Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 29, 2016

Pengkhianat dan munafiq, betul atau retorik?

Keluar daripada Parti Pas dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq, betul atau retorik.

1. Sh Said Hawa, menantu menantu imam hassan al banna dan pengarang buku 'Jundullah' keluar Ikhwan Muslimin dan menubuhkan Parti Ikhwan Qutri tidak pernah dilabelkan
pengkhianat dan munafiq.

2. Sh Said Syaaban keluar Ikhwan Muslimin kerana berseliseh faham dengan Mustafa Masyhur tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

3. Dato Asri, Presiden Pas keluar Pas menubuhkan Hamim dan kemudian menyertai UMNO tidak pernah dilabel sebagai pengkhianat dan munafiq.

4. Ustaz Nakhaei Ahmad keluar Pas dan menyertai UMNO tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

5. Hassan Adli 'Panglima Jihad Pas' keluar Pas pada 1974 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

6. Abu Bakar Hamzah, Ketua Pemuda Pas Ke-3 tinggalkan Pas pada 1974 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

7. Muhammad Nasir keluar Pas dan tubuh Parti Berjasa pada 1977 tidak pernah dilabel pengkhianat dan munafiq.

8. Puan Khatijah Sidek, Ahli Parlimen Wanita Pas pertama, Ketua Kaum Ibu Pas 1950an keluar Pas dan menyertai UMNO 1972 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

9. Hj Ahmad Fuad YDP Pas Pertama 1951-53 keluar Pas pada 1953 dan menyertai Parti Negara tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

10.Hj Ahmad Badawi tinggalkan Pas dan bersama UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

11. Hj Ahmad Maliki pernah menjawat sebagai Setiausaha Agung Pas tinggalkan Pas menyertai UMNO pada 1954 tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

12. Hj Hussein Che Dol pernah menjawat Naib YDP Pas (Utara) tinggalkan Pas pada 1954 dan menyertai UMNO tidak pernah dilabelkan pengkhianat dan munafiq.

13.Apabila KUMPULAN PROFESIONAL tinggalkan Pas pada 2015 terus dilabelkan sebagai PENGKHIANAT dan MUNAFIQ. Apa sudah jadi?

Soalan :

a. Mengapa hukum boleh berubah2 mengikut zaman, dimana logiknya?.

b. Adakah hukum dibuat mengikut selera politik sempit kepartian?.

c. Adakah hukum dibuat untuk mempertahankan sesebuah organisasi atau menguntungkan
tokoh2 tertentu sahaja atau untuk menjaga airmuka.

d. Adakah sesuatu hukuman yang hendak dijatuhkan berdasarkan suara jamaie dan melalui mesyurat secara syarie.

e. Adakah hukuman dibuat oleh tokoh2 tertentu sahaja dengan membelakangkan ahli2?

f. Sebelum berhukum mengapa tidak merujuk sejarah untuk mendapatkan panduan dan ikhtibar daripadanya?.

g. Atau hukuman dibuat untuk syok sendiri dan sememangnya dirancang untuk menimbulkan kekecuhan?

Ahli2 bawahan menjadi kalut, huru hara dan dalam keadaan paradok kerana terdapat dua hukuman yang berbeza. Hakikatnya telah mewujudkan konflik dan krisis berpanjangan yang tidak menguntungkan mana2 pihak.

Rakan seperjuangan berdekad yang pernah tidur sebantal semarkaz bermasam muka. Pentas2 dakwah, surau, masjid dan markaz digunakan sebagai tempat menghamburkan kata2 kesat dan tempat melepaskan kemarahan serta tempat "menembak rakan2" seperjuangan dahulu.

Lantak kamulah kalau nak mampos pun.........ramai dah tak kisah!

Haji Hadi Terus Keluarkan Kenyataan Kelirukan Rakyat & Pecahbelahkan Pembangkang

Rafizi minta Hadi tak beri gambaran PAS sokong Najib

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berharap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghantar isyarat mengelirukan bahawa parti Islam itu menyokong skandal membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam Sinar Harian hari ini yang mengatakan tidak akan menghadiri perhimpunan anti- Najib pada 27 Mac ini.

Menurut Rafizi, beliau sendiri menyatakan persetujuan supaya perdana menteri meletakkan jawatannya pada himpunan tersebut.

"Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama,supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak," katanya dalam Facebook hari ini.

Rafizi berkata, beliau jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu.

Ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi Awang iaitu "menolak parti Umno, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) Umno".

"Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itu setiap kali Umno bertukar Presiden, setiap kalilah Umno bertukar.

"Maka bagi saya, kemudaratan yang dibawa oleh Umno kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis orang yang menjadi presiden/pemimpin Umno.

"Jika presiden Umno itu kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa - maka Umno (dan kerajaan) pun akan kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa," katanya.

Atas sebab ini, Rafizi berkata beliau telah memberi tumpuan terhadap kritikannya ke atas Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau turut menyenaraikan keputusan yang disifatkan menindas rakyat dan berlaku ketika Najib menjadi presiden Umno.

Antaranya dengan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perhidmatan (GST), menghentikan biasiswa, memansuhkan subsidi minyak, dan menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM42 bilion.

Selain itu, katanya, harta negara seperti tanah dan stesen janakuasa elektrik bertukar tangan kepada syarikat asing dan kemewahan melampau melibatkan pembelian jet baru dan rombongan ke luar negara yang ditanggung rakyat.
'Saya anti Umno, bukan anti orang Umno'

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan anti-Najib termasuk yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac depan.

“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib dijadualkan berlangsung 27 Mac ini selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum in 
-SH
ULASAN GB

Tatkala rakyat negara Malaysia sedang mengkritik dan menentang DS Najib sebagai PM, tiba-tiba Presiden PAS dilihat seolah-olah "mempertahankan Najib".

"Tidak anti orang UMNO?" - Apakah Presiden PAS tidak anti kepada perbuatan-perbuatan mungkar dan jahat pemimpin-pemimpin UMNO? Tidak anti-Najib sewaktu beliau kini sednag bermaharajalela dengan prinsip "I help U, U help me" sehingga kini terlalu ramai pengampu dan pembodek yang membenarkan segala tindakannya walaupun yang salah dan zalim?

Apakah Islam mengajar yang kita tidak menentang pelaku kemungkaran tetapi hanya menentang wadah kumpulannya (partinya)?

Sedangkan Al-Quran sendiri mendedahkan Rasulullah berjuang bukan saja sekadar menentang "kumpulan" Quraisy, tetapi menentang individu-individu yang zalim yang menjadi pemimpin Quraisy itu seperti Abu Lahab

Ia terrakam di dalam Surah Al-Lahab dimana nama Abu Lahab dinyatakan dengan terang-terangan oleh Allah swt walaupun Abu Lahab itu sendiri adalah bapa saudara Nabi Muhammad saw.

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia !
Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan.
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka).
Dan (begitu pula isterinya), pembawa kayu bakar (penyebar fitnah).
Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal . " (QS. Al- Lahab: 1 - 4) .

Kenyataan Hadi tersebut menyebabkan ramai kini mengandaikan bahawa beliau ada "termakan" habuan dari Najib. Benar atau tidak hanya Alah Yang Maha Tahu. Kedua, kenyataan Hadi itu menyebabkan ahli-ahli partinya sendiri jadi keliru sepertimana pendedahan kajian ILHAM CENTER baru-baru ini:
Kajian terbaru Ilham Centre mendapati, ahli akar umbi turut keliru disebabkan kenyataan bercanggah kepimpinan PAS terutamanya mengenai kerjasama dengan Umno.

“Mereka mula mempertikaikan apa yang dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang menang besar muktamar lalu dalam menjelaskan isu ini kepada mereka.

“Pada masa sama, kenyataan media yang dibuat pemimpin bercanggah antara satu sama lain,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

Pemilihan PAS pada Jun tahun lalu antara yang paling memecahbelahkan dalam sejarah 55 tahun penubuhannya.

Kumpulan konservatif berjaya menyapu bersih semua jawatan utama dan menyingkirkan golongan progresif.

Kumpulan progresif – terdiri daripada ahli Parlimen PAS yang terkenal meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

PAS pada masa sama menolak untuk menyertai gabungan baharu Pakatan Harapan tetapi mengekalkan kerjasama dengan PKR.

Sejak itu, terdapat persoalan mengenai hala tuju PAS.

Sesetengah pemimpinnya mahu hubungan lebih rapat dengan Umno sementara yang lain mahu PAS kekal sebagai parti pembangkang independen.

Hisomuddin berkata, rungutan terbesar ahli akar umbi ialah berhubung kenyataan bercanggah kepimpinan nasional.

Ini termasuk kenyataan daripada presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung.

Mesej dihantar kepada orang ramai menggambarkan PAS tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri, kata Hisomuddin.

Dalam isu kerjasama dengan Umno, rata-rata ahli PAS sukar menerima pendirian parti untuk bekerjasama dengan Umno melalui konsep “taawun” (bekerjasama untuk kebaikan).

Boleh pakai ker Mamat ni?

Nazri: Saya pertahankan Muhyiddin daripada dipecat

 | February 29, 2016
Nazri dedah MT UMNO mahu Muhyiddin dipecat dan Mahathir, Shafie dan Mukhriz dikenakan tindakan tegas.
VIDEO INSIDE
Nazri Aziz
KUALA LUMPUR: Ramai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada parti, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri mendedahkan bahawa mesyuarat MT Umno Jumaat lalu berlangsung agak lama kerana ahlinya membincangkan setegas mana tindakan yang harus dikenakan bukan sahaja kepada Muhyiddin, malah kepada beberapa rakan beliau.
Menteri Pelancongan itu yang telah mengusulkan agar Muhyiddin hanya digantung jawatan menyatakan beliau tegas dengan permintaan beliau yang setimpal dengan kesalahannya.
“Kalau saya tak cerita di bawah (orang akan spekulasi) macam-macam. Dua jam (ambil masa) hendak bincang (kerana) ramai nak pecat dia. Ada kata kenapa gantung sahaja. Kenapa tak pecat terus? Itu yang sampai dua jam tu. Bukan kerana tak setuju dengan (usul) saya. Biar orang luar faham. Orang ingat ada orang membangkang (tindakan ke atas Muhyiddin).
“Tapi saya pertahankan usul saya. Saya kata usul saya (adalah) kerana dia (Muhyiddin) tak menjalankan tugas dia (sebagai timbalan presiden),” kata beliau dalam wawancara bersama FMT semalam.
Jumaat lepas, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan MT UMNO sebulat suara menggantung Muhyiddin sehingga pemilihan parti berikutnya selepas gagal membantu presiden parti.
Mesyuarat dua jam yang berlangsung tanpa kehadiran presiden, Datuk Seri Najib Razak, pengganti Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Muhyiddin sendiri dan rakannya Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi tajuk perdebatan di media sosial.
Nazri, ahli MT yang setia dan lantang turut mendedahkan Umno turut mahu mengambil tindakan terhadap rakan subahat Muhyiddin, iaitu Shafie, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad setelah mendapat aduan daripada ahli UMNO.
Malah Nazri mendakwa jawatankuasa displin UMNO telah mengutus surat kepada MT kerana tidak sanggup untuk mendengar kes tersebut kerana melibatkan ahli parti berprofil tinggi.
“Sebab, pertama sekali pada hari itu kalau nak ambil tindakan tegas bukan terhadap dia (Muhyiddin) sahaja. Shafie pun, Mahathir pun, Mukhriz pun. Hari itu kita hanya bercakap tentang Muhyiddin. Dan sebenarnya memang ada aduan terhadap Muhyiddin, Shafie, Mukhriz, Mahathir dan beberapa lagi untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Displin. Tapi Jawatankuasa Displin tulis surat kepada MT, kerana orang-orang ni besar. Yang kita nak bincang ni Timbalan Presiden, Naib presiden, yang ketika itu menteri besar, bekas presiden. Jadi mereka tak sanggup buat.
“Ketika itu yang jadi hangat soal Muhyiddin, jadi kita tak bincanglah. Jadi yang lain tu mesti ada dossier (fail dan dokumen) dia, kesalahan dia. Muhyiddin tu senang. Kita gantung jawatan dia. Itu sahaja,”

17 sebab kenapa Hadi harus undur

MENGAPA HAJI HADI WAJIB BERUNDUR DARIPADA PRESIDEN PAS PUSAT TAHUN INI (2015)

 ANTARANYA (ini antaranya sahaja, ada lagi dalil2 yang lain yang lebih sulit):-

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa). 

- ZAM KAJANG

Sunday, February 28, 2016

Rupanya harga organ ni mahal!

[2/23, 21:35] Dato Baharudin: Price organs in Malaysia ;
Heart RM800k
Kidney RM600k
Eye RM10K
Paru2 RM100K
Liver RM200K

P / s: be careful all ... kidnappers are now chasing under 15Years organ2 budak2 still works well. Copy n paste dr kwn group Occupational safety and Health, careful kalau nampak plet kereta siam atau kereta2 pelik atau asing di kawasan rumah anda...
* PLEASE spread

[2/23, 21:35] Dato Baharudin: Elok dikongsi info spt diatas saat gawatnya nya ekonomi. Jaga anak2 dan cucu2 kita dari mangsa kekejaman manusia.

[25/02 3:28 PM] receive this message  from our Customs Intelligence & Alert Bullentin. Please take note.

Dato' Baharudin is Pengarah Kastam Negeri Selangor.

Yang ni payah aku nak cakap!

Sunday, 28 February 2016
Balasungkawa atau Pengiktirafan?
Di TV kita disajikan dengan penceritaan dan pengkisahan mengenai Najib. Ia tontonan yang menarik. Ramai orang akan mengkagumi penceritaan yang dilakukan ketika penerimaan Najib oleh masyarakat berada pada tahap yang paling rendah.

Adakah pengkisahan Najib ini akan menggerhanai skendel 1MDB dan derma/sedekah RM2.8 billion? Siapa yang beri kuasa kepada Najib mengembalikan derma untuk UMNO?

Tapi macam orang Inggeris kata- I am getting ahead of myself. Kita akan bahas isiu itu kemudian. Sekarang, kita komen mengenai balasungkawa atau orbituary politik Najib.

Ya- pengkisahan mengenai Najib seperti suatu balasungkawa. Jika ia dilakukan pada tahun 2009 bila Najib ambil alih dari Pak Lah, mungkin penceritaan nya, disifatkan keraian. Tapi sekarang? Setelah 7 tahun jadi PM? Ia seolah olah balasungkawa atau political obituary.

Mungkin Najib akan diingati sebagai orang yang memusnahkan UMNO. Dia tidak memberi kepimpinan kepada UMNO. Apatah lagi memberi kepimpinan kepada Malaysia.

Dia jadi MP ketika berumur 23 tahun. Siapa yang akan percaya pada usia yang begitu muda, telah timbul kesedaran politik dan social? Maka, apabila Najib berkata , sudah ada kesedaran demikian, sukar untuk dipercayai. Ia nya rationalisasi pasca fakta. After the fact rationalisation.

Tapi mengapa mahu meraikan 40 tahun berpolitik? Tengku Razaleigh lebih lama berpolitik dan masih ada dalam parlimen. Lim Kit Siang sudah 50 tahun berpolitik. Tapi tidak ada keraiaan.

Kerana mereka tidak menguasai kompleks industry media. Najib yang kuasai. Maka bolehlah dia melakukan nya. Dan hari ini, kita telah lihat Malaysian Insider di sekat penyiaran nya. alasan nya ialah ia meniarakan kritikan terhadap Najib.

Maka banyaklah siaran dan lawan web yang diletakkan dikerusi letrik sekatan oleh kerajaan. Inilah kerajaan yang dipimpin oleh seorang ketua yang semakin hari takutkan rakyat nya.

Kembali kepada pengkisahan 40 tahun Najib berpolitik. Selalu nya, perbuatan ini menyusuli pemimpin apabila mereka bersara. Mungkin Najib akan di bersarakan dalam masa terdekat. Setalah bersara, orang akan tahu bahawa Najib hanya memulakan non-standards yang akan dilupakan.

Saya bukanlah mahu mencuri halilintar cerita Najib. Kebetulan saya berasal dari Pekan; suka lah saya ingatkan orang ramai bahawa Najib mendapat jawatan MP Pekan bukan berkat usaha- tapi dia mewarisi nya. Kepada saya, dari sebermula, Najib telah menjiwai rent seeking mindset.

Perlakuan atau behaviour seorang rent seeker ialah  dia mendapat pulangan bukan hasil dari menghasilkan atau mengusahakan pengeluaran  sesuatu, tapi mendapat pulangan akibat mempunyai hak milik keatas sesuatu.

Najib mendapat hak milik keatas kerusi MP Pekan.

Kedua, pemilihan Najib adalah akibat mengaitkan nya dengan Tun Razak. Tun Razak seorang pemimpin agung, maka , hujjah lazim, ialah tentulah si-anak mewarisi bakat kepimpinan. Dia dipilih , sebab fakta nya, dia anak Tun Razak.

Dalam istilah sosioloji, ini disebut sebagai ascriptive behaviour. Yakni mencirikan Najib dengan sifat2 kepimpinan disebabkan status nya sebagai anak Tun Razak. Ini berbeza dengan achievement kriteria- yakni memilih sesorang sebagai pemimpin bersandarkan apa yang dia sudah capai dan akan capai. Atau dalam Bahasa yang mudah, memilih kerana kebolehan dan potensi.Kita pilih seorang sebagai pemimpin bukan sebab bapak nya, bukan sebab dia anak PM, anak penghulu, anak tok empat.

Ketika Najib menjadi MP Pekan, dia unknown quantity. Kepada anak muda Pekan yang revolusioner ketika itu, pada usia 23 tahun, Najib mempunyai reputasi sebagai penyemai bijirin liar.

Sekarang setalah 40 tahun berpolitik, akhir nya, ayam kembali ke kepok atau the chickens have come home to roost. Perbuatan nya yang mengejari nya, sudah menangkap nya. His deeds have finally caught up with him.

Pada keraian 40 tahun, Najib lebih dikenali sebagai arkitek 1MDB dan derma RM2.6 billion. Skendel2 ini akan menjatuhkan nya.

Bila Najib cakap dia akan selamatkan UMNO- saya tahu kita dalam bahaya. Ini ialah kerana yang mesti diselamatkan ialah Malaysia. Dan ia akan selamat jika kerajaan yang dipimpin Najib diganti dengan kerajaan nasional yang baru.

Apa pun pertahanan yang dikemukakan oleh para juak UMNO dan penulis upahan mereka, hari2 akhir untuk mereka sudah tiba.

Kita belajar dari sejarah. Diserata dunia, penghujung kerajaan yang diktator ialah seperti apa yang berlaku hari ini. Rakyat kian marah dan menderita- pemimpin dan kerajaan mengguna segala alatan penindasan sahih seperti polis dan pegawai perundangan untuk menakut dan ugut rakyat. Dan menggubal pelbagai  rang undang2 menyekat demokrasi.

Pemimpin bercakap mengenai merendah diri tapi mereka hidup dengan angkuh dan gaya hidup bermaharaja. Semua ini berlaku pada penghujung pemerintahan pemimpin2 gagah seperti Suharto di Indonesia, Marcos di Filipina, Pinochet, Fujimori, Hugo Chavez dan banyak negara dalam dunia ini.

Penghujung pemerintahan mereka, perkara2 sepertiini berlaku;

  • Rakyat marah dan menderita
  • Undang2 kuku besi bertambah2
  • Gaya hidup pemimpin menjelekkan.

Najib kata dia punya kesabaran. Saya yakin jika dalam PAU- ada lah orang UMNO yang akan menyamakan kesabaran Najib dengan kesabaran Nabi Ayub. Tapi rakyat yang telah lama bersabar dengan karenah kepimpinan kerajaan Najib bagaimana?

Benarkah Mahathir akui?

Mahathir Membuktikan DS Anwar Tidak Bersalah
Written By canang on Sabtu, 27 Februari 2016 | 2/27/2016 10:27:00 PTG

Semua manusia bila jangka hayatnya akan berahir akan mencerita kesah benar apa yang dilakukan keatas manusia lain..tun mahathir minta maaf..diatas kesilapanya

Perkembangan siasatan yang dilakukan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia semalam telah membongkarkan suatu rahsia yang selama ini disimpan kemas oleh Tun Mahathir sejak hampir 18 tahun yang lalu.

Dalam satu kenyataan, Mahathir akhirnya secara tidak sengaja mengakui bahawa, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya bersih daripada sebarang tuduhan yang beliau sendiri lemparkan sewaktu bertindak memecat Datuk Seri anwar daripada UMNO dan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tidak sukar untuk membaca pengakuan Mahathir ini apabila beliau secara terus terang tidak kisah duduk satu penjara dengan Datuk Seri Anwar andai itu yang telah ditakdirkan untuknya.

Malah, beliau juga memperakui bahawa tindakan Datuk Seri Anwar menganjurkan beberapa demonstrasi jalanan bagi menentang pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional hari ini adalah betul.

Ini dibuktikan dengan kesediaan beliau untuk hadir pada mana-mana demo yang bakal diadakan nanti.

Mujurlah Mahathir masih sempat meperakui kebenaran yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.

Setidak-tidaknya beliau tidaklah mati dalam keadaan munafiq dimana keengganan beliau memperakui apa yang beliau telah lakukan kepada Datuk Seri Anwar itu sebenarnya silap.

Datuk Seri Anwar tidak meliwat. Sebagai lelaki normal, pasti nafsunya disalurkan terus terhadap wanita, bukan lelaki seperti yang didakwa Mahathir 18 tahun lalu.

Amat wajar kini, Mahathir meminta maaf daripada Datuk Seri Anwar diatas segala kesilapan yang telah beliau lakukan dahulu sementara masa masih ada. Bersedia untuk merasai keperitan Datuk Seri Anwar didalam penjara, bukanlah satu pilihan bagi membuktikan beliau akhirnya benar-benar insaf terhadap Datuk Seri Anwar.

Posted By Caspian February 25, 2016 at 2:56 pm

Kenyataan tentang Penggantungan MuhyiddinYassin

27 FEBRUARI 2016

KENYATAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Saya meneliti kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas penggantungan beliau dengan sedikit rasa sedih. Sesiapa pun yang telah menghabiskan masa dewasanya menyumbang kepada parti yang dianggotai tidak wajar diperlakukan begitu, apatah lagi setelah beliau cuba membetulkan sesuatu yang beliau rasa adalah salah.

Sudah tentu pihak media bertanyakan reaksi saya kepada kenyataan beliau kerana saya pantas melahirkan kebimbangan apabila Dato’ Zaid Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu menyokong Tun Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Antara perkara pertama yang terlintas di fikiran saya setelah membaca kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu adalah Anwar Ibrahim. Saya terfikir tindakan bagaimana agaknya Anwar Ibrahim akan ambil dalam keadaan unik sekarang yang membuka ruang besar untuk melaksanakan reformasi (tetapi ruang itu juga penuh dengan risiko dan ketidaktentuan).

Saya fikir Anwar Ibrahim akan mengambil kesempatan ini untuk membawa semua pihak di dalam satu gerakan besar menuntut perubahan dan melaksanakan idea reformasi yang beliau perjuangkan selama ini. Sebelum ini, beliau gigih berusaha mencari titik temu di antara pihak-pihak yang berbeza pandangan dan berlainan puak agar dapat membina kekuatan bersama memperjuangkan reformasi. Banyak perubahan dan kesedaran politik yang ada dalam masyarakat kita hari ini dimungkinkan dek kerana jiwa besar Anwar Ibrahim dan kesabaran beliau membina gerakan besar yang memberi ruang kepada semua pihak itu.

Saya percaya Anwar Ibrahim akan berjiwa besar dan mengenepikan perbezaan lampau untuk mengalu-alukan sesiapa pun menyertai gerakan besar ini sementara beliau kekal pada prinsip menuntut reformasi dan perubahan sistem secara keseluruhan.

Kita di persimpangan yang unik di dalam sejarah masyarakat kita. Buat pertama kalinya, kita berada di kedudukan kritikal yang mana sebahagian rakyat kita (tidak kiralah apa latar belakang mereka) sudah faham (dan akur) bahawa kita tidak lagi boleh menangguhkan perubahan dan reformasi dalam negara ini.

Tan Sri Muhyiddin menekankan keperluan mengembalikan kebebasan dan integriti kepada institusi utama di negara ini selari dengan tuntutan yang kita laungkan selama ini. Beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa kuasa membuat lantikan ketua-ketua institusi utama yang kini dipusatkan di tangan Perdana Menteri mesti dirungkai.

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti saya atau Pakatan Harapan. Saya tidak akan cuba bercakap bagi orang lain. Saya hanya boleh bercakap sebagai seorang aktivis reformasi yang telah bersama-sama dengan arus menuntut perubahan ini sejak 1998.

Saya hulurkan persahabatan kepada sesiapa yang bersetuju dengan agenda reformasi yang kami bawa. Keutamaan sekarang ialah menjana kekuatan rakyat untuk menuntut reformasi yang menyeluruh dalam sistem sekarang yang banyak menindas.

Saya alu-alukan Tan Sri Muhyiddin bersama-sama gerakan rakyat yang mahukan perubahan itu dan saya hulurkan persahabatan supaya semua pihak (tidak kira latar belakang) dapat menyumbang ke arah sebuah Malaysia baru yang adil dan saksama, yang meletakkan keadilan undang-undang mengatasi kepentingan peribadi.

Saya berharap lebih ramai rakyat biasa (tidak kira apa latar belakang) memilih untuk berbuat sesuatu supaya kita boleh menukar Dato’ Seri Najib Tun Razak dan melantik seorang Perdana Menteri baru yang bertanggungjawab kepada rakyat di bawah satu sistem baru.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

27 FEBRUARY 2016

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN’S STATEMENT

I read Tan Sri Muhyiddin Yassin’s statement on his suspension with a tinge of poignancy. No one who has spent his adult life contributing to his party deserves to be discarded just like that, especially when he was trying to set right what he thought was wrong.

Naturally the media will be asking for my response to his statement since I was prompt to express hesitation when Dato’ Zaid Ibrahim made a call for Malaysians to rally behind Tun Mahathir Mohamad recently.

Among the first thought that crossed my mind when I read Tan Sri Muhyiddin’s statement was Anwar Ibrahim. How Anwar Ibrahim would have reacted to this unique circumstance which presents a great opportunity for reforms albeit risky and full of uncertainties.

Anwar Ibrahim would have wanted a grand coalition that gives space to anyone and everyone who subscribes to the idea of reforms he has been fighting for. He had worked tirelessly in the past to bring groups of people from opposing camps and ideologies to work on one platform to push for reforms. A lot of what we have today is a result of his foresight and patience to forge that grand coalition.

Anwar Ibrahim would have been magnanimous to welcome anyone and everyone on board while remaining extremely focus on the reform agenda.

We are at a unique junction in our history. For the first time, we may just reach the critical point where a majority of our society irrespective of their background understands why we cannot delay reforms anymore.

Tan Sri Muhyiddin spoke about the need to bring independence and integrity to key institutions in this country along the same principles that we have expounded all this while. He has stated publicly his view that the Prime Minister’s power to appoint the heads of the key institutions in this country must be curtailed.

I cannot speak for my party or Pakatan Harapan. I will not speak for others. I can only speak for myself as an activist who is a part of the Reformasi movement (in different capacities at different times) since 1998.

I would offer a hand of friendship to anyone and everyone who subscribes to the reform agenda. The priority now is to bring the rakyat together to push for an overhaul of the abusive current system.

I would welcome Tan Sri Muhyiddin to this movement of rakyat and offer my hand of friendship so that we can work together to ensure a new Malaysia that is just and fair, that puts rule of law above personal interest.

I hope more and more ordinary Malaysians (whatever your background is) decide to do something so that we can remove Dato’ Seri Najib Tun Razak and install a new Prime Minister who will answer to the rakyat under a new system.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

Apa nak dikata. Rehat dan layan jer anak cucu

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.

Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.

Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.

MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.

Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.

Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan. Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.

Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!

Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia.  Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Allahu Akbar!

MUHYIDDIN YASSIN
27 Februari 2016

Saturday, February 27, 2016

Dari Kapir pun kita boleh pakai!

video

Perihal Shaari Sungip........

PERIHAL YB SHAARI SUNGIP

Saya mula-mula dengar nama Shaari Sungip dalam tahun 1998, ketika api politik negara sedang marak menyala akibat fitnah terhadap Anwar Ibrahim.... 

Ketika itu, dia memimpin NGO Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Orangnya tenang dan cool, tapi agak berpengaruh di kalangan orang-orang 'agama' dalam beberapa pertubuhan dan dia mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang tokoh politik termasuk Husam Musa.

Dia pernah ditahan dibawah ISA... tak perlu ceritalah apa kesalahannya, sebab nama pun ISA.

Dalam PRU-2004, dia bertanding atas tiket PKR di parlimen Paya Besar, Pahang tapi kalah di tangan Siti Zaharah Sulaiman….. Masa tu, Hadi Awang pun kalah di parlimen Marang.

Dalam PRU-2008, dia bertanding atas tiket PAS dan menang di DUN Hulu Kelang.... Khir Toyo, bekas MB Selangor jadi ketua pembangkang dalam DUN Selangor ketika itu.... Entah apa yang didedahkan oleh Shaari Sungip dalam DUN tentang persatuan isteri wakil rakyat, menyebabkan Khir Toyo panas bontot..... 

Khir Toyo tahan Shaari Sungip di luar dewan dan memarahinya, hingga sampai ke tahap Khir Toyo tarik janggut Pak Abu dan memberi amaran supaya jangan babitkan isterinya, tapi... itulah, Pak Abu tetap cool dan rilek saja... dia tidak melatah, tidak melawan balik, dan nak kata dia takut pun tidak.... Dia tetap selamba dengan gaya 'macam tak ada apa-apa'.

Apabila tercetus krisis akibat pertukaran MB Selangor dan Khalid Ibrahim berkeras kepala tidak mahu letak jawatan, maka keadaan agak kritikal ketika itu kerana telah terdengar desas-desus bahawa PAS mahu mengkhianati Pakatan Rakyat dan mahu membentuk kerajaan campuran bersama UMNO untuk memerintah Selangor…. Kalau Adun PAS + Adun UMNO + Khalid Ibrahim, mereka mempunyai kelebihan 2 kerusi dan akan meletakkan PKR dan DAP menjadi pembangkang.

Dalam kemelut yang agak mencemaskan itu, tiba-tiba Shaari Sungip muncul dengan muka tenang dan selamba, bersama seorang lagi Adun PAS iaitu YB Hasnol Baharuddin (Morib), mengumumkan secara terbuka bahawa kedua-duanya menyokong Wan Azizah.

Ternyata tindakan Shaari Sungip dan Hasnol itu sangat membangkitkan kemarahan yang tidak terhingga kepada lebai-lebai PAS dan merangsang kutukan yang keras dari kaum wala’un kepala berdengung…. Tetapi sejarah akan mencatatkan bahawa tindakan kedua-dua Adun PAS itulah yang berjaya menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, hingga membolehkan Azmin Ali menjawat Menteri Besar hingga sekarang…. 

Pengisytiharan Shaari dan Hasnol itu benar-benar telah merubah jalan sejarah, kerana kalau tidak kerana tindakan itu, mungkin hari ini kita akan melihat saja dengan mata berkelip-kelip bagaimana UMNO dan PAS menjarah harta kekayaan negeri dengan sesuka hati dan menfara’idkan kepada anak-menantu dan kroni-kroni.

PAS mula terbakar dengan api kemarahan bergejolak di kalangan lebai dan wala’un… Muktamar Agong PAS di Batu Pahat menjadi medan bagi lebai mempertontonkan bakat kesyaitanan dengan mengutuk dan memaki hamun Shaari Sungip dan Hasnol dengan sekeras-kerasnya…. 

Seingat saya, Azli Taliban berucap berapi-api dengan separuh menjerit sampai nak terkeluar anak tekak dan dengan muka sebijik macam jin afrit, memaki hamun dan merapu macam orang sasau…. 

Seorang perwakilan yang bertitle ‘ustaz bodo’ telah menggunakan peluang berucap dengan membaca doa selama 20-30 minit, meminta supaya Allah melaknat Shaari Sungip dan Hasno…. Siap mengadu dan merintih dalam doa, mereka buat langkah kajang tak berbincang dengan kami, Ya Allah….. ek eleh… dengan Allah pun nak mengacum, macam Allah tak tahu apa yang berlaku.

Kemuncak kepada kemarahan itu ialah ucapan penggulungan oleh Hadi Awang selaku Presiden PAS yang meracau-racau dengan mendedahkan ‘ada orang kita yang sanggup bersekongkol dengan musuh’….! (rupa-rupanya ucapan itu mendedahkan kemunafikan Hadi Awang yang menganggap PKR adalah musuh selama ini, bukannya UMNO)….. 

Bahkan Hadi Awang mengungkapkan perkataan yang membawa maksud, dia menolak Wan Azizah jadi MB kerana tidak mahu membawa pengikut PAS masuk neraka jahanam…!!! 

Hadi Awang juga menyindir dengan mengatakan ada orang PAS yang jadi broker PKR untuk curi Adun PAS, manakala Shaari Sungip dan Hasnol digelar sebagai ‘barua’…!

Selesai ucapan penggulungan, Shaari Sungip telah diserbu dan dikerumuni oleh sekian ramai wartawan untuk mendapatkan responnya berkaitan dengan tuduhan broker dan gelaran barua itu….. 

Tetapi, ternyata Shaari Sungip memang seorang yang berjiwa besar…. 

Pertanyaan yang bertalu-talu dari pemberita dan pihak media itu langsung tidak membuatnya gelabah, sebaliknya Shaari dengan tenang bertanya balik kepada para pemberita : “Eh..? Dia tujukan kepada saya ke…? Saya tak fikir begitu… Saya rasa, broker dan barua tu ditujukan kepada orang lain… Saya tak rasa dia tuju kepada saya.”

Para wartawan dengan mata terkebil-kebil dan terpinga-pinga memandang sesama sendiri, kemudian terpaksa beredar dari situ.

Saya pernah bertemu sekali sahaja dengan Shaari Sungip, selepas dia berceramah di Taman Permata, kemudian kami pergi minum di sebuah restoren mamak…. YB Hasnol Baharuddin pun ada sama….. Memang, kedua-duanya sangat tenang, cool, terserlah kewibawaannya, tutur-bicaranya manis menarik melambangkan keluhuran hati dan keikhlasan budinya yang tinggi.

Semoga Allah merahmati YB Shaari Sungip dan YB Hasnol Baharuddin…. Kami mengasihi mu kerana Allah.  

Demikian adanya.

(turut bersama kami ketika minum di restoren mamak ketika itu termasuk Dato Saifudin Nasution, Kameel Abuya, Rosli Abdul Rahman, Tengku Kudin Que, Dato Nikah Kawen, Reyel De Helmet) - Mohammad Shahrul Izwan

Muhyiddin sudah 'berkerat rotan'?

Muhyiddin: Saya tidak akan merayu
mk - Hari ini, 12:29 tengah hari
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak akan merayu terhadap tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, walaupun beliau mempertikai cara MT dalam membuat keputusan tersebut.
"Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri.
"Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT.
"Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu," kata Muhyiddn dalam satu kenyataan.
Menurutnya, MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap dirinya "daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan Umno dan negara".
Hari ini, katanya, tercatat dalam lipatan sejarah Umno, seorang timbalan presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur presiden.
"Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai timbalan presiden," tegasnya.
Menurut Muhyiddin lagi, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama Umno datang menemuinya mengadu hal mengenai pelbagai dakwaan yang menyelubungi Najib dan isterinya.
"Mereka meminta saya melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang Umno akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.
"Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib.
"Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan Umno dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.
"Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka.
"Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya," tegasnya..