Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 31, 2014

RCI Sabah: "Adakah kerajaan ada menyembunyikan sesuatu?"

Kenapa laporan RCI Sabah tak didedah?
mk5:13PM - 31 Aug 2014

Rakyat Sabah hari ini menyambut Hari Merdeka dengan masih tidak mengetahui kandungan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang haram di negeri itu, kata DAP.

Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi (kiri) berkata, walaupun siasatan tentang operasi yang dikatakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk dijadikan pengundi itu, dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Mei, bagi orang ramai, ia kekal rahsia.

"Apa yang buatkan kerajaan begitu keberatan untuk mendedahkan laporan itu?

"Adakah kerajaan ada menyembunyikan sesuatu?" kata Edwin dalam kenyataannya hari ini.

ADUN Kepayan itu berkata, pendengaran awal RCI sebelum ini mendedahkan sebuah plot untuk menukar populasi negeri daripada majoriti bukan Islam kepada majoriti Islam.

Menurut Edwin, setiap rakyat Malaysia juga  berhak mengetahui hasil penemuan daripada RCI tersebut.

Rakyat Dah Menyampah!

Bukan politik yang mengecewakan tetapi Ahli Politik yang memualkan!

'BN atau Pakatan, rakyat kecewa pada keduanya'
mk - 2:17PM - 31 Aug 2014

Anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong mengakui ramai pemilih kecewa dengan kedua-dua pihak tidak kira sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Perkara itu, katanya, menjadikan mereka kurang berminat pada politik.

“Politik Malaysia memasuki peringkat tepu yang menyebabkan sokongan kepada kedua-dua pihak, BN atau gabungan pembangkang Pakatan, menurun.

"Diakui ramai pengundi kecewa dengan kedua-dua gabungan dan memilih untuk melibatkan diri daripada wacana politik,” katanya.

Dalam kenyataannya menjelang Hari Merdeka semalam, Liew berkata, Pakatan tidak boleh lagi bergantung sokongan kepada pemilih yang kecewa dengan kerajaan persekutuan sahaja.

Rupa Kahumbo Yang Ditembak Mati: Pengganas Yang Menceroboh Sempadan Kita Dan Menculik

Kahumbo Ditembak Mati Dalam 'Operasi Hitam'
Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 8:40 AM
Oleh: MUGUTAN VANAR dan Oleh: PHILIP GOLINGAI
Apo Kahumbo mati ditembak selepas cuba melepaskan diri daripada kawalan ketat polis.


KOTA KINABALU: Apo Kahumbo, suspek dalang kes culik rentas sempadan ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina dalam tempoh 72 jam dia ditahan dalam satu operasi hitam yang dilakukan untuk mengelakkannya meloloskan diri.

Suspek berusia 44 tahun itu terbunuh ketika dia cuba melarikan diri selepas dikawal ketat semasa tiba di sebuah mahkamah di pekan Bongao, wilayah Tawi-Tawi, Selatan Filipina.

Ketua Polis Tawi Tawi, Kolonel Joey Salido mengesahkan pada Sabtu bahawa Mobin Sahibudin Hailil atau Apo Kahumbo ditembak mati oleh polis Filipina pada Jumaat.

Beliau berkata siasatan akan dilakukan terhadap insiden tembakan yang dilepaskan terhadap Kahumbo.


Kahumbo ditahan kerana didakwa memiliki sepucuk pistol Colt.45, enam butir peluru dan bom tangan di sebuah pusat pemeriksaan bergerak di Kampung Sanga Sanga di wilayah Tawi Tawi pada Selasa lalu.
Satu laporan polis yang dilihat oleh The Star mendapati, dua pasukan keselamatan dari Bangao mengiringi Kahumbo ke pejabat pendakwaan wilayah tersebut untuk didakwa atas kesalahan memiliki senjata api dan bahan letupan secara haram.

Menurut laporan tersebut, Kahumbo didakwa dihadapan hakim dan kemudiannya dibawa ke sebuah penjara di Bangao menggunakan laluan di perkampungan Pagasa.

"Suspek merampas senjata api dari seorang anggota keselamatan dan berlaku pergelutan. Ia memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah Kahumbo.

"Pasukan perubatan memberikan bantuan kecemasan dan Kahumbo dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber perisikan di Filipina dan Malaysia mengesyaki Kahumbo mungkin terbunuh dalam 'Operasi Hitam'.

Mereka berkata, agak sukar untuk Kahumbo dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dia mendapat perlindungan daripada seseorang yang berpengaruh di selatan Filipina.

"Agak sukar untuk menyakinkan dia didapati bersalah atas pertuduhan memiliki senjata api atau penculikan.

"Anggota keselamatan tahu dia akhirnya akan dibebaskan dan oleh itu mereka menembak mati suspek," kata sumber.

Kahumbo dipercayai salah seorang dalang yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan rentas sempadan dan merupakan ahli kumpulan Abu Sayyaf yang melakukan penculikan di Sabah bagi mendapatkan wang tebusan.

Sumber berkata, Kahumbo mungkin terlibat dalam serangan di Pulau Mabul pada 12 Julai lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata Filipina menembak mati anggota Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, dan menculik rakan mangsa, Konstabel Zakiah Aleip, 26.

Gani Patail Dikatakan Lembab, Pemimpin UMNO Meroyan!

Kalau kerajaan ikut cadangan ini institusi ini akan lebih haprak dan lebih lebur wajahnya di mata rakyat
Maka tunggulah akibatnya nanti!

Gagal tangani situasi, Umno bahagian mahu lantikan politik jawatan Peguam Negara
Published: 31 August 2014 - TMI
Naib Ketua Umno Bahagian Rasah, Datuk Abdul Karim Mustafa meminta agar lantikan politik diadakan berikutan kegagalan Tan Sri Abdul Gani Patail menangani situasi semasa yang mengakibatkan pelbagai isu berbangkit. – Gambar fail, 31 Ogos, 2014.

Seorang pemimpin Umno bahagian meminta jawatan Peguam Negara dikembalikan melalui lantikan politik berikutan kegagalan Tan Sri Abdul Gani Patail menangani situasi semasa yang mengakibatkan pelbagai isu berbangkit, hingga menjadi pertikaian ramai.
Ini termasuk kes penghinaan terhadap institusi raja dan agama, kata Naib Ketua Umno Bahagian Rasah, Datuk Abdul Karim Mustafa seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.
"Kegagalan Peguam Negara ketika ini menangani isu-isu besar membabitkan institusi raja dan agama secara berkesan adalah antara faktor yang boleh diambil kira untuk mengambil langkah tersebut.
"Perkembangan semasa yang berbangkit daripada keupayaan bertindak Jabatan Peguam Negara dalam hal seperti penghinaan terhadap institusi raja dan agama menyebabkan kita perlu memikirkan semula kaedah pelantikan Peguam Negara," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.
Bercakap semasa menggulung perbahasan dalam persidangan perwakilan bahagian di Seremban semalam, Karim berkata lantikan politik untuk jawatan itu bukan perkara baru kerana ia pernah dilakukan sebelum ini sehingga 1980.
Antara penyandang jawatan itu sebelum ini ialah Tan Sri Abdul Kadir Yusuf (1963 - 1977) dan Tan Sri Hamzah Abu Samah (1977 - 1980).
"Jawatan itu diserahkan kepada Perkhidmatan Awam pada 1980 dengan Tan Sri Abu Talib Othman sebagai Peguam Negara selepas Hamzah," katanya.
Karim berkata perkara itu boleh dibincangkan dengan lebih meluas bagi mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak, menurut akhbar itu.
Katanya, Gani juga dijangka bersara Oktober tahun depan manakala Peguam Cara Negara, Tan Sri Idrus Harun dijangka bersara Februari tahun depan.
"Kita mempunyai ramai tokoh peguam termasuk di kalangan ahli Umno yang mampu dan berwibawa untuk menjawat jawatan tersebut," dia dipetik berkata. – 31 Ogos, 2014.

Mahathir: Tidak ada faedah gencatan senjata Israel

 | August 31, 2014
Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun, mereka telah diserang bertalu-talu. Kedaulatan mereka diancam.
tun mahathir




PETALING JAYA: Pihak Barat membuat helah kononnya Palestin tidak perlu dijamin keselamatan mereka kerana Palestin adalah pengganas. Nyawa rakyat awam tiada hak untuk diselamatkan, bayi, orang tua dan orang sakit semuanya pengganas dan perlu dibunuh. Selagi semua rakyat Palestin tidak dihapuskan selagi itu Israel tidak mahu berasa selamat.
Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, jika skala keganasan dapat diukur, ternyata Palestin lebih risau dengan keganasan Israel berbanding Israel risau dengan serangan Palestin. Pihak Israel membuat kenyataan umum bahawa mereka tidak takut dengan Palestin dan perang ini.
“Tetapi Netanyahu mengumumkan ia akan terus menyerang Gaza untuk keselamatan Israel. Amerika menyokong pembunuhan besar-besaran ini supaya Israel selamat. Bagaimana pula dengan keselamatan Palestin. Bukankah mereka juga patut diselamatkan?
“Jadi, siapa yang rasa tidak selamat? Siapa yang perlukan jaminan keselamatan? Sudah tentulah rakyat Palestin. Tetapi demokrasi hebat acuan Barat telah menghalalkan pembunuhan besar-besaran oleh Israel itu. Maka, pembunuhan akan berterusan,” katanya dalam posting blognya yang terbaru di www.chedet.cc
Jelas Mahathir lagi, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun, mereka telah diserang bertalu-talu. Kedaulatan mereka diancam, malah mereka juga dinafikan hak mendapat bekalan ubatan, makanan, dan bahan binaan bangunan bahkan mereka tidak dapat membina semula rumah yang dimusnahkan oleh Israel, dan tiada tempat berlindung semasa musim sejuk.
Dalam pada masa yang sama, Mahathir turut memperjelaskan mengapa Palestin berhasrat untuk menolak gencatan senjata.
“Mengapa Palestin menolak gencatan senjata? Mudah. Kerana sebaik gencatan senjata tamat, Israel akan terus menyerang Gaza. Tiada apa faedah yang akan tercapai melalui gencatan senjata yang dapat membalas pengorbanan rakyat Palestin,” katanya.
Jelasnya lagi, pengeboman Israel sepatutnya dihalakan kepada pelancar roket dan terowong rahsia tetapi yang diserang oleh Israel adalah sekolah dan hospital.
“Tiada bukti kukuh yang dapat menyokong alasan Yahudi itu. Keseluruhan bandar musnah. Bolehkah kita percaya propaganda Yahudi kononnya keseluruhan bandar yang musnah itu penuh dengan roket Gaza? Apa yang pasti, bandar yang musnah itu padat dengan nyawa orang awam, dan sekarang mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu.
“Ternyata, bom dan roket Israel telah tersalah sasaran, dan membunuh bayi, orang tua, dan orang sakit,” ujarnya.
Dalam masa lain, Israel turut menyerang sekolah dan pusat perlindungan yang dibina oleh PBB di mana kanak-kanak sedang belajar dan tidur. Adakah Israel mahu tuduh PBB sengaja meletakkan sekolah mereka berhampiran dengan tempat simpanan roket Gaza?
“Kita tahu PBB tidak boleh diharap, dan lemah, tapi kita tahu PBB tidaklah sebodoh itu,” ujarnya tegas.
Selain itu, Mahathir turut memperjelaskan selepas penemuan tiga mayat Israel, Netanyahu berjanji untuk menghukum Palestin. “Dia tidak berjanji untuk mencari pembunuh itu, tetapi hanya berjanji untuk membunuh Palestin, termasuklah kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang sakit dan sekarang kita semua dapat lihat dia lakukannya. Lebih 2,000 orang Palestin untuk nyawa 3 orang Israel tidak mencukupi. Israel mahu membunuh lebih dari itu, kemungkinan besar genosid (penghapusan etnik).”
“Israel lupa bahawa rakyat Eropah telah melakukan penghapusan etnik Yahudi pada masa lampau.. dan Yahudi lari bersembunyi di negara-negara Islam. Mereka tinggal bersama orang Arab, Islam dan Kristian dengan aman dan harmoni. Yahudi Jerman yang lari semasa perang dunia ke-2 ke Perancis telah diselamatkan oleh orang Muslim di Perancis, dan diberikan nama-nama Islam supaya identiti mereka dilindungi.”
“Sejarah turut membuktikan semasa penaklukan tentera Kristian di negeri Islam terakhir di Sepanyol (Granada), dan mereka diberi pilihan samada memeluk Kristian, keluar dari Sepanyol atau dibunuh, orang Islam dan Yahudi bersama-sama memilih untuk keluar daripada Sepanyol dan tinggal bersama di Moroko, Algeria dan Mesir tanpa sebarang masalah.”
“Tiada Yahudi yang dibiarkan tinggal di penempatan haram di negara-negara Islam, mereka diberi layanan yang baik,” ujarnya.
Kini, demi “keselamatan Israel”, mereka lancarkan perang berskala besar ke atas semua negara Arab yang berikan bantuan kepada Palestin. Ironinya. untuk balas dendam pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi Jerman, dan kini mereka balas dendam terhadap masyarakat Arab.
“Orang Palestin telah lancarkan roket dan gali terowong untuk menyerang Israel. Tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan senjata canggih Israel, kereta kebal, misil balistik, dan UAV (kapal tanpa juruterbang) Israel dan bantuan Amerika.”
“Israel diberikan berbilion dollar serta senjata oleh Amerika. Untuk apa? Untuk berperang dengan Palestin. Maka, sudah tentulah Gaza mempunyai hak untuk menjaga keselamatan mereka. Tiadakah hak untuk mereka mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri sendiri dan negara mereka?” soal Mahathir.
Katanya, Obama dan Cameron, ketua negara yang menghasilkan raksasa Yahudi, telah memberikan lampu hijau untuk penghapusan etnik Palestin dan Arab.
“Tidak menghairankan kerana pada masa lampau, negara ini menyelesaikan masalah mereka melalui pembunuhan, dan merampas tanah orang lain dan kini mengaku kononnya itu tanah mereka,” ujarnya.

Ahli Politik Bankrap: Cer Teka Siapa Yang Tun Musa Maksudkan?

Putrajaya punca Melayu jadi rendah diri, kata Musa Hitam
Published: 31 August 2014
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2014.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan masyarakat Melayu menjadi hilang keyakinan dan rendah diri akibat daripada pendirian Putrajaya dalam menangani isu.
Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider, Musa berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi.
"Putrajaya beberapa kali mengatakan mereka mensasarkan peningkatan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara kepada 30% pada 2020.
"Tapi, kerajaan tidak mengambil kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC) apabila mengatakan  pemilikan ekuiti Bumiputera ketika ini adalah 24%. Kita menipu diri sendiri apabila menunding jari kepada kaum Cina. Tiada yang sempurna," kata Musa.
Musa yang juga pengerusi untuk Yayasan Ekonomi Islam Dunia semasa ditemui di  pejabatnya berkata isu kaum yang sering dimainkan oleh ahli politik memberi imej tidak baik kepada negara.
"Hanya ahli politik bankrap berterusan menggunakan agama dan kaum untuk meraih sokongan.
"Jangan salah anggap pada saya, saya adalah ahli Umno yang setia walaupun saya tidak  bercakap seperti ahli Umno yang kebiasaannya," katanya.
Bagi Musa, masyarakat Melayu khususnya tidak boleh lagi mengikut cara pemikiran seperti 50 tahun dahulu, sebaliknya perlu pandang ke hadapan.
"Kita tidak boleh guna lagi cara pemikiran 50 tahun lalu, kita perlu melangkah dan pandang ke depan," katanya.
Menurut Musa, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan bekas perdana menteri Tun  Abdul Razak Hussein bertujuan meningkatkan kehidupan kaum Melayu.
"DEB diperkenalkan untuk tingkatkan masyarakat Melayu di Malaysia dan membuang rasa rendah diri mereka," kata Musa.
Beliau menerangkan, sekarang lebih ramai Melayu berjaya yang dilahirkan dan ketika ini berada dalam kumpulan kelas pertengahan dalam Malaysia.
"Orang Melayu ini boleh berfikir sendiri, secara rasional dan matang," kata Musa.
Bagaimanapun, Musa menyifatkan terdapat percanggahan antara generasi sedia ada dengan  pemimpin tertentu di Putrajaya kerana mereka berada di dalam dua arus berbeza.
"Sesetengah pemimpin tidak searus dengan mereka yang dilatih," katanya.
Beliau memberi contoh semasa sedang bercuti dengan isterinya di Johor dan sedang makan di  Plaza Damas.
"Sekumpulan 30-40 remaja Melayu singgah di restoran tempat saya dan isteri sedang makan. Ada daripada mereka kenal saya dan menyapa saya.
"Selepas bertukar kata, salah seorang remaja tersebut bertanya kepada saya sama ada boleh berkongsi sesuatu dengan saya. Saya  kata boleh, apa salahnya. Kemudian remaja tersebut memberitahu saya tanpa rasa bersalah bahawa mereka anti kerajaan," kata Musa.
Musa kemudian berkata kepada remaja tersebut bukanlah satu kesalahan untuk anti kerajaan,  tetapi sebaliknya mencerminkan gambaran sebenar persepsi generasi sekarang terhadap  kerajaan sedia ada.
"Sebilangan orang mengambil mudah dengan mengatakan pemimpin Melayu adalah faktor  terpenting, tapi sebenarnya lebih banyak cabaran lain yang kita hadapi dalam masyarakat  yang lebih terbuka sekarang," katanya.
Musa juga kesal dengan kenyataan pemimpin politik kerana bercakap tanpa melakukan kajian  terlebih dahulu.
"Saya juga kecewa dan sedih dengan komen dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin sekarang  ini.
"Mereka seolah-olah tidak membuat kajian dan kerja rumah sebelum bercakap sesuatu.
"Malah kebanyakan mereka bercakap dahulu dan kemudian bila tersalah, baru tersedar sudah  terlambat untuk menarik kenyataan tersebut," kataya.
Lebih memburukkan keadaan adalah apabila pentadbiran sedia ada tidak mampu menangani isu  sensitif seperti agama.
"Masyarakat Melayu seolah-olah terkeliru tentang agama, bukan Melayu pula kebingungan  dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan di Putrajaya," katanya.
Musa merujuk kepada tuntutan oleh penganut Kristian dalam isu kalimah 'Allah', kemelut  yang berpanjangan hinggalah ia dibawa ke Mahkamah Persekutuan tahun ini.
"Apa sahaja hujah yang dibangkitkan, fakta mudah tentang itu ialah keputusannya yang hanya orang Islam di Semenanjung boleh menggunakan perkataan 'Allah'," katanya.
Musa terkejut dan tidak menjangkakan isu tersebut diperbesarkan sehingga terpaksa  diselesaikan ke mahkamah.
"Jika kamu yakin dengan agama kamu, tidak perlu risau jika bukan Melayu menggunakan  perkataan 'Allah'," katanya.
Menurut Musa, ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan antara 1978 hingga 1981, beliau  didatangi wakil daripada masyarakat Kristian untuk berbincang mengenai penggunaan Bible  dalam bahasa Malaysia.
"Ketika itu, kerajaan menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia oleh semua kaum, termasuk  Kristian," katanya.
Musa berkata kebenaran diberikan untuk mengimport Bible berbahasa Malaysia ke dalam  negara, tetapi ia mesti mematuhi syarat tertentu.
"Syaratnya termasuklah Bible tersebut mestilah untuk kegunaan sendiri, perlu disimpan dalam gereja dan tidak boleh dijual secara terbuka luar dari gereja," katanya.
Bagi Musa, keputusan tersebut adalah tepat dan berjaya dikompromi hinggalah ianya  diselesaikan secara senyap dan baik.
"Jika mahu semua menggunakan bahasa kebangsaan, tidak wajar membuat sekatan atau menghalang," kataya.
Sama juga dalam isu hudud, Musa berkata tiada pendirian tegas disuarakan oleh Putrajaya malahan menunjukkan kegagalan untuk mendapat kesepakatan untuk menangani undang-undang kontroversi tersebut.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia tidak bersedia untuk hudud,  kemudian Pemuda Umno kata, siapa yang kata mereka menentangnya?" kata Musa.
Musa mempertikaikan mengapa semua pihak tidak duduk semeja dan berbincang secara rasional sebelum membuat pendirian yang melulu dan tidak cekap itu.
"Lakukan kajian dan rasionalisasikan, beri penjelasan. Sekarang ini semua orang boleh buat kenyataan tanpa usul selidik," katanya.
Melihat situasi yang berlaku dalam negara sekarang, bekas ahli politik berusia 80 tahun  tersebut mengakui sedikit tertekan dan kecewa.
"Malaysia berisiko menjadi negara gagal kerana tidak tahu menangani kejayaan yang dikecapi dan selok-belok politik.
"Semestinya ada yang positif, orang luar kagum dengan Malaysia dan infrastrukturnya. Mungkin mereka beranggapan rakyat Malaysia gembira dan baik hati," katanya.
Musa juga mengulas kehilangan majoriti dua pertiga dalam dua pilihan raya umum, situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara.
"Malaysia perlu belajar untuk menghayati erti demokrasi dan sedia untuk kalah," kata Musa.
"Kita berbangga dengan diri sendiri sebagai demokratik dan mengamalkan gaya politik  Westminster," katanya.
Dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013, Barisan Nasional buat kali pertamanya berdepan situasi sukar menghadapi pembangkang Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan  DAP.
"Demokrasi juga bermakna memahami peranan kritikan dan mampu menerimanya," kata  beliau.
Musa berkata kemodenan yang dikecapi ketika ini mengubah segalanya, menyifatkan "demokrasi  digital" sudah tiba dan penuh dengan liku-liku, sama ada kepada kerajaan mahupun masyarakat.
"Demokrasi digital sudah tiba di dunia ini, ia tidak dapat dijangka, terbuka, baik dan boleh juga menjadi kejam," katanya.
Harapan Musa sempena kemerdekaan ini ialah, Allah akan menyelamatkan negara dan membawa kita ke arah jalan yang lurus. – 31 Ogos, 2014.

Ulasan Menarik: "Retak mencari belah"

Sebuah Pakatan yang bakal runtuh?
SUARA LANTANG: Pakatan Rakyat muncul pada tahun 2008, dan terdiri daripada tiga parti dengan matlamat yang berbeza. DAP adalah sebuah parti politik yang telah lama yang mampu mengharungi ribut politik di Malaysia dengan pemimpinnya telah secara konsisten diganggu, ditahan, ditangkap dan didakwa beberapa kali atas pelbagai kesalahan terutamanya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diketahui zalim. Sekarang Akta Hasutan sedang digunakan terhadap mereka.
Ia mendokong sebuah negara sekular.
PAS dahulunya merupakan pecahan sayap agama UMNO asal. Kumpulan itu mahu menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia dan kini berharap dapat melaksanakan undang-undang Islam "hudud" jika ia berkuasa.
PKR wujud apabila Parti Rakyat telah dibubarkan oleh presidennya dahulu Syed Hussein Ali dan menyertai Parti Keadilan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri yang sepatutnya menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Tetapi kerana sikap tidak sabarnya dalam cubaan mengubah gaya UMNO yang melakukan kegiatan politik jahat, beliau telah dipecat daripada parti itu dan kerajaan.
Beliau juga didakwa atas pertuduhan perbuatan seksual di luar tabii, bagi menutup peluangnya dalam politik. Tetapi beliau tidak berputus asa, menentang kembali dan membentuk sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Keadilan. Beberapa orang ahli-ahli UMNO Baru yang tidak berpuas hati juga menyertai beliau dalam parti itu. Ia menjadi sebuah parti politik berbilang kaum apabila beberapa ahli politik yang kurang ternama daripada parti-parti etnik yang lain turut menyertainya.
Ia bermula dengan baik dan saya hadir sebagai pemerhati politik pada kongresnya kerana saya mengenali beberapa pemimpin utamanya. Ia dialu-alukan dan timbul harapan bahawa parti baru ini akan bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan politik.
Ia menerajui kerajaan negeri Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-12 kerana gabungan itu berjaya mendapatkan kerusi yang cukup dalam Dewan Undangan Negeri.
Dan ia memilih pemimpin korporat terkemuka, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga salah seorang pemimpin-pemimpin tertingginya, untuk mentadbir kerajaan negeri itu. Semuanya berjalan dengan lancar dan seolah-olah tiada aduan ketara mengenai gaya dan cara beliau menjalankan tugasnya.
PKR yang merupakan parti majoriti Melayu yang anggotanya merupakan bekas ahli-ahli UMNO Baru, menghadapi budaya masa lalu yang muncul kembali. Tiba-tiba, selepas sekali lagi diminta menerajui pentadbiran negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13, keretakan mula muncul.
Khalid yang telah diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri ini sekali lagi, telah dituduh atas beberapa salah laku. Hal ehwal peribadinya turut digunakan terhadapnya.
Ini adalah senario biasa dalam UMNO.
Parti itu hanya mempunyai satu matlamat dan ini adalah keadilan untuk Anwar Ibrahim, ketua umumnya. Ia berkembang menjadi menjadi sebuah parti yang mengamalkan gaya yang sangat ia benci, iaitu gaya UMNO. Budaya lama telah secara tidak sengaja diamalkan di dalam parti dan ia menjadi pautan yang paling lemah dalam gabungan yang sememangnya rapuh ini. Ia berfungsi untuk seketika, tetapi tidak dapat bertahan buat jangka masa yang panjang.
Gabungan itu bukannya sebuah entiti berdaftar dan ia hanya merupakan sebuah perkumpulan yang sangat longgar tiga buah parti politik.
Pepatah Melayu ada mengatakan, "retak mencari belah". Retak ini telah mencari perpecahan sepenuhnya.
Gabungan itu adalah sebuah perkongsian yang tidak selesa. Tidak ada matlamat ideologi sama yang boleh menambat parti-parti ini dalam menentang kekuatan UMNO Baru/BN. Terdapat pertelingkahan berterusan antara pelbagai pemimpinnya mengenai matlamatnya. PAS berusaha menolak UMNO Baru daripada kawasan Melayu, tetapi tidak semua orang Melayu mempercayai apa yang mahu dicapai PAS.
PAS tidak membuat sebarang kemajuan sosial dan ekonomi di negeri Kelantan dan selepas pilihan raya 2008, Kedah memilih PAS untuk mentadbir negeri itu. Ia gagal dengan teruk. Pengundi-pengundi di Kedah menunjukkan bahawa mereka telah muak dengan pentadbiran PAS dan dalam PRU 2013, mereka kembali menyatakan sokongan mereka terhadap UMNO Baru/BN untuk mentadbir negeri itu.
Pakatan Rakyat telah gagal untuk menunjukkan bahawa ia boleh mengambil alih daripada UMNO Baru/BN sebagai sebuah entiti politik alternatif bagi mentadbir kerajaan Persekutuan. PKR yang memulakan perpecahan ini. PAS telah menunjukkan belang sebenarnya dan PKR tidak pernah menjadi sebuah parti politik baru, tetapi lebih kepada sebuah pecahan UMNO Baru dan budaya politiknya yang memualkan.
Dalam percubaan untuk menggulingkan Khalid sebagai Menteri Besar, PKR telah mencalonkan presidennya Wan Azizah yang juga isteri Anwar sebagai ketua eksekutif baru negeri itu. PAS telah mengambil banyak masa untuk menunjukkan apa-apa sokongan terhadap pencalonan ini.
Akhirnya pada 17 Ogos ia menyokong pencalonan ini, tetapi ia juga menyertakan nama Azmin. Ini hanya menunjukkan keengganan di pihak pemimpin-pemimpin tertinggi PAS untuk menyokong sepenuhnya Wan Azizah sebagai calon. Seolah-olah terdapatnya unsur tidak ikhlas dalam keputusan ini. Keretakan itu maka masih boleh dilihat.
Apa yang PAS lakukan adalah untuk menangguhkan sementara keruntuhan Pakatan. PAS tidak akan berputus asa dalam matlamatnya, dan ini akan menjadi sesuatu yang akan mengganggu gabungan itu.
DAP telah melakukan sebuah lagi kesilapan politik. Ia telah digunakan oleh Semangat 46 untuk menjatuhkan UMNO, tetapi kepimpinan lemah dalam Semangat 46 yang tidak mempunyai matlamat politik yang positif, telah menyebabkan seluruh eksperimen itu gagal. - sumber

Rasanya Buat Sementara Waktu Anwar Patut Tutup Mulut!

Adakah Anwar cuba mengambil hati Pemimpin PAS?
Persoalan itu dah tidak relevan lagi sekarang
Mood dan situasi nampaknya sudah berubah......

Anwar dakwa PAS mahu beliau jadi PM jika Pakatan ambil alih Putrajaya 
Published: 30 August 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada hadirin di Centre For Reform Democracy & Social Initiative di Puchong, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 Ogos, 2014.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan beliau merupakan pilihan PAS menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, mengenepikan cakap-cakap yang parti Islam itu mahu veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengisi jawatan itu.
“Walaupun tidak pernah diumumkan secara rasmi oleh PAS, ke mana sahaja saya pergi, baik bersama PAS Johor malah juga di Kelantan, atau di depan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz Nik Mat, saya didedahkan sebagai calon perdana menteri pilihan mereka,” kata Anwar.
“Saya tidak pernah memberi sebarang reaksi, dan itulah yang sebaiknya. Suatu masa dulu, saya timbalan perdana menteri, kemudian saya dimasukkan ke dalam lokap dan dipukul. Tidak ada maknanya untuk saya rasa perasan sangat," katanya dalam nada bergurau
Ketua Umum PKR itu berkata demikian apabila ditanya pendirian Pakatan tentang perkara itu semasa satu dialog anjuran Pusat Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong.
Pada 5 Ogos, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli memberitahu satu forum, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pimpinan PAS mahukan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri.
Menurut Rafizi, satu rombongan pemimpin PAS termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, timbalan presiden Mohamad Sabu dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Anwar keputusan mereka itu sebulan sebelum PRU13 pada 5 Mei.
Perkara itu kemudiannya disahkan pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang juga mendedahkan Anwar tidak bersetuju dengan cadangan itu, dan perkara itu akhirnya terhenti di situ sahaja tanpa sebarang pengumuman.
Anwar hari ini meremehkan bantahan terhadapnya itu, mengatakan ia cuma pandangan "sekumpulan kecil."
"Mungkin ada beberapa kenyataan (tidak bersetuju dengan pencalonan saya) dari satu kumpulan kecil," katanya.
"Seperti juga dalam kongres PKR, di mana akan ada satu atau dua orang perwakilan yang memberi kenyataan (berbeza)."
Sementara itu, Anwar juga menggesa orang ramai tidak "menghukum" PAS kerana peranan yang dimainkannya dalam isu krisis menteri besar Selangor, sambil berkata parti itu banyak membantunya ketika beliau dipenjara pada 1999. – 30 Ogos, 2014.

Budak Kurang Asam Ni Merapu Apa Pulak?

Aku bukan nak sokong Anwar atau nak ampu Wan Azizah
Aku tak suka kegelojohan Anwar dan aku juga tak suka sikap 'Mak Turut' Wan Azizah
Tapi bagi jawatan MB tu Wan Azizah memang ada kelayakan
Dia Presiden parti dan mendapat sokongan majoriti di DUN Selangor serta berpelajaran 

Tetapi yang janggalnya budak serban besar ni buat umpaan yang tidak kena masa dan tempat
Dia ni sekolah kat mana dulu?

Dia nak bandingkan dengan Nik Aziz?
Fahamkah dia situasi semasa itu?
Semasa itu Nik Aziz Menteri Besar - Ketua eksekutif kerajaan Kelantan - Maknanya beliau memegang kuasa
Sedangkan Anwar apakah kuasanya?
MBkah dia? PMkah dia atau TPMkah dia?

Dia hanya ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen yang menunggu masa dikurung lagi

'Nepotisme hanya untuk menantu Nik Aziz?'
mk - 11:44AM - 30 Aug 2014

Anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan meneruskan kritikannya atas amalan nepotisme, yang kini menjmenjadi tumpuan dalam isu pencalonan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya di Facebook, MP Temerloh itu mempersoalkan sikap PAS dalam menangani isu tersebut pada masa ini, memandangkan parti Islam tersebut pernah terpalit dengan masalah sama pada 2009.
Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman terpaksa berundur selepas pelantikan ke jawatan berkenaan mencetus kontroversi.

“Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?

“Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu (Nik Aziz), tidak kepada yang lain?,” soalnya dalam tulisan di Facebook.

Dengan sinis, beliau seterusnya menyatakan bahawa PAS sepatutnya sudah boleh menerima amalan nepotisme ketika parti Islam tersebut menghadapi isu pelantikan Ariffahmi.

“Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang? Sepatutnya ia sudah diterima pada lima tahun yang lalu.

“Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini,” katanya.

Dalam kenyataannya di laman itu, beliau turut memuatkan pautan ke satu video berhubung kenyataan timbalan presiden PKR Azmin Ali, mengenai isu pemilihan calon untuk jawatan tersebut.

Rupanya Isu Ini Serius!

Bila TPM sendiri bersuara. makna isu ini memang panas dan serius
Mulanya saya ingat mereka acah-acah saja.....

Kerajaan Akan Benteras Usaha Bawa Sabah Keluar Dari Malaysia?
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata suara yang mencadangkan membawa Sabah keluar dari Malaysia, jika ada, tidak boleh dibiarkan dan tindakan tegas akan diambil pihak berkuasa terhadap pihak yang cuba menimbulkan keadaan sedemikian.

Muhyiddin berkata tindakan tegas itu bagi menentukan Sabah kekal sebagai sebuah negeri penting dalam Malaysia dan terus menikmati kemajuan serta pembangunan pada masa akan datang. 

Suara saperti ini akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selanjutnya Muhyiddin  berkata kerajaan tidak mahu mendengar ada suara yang dibangkitkan kumpulan kecil namun lantang kononnya tiada apa-apa kemajuan di Sabah dan mencadangkan usaha dibuat untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.


Usaha ini satu sikap saya kira bertentangan dengan perlembagaan, negara dan negeri. Ia bersifat hasutan kalau dibiarkan berlaku maka akan menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan yang telah ada di Sabah, katanya.

Sebelum ini, Speaker DUN negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said meminta pihak berkuasa memantau kegiatan individu dan kumpulan tertentu yang menggunakan media sosial untuk menghasut rakyat membawa Sabah keluar dari Malaysia. -sumber

Saturday, August 30, 2014

PAS Yang Syok Sendiri Akan Membunuh Diri?

Dari pengamatan dan pengalaman lalu kata Mat Taib ada benarnya
Kalau PAS gagal mengambil iktibar dari sejarah, entahlah!

Pada aku PAS sekarang dikepalai oleh orang-orang yang gagal
Berjayakah seseorang ketua politik bila kecewa dan gagal mempertahankan dua negeri yang di dalam genggamannya sebelum ini?
Dan tidak mustahil dalam PRU14 nanti Kelantan juga akan melayang kalau mereka berperangai syok sendiri ini

Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib 
Published: 30 August 2014
Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.
"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.


"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.
PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.
Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.
"Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.
"Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.
"Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.
Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun.
Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama.
"Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan. Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC.
"Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.
"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. – 30 Ogos, 2014.

MP Britain Pembela Palestin Cedera Teruk Diserang Dan Dibawa Ke Hospital

George Galloway taken to hospital after street attack
30 August 2014 Last updated at 01:29
A picture, released by Respect via Twitter and taken before Mr Galloway went to hospital, shows the extent of his injuries

George Galloway has been taken to hospital with a suspected broken jaw after he was attacked on a London street, his spokesman has said.
The Respect MP was posing for pictures with people in Golborne Road, Notting Hill, when a man allegedly set upon him. Police were quickly at the scene and arrested a man.
The MP's spokesman said he had bruising and was in "a pretty bad shape".
He said the alleged attacker had been shouting something about the Holocaust.
"George was posing for pictures with people and this guy just attacked him, leapt on him and started punching him," the spokesman said.
"It appears to be connected with his comments about Israel because the guy was shouting about the Holocaust."
Mr Galloway was interviewed under caution by police earlier this month after he made controversial comments about Israel.
The MP for Bradford West said in a speech that Bradford had been "declared an Israel-free zone" and urged people to reject all Israeli goods, services academics and tourists.
His spokesman said he did not know whether the attacker was an Israeli, an EDL-supporter, or whether he had another motive.
Hospital treatment
He said Mr Galloway also suffered a suspected broken rib and severe bruising to the head and face in the attack, which happened on Friday evening.
The MP was taken to St Mary's Hospital, Paddington, following the incident.
Meanwhile, a Metropolitan Police spokesman confirmed police had been called to Golborne Road at around 19:40 BST after a man was assaulted in the street.
"Officers attended. The suspect was found a short time later and stopped," the spokesman said.
"He was arrested on suspicion of ABH (actual bodily harm) and taken to the south London police station."
A man was arrested and cautioned in 2008 in connection with an attack against Mr Galloway.
The politician needed medical treatment after he was pelted with a rubber stress ball while campaigning in an open-top bus in London.
An earlier version of this story reported that a man had been cautioned by police and that Mr Galloway was given medical treatment without being taken to hospital. However, this was based on information about an entirely separate attack on Mr Galloway in 2008 by a different man

- sumber

Khalid, Adakah Rakyat Juga Nampak Begitu?

Yang rakyat dan penyokong PR yang bukan Ahli PAS nampak sebenarnya adalah sikap setia kawan PAS, percanggahan di dalam pimpinan PAS dan pendirian PAS yang tidak tetap.
Hilangnya solidariti di dalam PR

PAS mahu buktikan ia bebas dari PKR, DAP dalam isu MB, kata Khalid Samad
Published: 30 August 2014
Golongan muda PAS merasakan parti Islam itu terlalu banyak berkompromi dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa membuktikan parti itu bertindak bebas dalam isu krisis MB Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos,2014

Tekanan dari golongan muda PAS yang merasakan mereka terpaksa menurut agenda rakan parti PKR dan DAP menyebabkan kepimpinan pusat parti Islam itu mengorak haluan sendiri dalam krisis menteri besar (MB) Selangor, kata  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata itulah sebabnya PAS berdegil dalam krisis MB Selangor dan bercanggah pendapat dengan PKR dan DAP dengan tidak menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru.
"Kita perlu faham mengapa PAS berkelakuan sedemikian. Saya rasa masalah utamanya ialah golongan muda PAS... pemimpin lebih muda, mereka merasakan seperti perlu turut sahaja dengan agenda PKR dan DAP," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.
"Mereka merasakan seolah-olah identiti PAS dan ahli partinya semakin kabur, solah-olah kita mengikut sahaja rancangan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kumpulan beliau.
"PAS ingin menunjukkan ahlinya yang ia ada pendirian sendiri dan ia masih bebas," kata Khalid tentang penentangan partinya terhadap rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dalam isu MB yang berkemungkinan memecahbelahkan pakatan berusia enam tahun itu.
Penganalisis politik berkata tampak ada antara ahli PAS merasakan PR perlu mengikut rentak parti Islam tersebut, seperti yang berlaku di Kedah sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dan semasa isu hudud timbul.
PAS Kedah menghadapi pergaduhan dan pergolakan dalaman di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan PAS kekal dengan MB satu penggal itu apabila bertanding untuk PRU13 dan hilang kuasa atas negeri itu kepada Barisan Nasional (BN).
Parti itu bertegas mahu menguatkuasakan kanun jenayah Islam hudud, meskipun rakan PKR dan DAP membantah dengan mengatakan jika isu itu terus digembargemburkan, mereka aan kehilangan undi pada masa depan.
Khalid (gambar, kiri) memberitahu The Malaysian Insider ada ahli secara terbuka meminta pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mengatakan parti Islam tersebut sudah banyak berkompromi.
"Berdasarkan sentimen ini, ada antara pemimpinnya yang ingin menunjukkan identiti yang berbeza daripada PKR dan DAP, jadi kita dapat katakan kita bukannya hanya bertindak mengikut arahan PKR dan DAP." tambahnya.
"Sebagai parti yang kukuh kedudukannya, PAS tidak mahu dilihat sebagai orang bawahan PKR."
Bagaimanapun, Khalid berkata ini merupakan agenda Umno dan BN bagi mewujudkan perselisihan antara parti dalam PR.
"Jadi malang sekali, inilah yang tidak difahami ahli serta pemimpin kita sendiri... sebenarnya kita tidak melakukan apa-apa yang tidak kita persetujui. Jika terdapat perbezaan pendapat, selalunya ia akan diselesaikan melalui perbincangan," tambahnya.
Rabu lepas, Khalid berkata mereka yang ingin PAS meninggalkan PR patut keluar parti itu.
Beliau berkata sekiranya ahlinya berpendapat partinya lebih baik tanpa PR, mereka patut meninggalkan parti dan sertai Umno.
"Sebaik sahaja ahli-ahli ini pergi, barulah PAS boleh menjadi rakan yang efektif kepada PR."
Pendirian parti Islam tersebut menamakan sekurang-kurangnya dua calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangkitkan persoalan keteguhan PR, memandangkan PKR dan DAP bertegas menamakan calon tunggal Dr Wan Azizah, bagi jawatan tersebut.
Ini berlaku selepas Sultan Selangor mengarahkan setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama calon, membayangkan istana tidak berkenan dengan Dr Wan Azizah.
PAS mengulangi ia akan menghantar dua nama calon MB Selangor kepada Sultan, sekaligus menentang keputusan Majlis Presiden PR mencalonkan hanya Dr Wan Azizah, mengatakan mereka hanya menurut titah Sultan.
PAS juga menimbulkan kemarahan PR sebelum ini apabila mengambil masa terlalu lama memutuskan sama ada menyokong penyingkiran Khalid Ibrahim, dan meskipun digesa membuat keputusan dengan lebih cepat, kepimpinan PAS hanya bermesyuarat seminggu selepas PKR memecat Khalid Ibrahim.
Penganalisis menjangkakan gambaran masa depan suram bagi Pakatan.
Khoo Kay Peng berkata penentangan PAS ini bakal menjatuhkan PR pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center juga setuju bahawa kedegilan PAS untuk mencalonkan dua nama pasti "mewujudkan lebih banyak ketegangan" dalam pakatan tersebut.
Bagaimanapun, Khalid memandang ringan isu tersebut dengan mengatakan perbalahan antara PAS dan rakan partinya hanya berkisar aspek "strategi" dan bukan dari segi "prinsip".
"Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai masalah kerana ia bukannya isu besar," katanya, pada masa sama mengatakan cabaran terbesar tahun ini ialah memastikan kesinambungan PR.
"PKR dan DAP juga perlu faham pendirian kami supaya mereka juga akan pastikan apa sahaja keputusan yang perlu dibuat, reputasi dan kepentingan kami juga turut dipertahankan." – 30 Ogos, 2014.