAS dengan bekas calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin di luar mahkamah.
“Saya boleh faham kedua-dua situasi di mana seseorang rasa terluka hati dan saya berharap rakan kita yang buat saman itu mungkin dia nak pengiktirafan terhadap maruah beliau dan saya juga yakin Haji Hadi sedia buat rundingan.Kalau tidak ada orang lain nak mainkan peranan tu saya nak tawarkan diri,” katanya pada 25 Februari lalu.
Semalam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.
“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi.
“Kita sedang usahakan,” katanya yang dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.
Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.
“Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden Pas sudah terlewat.
Menurut Mohd. Shamsul, dia tetap dengan pendirian itu kerana baginya, dakwaan pemimpin Pas itu berkait ‘calon pil kuda’ dalam Pilihan Raya Umum lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.
Beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menyulitkan keadaan pemimpin Pas itu atau menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.
“Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.
“Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu,” katanya ketika dihubungi dua hari lepas.
Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.
Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.
“Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak,” katanya.
Sementara itu  wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.
“Di dalam kes ini, yang menyaman adalah plaintif dan defendan di dalam kes ini ialah Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam mana-mana saman bagi kes sivil, plaintif bebas untuk meletakkan mana-mana alamat defendan yang difikirkan sesuai bagi plaintif.,” kata Pengarah Jabatan Undang Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) Noorazmir Zakaria sebagai mengulas kritikan ahli-ahli PAS kepada peguam Haji Hadi.
Katanya, dari segi undang-undang, defendan tidak mempunyai kuasa untuk meminda alamat defendan di dalam saman yang difailkan oleh plaintif.
“Meskipun sebelum dari Writ Saman ini difailkan lagi Haji Asmuni telah memaklumkan secara bertulis kepada peguamcara  defendan memohon agar sebarang writ saman yang difailkan dapat diserahkan kepada Haji Asmuni sendiri, namun adalah di luar bidang kuasa peguam defendan sekiranya pihak plaintif tetap ingin menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Marang.,” jelas beliau.
Justeru, katanya lagi, Haji Asmuni sebagai peguam defendan langsung tidak boleh dipersalahkan apabila pihak plaintif meletakkan alamat defendan di Marang kerana ia adalah hak sepenuhnya di pihak plaintif.
Bagi saya, kenapa Haji Hadi tidak minta maaf dari awal kepada Shamsul sehingga Shamsul terpaksa meneruskan tindakan saman ini. Alasan tidak menerima surat saman yang dialamatkan ke rumah Haji Hadi tidak boleh diterima kerana ada bukti surat berdaftar itu diterima.
Turut baca:

FELDA Pun Buat Album Juga!

Anak FELDA ikut jejak Mawi
Dia pernah menjadi bintang paling fenomena di negara ini di mana hampir setiap hari ceritanya menghiasi akhbar dan majalah.
Berasal dari FELDA Taib Andak, Johor dan juara Akademi Fantasia 3, bintang itu tidak lain tidak bukan adalah Asmawi Ani, 33, atau lebih dikenali sebagai Mawi. 
Kejayaan Mawi bukan saja hadiah terindah buat pencintanya, bahkan menjadi kebanggaan FELDA Taib Andak termasuk warga FELDA lain. 
Siapakah lagi bintang kelahiran FELDA yang mampu menyaingi Mawi, antara permata seni yang namanya akan terus terpahat dalam lipatan sejarah.
Justeru, usaha FELDA memperkenalkan Album Komuniti dengan menampilkan barisan penyanyi baru berstatus anak FELDA dilihat sebagai satu inisiatif melahirkan bintang seni suara setanding Mawi.
ARISAN penyanyi baru Album Komuniti FELDA (berdiri kiri), Riqa, Ilham, Shana dan Adhana. (duduk kiri) Indra, Zaki Zain dan Taufiq.

Bakat baru yang bertuah itu adalah Indra Putra Masri (Indra), 22, yang mempertaruhkan lagu Alam kekasih, Muhamad Taufiq Ahmad Rodzi (Taufiq), 20, Buat Seorang Isteri dan Hamparan Lenamu; Mohd Zaki Haji Muhamad Zin (Zaki Zain), 30, Ragaman; Siti Noor Hana Mustafa Syana, 22, Zikiran Rindu; Adhana Mulut (Adhana), 31, Ini Janji Kita dan Ayu Zurikha (Riqa), 19, Teman Kuliah.
Barisan artis terkenal berasal dari FELDA yang turut berkolaborasi dalam album ini ialah Jalil Hamid, Siti Nordiana dan penya­nyi rap jemputan, Zahid. 
Komposer terkenal, Azmeer, yang bertindak sebagai salah seorang penerbit serta pencipta lagu untuk album ini berkata, penganjuran acara Wayang Padang yang diaturkan FELDA menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan bintang Album Komuniti. 
“Kita mempunyai keyakinan dengan adanya acara Wayang Padang tahun ini membabitkan 312 lokasi, ia mampu menarik minat penduduk FELDA untuk datang menonton Wayang Padang. 
“Wayang Padang ini ibarat mini Jom Heboh yang menyediakan platform untuk mempromosikan Album Komuniti” katanya. 
Ditanya sejauh mana keyakinannya sambutan pembeli terhadap album ini, Azmeer berkata, walaupun jualan album fizikal di pasaran tidak memberangsangkan, namun Album Komuniti ini dilihat mempunyai potensi untuk mencipta kembali era kegemilangan penjualan album. 
“Kita kena ingat FELDA mempunyai beberapa syarikat subsidi juga korporat yang berkemampuan untuk membelinya secara pukal lalu diberikan kepada kaki tangan mereka atau diberikan kepada penduduk di FELDA,” katanya. 
Bercerita mengenai konsep album, ia mengetengahkan lagu-lagu melodi Melayu selain diselitkan unsur-unsur lagu rakyat. 
Selain Az­meer,­ turut terbabit dalam pembikinan album ini adalah Sani Sudin, Harun Ahmad dan Mozihan Tukimon.

Isu Lembah Sireh: Mulut Logkang 'Abu Lahab' Ternganga!

FEB 27, 2014  ASLANI M
KOTA BHARU: Menjelang pilihan raya umum lalu isu Lembah Sireh diterkam Umno sebagai senjata politik dengan menuduh berlaku penyelewengan membabitkan kerajaan negeri.

Malah sebuah NGO yang diasas bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) (gambar) menjuarai isu tersebut sehingga menganjurkan demonstrasi termasuk di hadapan Kota Darulnaim.

Kini selepas kira-kira dua tahun berlalu isu tersebut akhirnya terjawab apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tidak ada elemen rasuah sebagaimana didakwa pihak tertentu di Lembah Sireh.

Pengarah SPRM Kelantan, Abd Aziz Aban dilaporkan berkata, SPRM menutup siasatan dakwaan berlaku penyelewengan projek di Lembah Sireh kerana tidak mempunyai elemen rasuah.

Dua tahun lepas Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh dan Ombak membangkitkan isu tersebut dengan dakwaan berlaku penyelewengan.

Mereka mendesak kerajaan Kelantan menjelaskan status perjanjian kerajaan negeri dengan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan Lembah Sireh hampir sedekad lalu.

Mengulas itu tersebut Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff berkata, isu Lembah Sireh sengaja dijadikan modal politik pihak lawan biar pun mereka tahu kawasan kini semakin pesat membangun.

“Sebelum ini mereka juga menuduh Kelantan tidak membangun, tetapi apabila kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta mewujudkan bandar baru mereka pula kata ada penyelengan.

“Kawasan itu asalnya merupakan tanah pertanian yang sering ditenggelami air bah, namun sekarang muncul sebagai kawasan pertumbuhan baru.

“Bukan sedikit pelaburan dibuat pihak swasta biar pun ada terma perjanjian sebelum ini belum dilaksanakan syarikat,” katanya di sini.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Yusoff Wan Mustapha berkata, banyak pertuduhan negetif yang dilempar terhadap kerajaan negeri kini dibersihkan SPRM dan mahkamah.

Katanya, baru-baru ini Mahkamah Tinggi memerintah Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Azmi Che Ali membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada Air Kelantan Sdn Bhd ekoran dakwaan fitnah.

Patutla Bercerai!

Jantan jenis bagaimana agaknya yang boleh kekal kawin artis?

Minta kurang babak intim: Erra Fazira
Oleh Farihad Shalla Mahmud - 2014/02/27 - 22:27:29 PM
Tiada babak intim berlebihan yang dapat disaksikan dalam Konsert Teaterikal Suara Kita kerana pelakon utamanya, Erra Fazira, tidak mahu perkara itu mengundang persepsi negatif, sekali gus meletakkan dirinya dalam perangkap kontroversi.

Dengan situasi terkininya yang masih dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas bercerai dengan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Februari lalu, aktres jelita ini meminta pengarah teater berkenaan, Erma Fatima, supaya membuat perubahan drastik membabitkan babak memaparkan kemesraannya bersama Awie.


“Memang saya ada meminta kepada Erma supaya babak intim saya dengan Awie dalam teater ini... 

Thursday, February 27, 2014

Pendakwaan terpilih – selesaikan melalui politik, bukan undang-undang

Aziz Bari - Dikemaskini 01:54PM Feb 27 2014
SUARA LANTANG: Art.143(3) Perlembagaan Persekutuan menyebut: “Peguam Negara mempunyai kuasa, mengikut budi bicaranya, bagi memulakan, melaksanakan atau menggugurkan dakwaan terhadap sesuatu kesalahan, selain dakwaan di mahkamah Syariah, mahkamah orang asal atau mahkamah tentera”. Di dalam beberapa keputusan, mahkamah telah menetapkan peruntukan bahawa penasihat undang-undang tertinggi bagi kerajaan serta pendakwaraya utama memiliki ‘kuasa tertinggi’. Ini bermakna, Pejabat Peguam Negara boleh memutuskan samada mahu membuat pendakwaan atau tidak. Perkara ini jelas di dalam kes melibatkan dakwaan terhadap ketidakadilan kerajaan; contohnya apabila pejabat peguam negara didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap pengkritik kerajaan.

Penguatkuasaan undang-undang  -- berbeza dengan penggubalannya – merupakan kerja eksekutif atau kerajaan yang memerintah. Penguatkuasaan undang-undang merangkumi pendakwaan. Peguam Negara dengan pasukan polis merupakan sebahagian dari perkhidmatan awam di bawah kuasa eksekutif. Tidak menjadi soal samada ia di bawah legislatif, eksekutif atau kehakiman.

Daripada peruntukan di atas, jelas bahawa Perlembagaan memberi kebebasan kerajaan membuat keputusan. Walaupun aneh mengatakan kuasa yang diberikan tidak boleh dipertikaikan, mahkamah tidak memberi kuasa agar ia dikaji semula. Inilah punca dakwaan tentang terdapatnya pendakwaan terpilih; apabila pendakwaraya tidak lagi mengambil kira perkara yang dilakukan sebagai fungsi normal pejabat pendakwaraya.

Sebab utama mengapa kerajaan didakwa mengamalkan pendakwaan terpilih ialah kewujudan hak bagi perlindungan saksama yang termaktub di dalam Perlembagaan. Apabila hanya seseorang atau sesuatu kumpulan didakwa, maka ini melanggar hak yang termaktub itu. Di bawah Perlembagaan, hak perlindungan saksama dijelaskan di dalam art.8(1). Peruntukan yang membawa kesan serupa juga terkandung di dalam Perlembagaan Amerika Syarikat: Pindaan 14 yang menyatakan negara perlu menjamin hak perlindungan saksama bagi setiap rakyat dibawah perintahnya.

Tetapi seperti di Malaysia, dakwaan tentang pendakwaan terpilih sering gagal di Amerika Syarikat. Ia ditafsirkan Mahkamah Tinggi di situ sebagai penguatkuasaan undang-undang jenayah terhadap satu kelas atau individu tertentu dengan niat tidak sekata atau bersifat menindas yang melanggar asas keadilan. Penguasa tidak mengamalkan piawaian objektif tetapi faktor seperti ras, agama, dan pengkelasan. Namun, dakwaan pendakwaan terpilih sukar dibuktikan dan mahkamah, termasuk di A.S mengandaikan pihak pendakwa tidak melanggar peruntukan di dalam Perlembagaan. Masalah ini dilihat bersifat politik berbanding berkaitan perundangan. Ia menjadi lebih sukar apabila sistem itu lapuk dan tidak demokratik seperti di negara-negara membangun.

Kuasa membuat pendakwaan merupakan simbol bagi mewakili kerajaan. Trend ini, terutama di United Kingdom, menyaksikan kuasa dipegang Pengarah Pendakwa Awam. Walaupun Peguam Negara masih memegang kuasa, pejabatnya lebih memainkan peranan di dalam pemantauan. Dan kerana beliau (peguam negara) berada di barisan Kabinet Kerajaan, pihak pemerintah wajar disoal di Parlimen.

Kita pernah menyaksikan beberapa Peguam Negara duduk di barisan Kabinet termasuk Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tan Sri Hamzah Abu Samah. Pendakwaan pada ketika itu dijalankan Ketua Pendakwa, yang merupakan orang kedua. Amalan ini dihentikan ketika Mahathir memimpin negara pada awal 1980an. Ketika itu, Tan Sri Abu Talib Othman dilantik selaku peguam negara.

Kini, samada Peguam Negara seorang ahli politik atau menjawat jawatan di dalam Kabinet, ia tidak akan merungkai masalah pendakwaan terpilih. Apabila orang yang dilantik terpaksa memberi penjelasan terhadap tindakannya, sudah tentu kerajaan dilihat berkuasa terhadapnya. Melantik Peguam Negara sebagai ahli kabinet bakal menyaksikannya berada di Parlimen. Buat masa ini, peguam negara menyorok di belakang menteri undang-undang, yang sering gagal memberi penjelasan. Orang awam melihat pelbagai macam alasan yang cuba diberi, tetapi tiada satupun yang memuaskan.

Satu lagi masalah ialah kuasa Peguam Negara yang tertakluk kepada Perlembagaan dan ianya sukar diubah. Kita perlukan majoriti dua pertiga bagi memindanya. Jika peruntukan tidak dipinda, kita bakal menemui jalan buntu bagi mendakwa dan ini jelas bagi masalah rasuah. Apa sahaja peruntukan bagi SPRM tidak berkesan kerana peruntukan bagi art.145(3) Perlembagaan Persekutuan lebih diutamakan.

PRK Kajang: Akan Berjayakah 'Machiavelli Yang Masih Hidup' Menjatuhkan Najib?

PRK Kajang: Gelanggang jatuhkan Najib?
 | February 27, 2014
Mungkinkah Kajang akan dijadikan makmal ujikaji KPI Najib sebagai desakan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri?
Najib Kajang
Keputusan pilihan raya kecil (PRK)   Kajang tidak akan merubah lanskap politik Selangor dan negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kerusi Kajang adalah kerusi DUN. Jika Anwar Ibrahim menang sekalipun, dia hanya boleh jadi Menteri Besar Selangor bukan jawatan  Perdana Menteri.
Mungkinkah maksud kata-kata Muhyiddin itu. kerusi DUN Kajang seperti DUN Penanti, tidak begitu penting dan  BN boleh  tidak meletakkan calonnya dan memberi kemenangan walkover kepada PKR.
Tetapi BN mengambil keputusan untuk meletakkan calon MCA. Yang mengumumkan calon BN ialah Muhyiddin Yasin. Menurutnya, BN tidak boleh melepaskan peluang untuk menawan kerusi Kajang. Mutakhir ini, dua tokoh yang banyak membuat kenyataan mengenai PRK  ialah   Muhyiddin Yasin dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir kelihatan  bersungguh-sungguh  menyerang Anwar Ibrahim. Tetapi dalam masa yang sama, orang yang rapat dengan  Mahathir,  iaitu Tun Daim Zainuddin dan sahabat rapatnya, Datuk A Kadir Jasin hampir setiap hari mengkritik dasar dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam politik,  Mahathir adalah seorang Machivellian yang sebenar-benarnya. Jika Machiavelli masih hidup hari ini, dia pasti terpukau dengan cara Mahathir mencatur langkah politiknya.
Matlamat  Mahathir  untuk terus berpengaruh dan mengekalkan legasinya dalam Umno dan negara. Jika Najib berjaya  dengan dasar-dasar barunya, dengan sendirinya legasi Mahathir dilupai. Tun Abdullah Ahmad Badawi cuba membuat perubahan dan keluar daripada kepompong  Mahathir tetapi dia gagal. Orang yang dipilih mendesak Abdullah berundur ialah Muhyiddin Yasin.
Mungkinkah sekali lagi Muhyiddin akan diperalatkan untuk menjatuhkan Najib?
Mahathir menganggap dasar ekonomi dan pendekatan politiknya adalah yang terbaik untuk Malaysia. Memang diakui selain melahirkan ramai bilioner bukan Melayu, dasar ekonomi Mahathir juga  melahirkan beberapa orang bilioner Melayu, tetapi bilioner Melayu yang tidak membantu bangsa Melayu dan bumiputera.
Tun Hussien Onn melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 1981 untuk memberi laluan kepada  Mahahtir kerana dia yakin dengan political will  Mahathir yang kuat boleh menjayakan DEB yang berbaki sembilan tahun (1990). Tetapi  selepas 22 tahun menjadi perdana menteri, rakyat dapat  menilai samada DEB berjaya atau sebaliknya.
Barangkali dasar ekonomi Mahathir adalah yang terbaik di zamannya. Tetapi dasar yang baik 10 tahun yang lalu tidak semestinya  dasar yang baik untuk dilaksanakan pada hari ini. Saya membaca blog Mahathir mengkritik dasar-dasar ekonomi Najib.
Masalah Najib sebenarnya bukan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Najib tidak pernah ada masalah peribadi atau dendam  dengan pemimpin-pemimpin itu.
Masalah Najib adalah dengan  Mahathir dan kuncu-kuncunya. Sebab itu setiap kali ada usaha mengujudkan kerajaan perpaduan atau usaha perdamaian,   Mahathir. orang pertama  mengeluarkan kenyataan menghalangnya. Usaha mengujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS  pernah dilakukan  Abdullah Badawi  juga dihalang Tun Mahathir.
Sepintas lalu jika diperhatikan kritikan terbuka dan serangan keatas Najib lebih hebat dan tersusun berbanding dengan serangan keatas  Abdullah Badawi. Pemain-pemainnya adalah orang yang sama menjatuhkan  Abdullah termasuk beberapa orang blogger pro Umno tetapi di bawah payroll  Yayasan Perdana. Menang benar jika dibuat  perbandingan keputusan PRU 2008 dan PRU 2013,  persembahan Najib lebih buruk daripada  Abdullah.  Jumlah kerusi BN yang dipertahan   Najib merosot menjadi 133 daripada 140. Tetapi harus ingat,  Pak Lah kehilangan empat  negeri, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak, manakala Najib menawan semula dua negeri iaitu Kedah dan Perak.
Seperkara yang amat tidak disukai Dr Mahathir bila  Abdullah enggan mengikut telunjuknya dan cuba keluar daripada bayang-bayang  Mahathir. Abdullah katanya lebih mendengar nasihat budak-budak dari tingkat empat sebagai merujuk kepada anak  menantu Abdullah iaitu  Khairi Jamaluddin.Hari ini,   KJ  berada dalam kabinet Najib dan merupakan salah seorang daripada sebilangan kecil pemimpin Umno  yang benar-benar kelihatan membela Najib.
Seperti  Abdullah,  Najib juga cuba keluar daripada bayang-bayang  Mahathir. Pada pemilihan Umno yang baru berlalu, Datuk Mukhriz Mahathir tidak mendapat sebarang undi daripada negeri Pahang.
Mungkinkah Kajang akan dijadikan makmal ujikaji  KPI Najib sebagai desakan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri? Hanya Mahathir dan  Muhyiddin yang boleh memberikan jawapannya.

Michael Chia dihukum: Isu Nazri Dan Musa Aman Semakin Panas?

Michael Chia dihukum: PKR gesa siasatan terhadap Musa Aman dibuka semula
FEBRUARY 27, 2014
MI -LATEST UPDATE: FEBRUARY 27, 2014 12:31 PM
PKR menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (gambar) berikutan hukuman penjara dan sebatan terhadap peniaga balak, Michael Chia semalam.
Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kejayaan pendakwaan SPRM terhadap Chia membuktikan SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan berjaya.
"Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?
Menurut ahli Parlimen Pandan itu, fakta kes tersebut sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat daripada ICAC di Hong Kong yang menunjukkan memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah."Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
"Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia terutama apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini.
"Apatah lagi apabila Datuk Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu," kara Rafizi.
Rafizi sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM terhadap Nazri dan keluarganya dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya daripada tuduhan rasuah.
Rafizi juga memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video  yang menunjukkan keluarga Nedim yang merupakan anak Nazri menggunakan kenderaan mewah Chia.
Video itu menunjukkan perjalanan Hummer dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.
Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu isterinya.
Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan sebagai kenderaan “menyimpan barang”. – 27 Februari, 2014.

Gencatan Senjata Antara Zahid Dan Malaysiakini

Tahniah Malaysiakini!
Malaysiakini terima anugerah media sosial 2014
Penggunaan luas media sosial oleh Malaysiakini nampaknya terbalas dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 di Kuala Lumpur malam tadi.

Portal berita bebas itu memenangi hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian.

Anugerah itu berasaskan undian awam (80 peratus) dan selebihnya penilaian juri.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini  Steven Gan berkata, mereka merancang meningkatkan penggunaan media sosial dengan melantik kakitangan sepenuh masa bagi menguruskannya.

“Kami ada hampir sejuta peminat Facebook.

“Tetapi saya percaya kita boleh lakukan lebih baik lagi,” kata Gan yang menerima anugerah itu daripada tangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid antara menteri yang tidak puas hati dengan Malaysiakini sebelum ini.

Ketika berjalan untuk menerima anugerah itu, Gan sempat berseloroh: “Kamu tak akan tuding jari pada saya kan?”

Zahid kemudiannya tersenyum dan membalasnya: “Gencatan senjata”.

Dalam ucapan di hadapan 300 orang di majlis itu, Zahid menggesa media sosial melaporkan secara benar dalam posting masing-masing. - sumber

Allah Maha Besar Dan Maha Berkuasa......

Air terpancar keluar dari batu di tanah arab

Anggota Polis Dikepung

Rempuh Pasangan Kekasih, Anggota Polis Dikepung
Kereta peronda polis yang membawa seorang anggotanya dikepung selepas anggota keselamatan itu merempuh sepasang penunggang motosikal sehingga mati di Sungai Petani pada Rabu
SUNGAI PETANI: Sekumpulan penunggang motosikal menyerang anggota polis di luar tugasan selepas kereta yang dipandu anggota keselamatan itu merempuh sepasang kekasih sehingga mati di Jalan Badlishah di sini awal pagi Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa yang maut merupakan pembantu kedai telefon bimbit, Norfaezah Budiman, 21, dan penunggang motosikal yang juga kekasihnya, Azwan Shah Ishak.
Difahamkan, dalam kemalangan itu Norfaezah maut di tempat kejadian manakala Azwan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami kecederaan parah.
Berikutan kemalangan negeri itu, seramai lebih 100 kumpulan penunggang motosikal telah mengepung anggota polis terbabit yang berusia 30-an di lokasi kejadian.
Bagaimanapun anggota keselamatan itu berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa amukan oleh anggota polis trafik yang tiba di lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, Azwan dipercayai menunggang motosikal dengan sekumpulan empat penunggang lain.
Tambahnya, ketika itu seorang anggota polis yang sedang memandu di belakang kumpulan tersebut telah merempuh motosikal Azwan sehingga menyebabkan pasangan itu maut.
"Kami telah menerima laporan kemalangan daripada anggota polis terbabit," katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. - sumber

Pada Saya Suatu Yang Baik Untuk Panduan Ibu Bapa

Apa saya nampak dari kes ini bermula dan berpadukan beberapa jenis media
Anak-anak ini kurang perhatian dari Ibu bapa dan mungkin kurang kasih sayang yang ditunjukkan oleh Ibu Bapa
Kes Di Sweden: Saya Rasa Terasing Dengan Ibu - Anak Perempuan
Aishah, 14, (kiri) dan Ammar bersalam dengan ibu saudara mereka Norshalena Norshal (kanan) ketika hari pertama memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala di Kota Baharu.- fotoBERNAMA
STOCKHOLM: Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.
"Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya," kata Aishah.
Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.
Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.
Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.
Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.
"Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.
"Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal," kata Aishah.
Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa 'marah dan sedih', sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.
Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.
Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.
Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan.