Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 4, 2016

Sayu: Anak kecil mengaminkan doa untuk arwah ayahnya

Doa untuk Allahyarham Sukri diamin anak kecilnya
03 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Anak lelaki Allahyarham Sukri mengaminkan doa untuk ayahnya.

Kunjungan Naib Presiden Amanah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus ke rumah Allahyarham Sukri Saad yang meninggal dunia setelah terjun daripada jambatan Pulau Pinang ekoran tekanan hidup yang dihadapinya, tambah meruntun perasaan apabila doa yang dibaca turut diaminkan anak kecil Allahyarham.

Ustaz Hasanuddin dengan diiringi beberapa aktivis Angkatan Wanita Amanah (Awan) semalam mengunjungi balu Allahyarham Sukri di Kampung Lahar Yooi bagi menyampaikan sumbangan.

Kisah tragis Sukri, bapa kepada dua anak yang terjun daripada Jambatan Pulau Pinang, 26 Oktober lalu menjadi viral di media sosial apabila pesanan terakhir Allahyarham di Facebook tersebar.
Ustaz Hasanuddin membacakan doa ketika menziarahi keluarga Allahyarham Sukri di Kampung Lahar Yooi.

Jasad Sukri, 38, ditemui pada 28 Oktober jam 9 pagi, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi 26 Oktober di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ustaz Hasanuddin dalam statusnya di laman Facebook menukilkan kembali doa yang dibacakan untuk Allahyarham Sukri:

Ya Allah! Dari jauh kami datang untuk menziarahi hamba-hamba-Mu yang sedang diuji, terimalah ibadah ziarah kami ini Ya Allah!
Ya Allah! Kami beriman dengan sepenuh keyakinan, bahawa Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun. Maka ampunkanlah saudara kami ini.
Ya Allah! Sebagaimana kami memohon agar ditutup aib dan sesuatu yang memalukan kami, maka tutupkanlah juga aib saudara kami ini, jangan ada lagi manusia yang mengolok-olokkan saudara kami ini dan ahli keluarganya.
Ya Allah! Tabahkanlah isteri, anak-anak dan saudara maranya untuk terus menjalani kehidupan sebagai manusia-manusia mulia.
Permudahkanlah segala urusan kehidupan mereka Ya Allah!
Ya Allah! Kami menjadi saksi semasa hidupnya, dia hadir solat di masjid, mengikuti kuliah-kuliah agama dan dia banyak bersedekah untuk perjuangan agama-Mu Ya Allah!
Lipat kali gandakanlah pahala amal-amal solehnya serta cucurilah Rahmat-Mu keatasnya dan ampunilah sebarang kesilapan dan kesalahannya itu, Ya Allah!
Ya Allah! Bantulah hamba-hamba-Mu yang lain agar mengambil apa-apa yang baik darinya sebagai teladan dan apa-apa yang salah sebagai sempadan yang tidak terulang lagi selepas ini.
Kami membaca bait-bait pesanannya yang terakhir, sebagai satu keinsafan untuk kami dan anak-anak muda bangkit membantu menyelamatkan negara ini dari mereka yang gagal menjalankan tugas sebagai pemimpin dan penguasa.
Sesungguhnya ramai dari kalangan rakyat yang parah, luka dan menanggung derita beban di atas kecuaian dan kealpaan pemimpin negara.
Ya Allah! Jauhilah kami dari sebarang pemuafakatan palsu yang merugikan ummah dan negara.
Ya Allah! Kami mohon keampunan buat kami, anak isteri/suami kami, ibu bapa kami, saudara mara kami, jiran-jiran kami, sahabat handai kami, guru-guru kami, parà pemimpin kami dan khusus buat saudara kami ini Almarhum Mohd Sukri Saad.
Makbulkan doa kami Ya Allah Ya Rabbal Alamin.
 
Aktivis Awan memeluk erat balu Allahyarham Sukri.

Dalam status terakhirnya di laman facebook, Allahyarham Sukri menceritakan cabaran hidupnya sebagai peruncit dan hukuman kerana menjual rokok seludup yang dihadapinya.

Beliau juga sempat memberi peringatan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak tertipu dengan Umno.

"Yang terakhir buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno. Depa wayang jer kata dok sokong Rang Undang-undang (355) yang nak dibawa tu agar pembangkang berpecah.

"Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah di'control' senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nk dibawa tu," ujar Sukri dalam status Facebooknya.

Bapa kepada dua cahaya mata ini enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.

Beliau menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.

"Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi.

"Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan.

"Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim," kata peniaga itu lagi.

1 comment:

  1. Ustaz Pas Abdullah khairi mengaku sukri adalah anak murid yg selalu ikut kuliah dia. Besar kemungkinan dia ahli Pas. Bila dah jd begini apakah yg Pas buat utk bantu waris dia atau spt biasa Pas pandai menghukum saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa