Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 31, 2016

Kesiaan.........nampaknya kempunan jugalah Mamat ni.......

Bashah bukan pengganti Mukhriz, lapor akhbar


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bukan pengganti Datuk Seri Mukhriz Mahathir, lapor Berita Harian hari ini.
Ini kerana, nama anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu tiada dalam senarai nama calon menteri besar Kedah yang baru.
Memetik sumber, akhbar itu berkata tiga nama yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Hussin.
Sumber itu berkata, ketiadaan nama Bashah dalam senarai itu mengejutkan kerana nama timbalan badan perhubungan Umno Kedah itu didakwa ada dalam senarai yang diserahkan Najib sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum ini.
"Sepanjang pengetahuan saya setakat ini tiada kata putus dicapai.
"Apa pun macam-macam boleh berlaku kerana ia masih di peringkat cadangan dan tidak mustahil nama Ahmad Bashah boleh kembali tersenarai," Berita Harian memetik sumber itu sebagai berkata.
Bashah pada 20 Januari lalu mengadakan sidang media mengejut mengumumkan beliau bersama 13 ketua Umno bahagian di Kedah mendesak Mukhriz meletak jawatan.
Desakan itu dibuat selepas mendakwa pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dan pengerusi Umno negeri serta mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera.
Bagaimanapun, Mstar Online hari ini melaporkan hanya satu nama dibentangkan sebagai calon menggantikan Mukhriz.
Memetik sumber Umno, portal itu berkata perdana menteri mencadangkan nama itu dalam pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam.
Nama yang dicadangkan itu dipercayai Ahmad Bashah yang juga senator dan timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, lapor portal itu.
Menurut Mstar Online, jemaah juga meminta surat rasmi mengenai status Mukhriz dalam Umno dan difahamkan, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada 4 petang semalam tetapi pembantunya berkata beliau berada di kediamannya di Bukit Tunku.
Semalam, Najib berkata pertemuannya dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berjalan lancar dan senarai calon yang dicadangkan menggantikan Mukhriz sudah diserahkan dan tidak ditolak istana.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan senarai itu dan berkata Mukhriz akan kekal sebagai menteri besar Kedah dan ketua badan perhubungan Umno negeri hingga diberitahu kelak.
“Saya sudah serahkan nama yang dicadangkan bagi pihak Umno dan akan maklumkan perkembangannya kepada semua,” kata Najib.

Jenayah suapan kini sah di sisi undang undang?

31 Januari 2016 | DR SYED ISKANDAR SYED JAAFAR AL MAHDZAR
Undang-undang kini bersimpang siur dengan gelagat manusia

Dengan keputusan Peguam Negara untuk mengiktiraf wang derma berbillion ringgit kepada pegawai tinggi kerajaan sebagai tidak melakukan apa apa kesalahan maka ia memudahkan para pengamal undang undang yang membela anggota polis, jpj dan lain lain kakitangan kerajaan yang di tuduh menerima rasuah.

Para peguam temasuk penulis tidak akan ragu ragu berhujjah dalam mahkamah yang anak guam masing masing cuma menerima derma sahaja bukannya suapan.

Sekalipun derma adalah satu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 namun di sebabkan keputusan Peguam Negara yang terbaru maka ianya boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk memohon kepada mahkamah yang mulia supaya membebaskan anak guam masing masing.

Dengan pengumuman peguam negara juga, para penerima rasuah boleh lah terus menerus menerima rasuah seperti biasa dan menyimpan wang tunai di setiap sudut rumah dan juga di tanam di dalam tanah tanpa ragu ragu kerana mereka tahu yang mereka kini akan terlepas daripada hukuman selepas mereka di dakwa di Mahkamah nanti. Malah pernah ada kes yang satu bilik khas dalam rumah digunakan untuk menyimpan wang tunai.

Kini golongan ini tidaklah perlu risau lagi.

Pegawai pejabat tanah yang terlibat dengan kes bauksit pun tidak perlu risau lagi, tenangkan fikiran kerana mengetahui mereka akan di bebaskan bila tiba hari bicara di mahkamah nanti.

Kelmarin satu kes telah dibawa ke Mahkamah Rayuan dihadapan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan di mana peguambela Manjit Singh Dhillon dalam kes berkenaan merayu agar perayu di bebaskan daripada hukuman rasuah kerana menerima derma politik ketika negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB, perayu adalah pegawai khas MB Selangor ketika itu.

Malah peguambela membacakan hansard Parlimen kepada Mahkamah Rayuan di mana seorang menteri berkata tiada sebarang undang undang yang mengatakan menerima derma politik itu satu kesalahan. Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan.

Perlu di sebut yang timbalan pendakwaraya bagi pihak SPRM cuba berhujjah yang perayu yang menerima derma politik juga telah membuka akaun yang berbeza yang menunjukkan unsur unsur tidak jujur untuk menerima derma politik.

Namun perayu tetap tidak perlu bimbang kerana kes terbesar berbillion ringgit yang di putuskan peguam negara juga penerima derma politik tidak memasukkan wang ke akaun partinya tetapi sebaliknya kepada beberapa akaun peribadinya sendiri juga di anggap tiada kes malah Peguam Negara mengarahkan kes berkenaan di tutup.

Malaysia ini menjadi negara paling bertuah untuk  pegawai kerajaan menerima wang sekalipun dengan kadar yang banyak yang cuma perlu di anggap derma bukan lagi suapan.

Justru, adalah di cadangkan Peguam Negara membawa pindaan kepada Akta SPRM 2009 untuk membatalkan derma dan menerima derma sebagai pemegang amanah sebagai satu kesalahan.

Perlembagaan Persekutuan juga di cadangkan di pinda untuk memudahkan seseorang yang tiada kelulusan undang undang hatta darjah 6 sahaja sekalipun layak di lantik menjadi Peguam Negara memandangkan semakin bodoh Peguam Negara semakin mudah segala bentuk perbuatan jenayah tidak lagi di kategorikan sebagai jenayah.

Kriteria baru paling penting untuk menjadi Peguam Negara selepas pindaan Perlembagaan ialah pernah aktif dalam parti politik dan pernah  bertanding dalam pilihanraya umum mewakili mana mana parti politik.

Peguam Negara baru baru  ini berkata mana mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusannya boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk tafsiran.

Mahkamah Persekutuan ialah tempat berkerja asal Peguam Negara selepas di naikkan pangkat secara express selepas menjadi Persuruhjaya Kehakiman pada 2003. Justru Mahkamah Persekutuan mungkin forum yang kurang sesuai untuk tujuan itu.

Satu mekanisma baru perlu diluluskan Parlimen contohnya biarlah Peguam Negara menjawab terus kepada ahli ahli Parlimen walaupun ramai yang dungu namun Dewan Rakyat masih ada Rafizi, Tony Phua, Nurul Izzah, Lim Kit Siang dll yang sekalipun berhujjah dengan fakta tetap akan ditewaskan dengan sekadar undi golongan yang tidak mempunyai akal yang waras kecuali menurut arahan ketua semata mata ataupun jika tidak di arahkan sekalipun mempunyai semangat kesukanan mengampu yang tinggi.

Majulah mengampu untuk negara.

Inilah transformasi yang paling berjaya iaitu menghalalkan jenayah suapan sebagai derma halal yang boleh diterima dan di pulangkan bakinya tanpa pengetahuan penderma, sekalipun taklimat tertutup dan kenyataan terbuka beberapa orang pemimpin parti berkenaan pernah mengistiharkan keseluruhan wang derma berbillion ringgit telah di belanjakan untuk pilihanraya. Wallahualam.

Kesan RM2.6b dibersihkan oleh AG.......

Abu Kassim lebih rela letak jawatan
Alyaa Alhadjri - Hari ini, 6:09 petang
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar bahawa beliau lebih rela meletakkan jawatan daripada mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang hanya menjalankan kewajipan mereka di bawah undang-undang.

Abu Kassim berkata demikian dalam memo dalaman yang terbocor dan kini beredar di media sosial.

“Berdasarkan pengalaman saya lebih 30 tahun dalam bidang pencegahan rasuah, saya tahu yang pegawai-pegawai SPRM sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan profesional.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya rela bersara daripada mengambil tindakan ke atas pegawai yang selama ini mempertahankan kebebasan SPRM dan menegakkan keadilan, serta hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan mengikut undang-undang negara,” katanya dalam memo yang telah tersebar di Facebook.

Memo itu dipercayai dikeluarkan ekoran serangan bloger terhadap pegawai SPRM selepas pengarah operasi khas suruhanjaya itu, Datuk Bahri Mohd Zin membuat kenyataan baru-baru ini.

Terdahulu Bahri berkata SPRM berkemungkinan besar akan membuat rayuan terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali (gambar) menutup dua kes berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob mengesahkan bahawa kenyataan Abu Kassim hanya bertujuan untuk edaran dalaman saja.

"Kenyataan itu bertujuan hanya untuk kakitangan SPRM. Jika telah bocor di Facebook, orang yang bocor ia perlu bertanya kepada diri sendiri di mana integriti mereka,” kata Rohaizad kepada Malaysiakini.

Khamis lalu, Abu Kassim berkata pegawai SPRM mesti mendukung standard etika yang tinggi dan bertanggungjawab terhadap sumpah jawatan mereka.

Abu Kassim turut mengulangi bahawa SPRM tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara untuk membersihkan perdana menteri dengan isu ‘derma’ RM2.6 bilion dan wang RM42 juta SRC International

Stail UMNO sekarang: Bukankah ketaatan mereka hanya bila untungkan mereka?

Tengoklah apa yang berlaku di Terengganu dulu
Sultan pun digelarkan 'natang'

'Ketua Umno, exco mesti mohon maaf pada sultan'


Tindakan sebahagian anggota Exco Kedah tidak menghadiri mesyuarat pada Rabu lalu bukan saja melanggar ikrar mereka kepada sultan malah menyebabkan pihak istana murka.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata kemurakaan Sultan Kedah dan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah itu dimaklumkan kepada beliau.
Katanya, keengganan exco berkenaan menghadiri mesyuarat pada 27 Januari lalu telah menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan diatur kerajaan negeri untuk pembangunan rakyat di negeri berkenaan.
Pembabitan ketua bahagian dalam sidang media menolak kepimpinannya itu juga, kata Mukhriz, mencemari sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah.
Dalam kenyataan medianya hari ini, anak bekas perdana menteri itu juga berkata, perbuatan 12 ketua bahagian dan dua timbalan ketua bahagian Umno Kedah "mengheret bersama ketua-ketua sayap" parti itu mengadakan sidang media untuk menyatakan rasa tidak percaya kepadanya pada 20 Januari lalu sebagai tidak bertanggungjawab.
"Perbuatan kumpulan ini mencemar pelbagai acara sambutanUlang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah," katanya.
Hanya tiga exco hadir
Mukhriz kini berdepan krisis kepimpinan selepas sebahagian besar pimpinan parti itu di Kedah tampil meminta Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan menggantikan menteri besardi negeri itu.
Walaupun memberikan empat alasan utama yang mendorong mereka menolak kepimpinan Mukhriz, penganalisis berpendapat desakan itu lebih berpunca daripada kelantangan bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Najib.
Menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu BN mengambil strategi menggunakan nama Mukhriz sebagai calon menteri besar dalam usaha mereka merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat.
Desakan untuk menggantikan Mukhriz diketuai timbalannya sendiri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ketika mesyuarat mingguan Rabu lalu, hanya tiga anggota exco hadir, manakala enam yang lain tidak hadir.
Mukhriz berkata sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah beliau menerima khabar pihak istana "tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut".
Apa yang lebih dikesali, katanya, desakan itu turut disertai beberapa ahli exco yang "sudah berikrar untuk taat setia kepada Raja Pemerintah" ketika mereka mengangkat sumpah jawatan dulu.
"Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, saya dengan rasa rendah diri memohon ampun kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas perbuatan segelintir ahli Umno yang telah mencemari kemuliaan Duli Tuanku Sultan dan kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah," katanya.
Mukhriz juga mendesak semua 14 ketua Umno bahagian yang terlibat secara langsung atau tidak dalam sidang media pada 20 Januari lalu, serta enam exco negeri supaya memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
"Sehingga kemelut ini selesai setiap ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan seperti termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah," katanya.

Biar betoi........Husam cabar yang tak bertelor?

Bila jenis gila kuasa dan gila jawatan, telinga mereka akan tulikan.......perasaan tanggungjawab mereka akan lenyap walau berAl'quran dan berHadith berdegar-degar!


Akta 355 berkaitan hudud: Dua pemimpin PAS perlu letak jawatan

 | January 31, 2016
Husam turut mendesak Takiyuddin dan Nik Mohd Amar meletak jawatan sekiranya tidak boleh menjelaskan perkara itu
pas-hudud
PETALING JAYA: Dua individu penting dalam PAS perlu bertanggungjawab terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan yang hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.
Perkara itu ditegaskan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa apabila menyatakan dua individu terbabit adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” katanya lapor Sinar Harian Online.
Husam berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di Kota Bharu.

Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.
Terdahulu, Husam yang juga ADUN Salor mendakwa, matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik PAS dan UMNO.
Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden PAS ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.
“Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin.
“Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015).
“Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan PAS Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan,” ujarnya.

Seriusnya rasuah di Malaysia: Tanak percaya, tapi faktanya di sini.......

Najib dilapor menerima sogokan dan rasuah?
31 Januari 2016 | MALAYSIA DATELINE
Skandal scorpene antara isu yang menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak

Bekas pengurus sebuah syarikat pertahanan Perancis telah didakwa di Paris atas tuduhan memberi sogokan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak termasuk seks, rasuah, pembunuhan dan muslihat politik, lapor media asing.

Memetik laporan media negara itu, Agence Perancis Press yang memetik sumber kehakiman menjelaskan, bekas presiden Thalaes International Asia (Thint Asia) Bernard Baiocco,72, didakwa pada 15 Disember tahun lalu atas tuduhan “aktif merasuah pegawai awam luar negara ” termasuk Mohd Najib Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan.

Najib turut dilaporkan terjerat dalam satu lagi skandal monumental di Malaysia membabitkan dana AS$ 681 juta yang menjadi misteri disimpan di dalam akaun peribadinya di AmBank Malaysia pada tahun 2013, ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan, kedua-dua kes menggambarkan betapa seriusnya rasuah yang berlaku di Malaysia.

Sekurang-kurangnya empat kematian dipersoalkan, tiga daripadanya adalah pembunuhan secara terang-terangan, telah dikaitkan dengan pelbagai kes yang melibatkan Najib lapor media asing itu.

Malah Najib juga terikat dengan salah laku kerana berusaha untuk menakut-nakutkan akhbar tempatan, sebahagian besar dimiliki oleh parti-parti politik kerajaan.

Beliau juga  dengan megah  berusaha untuk membeli laman web pembangkang dan menyekat pengkritik antarabangsa dari Asia Sentinel dan Sarawak Report, yang menjadi platform penerbitan popular yang dirujuk oleh parti pembangkang.

Asia Sentinel telah menerima anugerah tertinggi Persatuan Penerbit di Asia bagi laporan penyiasatan pada tahun 2012 kerana memaparkan siri pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan rasuah besar-besaran berhubung dengan kematiannya dengan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dari kerajaan Perancis milik DCN dan anak syarikatnya.

Ketika Najib menjawat Menteri Pertahanan, dikaitkan dengan rasuah berjumlah 114juta euro yang diketahui Umno untuk memulakan pembelian dua kapal selam Scorpene Perancis yang mewakili skandal yang paling hebat dicemari rasuah itu.

AFP pula, melaporkan Baiocco telah ditahan selama 48 jam, bersama-sama dengan Pengarah Pembinaan Tentera Laut (DCN) yang juga didakwa kerana bersubahat dalam penyalahgunaan aset korporat, kata sumber.

Menurut dokumen yang disediakan untuk Asia Sentinel pada tahun 2013, skandal itu melibatkan pegawai Perancis termasuk Menteri Luarnya Alain Jupp dengan pengetahuan Perdana Menteri ketika itu,Tun Mahathir Mohamad.

Senjata jualan DCN di seluruh dunia adalah subjek skandal menakjubkan, termasuk dilaporkan kematian jurutera Perancis di Pakistan, kerana merasuah Jeneral Pakistan dihalang oleh Presiden Perancis Jacques Chirac. Lain-lain meninggal dunia di Taiwan.

Malah DCN telah didakwa memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan membabitkan  enam negara lain.

"Hakim-hakim Perancis menunjukkan, walaupun siasatan berterusan, keupayaan mereka untuk membedah mekanisme rasuah yang kompleks. Dalam beberapa hal, siasatan baru sahaja bermula ," kata William Bourdon, peguam yang membawa kes itu bagi pihak Suaram, sebuah NGO di Malaysia kepada AFP.

Isu ini wujud empat tahun lalu apabila kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memfailkan aduan di Mahkamah Sivil Paris pada 2012 ke atas skandal Scorpene yang melibatkan jutaan ringgit.

Suaram memfailkan saman terhadap DCNS kerana didakwa membayar 114.9 juta euro dalam bentuk komisen kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat sebahagiannya dimiliki Razak, kenalan rapat Najib yang juga menteri pertahanan ketika itu.

Susulan itu, pihak berkuasa Perancis menyerbu pejabat Thales dan DCN.
Bourdon pernah dihalau keluar dari Malaysia pada 2013 kerana cuba mengambil keterangan beberapa saksi yang terlibat dalam kes itu.

Di Paris, lapor  AFP, para hakim mengesyaki jumlah wang dari syarikat yang dikenali sebagai "kejuruteraan komersial C5" yang disediakan untuk pembayaran oleh DCNI, anak syarikat DCN, sebanyak 30 juta Euro kepada Thales International Asia, bagi "perbelanjaan untuk eksport jualan (FCE )."

Satu lagi syarikat, Terasasi Ltd berpangkalan di Hong Kong, adalah pemegang saham yang mana Razak Baginda, menerima hampir jumlah yang sama untuk perundingan. Penyiasat mengesyaki rundingan itu sebagai sogokan.

Penasihat Baiocco, Jean-Yves Le Borgne berkata dakwaan anak guamnya itu berdasarkan "akrobatik undang-undang" kerana "tidak ada bukti" bahawa bekas menteri telah menerima sogokan dan penasihat mesti dianggap sebagai "ejen komersial," Oleh itu, di luar skop rasuah pegawai-pegawai awam.

# Agaknya selagi Najib tak mengalah dan turun, pekung akan terbuka selepas satu, satu walau dalam hal ini dari teknikalnya beliau terlepas

Pertelagahan DAP-PKR di Sarawak pulak: Real atau adu-domba?

Sunday, January 31, 2016
DAP Sombong Mahu Rampas Kerusi PKR Sarawak. - Dr Xavier Jayakumar
PKR menyelar rakan sekutunya, DAP kerana parti itu bercita-cita mahu merampas kerusi milik parti Keadilan di luar bandar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Mengakui wujud pergeseran antara kedua parti Pakatan Harapan itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata partinya tidak mahu pertelingkahan yang sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan, akan menjejaskan peluang PKR untuk memenangi kerusi di kawasan luar bandar.

Xavier menyifatkan tindakan DAP sebagai sombong kerana berani menuntut kerusi luar bandar secara terbuka di media. Malah, DAP juga dilihat telah mengingkari perjanjian persefahaman Pakatan Harapan iaitu hanya meletakkan seorang wakil atau satu lawan satu untuk setiap kerusi.

“Perkara sedih berlaku di Sarawak iaitu DAP mencabar PKR untuk kerusi luar bandar. Jika mereka sudah masuk kerusi PKR dan mahu cabar PKR, kita sedih mengatakan bahawa kami tiada pilihan untuk menentang mereka.

“Jangan sesekali secara terbuka dan memberitahu yang anda (DAP) mahu bertanding di 24 kerusi kami (PKR) di luar bandar.

“Tindakan ini memberi tekanan kepada pemimpin. Janganlah sombong dan fikir orang-orang kita akan ambil lewa perkara ini,” kata Xavier dalam sidang media di Miri petang semalam, lapor The Borneo Post.

Beliau menggesa agar DAP berbincang dengan PKR terlebih dahulu sekiranya parti itu berminat meletak calon di kerusi luar bandar daripada secara terbuka mengumumkan niat mereka di media. 

Tambah Xavier, PKR juga berhasrat untuk meletak calon di kawasan bandar kerana partinya juga mempunyai sokongan di kawasan majoriti pengundi Cina itu.

Sebelum ini, kawasan bandar hanya ditandingi DAP kerana dianggap kubu kuat parti itu.

“Kami telah bekerja keras, berkorban wang dan tenaga. Orang kita telah dipukul, dipenjara dan diancam kerana cuba masuk ke kawasan luar bandar.

“Sekarang kita sudah kuat di luar bandar dan bila kami mahu menang di kerusi luar bandar, jangan bagitau kami yang anda (DAP) mahu ambil kerusi luar bandar dari kami,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Xavier berkata PKR akan bertanding di tujuh kerusi luar bandar iaitu DUN BaKelalan, Murum, Belaga, Marudi, Telang Usan, Mulu dan Senadin di kawasan Zon Utara Sarawak.

Xavier berkata, semua kerusi luar bandar yang ditandingkan calon PKR dianggap sebagai ‘kerusi tradisional’ untuk parti itu sejak bertapak di Sarawak pada tahun 2000.

“PKR merupakan satu-satunya parti yang mempunyai wakil untuk semua negeri di Malaysia,” jelas beliau.

Beliau memberitahu, untuk Zon Utara, calon telah berkempen turun padang menemui penduduk sejak dua tahun lalu.

“KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) kita tinggi. KPI disetkan oleh JPRN (Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri) di bawah Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) yang memantau pergerakan dan prestasi calon.

“Saya berani memberitahu bahawa calon telah melepasi KPI yang dikehendaki parti pusat, “ jelasnya lagi. (AIDCNews- 30/1/16 )

Aik....nape tiba-tiba keluar statement ni?

Sirul ‘bersumpah’ Najib tak terlibat pembunuhan Altantuya

 | January 30, 2016
Mahfuz enggan mengulas mengenai video pengakuan oleh Sirul kerana kesahihan rakaman itu tidak jelas.
VIDEO INSIDE
Sirul_Altantuya_najib_600
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas mengenai rakaman video menunjukkan individu dipercayai bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar yang membuat pengakuan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.
“Saya tidak pasti orang yang bercakap di dalam video itu, sama ada Sirul atau tidak, jadi saya tidak mahu komen lanjut kerana kesahihan video sendiri tidak jelas,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.
Pagi ini satu rakaman video disebarkan menunjukkan individu dipercayai Sirul membuat pengakuan bahawa Perdana Menteri, Najib tidak terlibat atau mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh model Mongolia Altantuya Shariibuu.
Dalam rakaman berdurasi 55 saat itu, Sirul turut bersumpah bahawa Perdana Menteri langsung tidak terlibat, malah mangakui adalah menjadi kesalah buat dirinya melakukan fitnah.
“Adalah berdosa besar kepada saya, jika saya memfitnah seseorang itu.
“Saya lafazkan di sini, wallahi (saya bersumpah) bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak terlibat dan tidak ada kaitan di dalam kes ini (didakwa merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya),” katanya.
September tahun lalu,Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, bukti yang dikumpulkan dalam proses perundangan komprehensif langsung tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memainkan sebarang peranan dalam kes bunuh Altantuya.

Bukan masalah Najib atau siapa
Yang rakyat Malaysia nak tahu siapa yang suruh/arah?
Atau hang ni jenis gila suka-suka bunuh dan letup orang dengan tidak bersebab!

Gempar: Isu RM6.2b cetus pergaduhan di SPRM?

Gempar: Pergaduhan Besar Berlaku Di Pejabat SPRM Kerana Isu 2.6 Billion
01:33  suarakami
Isu RM2.6 bilion telah mencetuskan bukan hanya perebutan kuasa dalaman Umno. Ia juga telah mencetuskan perebutan kuasa dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin, atas sebab pelanggaran etika dan protokol. Tambahan pula, isteri kedua Bahri sedang menghadapi masalah kewangan dan beliau disyaki berada dalam kedudukan yang rapuh, yang bererti beliau terdedah.

Bahri dan Abu Kassim hampir bertumbuk hari ini desas desus di ibu pejabat SPRM mengatakan peperangan terbuka dan pahit telah berlaku. Bahri telah mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim dan pegawai-pegawai lain di SPRM yang beliau dakwa sebagai perbuatan rasuah dan salah laku. Bahri memberi amaran, jika mereka mengambil tindakan terhadapnya maka semua orang akan penjara.

Di antara senarai jenayah tersebut, menurut Bahri, adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri mendakwa bahawa bukan sahaja mereka dibunuh tetapi juga terdapat satu cover-up yang mencapai ‘echelons’ tertinggi SPRM.

Mungkin akhirnya rakyat Malaysia akan mengetahui kebenaran mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Dan jika Bahri benar-benar buat bising maka ramai lagi Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, dan sebagainya, akan menyertai Anwar Ibrahim di hospital dalam Penjara Sungai Buloh.
Bahri juga telah berjanji untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno. “Biar mampus Melayu. Lagi Baik Bagi Cina ambil Alih Kerajaan, “Bahri menjerit yang membuatkan Abu Kassim tercengang.

Bahri disyaki sebagai agen DAP dan hari ini beliau mengesahkan dalam keceluparan beliau. Bagaimana Bahri mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno tidak begitu jelas tetapi beliau disyaki akan berbuat demikian dengan ‘membocorkan’ fail-fail tertentu seperti yang beliau lakukan dengan isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Sama ada apa yang Bahri bercadang untuk ‘bocorkan’ adalah tulen atau palsu tidak penting kerana isu  1MDB dan RM2.6 bilion telah membuktikan. Rakyat Malaysia paling mudah tertipu, mereka akan percaya bahawa kulat pada tingkap gereja adalah gambar Jesus atau bahagian dalam buah-buahan ada kalimah ‘Allah’. Mereka akan percaya apa sahaja yang ‘bocor’ dari SPRM adalah asli dan tidak dipalsukan.

Bagaimanapun, jika sekarang Abu Kassim tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap Bahri maka ini bermakna ugutan Bahri telah berjaya. Dan ia juga bermakna bahawa dakwaan Bahri terhadap bosnya dan rakan-rakannya dalam SPRM adalah benar.

Jika Abu Kassim tidak berani sentuh Bahri , adakah ini bermakna bahawa semua pegawai dalam SPRM mengambil rasuah, sepertimana dakwaan Bahri? Dan adakah ini juga bermakna bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed telah dibunuh dan ada pegawai tertinggi SPRM menutupnya sepertimana didakwa oleh Bahri?

Ya, ini satu perkembangan yang paling menarik sekali. Ini adalah apa yang kita akan panggil “Mexico standoff”. Jika Abu Kassim tidak berbuat apa-apa maka ini bermakna dakwaan Bahri adalah benar. Jadi adakah Abu Kassim mengalah dan membuktikan dakwaan Bahri benar atau beliau akan memanggil Bahri pembohong dan berusaha keras untuk mengalahkan Bahri?

Mari kita lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang.
– Malaysia Today via suarakami

# Nampaknya semua ada pekung dan kudis untuk ditutup Kita sama-sama tengok perancangan Allah nanti......insya Allah

Dr Vida dan pasukan TRW

Bagaimana Dr Vida terbabit dalam pasukan TRW?
28 JANUARI 2016
STADIUM bola sepak dicat warna merah jambu? Dan pemain turut memakai jersi warna sama?

Semua ini atas hasrat seorang wanita, yang mahu menampilkan ciri feminin dalam sukan lelaki sebagai balasan bagi menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Beliau tidak lain tidak bukan Hazmiza Othman, 44, bekas guru, ratu kosmetik dan usahawan luar biasa.

Dalam dunia perniagaan beliau dikenali sebagai Dr Vida, dengan gelaran Datuk Seri yang dikurniakan oleh Sultan Pahang pada 2014.

Jutawan yang sentiasa mengenakan pakaian muslimah dengan stail tersendiri, biasanya berwarna merah jambu atau warna terang yang lain, biasanya dihiasi sulaman batu permata, serta memakai tiara untuk dipadankan dengan rantai leher, gelang dan cincin dipakainya.

Jadi, macam mana wanita kecil molek daripada Machang Kelantan ini terbabit dalam pasukan bola sepak negeri kelahirannya?

Selepas kejayaan menaja program realiti Gegar Vaganza disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria tahun lepas, nama Dr Vida menjadi sebutan ramai awal tahun ini apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bersetuju untuk beliau menaja pasukan bola sepak itu walaupun dengan memberikan dua syarat.

Syarat itu adalah menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors, menambah nama satu daripada produknya bagi pasukan terkenal itu, dan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu perlu dicat merah jambu.

Malah semasa majlis menandatangani perjanjian kontrak penajaan RM16 juta antara syarikat Dr Vida dengan KAFA baru-baru ini, presidennya Datuk Seri Annuar Musa dan pasukan itu turut memakai warna merah jambu dan bersedia dirakamkan gambar dengan ‘trademark’ wanita itu – meletakkan isyarat huruf V di tepi bibir dengan slogan “Qu Puteh Qu Puteh barulah putih” dan mereka turut melantiknya sebagai penasihat kehormat KAFA bagi 2016/2017.

Sebagai peminat nombor satu bola sepak tempatan, Dr Vida memberitahu Bernama, penglibatannya dengan KAFA, satu daripada pasukan terbaik di negara ini, kerana ingin produknya menembusi pasaran baharu.

Bagi Dr Vida, untuk berada di tempatnya sekarang beliau telah menempuh pelbagai cabaran dan jalan berliku. Bermula dengan menjual kacang putih dan nasi bungkus kepada rakan sekolah untuk duit poket selepas bapanya meninggal dunia, beliau telah memperluaskan produk jualannya kepada kain batik, telekung, sambal daging dan keropok semasa melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Pada masa sama beliau bekerja sambilan sebagai pekerja kilang dan di kedai makanan ringan untuk menampung pembelajarannya di universiti, katanya.

Selepas lulus Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), dan menjadi guru di Sekolah SJK (C) Poi Lam, Ipoh, beliau tidak pernah berhenti daripada meninjau peluang perniagaan dan telah mengikuti kursus dalam bidang kecantikan iaitu dandanan rambut dan solekan.

Dengan pinjaman bank sebanyak RM100,000, beliau membuka salun kecantikan dan menganggap ia adalah masa yang amat sukar kerana dengan gaji guru sebanyak RM3,000 sebulan, beliau terpaksa membayar balik pinjaman bank sebanyak RM2,000 sebulan, dan menggunakan selebihnya RM1,000 untuk bayar rumah, kereta dan untuk makan.

Selepas 12 tahun menjadi guru sekolah, beliau bertukar angin dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) mengajar kursus dandanan rambut dan solekan, dan di situlah tercetus idea untuk menghasilkan produk kosmetik apabila program cuci muka secara percuma kepada orang ramai di pasar raya oleh pelajarnya menerima sambutan hangat.

“Di situlah saya lahirkan kosmetik saya, Vida Beauty yang merupakan gabungan nama panggilan Miza dan Ida oleh rakan-rakan saya dan menggunakan huruf ‘V’ yang saya anggap mempunyai nilai yang tinggi,” katanya.

Dengan geran sebanyak RM1 juta daripada kerajaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kosmetiknya, beliau bagaimanapun gagal untuk “break into the market” kerana pelaburan sebanyak RM500,000 untuk mengiklankan produknya di majalah tempatan, radio dan televisyen swasta tidak berjaya mempromosikan produknya.

Beliau tertekan dan mengalami tekanan darah tinggi, namun mendapat hikmah daripada kejadian itu apabila formula sendiri dihasilkan menggunakan gamat dan buah delima untuk produk kesihatan, Pamoga, telah berjaya mengurangkan tekanan darah tingginya.

Dengan semangat baharu, beliau sendiri memasarkan Pamoga melalui program di radio Kelantan FM, “dengan durasi 15 minit untuk satu sesi, produk saya tiba-tiba menerima sambutan di luar dugaan. Itulah yang berlaku enam tahun lepas.

“Dari situ jualan semakin meningkat, dengan iklan gaya testimoni pengguna yang berkesan, produk ini semakin mendapat sambutan hingga melonjak jualan mencapai 100,000 botol sebulan buat Pamoga. Saya ada lebih 100 produk,” katanya dan menambah, hasil jualan kesemua produknya mula mencapai lapan angka sebulan selepas hampir 10 tahun beliau berniaga.

Beliau yang kini turut melabur dalam pembikinan filem dan drama serta beberapa bisnes sampingan, berkata tindakannya menjadi model untuk produknya dan mencipta tagline serta penampilan ‘bling-bling’ adalah untuk menjual produk dan hasilnya amat menggalakkan.

Dr Vida berkata cabarannya dalam bidang perniagaan bukan sahaja berhadapan dengan sabotaj dan fitnah malah produk tiruan Pamoga yang dihasilkan di Damansara. 40,000 produk tiruan itu berjaya dirampasnya bersama-sama pihak berkuasa beberapa tahun lepas.

Bagi Dr Vida, cabaran paling getir apabila dua daripada empat anaknya maut dalam kebakaran di Ipoh beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja syarikat Dr Vida, Muhammad Norsyamil Zaidi, 26, maut dalam kebakaran di rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya, Ipoh pada 9 malam, 3 Ogos 2013.

“Pada masa itu saya hampir- hampir tewas, tiap-tiap hari menangis, namun saya kuatkan semangat demi dua lagi anak saya,” katanya.

Dr Vida berkata bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan terutama bagi yang tidak mempunyai modal, “Kalau ada RM10 buat meniaga cara RM10. Kalau ada RM100 buat bisnes yang sesuai dengan modal RM100”.

Contohnya dengan modal RM10 mereka boleh berniaga air minum dan keropok lekor katanya, dan turut mengingatkan peniaga supaya tidak mudah tergoda untuk berbelanja boros bila mendapat keuntungan. - Bernama

Sapelaa...ni weh?

Saturday, 30 January 2016
SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN?
Ini bukanlah kali pertama Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang diselubungi pelbagai isu, meluahkan kebimbangannya mengenai apa yang sedang berlaku dalam negara.

Terbaru, menerusi Instragramnya, beliau berkongsi sebuah poster program TV "Games Of Thrones" yang menunjukkan seseorang berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar dalam keadaan berkabus.

"Saya bimbang dengan masa depan. Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang "dicemari", bagaimana reputasi antarabangsa kita boleh dipulihkan," tulisnya.

Seterusnya, Nazir yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB berkata, terdapat keperluan untuk seseorang berhenti seketika, dan memperbetulkan kompas moral seseorang bagi menangani masalah struktur semasa secara holistik.

Siapakah "seseorang" yang dimaksudkan oleh Nazir itu? (SH 30/01/2016). - sumber

Celaru dan haru-biru: Kenapa Bahri diserang?

Serangan terhadap Bahri boleh makan diri, kata Rafizi
mk - Hari ini, 10:15 malam
Serangan terhadap Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM itu.

"Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa oleh alat-alat propaganda ini," katanya sambil menambah bahawa ia biasanya melibatkan mereka cerita untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman.

Katanya, ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka mereka tertakluk kepada penelitian awam, tetapi berkata ia adalah membimbangkan bahawa serangan tertumpu kepada Bahri.

Ancaman terhadap pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan, kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Ia juga adalah satu percubaan awal untuk menimbulkan kesangsian terhadap sebarang penemuan atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB.

Rafizi dinasihatkan alat-alat propaganda ini bahawa sebanyak mana 'spin' pun, tidak boleh memulihkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima justifikasi diberikan dalam menutup kes terhadap perdana menteri.

Lebih buruk lagi, katanya, jika mereka mahu menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri bagi menyelamatkan kredibiliti Najib, ia adalah satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri sendiri.

Pada hari Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan bahawa setelah meneliti kertas siasatan SPRM, beliau berpuas hati Najib tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Saturday, January 30, 2016

Saya nak tanya.... bukan marah

Saya nak tanya.... bukan marah, cuma nak tahu.... 
Bukankah parti-parti dalam Pakatan Harapan telah menandatangani satu perjanjian persepakatan secara rasmi tentang kod etika yang mesti dipatuhi oleh setiap parti...? 

Pada 6 Januari 2016, PKR, DAP dan Amanah telah tandatangan perjanjian yang menggariskan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat oleh setiap parti....?

Saya tanya je..... 
Saya tak hafal setiap isi butir perjanjian itu, tetapi kalau tidak silap saya, fasa 1 dan fasa 6 perjanjian itu menyentuh tentang hal mana-mana parti yang mahu menjalinkan kerjasama dengan parti lain hendaklah dengan persetujuan majlis presiden Pakatan Harapan..... Betul, kan...?  

Nak tanya satu lagi.... baru-baru ni, Azmin Ali telah berunding dengan PAS Kelantan tentang pembahagian kerusi di antara PKR dan PAS dalam PRU-14..... 
Azmin berunding dengan PAS atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden PKR, dan dia mewakili PKR.... 
Adakah hal itu telah dimaklumkan kepada DAP dan Amanah....? Adakah DAP dan Amanah telah memberikan persetujuan...? Eh, saya tanya je.

Bolehkah ahli DAP atau Amanah membuat lapuran kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan atau Sekreteriat PH akan salah-laku Azmin itu...?

Atau.... er, ok, saya tak nak mencarut, nanti kakak marah..... bahasa yang paling lembut yang boleh saya kata ialah : .... atau kertas perjanjian yang ditandatangan pada 6/1/2016 itu hanya dijadikan lapik buat tadah taik Azmin saja...?

~ Abe Awang Malaya

Dipercayaikah orang ini?

1MDB: Peguam Negara akan beri kerjasama kepada Switzerland 
Astro Awani |  Januari 30, 2016 17:00 MYT
1MDB: Peguam Negara akan beri kerjasama kepada Switzerland
Mohamed Apandi (gambar) menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara 1MDB. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak Switzerland berhubung siasatan terhadap syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata demikian sebagai membalas kenyataan Ketua Pendakwaraya Switzerland yang secara rasmi meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu oleh 1MDB, melibatkan wang berjumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion).

Bagaimanapun, Mohamed Apandi dalam satu kenyataan memberitahu akan melihat terlebih dahulu siasatan Switzerland bersama dengan hasil siasatan pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan sewajarnya.

Pada Selasa, Mohamed Apandi mengumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengembalikan semula sebahagian besar dana yang dikatakan 'RM2.6 bilion' yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Dengan itu, menurutnya, Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion, dan kesnya juga ditutup.

Tambahnya, wang sejumlah AS$620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Ia merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan," katanya pada satu sidang khas.
Sehubungan itu, beliau juga berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan berhubung sumbangan dana itu.

Kisah Badot dan lelaki bertuah serta pemurah.....

video

Apa hal ni? PAS terima, Tuan Ibrahim jer yang banyak soal!

Persoalannya yang soal ni PAS atau Tuan Ibrahim?

Tabung Haji

PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tampil menjelaskan :

1.     Apakah betul Bank Negara telah mengutuskan satu surat kepada Jamil Khir mengenai kedudukan kewangan LTH di 2015 yang gawat di mana nilai rizab LTH telah menjadi negatif dan ini bermaksud, pada harga nilai pasaran semasa, aset LTH tidak mencukup untuk memenuhi kesemua obligasinya termasuk deposit?

2.     Apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1), di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, LTH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya – dan keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan LTH kepada risiko pengeluaran depositi secara bebsar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit?

3.     Apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi LTH, Tan Sri Zeti telah menyarankan agar LTH merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?

4.     Sekiranya semua di atas benar - apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?

5.     Dan sekiranya di atas benar – mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange? Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi LTH?

6.     Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji?

Sekiranya semua di atas benar, PAS mendesak agar Pengerusi LTH dipecat dengan kadar serta-merta dan seorang pengerusi LTH baru dilantik bagi membantu LTH menunai obligasinya berdasarkan saranan Bank Negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Januari 2016