Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 31, 2015

Sangat setuju tetapi..........

Kecuali perenggan 6 hingga sembilan........
Sedarkah Ku Li kedua-dua pengganti Mahathir adalah terdiri dari individu yang lemah dari kalangan UMNO?

Ku Li cadang adakan pilihan raya untuk pilih Perdana Menteri
Astro Awani |Kemas kini: Mei 30, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 30, 2015 13:16 MYT)

Ku Li cadang adakan pilihan raya untuk pilih Perdana Menteri
Ahli Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini mencadangkan jawatan perdana menteri dipilih secara terus melalui satu pilihan raya langsung. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mencadangkan jawatan perdana menteri dipilih secara terus melalui satu pilihan raya langsung dan bukan lagi seseorang yang dipilih dari dalam sebuah parti seperti yang dilakukan sehingga hari ini. 

Ahli Parlimen Gua Musang yang  dikenali sebagai Ku Li itu berkata sistem yang diwarisi hari ini dilihat kurang berkesan dan sudah tiba masa untuk melihat sistem pilihan raya lain yang bersesuaian dengan keadaan hari ini.

"Kita mungkin boleh ada perdana menteri yang dipilih secara terus dan bukan seorang yang diangkat parti," katanya dalam ucapan sewaktu merasmikan badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia) di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Petaling Jaya, pagi ini, laporThe Malaysian Insider.

"Kita mewarisi sistem ini daripada British dan sistem ini terbukti begitu berkesan untuk negara-negara lain.

"Namun, perkara yang sama tidak dapat dilihat di Malaysia. Mungkin sifat masyarakat kita menghalang kecekapan dan keberkesanan sistem itu dan menyebabkan kita menjadi malas," tambah beliau.

Sementara itu dalam sidang medianya, Ku Li turut berkata desakan perletakan jawatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memulihkan UMNO tidak akan dapat menyelesaikan masalah parti itu.

Beliau mengambil contoh tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan kuasa kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi terbukti tidak menyelesaikan masalah di dalam UMNO.

"Adakah ia akan menyelesaikan masalah? (Dahulu) dia (Tun Mahathir) turun pun tak selesaikan masalah."

Malah menurut beliau, kritikan Tun Mahathir ketika pentadbiran Tun Abdullah yang membawa kepada  pelepasan kuasa, turut memburukkan keadaan.

Berapa banyak bohong daa…

Isu 1MDB: Berapa banyak bohong daa…

May 29, 2015
Menurut Shahbudin kelewatan penjelasan masalah dalaman 1MDB hanya akan mendedahkan lebih banyak pembohongan
PETALING JAYA: Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat semakin kusut dan tidak berkesudahan dengan lanjutan siri penipuan.

Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak didakwa berbohong mengenai kedudukan wang hampir RM4 bilion yang didakwa disimpan di salah sebuah bank di Singapura, kini giliran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi dikatakan menggunakan taktik yang sama.

Ketiadaan dua sosok penting itu menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memperlihatkan penipuan demi penipuan terus berlaku.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin turut mempersoalkan tindakan Najib yang seolah-olah hanya cenderung kepada Arul dan Shahrul walaupun dikecam oleh pelbagai pihak.

“Di bursa politik kedai kopi dan lobi hotel, bertebaran cakap-cakap mengatakan betapa besarnya pangkat kedua-dua individu terbabit sehingga Najib seolah-olah hanya “PRO” saja kepada mereka.

“Malah, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah tampil sebagai jurucakap memberi jaminan kedua-dua mereka akan tetap memberi keterangan,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Tambahnya lagi dengan menutup kecacatan dalam 1MDB, ia hanya akan mendedahkan lebih banyak lagi pembohongan dalam 1MDB.

“Dengan terus bermain dengan masa dan satu demi satu pembohongan terbongkar dalam usaha yang bagaikan terpaksa untuk merungkai kekusutan 1MDB ini, rata-rata mula bertanya, apakah selepas ini lebih banyak lagi pembohongan akan terus terdedah?

“Bohong, bohong dan terus bohong. Berapa banyak bohong daa…mungkin ini yang terpacul daripada mulut Allahyarham P Ramlee jika beliau masih hidup dan menyaksikan kemelut 1MDB ini,” katanya.

Saturday, May 30, 2015

Ada ker yang cerdik bercakap perkara bodoh?

Sanggupkah yang cerdik membadotkan diri?

Rasanya tidak akan ada manusia cerdik sanggup bercakap perkara bodoh kepada umum.
Hanya yang benar-benar bodoh saja akan bercakap perkara bodoh dan merapu!

Kenapa menteri-menteri kita sering bercakap perkara-perkara yang bodoh?
09:30PM Mei 30 2015
oleh Robin Stanley Augustin

KOMEN: Ianya sedih sekali rakyat Malaysia tidak terlibat dengan perniagaan sarkas. Kita kelihatan seperti mempunyai ramai individu yang mempunyai bakat.
Di Malaysia, kita mempunyai eksekutif tertinggi yang pandai menghilangkan diri apabila kehangatan memuncak, dan pemimpin yang menjadi peluru meriam manusia dan terbang ke luar negara terlalu kerap. Kemudian terdapat pakar boneka yang menggunakan boneka manusia untuk kepentingan mereka, sudah tentunya. 
Di atas semua itu, kita kelihatan tidak pernah kurang bekalan badut, yang berjalan di antara kita tanpa kostum mereka, mekap atau bakat yang boleh diukur, melainkan untuk menghiburkan orang ramai dengan komen mereka.
Ambil contoh kenyataan dua orang menteri di Parlimen baru-baru ini.
Dalam laporan Free Malaysia Today, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rohani Abdul Karim menyeru rakyat Malaysia untuk mempunyai lebih banyak anak kerana trend pasangan kahwin lewat dan hanya mempunyai seorang atau dua orang anak akan membawa kita kepada negara yang penuh dengan orang tua.
“Kementerian menggesa pasangan supaya tidak terlalu fokus kepada kualiti hidup, tetapi untuk menghargai bahawa mempunyai ramai anak akan memberi kebaikan kepada negara dalam jangka panjang,” beliau memberitahu Parlimen ketika sesi soal jawab.
Rohani berkata kerajaan sedang melakukan tugas mereka dengan menambah lebih dua kali ganda cuti paterniti kepada tujuh hari sementara meningkatkan cuti bersalin kepada 90 hari dan membenarkan masa kerja yang fleksibel supaya wanita dapat membahagikan masa antara kerja dan menjadi ibu.
Beliau berkata kerajaan sedang melakukan apa yang termampu untuk menggalakkan, bukan memaksa pasangan untuk sekurang-kurangnya mempunyai tiga atau empat anak berbanding keluarga yang lebih kecil.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim menggesa supaya berfikir positif terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan supaya dapat mengurangkan tahap tekanan.
“Fikir positif tentang GST...1MDB. Jika anda berfikir positif maka ianya akan mengurangkan tahap tekanan.”
Shahidan berkata mereka yang bercakap tentang isu-isu ini akan tertekan dan mereka yang mendengar turut akan tertekan.
Betapa bijaksananya mereka. Rakyat Malaysia begitu bertuah mempunyai pemimpin seperti mereka.
Pertama sekali, mengapa Rohani perlu meminta rakyat “tidak terlalu fokus terhadap kualiti hidup”? Apa jenis nasihatkah ini?
Setiap matlamat kerajaan dalam dunia adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Usaha dan pelaburan kerajaan dalam infrastruktur adalah demi tujuan ini semata-mata.
Adakah Rohani benar-benar faham kenapa ibu bapa mempunyai anak yang kurang sekarang?
Dengan tahap gaji yang tidak berubah dan kos sara hidup yang tinggi adalah jelas kenapa rakyat memilih untuk mempunyai kurang anak.
Kementerian Rohani telah melaksanakan beberapa inisiatif yang mulia seperti menambah cuti bersalin dan cuti paterniti dan juga membenarkan waktu kerja fleksibel.
Tetapi pada akhirnya, ia berbalik kepada kemampuan.
Anak muda zaman ini belum tentu mampu untuk membeli rumah, apatah lagi berfikir untuk mempunyai beberapa orang anak.
Dan bagaimana dengan kualiti hidup anak-anak? Pastinya kualiti hidup mereka lebih penting.
Mana-mana ibu bapa yang berfikiran waras lebih cenderung mempunyai seorang anak dan memberi yang terbaik daripada mempunyai tiga atau empat orang anak tetapi tidak mampu untuk membayar bil perubatan, pendidikan dan banyak lagi.
Ianya bukan tugas rakyat untuk mempunyai ramai anak demi kebaikan negara.
Jika kerajaan sedar terdapat keperluan ini, mereka seharusnya fokus kepada gaji yang lebih adil, mengurangkan kos sara hidup dan menyuntik lebih banyak dana kepada projek infrastruktur yang membantu memudahkan rakyat untuk mencapai matlamat.
Kerajaan boleh mengurangkan tarif kereta import yang telah meningkatkan harga kereta, lebih fokus kepada rumah mampu milik, hentikan pembaziran, kurangkan jumlah kementerian, kaji semula GST untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah, contohnya.
Bantu orang ramai berbanding membelanjakan wang kepada jet peribadi dan melindungi kepentingan gergasi telekomunikasi yang mendapat keuntungan berbilion ringgit.
Apabila rakyat mampu untuk mempunyai ramai anak, kadar kelahiran akan meningkat kembali.
Pada masa ini, rakyat sedang bergelut untuk terus hidup membuatkan mempunyai lebih daripada seorang atau dua orang anak terkeluar dari fikiran.
Dan untuk Shahidan, meminta rakyat supaya berfikir positif terhadap GST dan 1MDB adalah satu kenyataan bodoh.
Rakyat risau kerana mereka sedang mengalami kenaikan kos sara hidup selepas pelaksanaan GST. Berfikir positif tidak akan membantu mereka membayar kos tambahan yang mereka tanggung.
Mungkin juga Shahidan tidak begitu mengetahui dengan isu 1MDB untuk kekal positif mengenainya.
Sedangkan orang seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno telah bersuara mengenai 1MDB.
Ini bukanlah isu yang diperbesarkan demi kepentingan politik.
Sebagai pemimpin, Shahidan seharusnya menyahut seruan rakan-rakannya supaya tindakan diambil ke atas mereka di belakang 1MDB, bukan meminta rakyat berfikir positif mengenainya. Beliau mesti faham tentang kerisauan dan kemarahan terhadap isu ini.
Masalah dengan pemimpin kita adalah mereka kurang peka dengan apa yang sedang berlaku di akar umbi yang membuatkan mereka terlalu pantas membuka mulut tanpa berfikir.
Bilakah kegilaan ini akan berakhir?

Kerana watak ketiga, episod pertembungan Mahathir-Najib semakin menarik

Bertambah hangat bila ada pihak ketiga memainkan peranan.......
Kalau benar dan dapat dibuktikan Mahathir menyonglap harta rakyat........semua orang nak tahu di mana, berapa banyak dan apakah tindakan kerajaan terhadapnya nanti

Tapi kenapa Mahathir sahaja?
Nak siasat Mahathir tu memang bagus kalau ikhlas demi rakyat dan negara

Namun sebelum itu bukankah lebih baik menyekat/menahan kerugian yang sedang di alami negara sekarang terlebih dahulu?
Dengan hutang negara bertimbun, rakyat tercekik dan politik bercelaru, patutkah perkara ini dibiarkan berterusan?


Habuan RM1 juta 'bongkar' harta Dr M
mk - 5:57PM - 30 May 2015
Pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) menawarkan habuan sehingga RM1 juta kepada mana-mana pihak yang tampil memberi maklumat mengenai wang tunai dan aset tersembunyi  Tun Dr Mahathir Mohamad .

Jika itu tidak cukup menggiurkan, CAGM sebenarnya berjanji untuk memberikan habuan lumayan itu kepada setiap individu yang membantu menemukan harta milik bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Pengerusinya, Md Zainal Abidin berkata, pihaknya akan merahsiakan segala butiran identiti pemberi maklumat terbabit.

"CAGM menjalankan penyelidikan dan merujuk kepada laporan media, Dr Mahathir mampu menjadi perdana menteri selama 22 tahun kerana memiliki kemewahan yang banyak.

"Kebanyakannya disembunyi di luar pesisir pantai melalui pelbagai lapisan proksi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, pertubuhan sama menyatakan rancangan mereka untuk menyaman Dr Mahathir sebanyak RM50 bilion kerana membazirkan wang pembayar cukai.

Tidak banyak yang diketahui mengenai pertubuhan itu dan Md Zainol mendakwa, ia baru ditubuhkan sebulanlalu namun mempunyai kira-kira 2,000 ahli.

Kata Md Zainol semakan di Wikipedia pada Disember 2012 juga menunjukkan Dr Mahathir adalah bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak.

Kenyataan CAGM bagaimanapun mengingatkan, mereka meletakkan beberapa syarat kepada pemberi maklumat sebelum habuan RM1 juta itu boleh diserahkan.

Biar betul? Kesiaan.......siLuncai!

'Kalaulah benar terjadi' - 

Kesiankan?
Dengan kawan bergaduh bertikam lidah, berpencak tidak mahu melangalah
Sesama sendiri riuh rendah........bertekak berselak kain tunggu berantakan
Rakan yang diharapkan hanya tersenyum sinis
Nampaknya kerakusan akan memakan diri!

Umno mempermainkan PAS dalam isu hudud, kata Ahmad Awang 
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 29 May 2015 9:00 AM
Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.
Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.
"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.
Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.
"Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.
"Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa,” katanya.
Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.
"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.
Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.

"Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya.
"Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak. 
Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.
Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno.
Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - DAP dan PKR.
Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.
"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.
Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.
Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam.
Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama.
"Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.
"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.
Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.
"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.
Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.
"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya.
Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.
Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan. – 29 Mei, 2015.

Kah..kah....lawak giler!

Aku tanak komen sebab belum tentu kes ini benar tau tidak
Walau bagaimana pun.........korang fikir dan nilailah pada tahap masing-masing

Banyak bertanya, jabatan agama dakwa
mk - 9:50PM - 29 May 2015

'Pencarian' seorang lelaki untuk mendalami Islam membawanya ke tempat yang tidak pernah diingininya - masalah.

Wan Sulaiman Wan Ismail, 54, dari Perak, sebelum ini membangkitkan persoalan mengenai perbezaan antara apa yang tertulis dalam al-Quran dengan amalan Muslim.

Antara tempat yang dituju untuk mencari jawapan ialah pejabat Mufti Perak.

"Saya menganggap mereka sebagai guru. Sebab itu saya pergi ke sana untuk bertanya dan mendapatkan nasihat.

"Bagaimanapun mereka cuma memberitahu saya supaya ikut saja apa yang mereka kata," jelas Wan Sulaiman dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.


Tidak serik dengan itu, Wan Sulaiman mengemukakan soalan kepada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipp), pegawai Masjid Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada laman sesawang mereka.

Kesannya, Wan Sulaiman didakwa mengikut Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Perak 1992 oleh Jaipp.

Menurut seksyen itu, seseorang boleh didakwa jika didapati mempersenda, memperolok atau menghina al-Quran dan hadis secara perkataan atau perbuatan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda RM5,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya.

Kata Wan Sulaiman, dia tetap beragama Islam dan menyayangi agama.
"Saya cuma mahu mendalami Islam," katanya.

Dakwaan terhadap ahli perniagaan itu juga mendorong Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menggelarnya pembohong dan menyampaikan ajaran Islam tanpa tauliah.

Tak payah ugut, dah nyata DAP mahu PAS berambus!

Berhenti serang PAS atau hadapi risiko PR berpecah - Ahmad Yakob

Bernama |Kemas kini:Mei 29, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 29, 2015 07:19 MYT)

Berhenti serang PAS atau hadapi risiko PR berpecah - Ahmad Yakob
AHMAD YAKOB: "Nasihat saya kalau sayang Pakatan, jangan serang lagi pimpinan kita (PAS), ini sebenarnya bukan bawa kebaikan tetapi bawa rebah (kejatuhan). - Gambar Fail
MACHANG: DAP perlu berhenti menyerang PAS jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pemimpin DAP terutamanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu berhenti mengkritik PAS kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Pakatan.

"Nasihat saya kalau sayang Pakatan, jangan serang lagi pimpinan kita (PAS), ini sebenarnya bukan bawa kebaikan tetapi bawa rebah (kejatuhan).

"Kalau semua saling serang-menyerang dalam Pakatan, sah pakatan akan pecah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik Kelantan di sini, pada Khamis.

BACA:Abdul Hadi telah fikir panjang hubungan PAS dan DAP - MB Kelantan

BACA:DAP konsisten suruh PAS keluar Pakatan Rakyat - Nik Abduh

BACA:Guan Eng dakwa Abdul Hadi tikam Pakatan Rakyat dari belakang

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sentiasa mengkritik PAS sejak kebelakangan ini, selain tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata keputusan PAS untuk kekal atau sebaliknya dalam pakatan pembangkang juga dijangka diputuskan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung awal Jun ini.

"Itu (keputusan keluar dari pakatan) tunggu Muktamar kerana ia merupakan suara paling tinggi... jadi kita perlu tunggu," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata Muktamar berkenaan akan menjadi medan penentu sama ada PAS akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.

Friday, May 29, 2015

Diseksa dalam tahanan: Sendiket mana di bumi kita?

"Saya hanya mahu mati," kata mangsa tahanan di Wang Kelian

Bernama |Kemas kini:Mei 28, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 28, 2015 22:43 MYT)

"Saya hanya mahu mati," kata mangsa tahanan di Wang Kelian
"Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup," menurut pendatang Rohingya.
ALOR SETAR: "Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - mati. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup," menurut seorang pendatang Rohingya yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian.

Bercakap secara eksklusif kepada Bernama hari ini, Nurul Amin Nobi Hussein (lelaki), 25, berkata, sepanjang dua bulan penahanannya di kem transit di Wang Kelian itu, beliau hilang segala harapan untuk hidup dan hanya memikirkan tentang kematian.

"Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak," katanya.

Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai 'reban' kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan reban mereka.

Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang.

"Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan "sleep, sleep, sleep," mengarahkan kami semua supaya tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain," katanya.

Nurul Amin berkata 'reban' itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.

Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut, katanya.

"Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal," katanya yang berasal dari Maungdaw, Myanmar.

Nurul Amin berkata mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan kelaparan, menyebabkan ramai juga dalam kalangan mereka yang mati akibat kelaparan.

Menyifatkan apa yang berlaku di kem transit itu sebagai 'neraka dunia', beliau berkata terlalu banyak peristiwa ngeri dan menyedihkan yang tidak dapat dilupakannya selagi beliau hidup.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa sebarang belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya di Myanmar tidak mempunyai duit untuk membayar duit pembebasannya.

"Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya. Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal," katanya sedih.

Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu.

"Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu," katanya.

Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih teruk daripada 'haiwan'.

Beliau mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri kerana selepas dua bulan di kem transit itu merasakan kematian semakin menghampirinya disebabkan keadaan sekeliling serta tidak mempunyai sebarang duit untuk membayar sindiket.

Menurut Nurul Amin, anggota sindiket meminta bayaran daripadanya sebagai syarat untuk melepaskannya ke Malaysia dan jika gagal menjelaskannya, berdepan dengan penahanan lebih lama di kem transit itu dan akhirnya kematian.

"Saya tidak boleh membayar mereka kerana tiada lagi duit selepas menjual segala harta dan tanah untuk ke Malaysia. Mereka akan pukul saya sampai mati jika saya tidak membayar mereka," katanya.

Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada pukul 1 pagi selepas mendapati pengawal kem transit itu tertidur.

Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan.

"Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit.

"Mati adalah lebih baik daripada hidup," kata Nurul Amin yang membayar RM6,500 untuk menaiki bot selama 22 hari dari Maungdaw ke sempadan Myanmar dan Thailand.

Setibanya di bandar sempadan itu, menurut Nurul Amin, pendatang Rohingya itu akan dibawa menaiki trak-trak pikap menuju ke selatan Thailand dalam perjalanan yang mengambil masa antara 10 hingga 11 jam.

Sementara itu seorang lagi pendatang Rohingya, Mohamad Osman Nurul Amin, 22, pula menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah lagi kem transit di kawasan hutan di Padang Besar, Thailand, tahun lepas.

"Ia adalah neraka. Setiap hari soal kematian sentiasa bermain dalam kepala saya. Pada ketika itu, kematian adalah jalan terbaik untuk menamatkan segala penderitaan," katanya.

Sama seperti Nurul Amin, beliau turut menjadi saksi pembunuhan dan kematian dalam kalangan tahanan Rohingya di tangan pengawal-pengawal kem yang kejam dengan memukul atau menembak mati menggunakan senjata api.

Bagaimanapun nasibnya lebih baik berbanding Nurul Amin kerana keluarganya berkemampuan untuk membayar sejumlah duit kepada sindiket yang bertindak membebaskannya selepas hanya sebulan ditahan di kem transit itu.

"Sehingga kini, saya masih tidak dapat menerima kenyataan bagaimana seorang manusia boleh berlaku begitu kejam kepada manusia yang lain," kata Mohamad Osman.

Sisi hitam pihak penguasa undang-undang terselak

'Polis upah peguam sebab AG enggan bertindak'
mk - 4:54PM - 28 May 2015

Bekas pengarah bahagian jenayah komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusof mendakwa di Mahkamah Tingi Kuala Lumpur bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menuduh Rosli Dahlan sehari sebelum hari raya pada 2007 untuk mengelakkan peguam itu membantunya.

Memberi keterangan semasa pemeriksaan semula peguam Chethan Jethwani, Ramli berkata sudah jelas bahawa bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail cuba menganiayanya.

Katanya pihak polis menemui Rosli setelah Jabatan Peguam Negara tidak mahu memfailkan draf afidavit beliau dan enam lagi pegawai polis terhadap ketua kongsi gelap Goh Cheng Poh.

Ramli berkata Rosli membantu memfailkan afidavit untuk menentang permohonan habeas corpus Goh.

“Mereka cuba elak Rosli daripada bantu saya dan itu sebabnya mereka dakwa dia dulu. Saya sebenarnya suspek, bukan Rosli.

“Saya saksi utama (kes pengisytiharan aset). Mereka patut tuduh saya di mahkamah sejak awal lagi,” kata bekas pegawai kanan polis itu lagi.


Baca lagiMahkamah arah Gani fail pembelaan dalam 30 hari

Thursday, May 28, 2015

Imbas sejarah: Kisah duka P. Ramlee sebelum meninggal

PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Disebalik nama besar Tan Sri P Ramlee mungkin ada diantara kita tidak tahu mengenai kisah hidup beliau. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.
Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya

P. Ramlee ginius yang tragik

Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.

Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.

Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.

Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.

Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.

Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu.

Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.

Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.

Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:

“A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!”

Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.

Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.

Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:

“The pain passes; but the beauty remains.”

– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –
gambar p ramlee
JASAMU DIKENANG
- Dari blog Ammar

Mahathir menyambung pembohongan pembangkang?

Dalam hal ini aku masih ragu........
Mahathir atau Najib yang cakap tak betul?
Takkanlah apabila dari pembangkang yang disambung lidah Mahathir semuannya fitnah dan bohong?

Najib persoal motif Tun Mahathir

Bernama |Kemas kini:Mei 27, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 27, 2015 22:22 MYT)

Najib persoal motif Tun Mahathir
Apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali, kata Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata banyak daripada apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

Beliau berkata persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif Dr Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka  kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

Najib menegaskan bahawa Dr Mahathir sering mendakwa bahawa beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya  apabila mereka datang menemuinya.

"Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada perkhabaran dan dakwaan yang itu mempunyai sebarang bukti atau kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tahu benar bahawa banyak daripada dakwaan itu dibuat tentang perkara semasa di bawah pentadbiran beliau.

"...dan seperti biasa jawapan Tun adalah: 'Mana buktinya?" Beliau seharusnya menerapkan ujian sama kepada apa yang didengarinya," kata Najib dalam blog beliau, NajibRazak.com..

Respons terkini Najib terhadap dakwaan Dr Mahathir yang menyentuh beberapa isu di samping kritikan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimuat naik ke bahagian 'Soalan Lazim' dalam blog beliau.

Najib berkata meskipun banyak pencapaian dicatat dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran beliau, namun semua kemajuan yang dilakukan Malaysia dan Barisan Nasional (BN) tidak diendahkan, sebaliknya lebih memihak kepada dakwaan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan pembangkang.

Perdana menteri menegaskan bahawa Dr Mahathir, yang memegang kuasa selama 22 tahun, sentiasa berkeras supaya anggota parti menyokong kepimpinan beliau, lebih-lebih lagi ketika berdepan masa yang mencabar.

"Kami melaksanakan tugas kami ketika itu, dan saya menyokong beliau di masa senang dan susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya ketika itu, seperti mana yang saya lakukan sekarang, bahawa perpaduan parti adalah prasyarat kepada apa yang ingin dicapai untuk negara," katanya.

Beliau berkata sebahagian besar anggota UMNO masih mengiktiraf bahawa kesetiaan sebenar bermakna bersama-sama berusaha untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

"Salah bagi Tun dan mana-mana anggota UMNO untuk merendah-rendahkan kepimpinan parti hari ini hanya disebabkan kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi," kata Najib, dan menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu tertentu.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa beliau dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan memandangkan beliau memperoleh mandat, beliau akan melengkapkan penggal sebagai presiden parti dan perdana menteri.

"Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia," katanya, sambil merujuk kepada matlamat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun berkenaan.

Perdana menteri turut mengambil peluang untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang disifatkannya sebagai "tidak adil atau mengelirukan" berhubung kritikan yang dilontarkan Dr Mahathir.

Mengambil contoh kes GST, Najib berkata: "Beliau (Dr Mahathir) menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya bahawa asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilaksanakan.

"Perolehan itu akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, cadangan ini mula diutarakan semasa pentadbiran beliau."

Najib juga berkata Dr Mahathir telah mengulangi khabar angin berniat jahat yang disebar pembangkang membabitkan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga, termasuk berkaitan sebentuk cincin yang mahal.

"Ia satu pembohongan, dan syarikat yang memiliki cincin itu telahpun memperjelaskan secara terperinci ... bahawa cincin seperti itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah. Amat dikesalkan apabila seorang yang berkedudukan seperti Tun menyebarkan fitnah seperti itu kepada rakyat," katanya.

Najib berkata Dr Mahathir turut mengulangi dakwaan pembangkang yang mempersoalkan tentang pembelian jet baharu kerajaan, dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet itu, serta menyatakan bahawa beliau berbohong.

"Namun begitu ini juga palsu - Seri Paduka Baginda sebenarnya penumpang VIP pertama menggunakan pesawat yang baru tiba untuk lawatan ke Langkawi, dan akan terus berbuat demikian," katanya.

Walaupun pelbagai cemuhan dilemparkan, Najib berkata beliau menerima kritikan dengan fikiran terbuka dan akan terus menangani segala urusan serta maklum balas yang sewajarnya.

"Kita mesti juga sentiasa menghormati orang lebih tua yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Namun begitu, saya tahu ramai yang percaya bahawa sudah tiba masanya mereka membenarkan generasi berikutnya untuk mentadbir negara, dan ini termasuk mengatasi sendiri segala masalah dan cabaran mendatang," katanya.

Menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara demokrasi, Najib berkata beliau dipilih oleh UMNO dan rakyat negara ini, untuk memimpin mereka.

"Oleh itu, saya memperoleh mandat mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, bukan kepada mana-mana individu tertentu," kata perdana menteri.

Beliau berkata pada pilihan raya umum dan pemilihan parti yang akan datang, parti dan rakyat boleh melaksanakan hak demokratik mereka menerusi peti undi.

Panas dari Mahkamah!

Ex-cop gives blistering testimony in Rosli’s MACC case

 | May 27, 2015
Former cop Ramli Yusoff says the ACA wanted to take Rosli out as a warning to anyone who wanted to help him.
Ramli
KUALA LUMPUR: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) this morning failed in a desperate bid to have the High Court expunge a substantial body of evidence from the witness statement of former Commercial Crime Investigation Department (CCID) chief Ramli Yusoff at the on-going trial commenced by lawyer Rosli Dahlan against it.
Justice Su Geok Yam’s ruling effectively set the stage for Ramli to adduce some blistering evidence during the afternoon session of the hearing.
In his examination-in-chief Ramli told the Court, “It was clear that the ACA (as the MACC was formerly known) wanted to take Rosli out first as a lesson and warning to anyone who dare to help me.”
Referring to investigations by the ACA into Rosli, his arrest and subsequent charging in court, Ramli said, “I felt very bad because Rosli was not even a suspect in the ACA investigations.”
“I was the prime suspect but all these things happened to him first.”
Baseless corruption charge causes Ramli his job
Earlier in his witness statement, Ramli had narrated in detail his own ordeal at the hands of the ACA, former IGP Musa Hassan and Attorney-General Abdul Gani Patail.
A cop for 38 years, Ramli now himself a practising lawyer, told the court how he had suffered the ignominy of having been interdicted when he was charged under the Anti-Corruption Act, 1997, on charges which he claimed were completely baseless.
“Upon interdiction, I was suspended,” he testified, saying that he later reached retirement age in March the following year but was not released from the force.
“My interdiction ended when I was acquitted of all the criminal charges on March 12, 2012, and I was restored to my rank as a Commissioner of Police,” he told the court, saying, however, that he was not able to return to active duty since he was well past his retirement age.
Despite eventually being formally reinstated and receiving all his dues, he told the court, “I effectively lost my job and career on November 2, 2007.”
Ramli labelled disloyal for refusing to fabricate evidence
Asked why he was charged in the first place, Ramli, who claimed that he was next in line for the post of IGP, said, “I believe that Musa and Gani had targeted me for elimination from the hierarchy of the police force,” adding that they had “harboured a deep seated animosity” towards him.
Tracing Musa’s animosity towards him, Ramli claimed that this was on account of three show cause letters issued by Ramli to Musa for ‘departmental breaches’ and three other prominent incidents which Musa was involved in.
The first of those incidents related to Musa’s role in Anwar Ibrahim’s infamous ‘black eye’ incident in 1998, which Ramli claimed he witnessed first hand.
“I was the one who pulled (Rahim Noor) out of Anwar’s cell with the help of former director of CID Yaacob Mohd Amin,” he explained.
“I was then asked by Musa to fabricate evidence” to the effect that Anwar had lodged a false police report against Rahim Noor and to “arrange for a doctor to give a medical report that Anwar had inflicted injuries on himself,” he told the Court.
“I refused,” he claimed, adding that thereafter he was seen by both Gani and Musa as ‘disloyal’.
Ramli displeases AG by reopening MAS case
Ramli also claimed that Gani was displeased with him for reopening investigations into the Malaysia Airlines (MAS) case, despite the fact that instructions for him to do so had come from then Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi at the request of the airline itself.
He testified further that he briefed Abdullah in March 2007 that there were grounds to commence a prosecution against Tajuddin Ramli and offered to do it himself if the AG was reluctant. Ramli claimed that Gani saw this as ‘undermining’ him as attorney general.
Ramli said that thereafter, in July 2007, he was served with the first notice by ACA requiring a disclosure of assets.
“It was around this time that the New Straits Times broke the story about the RM27,000,000 cop,” he added, leading thereafter to him being charged in court and interdicted.
Ramli also cited several other instances which gave rise to Musa and Gani’s animosity including his investigation into alleged links between Musa and ‘the underworld’ and in particular one Goh Cheng Poh who was later detained and banished by an order signed by the Deputy Minister of Internal Security.
According to Ramli, in Goh’s subsequent application for habeas corpus, Goh had claimed that Musa, the ACA and Gani had cleared him of wrongdoing.
Ramli testified that later, on August 20, 2007, he was served with an order by the ACA requiring him to deliver Goh’s file to the ACA. Despite his protestations, which he recorded in a letter to the AG on August 23, 2007, he was forced to eventually hand over the file.
From then on, he said, his division no longer received cooperation from the AG’s chambers, including in respect of the drawing up of affidavits for use in court, leaving him compelled to seek assistance from Rosli and his colleague, C Vijaya Kumar.
Six cops get arrested by ACA for ‘fabricating’ evidence
He said that Goh’s habeas corpus application then took a “dramatic turn of events” when six rank and file policemen were arrested by the ACA for allegedly fabricating evidence against Goh, and were themselves interdicted.
“The 10th Defendant herein (Sok One a/l Esen) also filed an affidavit on behalf of ACA but instead of supporting the detention, he affirmed an affidavit which supported the position of Goh Cheng Poh and confirmed that he had been cleared of wrongdoing,” Ramli’s witness statement read.
“This is unprecedented in the history of the Royal Malaysian Police,” he added. “The whole investigation against Goh Cheng Poh was discredited by the ACA which allowed Goh Cheng Poh to go scott-free.”
The policemen were acquitted of all charges without their defence being called, Ramli testified further.
Ramli explains getting “fixed up”
Explaining how he was ‘fixed up’, Ramli’s evidence read, “They obtained a statement by a criminal by the name of Moo Sai Chin which implicated me.” Moo had been detained in October 2006 under the Emergency Ordinance and was released in January 2007.
Two months later, Moo gave a statement to ACA alleging that I had received bribes from him in 1999, Ramli added.
He said that premised on nothing more than Moo’s bare statement, they issued a notice for Ramli to disclose his assets.
“Once the notice was issued, the ACA leaked false information and the details of the investigation to the press who publicised the issue,” he added, claiming that, despite being false, such stories written about him in the press had been given credibility simply because they named the ACA as their source.
“Even Utusan Malaysia has admitted that this story was sensationalised beyond the parameters of ethical journalism,” he pointed out.
Ramli testified that the issues surrounding him had also affected Rosli, who was himself having trouble with his bankers because his name had been listed in a financial search of police officers and their family.
“All that (Rosli) had done was to help CCID and the then Deputy Minister of Internal Security to prepare affidavits and act as my solicitor in my personal affairs,” he added.
According to Ramli, Rosli was issued with two notices under the Anti-Corruption Act, 1997. He was arrested and charged even before investigations against Ramli himself had been completed.
The hearing continues.