Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 31, 2016

Tanah PPR Taman Manggis: Wayang kulit atau wayang cina?

Tanah PPR Taman Manggis: Antara BN dan DAP siapa main wayang?
31 Mac 2016 | MALAYSIA DATELINE
Guan Eng dan anggota exconya menunjukkan dokumen mesyuarat kerajaan BN negeri yang mendedahkan misteri pembangunan tanah PPR di Taman Manggis.

Isu tanah Taman Manggis dan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang yang pada asalnya diperuntukkan bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) begitu mendapat tempat dalam laporan media arus perdana.
Serangan demi serangan yang ditujukan kepada kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng memperlihatkan keprihatinan BN negeri itu terhadap masalah perumahan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.
Apatah lagi isu penyelewengan tanah PPR itu didakwa mempunyai kaitan dengan isu pembelian banglo ketua menteri yang dibuktikan kurang daripada harga pasaran.
Hari ini Bernama melaporkan desakan dibuat Ketua Biro Pengaduan Awam Gerakan Pulau Pinang Jason Loo kepada kerajaan negeri pimpinan DAP agar mendedahkan dokumen tender terbuka bagi tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin dekat Georgetown agar rakyat dapat menilai sama ada penjualan tanah itu dilakukan secara telus atau sebaliknya.
Menurut Jason, beliau telah memohon membeli dokumen tender terbuka bagi tanah Taman Manggis dengan membayar RM150 di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Isnin lepas, tetapi perlu menunggu selama 14 hari dan bagi beliau ia adalah satu tempoh yang lama.
"Saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai untuk kerajaan Pulau Pinang mendedahkan dokumen tender itu bagi menjawab segala persoalan yang timbul terutama adakah penjualan tanah berkenaan mempunyai kaitan dengan isu banglo yang dibeli Ketua Menteri Lim Guan Eng yang heboh sekarang ini.
"Selain itu, kami semua juga ingin tahu selain Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC), berapa banyak dan syarikat mana yang turut menghantar tender untuk membeli tanah itu," katanya pada sidang akhbar di Georgetown hari ini.
Isu tanah Taman Manggis timbul apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membawanya kepada pengetahuan Dewan Rakyat dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya diperuntukkan bagi Projek Perumahan Rakyat.
Bagaimanapun kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berdiam diri dengan gelombang kritikan yang dihamburkan para pemimpin BN.
Pada 30 Mac lalu, satu sidang akhbar diadakan bagi mendedahkan dokumen rasmi tahun 2005 yang membuktikan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya telah menolak cadangan tanah Taman Manggis untuk dijadikan kawasan PPR.
Malah pemimpin BN negeri dianggap cuba 'baling batu sembunyi tangan' dengan menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan negeri melalui pelbagai fitnah dan tuduhan tidak berasas.
Bercakap dalam sidang media yang turut dihadiri Guan Eng, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, berkata pada 2005 kerajaan BN negeri telah mengubah cadangan pembinaan PPR yang dibuat dua tahun sebelumnya (2003) kepada cadangan projek pembangunan bercampur melibatkan rumah kedai.
"Saya merujuk kepada cabutan minit butir-butir mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ke-34 tahun 2005 bertarikh 28 September 2005 bertajuk ‘Cadangan Pembangunan Baki Tapak Tanah Kerajaan Negeri Persimpangan Jalan Burma Jalan Zainal Abidin’.
"Apa yang disebut dalam minit mesyuarat itu ialah; YB Teng Chang Yeow memaklumkan Majlis bahawa sebuah perumahan kos rendah telah dimajukan di atas sebahagian tapak tanah yang berkenaan, dan adalah dicadangkan supaya baki tapak tanah yang berada di Jalan Burmah (di Taman Manggis) dibangunkan dengan projek campuran dengan rumah kedai dan kuarters kerajaan di belakang,” jelas Jagdeep.
Pada masa itu, Teng Chang Yeow ialah Adun BN merangkap Exco Kerajaan Negeri. Kini beliau ialah Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang.
Menurut Jagdeep, dokumen mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu terpaksa didedahkan kerana pimpinan BNnegeri cuba mengaitkan pembelian rumah Guan Eng dengan status tanah Taman Manggis, dengan niat BN menimbulkan tohmahan unsur rasuah.
Jagdeep yang juga Adun Datok Keramat menjelaskan, dokumen rasmi mesyuarat itu turut mendedahkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon pada masa itu berpandangan bahawa tapak tanah Taman Manggis boleh ditawarkan tender kepada pemaju swasta supaya kerajaan negeri tidak perlu menanggung kos yang tinggi.
"Cabutan minit mesyuarat yang diklasifikasikan semula ini secara jelas menunjukkan cadangan dalam memo tahun 2003 telah diganti (dengan) satu cadangan baru pada 2005.
"Ia menunjukkan (secara) jelas bahawa cadangan asal untuk membangunkan PPR telah digantikan oleh kerajaan (BN) terdahulu dengan cadangan pembangunan bercampur iaitu rumah kedai pejabat dan kuarters kerajaan di atas tanah tersebut," katanya.
Sehingga kini belum ada sebarang penjelasan dibuat BN negeri berhubung isu tersebut.
Ramai mengharapkan agar isu tanah Taman Manggis ini terus diperjuangkan BN negeri dan suara-suara mereka tidak hilang begitu sahaja umpama "itik kekenyangan dedak".

Laksamana (B) Mohd Anwar Mohd Nor: Rafizi jawab dengan senarai

Hari ini saya akan serahkan nama kumpulan pertama pesara yang belum mendapat bayaran ganjaran persaraan, walaupun ini sebenarnya tugas LTAT dan bukan tugas saya. Saya harap Pengerusi LTAT tumpu kepada perkara paling penting iaitu menjaga kebajikan pesara tentera dan bukannya terheret mempertahankan 1MDB seperti ini. Mohon "share" seluasnya.

31 MAC 2016

SERAH SENARAI NAMA PESARA KEPADA LTAT DAN LTAT PERLU MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG DITIMBULKAN

Saya kesal membaca kenyataan Tan Sri Laksamana (B) Mohd Anwar Mohd Nor, Pengerusi LTAT yang akhirnya memberi maklumbalas setelah hampir seminggu saya mendedahkan bagaimana 1MDB mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM396.41 juta kepada PPHM (anak syarikat LTAT) serta sejumlah RM288 juta yang sepatutnya dibayar kepada PPHM telah digunakan oleh 1MDB bagi tujuan kewangannya sendiri.

Kenyataan beliau langsung tidak menjawab kedua-dua perkara penting yang saya dedahkan tersebut. LTAT juga tidak menjawab gesaan saya supaya disenaraikan nama-nama dan jumlah pesara tentera yang bayaran caruman mereka tertunggak.

Sebaliknya kerja itu kini dipulangkan kepada saya untuk menghantar senarai nama pesara yang bayaran caruman mereka tertunggak menjelang jam 5 petang hari ini dan disertakan dengan ugutan saman jika saya gagal menghantar senarai nama tersebut. Ini bukan kali pertama LTAT mengugut untuk mengambil tindakan saman terhadap saya malah minggu lepas pun LTAT telah membuat ugutan yang sama.

Pejabat saya akan menghantar secara rasmi senarai nama pesara-pesara yang telah membuat aduan rasmi kepada saya dan YB Laksamana (B) Imran Abdul Hamid menjelang jam 5 petang ini melalui faks ke ibu pejabat LTAT. Senarai ini mengandungi maklumat 110 pesara.

Saya dan YB Laksamana (B) Imran Abdul Hamid juga dengan ini mempelawa mana-mana pesara tentera yang masih belum menerima sepenuhnya bayaran persaraan (dalam apa-apa bentuk) untuk mendaftar dengan kami supaya kami boleh mengambil tindakan terus dengan LTAT dan pihak-pihak berwajib yang lain. Pesara-pesara tentera boleh memberi maklumat dengan mengisi borang di capaian bit.ly/pesaratentera

Walaupun saya benar-benar kesal dengan sikap Pengerusi LTAT itu yang nampaknya lebih berminat bermain politik, beliau juga tidak boleh lari dari menjawab perkara-perkara penting mengenai keterlibatan LTAT (melalui PPHM) dengan 1MDB seperti berikut:

i. Menurut LTAT, ia tidak terkesan dengan bayaran yang diterima PPHM dari 1MDB dalam memenuhi tanggungjawab kewangannya membayar caruman. Namun begitu, kedudukan tunai LTAT berdasarkan Laporan Kewangan LTAT 2014 menunjukkan baki tunai LTAT pada 31 Disember 2014 adalah RM561 juta. Jumlah ini jauh lebih rendah dari baki pada 31 Disember 2013 iaitu RM1.117 bilion (berkurangan hampir separuh).

Jumlah tunai yang diperlukan untuk membayar pengeluaran caruman pesara tentera bagi tahun 2014 adalah RM1 bilion. Sudah tentu jumlah tunai RM561 juta bukanlah jumlah yang selesa memandangkan jumlah yang diperlukan untuk membayar pengeluaran caruman adalah RM1 bilion. Maka, sebarang kelewatan dalam bayaran kepada LTAT (atau anak syarikatnya) pada jumlah yang besar seperti RM396.42 juta mempunyai kesan kepada aliran tunai LTAT.

ii. Dalam tahun 2014, LTAT memberi pendahuluan kepada PPHM sebanyak RM48 juta bagi tujuan membiayai keperluan modal projek PUKL. Dalam tahun 2015, LTAT menambah lagi pendahuluan kepada PPHM sebanyak RM150 juta menjadikan jumlah pendahuluan kepada PPHM adalah RM198 juta menjelang akhir 2015. Pendahuluan dari LTAT kepada PPHM ini mengesahkan kesan kelewatan pembayaran 1MDB kepada LTAT sehinggakan LTAT terpaksa mendahulukan dana yang memberi lebih tekanan kepada kedudukan tunainya yang sudah pun berkurangan dalam 2014 berbanding 2013.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN
AHLI PARLIMEN PANDAN

Adakah Mahathir tunduk dengan hati dan perasaan?

TUNDUKNYA BEKAS SANG PENGUASA YG DZALIM..

Akhirnya Tun Dr Mahathir seorang Diktator terpaksa tunduk di atas pentas berlatar belakangkan Poster Besar yang tertulis perkataan "REFORMASI INSTITUSI" dan "BEBAS ANWAR UNDUR NAJIB"

Diktator BANGSAT Sepanjang Zaman ini terpaksa mengakui rakyat terbanyak menolak UMNO dan mahukan musuh utama politiknya ANWAR IBRAHIM menjadi pemimpin No.1 Malaysia...

Laungan "Reformasi", "Hancur UMNO" dan "BEBAS ANWAR" oleh rakyat jelata yang hadir berselang seli ketika beliau berucap di atas pentas sering menganggu tumpuan dan ucapannya.. Kemarahan rakyat terhadap Mahathir dan kezaliman UMNO tidak mungkin akan terpadam buat selamanya..

Mahathir juga menyedari bahawa beliau sedang dihina dan dicerca secara berhadapan dengan rakyat di atas pentas "Muafakat Selamatkan Malaysia",.. Begitulah Allah mengaibkan seorang Diktator Maha Zalim seperti Mahathir...

Diktator yang bernama Mahathir Mohamad ini akan dibawa dan diarak oleh rakyat ke seluruh negara..
Maruah serta harga dirinya kini sedang ditelanjangi oleh rakyat..

Dengan ketentuan Allah, maka Diktator Maha Zalim ini terpaksa menerima balasan di atas perbuatannya yang lalu..

Marilah berdoa moga apa yang menimpa Tun Dr Mahathir ketika ini adalah Kifarah dari Allah bagi menyucikan segala dosa2nya..

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO & PAS

Malang bersuamikan lelaki gila!

THURSDAY, 31 MARCH 2016
'Memang Saya Doakan Awak Mati Ketika Bersalin'
Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Tetapi saya memang kecewa dengan perangai suami saya. Saya tengah mengandung 36 minggu. Memang sepanjang mengandung ini, saya suka marah-marah, tak suka tengok rumah bersepah. Saya mengemas, dia sepahkan. Saya mengandung rapat-rapat. Yang sulung baru berusia setahun 2 bulan.

Memang saya penat menguruskan rumah. Melayan anak yang baru mendapat kaki berjalan, memanjat. Suami sepatutnya balik kerja awal. Tetapi menjadi lewat bila dia buat part time Uber.

Saya sudah pernah cakap dengan dia, tolong bertimbang rasa sikit. Saya sudah sarat sangat-sangat, dengan anak lagi, rumah lagi. Saya juga bekerja, memang saya agak cerewet bila mengandung.

Baju-baju dan barang-barang baby, saya yang beli dengan keluarga. Harapkan dia? Tak tahu bila nak beli sebab kemaruk sangat nak buat Uber itu. Padahal masa sudah suntuk dan saya boleh bersalin bila-bila masa sahaja.

Bila saya cakap, "Kalau saya terberanak awal, sakit di rumah, terjatuh, siapa nak tolong kalau awak tak ada?"

"Jiran ada, boleh minta tolong jiran," dia jawab selamba.

"Anak isteri awak ini tanggungjawab jiran ke? Awak buat Uber, cari duit macam mana pun kalau tak jaga hati isteri, tak berkat juga duit awak," keluh diri ini.

Tetapi seperti biasa, dia buat tak tahu. Balik rumah bila dah lewat malam. Anak pun dah tidur. Ikutkan badan, memang tak larat sebab dah sarat sangat. Tetapi saya bercakap macam tiada apa-apa.

Dan hari ini saya MC sebab kena pergi jumpa pakar untuk periksa risiko bersalin rapat. Sebab sebelum ini, anak yang sulung lahir secara bedah. Takut risiko rahim saya pecah.

"Selepas ini, tolonglah. Jangan tahu nak minta anak, buat anak sahaja. Tetapi badan saya yang menanggung. Saya yang penat, saya yang letih jaga anak seorang diri," kata saya pada dia ketika menunggu di luar bilik doktor.

"Eh? Awak yang kena jaga hati saya sebab kalau awak derhaka, lagi susah awak nak beranak nanti," katanya tak berlapik sudah.

"Saya czer. Habis tu, hati saya bagaimana? Ada awak nak jaga? Saya susah payah seorang diri. Semua nampak saya yang salah," balas saya.

"Saya takut awak umur tak panjang bila bersalin anak yang kedua ini. Mana tahu ada masalah, awak tak hidup," katanya tanpa memikirkan hati saya.

Berderau darah saya mendengar kata-katanya itu.

"Memang itu yang awak asyik sebut berulang kali semenjak saya mengandung anak kedua ini kan?" kata saya.

"Memang pun saya doa macam itu,"katanya.

Saya bangun dan berpindah tempat duduk tersorok. Menitik air mata kerana sudah tidak mampu lagi menahan rasa terkilan dan sedih di hati ini. Saya menangis sepuas-puasnya. Hiba sangat bila perkataan itu keluar dari mulut suami sendiri.

Merah mata, tak sangka memang itu doa dia. Dia memang mengaku dan nampak sangat dia berharap tuhan mencabut nyawa saya semasa bersalin czer nanti.

"Sudahlah, saya tunggu di luar saja. Lama sangat, kalau buat Uber dalam masa ini dah beratus ringgit boleh dapat," kata dia lagi yang langsung tidak mahu memujuk saya.

Memang dia tidak berhati perut, membiarkan saya menangis seorang diri. Padahal saya termengah-mengah membawa perut zuriat dia. Sambil menangis, saya berdoa, memang saya derhaka dengan dia. Kadang-kadang solat tertinggal sebab saya seorang uruskan anak yang lasak sampai malam. Stress dengan kerja lagi, uruskan rumah lagi.

Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk bersalin secara normal nanti walaupun doktor kata ada risiko tinggi. Pada saya, tiada kuasa yang boleh mengatasi kuasa Allah. Saya juga harap doa suami saya nak tengok saya mati semasa bersalin czer nanti tidak akan makbul sebab anak-anak masih perlukan saya. Doakan saya bersalin normal. Tinggal 4 minggu saja lagi, saya takut. - Kisah Rumah Tangga | PIXEL MEDIA

Orang Politik: Cer dengar nasihat Najib ni!

'Pemimpin hilang maruah diri bila tidak amal politik berprinsip' - Najib
Wan Syamsul AmlyAstro Awani |  Mac 30, 2016 19:52 MYT
'Pemimpin hilang maruah diri bila tidak amal politik berprinsip' - Najib
Najib semasa majlis perasmian perhimpunan ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual SeMalaysia (WARIS) pada Rabu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mana-mana pemimpin disifatkan hilang maruah diri bila tidak lagi memegang amalan politik berprinsip dan bermoral seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia termasuk duduk sepentas dengan pemimpin pembangkang dalam mana-mana majlis anjuran mereka.

"Dahulu sokong parti, nasihat orang kalau sudah bersara sokong parti, nasihat kalau dah bersara jangan lupa, waktu jadi pemimpin kita sokong.

"Di mana duduk orang itu sekarang? Dia tidak duduk dengan pejuang yang setia dengan perjuangan, dia duduk dengan orang yang dahulu dia kata rasis, cauvanis.

"Apa kita hendak gelar dia sekarang? Dahulu kita pertahankan dia, orang kata dia 'maha zalim', ada orang kata dia 'maha Firaun'. Di mana letak maruah diri?" katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian perhimpunan ahli Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual SeMalaysia (WARIS) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.

Dalam pada itu kata Najib, keperluan maruah dalam politik adalah bagi memastikan negara tidak huru-hara sekali gus hancur.

"Kerana itu kena ada undang-undang dan Perlembagaan negara. Apa yang hendak ditinggalkan kepada anak-anak jika negara huru-hara?

"Sebab itu kalau ada kesilapan kita betulkan sesama kita, jangan hancurkan parti, kalau parti hancur tidak ada perjuangan lagi," ujarnya.
Jelas Najib, sebarang pertukaran pemimpin jika mahu dibuat adalah selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

"Jangan cuba jatuhkan pemimpin. Jangan biar orang luar tentukan kepimpinan kita.

"Banyak lagi agenda kita untuk rakyat. Tugas kita teruskan agenda rakyat, istiqamah, fokus dan negara akan terus berjaya," jelasnya.

Takyahlah wat kerja sia-sialah weh!

OK to ask King to tell PM to quit, says expert

 | March 31, 2016
'The Agong cannot remove Najib, but his voice carries weight.'
Gurdial-Singh-Nijar_gerakan-rakyat_raja_600
PETALING JAYA: Submitting the Citizens’ Declaration to the Yang diPertuan Agong is by no means a futile exercise although he has no power to make Prime Minister Najib Razak resign, according to law expert Gurdial Singh Nijar.
“Anyone can ask someone to resign; it’s our constitutional right as citizens, and everyone, from the man on the street to the King, has this right,” he said in an interview with FMT.
“However, if the King were to advise Najib to resign, then of course it carries more weight.”
The Universiti Malaya professor acknowledged that the Federal Constitution did not give the Malay rulers any power to force Najib to step down. But he added that there was nothing wrong with former PM Mahathir Mohamad’s proposal to submit the declaration to the King as an appeal from a nation’s subjects to their ruler.
Gurdial noted that calling for the resignation of a prime minister was not a novelty in Malaysia. He pointed out that Tunku Abdul Rahman and Abdullah Ahmad Badawi stepped down after they were asked to.
Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh of DAP, who is a lawyer, also told FMT that the King had no power to force the Prime Minister’s resignation.
“Basically, it’s a democratic process,” he said. “The monarchy has no power to ask Najib to step down. It’s up to the electorate to decide in the general election.”
On Sunday, Mahathir expressed hope that the Conference of Rulers would look into the Citizens’ Declaration if millions of Malaysians were to sign it.
“We are asking something out of the constitution,” he said. “I hope the rulers will hear the rakyat. It is an extraordinary request.”

Apo pulok ni weh: Apa Jurucakap Putrajaya dah buat ni?

Thursday, March 31, 2016
Apa Jurucakap Putrajaya Dah Buat Ni?.. Dia Akui Lagi AS$375 Juta Juga Masuk Akaun Najib Ke?
Siapalah yang keluarkan kenyataan dari Putrajaya untuk membela Najib tu agaknya?.. dia baca betul-betul atau langsung tak baca apa yang didedahkan oleh Media Australia dan bandingkan dengan pengakuan Najib sebelum ini?

Semalam, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) menerbitkan surat itu adalah daripada putera Arab Saud Abdulaziz Majid kepada Najib.

Dalam surat itu, putera itu menjanjikan AS$ 375 juta kepada perdana menteri dengan berkata Najib boleh melakukan apa sahaja yang disukainya dengan pemberian itu.

Lambang surat rasmi itu menunjukkan ia adalah pejabat peribadi "Saud Abdulaziz Majid al Saud" manakala surat itu pula kononnya ditandatangani oleh "HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud".

Putera Abdulaziz Majid adalah cucu kepada Allahyarham Raja Abdulaziz - raja pertama keluarga Saud.

Beliau adalah gabenor kota suci Madinah pada masa surat itu ditulis iaitu bertarikh, 1 November, 2011.

"Surat ini dikeluarkan sebagai niat baik dan bagi penjelasan. Saya tidak mengharapkan apa-apa kepentingan peribadi sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada pemberian itu.

"Pemberian itu tidak seharusnya dianggap sebagai rasuah kerana ini adalah bertentangan dengan amalan Islam, dan saya secara peribadi tidak menggalakkan amalan tersebut dalam apa cara sekalipun," kata surat itu.

Hari ini.. keluarlah satu kenyataan dari Putrajaya...
Media Australia telah mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penemuan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi beliau adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi, kata Putrajaya.

"Siasatan termasuklah pemeriksaan forensik ke atas setiap pindahan," kata seorang jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

“Pihak berkuasa Malaysia turut dihantar ke Arab Saudi untuk meneliti dokumen dan menemubual anggota keluarga diraja serta pegawai yang mengendalikan derma berkenaan.

"Seperti dinyatakan dalam surat dari Arab Saudi yang dibocorkan, derma itu adalah hadiah kepada perdana menteri atas usahanya mempromosi kesederhanaan dalam Islam dan kepemimpinannya membanteras keganasan serta ekstremisme, selain inisiatif melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

"Kandungan surat berkenaan jelas menunjukkan derma itu boleh digunakan oleh Perdana Menteri seperti mana yang difikirkan patut dan akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat milik penderma, tanpa mengharapkan sebarang manfaat sebagai balasan," kata jurucakap itu dipetik dari Malaysiakini
Aku kata jurucakap Putrajaya tu main bedal saja keluarkan kenyataan sebabnya dalam surat tersebut jumlah yang dinyatakan ialah AS$375 Juta..

Tapi apa yang Najib akui dan telah didedahkan oleh WSJ sebelumnya ialah RM2.6 Billion atau AS$681 Juta telah masuk ke dalam akaunnya..

Jurucakap Putrajaya itu yang mungkin terlalu gembira dengan laporan dari ABC yang mendedahkan surat dari Putera Arab itu kononnya.. juga dipercayai tidak melihat atau membaca dengan betul surat itu..

Sebabnya tarikh yang tercatat pada surat itu ialah 1 November, 2011.. tetapi pendedahan oleh WSJ mengatakan  ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013..

Apa Jurucakap Putrajaya dah buat ni?.. dia dah akui memang benar selain AS$681 Juta... AS$375 Juta juga telah masuk ke dalam akaun Najib ke?

Tapi betul ke surat tu dari Putera Arab dan ada ke Putera Arab tu?.. cuba baca di SINI

- sumber

Tak sopan: Ini belum lagi ayah jadi PM!

Anak TPM diminta beradab, jangan hina kru kabin Mas, nasihat Nufam
 | DALIA ISMAIL
Ismail NasaruddinIsmail NasaruddinKesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), mendesak Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid memohon maaf kepada kru kabin penerbangan Malaysia (Mas) kerana memuat naik status di dalam instragramnya kerana menghina pramugari yang dikatakan tua.
Presidennya Ismail Nasarudin berkata, beliau mendapat panggilan dari ahlinya menyatakan mereka kecewa dengan kenyataan Nurul Hidayah yang mengutuk pramugari Mas.
"Beliau sebagai seorang wanita juga harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka.
"Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.
"Ayahnya juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat penerbangan Mas. Saya nasihati beliau jangan mudah lepas kata-kata yang akan menyakitkan hati kaum pekerja wanita dan saya nasihati beliau supaya bersikap 'low profile' dan usahlah mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal dan membawa faedah.
Nurul Hidayah Ahmad ZahidNurul Hidayah Ahmad Zahid"Sikap beliau akhirnya akan memalukan diri sendiri dan mencemarkan nama baik keluarga seorang Timbalan Perdana Menteri di dalam negara kita." ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Nurulhidayah telah memuat naik di laman instagramnya sekeping gambar menunjukkaan beliau sedang menaiki Air Asia, dengan mengatakan:
"Langkah penjimatan syarikat. Naik Air Asia pun boleh. Malaysia Airline hmmm (bapak mahal!!!-bahasa kasar). Pramugari pun dah tua-tua..harap pandangan kasar saya ni tidak di pandang sebagai mencampuri dasar kerajaan yer."
Ismail berkata, perbuatan mengeluarkan kenyataan terhadap pekerja kru kabin wanita oleh Nurulhidayah adalah satu tindakan yang 'amat tidak cerdik' dan tidak sensitif.
"Adakah dia lupa dengan pengorbanan kru kabin Mas yang telah melayan beliau apabila terbang ke merata tempat dengan syarikat penerbangan nasional itu?
"Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah mengguriskan hati ramai pekerja kru kabin. Dia harus meminta maaf kerana mengguris hati mereka.
"Beliau telah pos ayat-ayat yang menyakitkan hati pekerja kru kabin dengan menyatakan pramugari Mas ini ramai yang tua-tua.
"Ini sangat tidak berhemah malah membuat ramai kru kabin Mas marah dengan kutukan beliau.
"Sebagai anak seorang TPM, beliau harus mengambil jalan yang lebih berhemah untuk komen di laman sosial.
"Beliau harus mengambil sikap lebih sensitif dan menjaga tatatertib dengan rakyat.
"Kalau macam ni perangai anak seorang Timbalan Perdana Menteri,maka beliau memang bukan berjiwa rakyat," ujarnya.
Ini ke yang dikatakan tua-tua tu?
aku rasa dia ni dengki kot, sebab walau pun tua tapi lebih cantik dari dirinya yang POYO tu kot?

Rafizi vs Arul: Laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy

Sebentar tadi saya membuat laporan polis terhadap CEO 1MDB, Arulkanda Kandasamy. Oleh kerana kekangan OSA, berita ini tidak akan disiarkan sepenuhnya oleh mana-mana laman berita. Bantu saya sampaikan maklumat ini kepada rakyat, sebarkan dan "share" sebanyak mungkin.

30 MAC 2016
LAPORAN POLIS TERHADAP ARULKANDA KANDASAMY

Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan pasukan pengurusan beliau di 1MDB supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undang (mana-mana akta) apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah.

Maklumat ini diketahui umum apabila satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara didedahkan.  Intipati utama dari Laporan Ketua Audit Negara itu membayangkan bahawa satu kesalahan iaitu menggunakan harta syarikat (iaitu 1MDB) tanpa kebenaran dan pengetahuan Lembaga Pengarah telah berlaku; berdasarkan penemuan-pemenuan berikut oleh siasatan Ketua Audit Negara:

1. Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2015 telah mengarahkan Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB untuk memberikan penjelasan mengenai sejumlah RM288 juta yang telah dibelanjakan oleh 1MDB

2. Perbelanjaan sejumlah RM288 juta tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB

3. Pengurusan 1MDB hanya menjelaskan kepada Ketua Audit Negara pada 9 Disember 2015 bahawa RM288 juta itu digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB

Di dalam mana-mana syarikat, kelulusan tertinggi adalah Lembaga Pengarah dan bukannya CEO. Malah, untuk memindahkan wang di antara dua akaun yang berlainan bagi satu syarikat yang sama, ia memerlukan tandatangan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan tidak memadai dengan tandatangan CEO.

Perbelanjaan berjumlah RM288 juta ini adalah satu perbelanjaan yang besar dan sudah tentu melangkaui apa-apa tahap kelulusan (“limits of authority” atau LOA) yang diberikan kepada seorang CEO. Oleh yang demikian, sebarang perbelanjaan dan pemindahan wang sejumlah ini perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah sebanyak dua kali:

i. Pertama; untuk meluluskan perbelanjaan sebanyak RM288 juta itu bagi tujuan khusus yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah

ii. Kedua; untuk mengarahkan bank memindahkan wang sebanyak RM288 juta memerlukan tandatangan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Lembaga Pengarah yang diberikan kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk menandatangi arahan kepada bank

Penemuan Ketua Audit Negara bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak tahu menahu mengenai perbelanjaan RM288 juta sehingga Lembaga Pengarah mengarahkan CFO memberi penjelasan menunjukkan bahawa proses mendapatkan kelulusan tidak dipatuhi. Secara amnya, ini adalah satu kesalahan jenayah dan sebab itu saya membuat laporan polis agar Arulkanda Kandasamy dan pasukan pengurusannya disiasat secepat mungkin.

Selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak terbabit di dalam segala masalah 1MDB kerana urusniaga-urusniaga itu berlaku sebelum beliau menjadi CEO. Kali ini, bukti dari Laporan Ketua Audit Negara secara jelas menunjukkan bahawa di bawah pengurusan beliau, 1MDB masih terus melanggar undang-undang kerana tidak mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah.

Saya bersedia memberi keterangan mengenai siasatan OSA tetapi saya mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jawapan sama ada siasatan dan layanan yang sama akan dikenakan terhadap Arulkanda Kandasamy. Jika saya ditahan reman dengan tidak berselipar, Arulkanda Kandasamy juga boleh ditahan di sebelah sel saya di Tahanan Berpusat Jinjang minggu ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

PAS dan Dogmatik Ulama - video inside

video
"Dogmatik Ulama terlalu kuat. Sedangkan Al-Quran menekankan prinsip Qawiyyul Amin".. ulasan beliau sebelum point itu sebabkan kita berwaspada. Perhatikan..

A Shukur Harun. Pernah menerima beberapa Anugerah Kewartawanan. Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media dan Bekas Wartawan Kanan Harakah. Kini terlibat sebagai AJK Amanah Kelana Jaya. Sila Share..

Hah terselak dah: Ku Li, kami tahu apa yang anda lakukan Ogos lalu!

Posted on Wednesday, March 30 @ 22:31:03 MYT by paktam
Oleh Liew Chin Tong

Ketua penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mungkin merasakan bahawa dirinya menyempurnakan satu 'tugasan besar' setelah berjaya meneutralkan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menerusi Deklarasi Kelantan setelah beliau (Ku Li) dipalitkan dengan akuan bersumpah (SD) yang diedarkan di parlimen baru-baru ini untuk menyokongnya sebagai perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

Setelah Semangat 46, Tengku Razaleigh kembali semula ke pangkuan Umno pada 1996.

Pasca pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal menduduki jawatan timbalan perdana menteri ketika itu.

Pada PRU 2008, BN kehilangan dua pertiga majoriti dan ini mendorong beliau untuk memulakan langkah merapati pemimpin pembangkang dan ahli-ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak dengan harapan boleh menduduki kerusi perdana menteri sekiranya wujud kelompangan dalam kepimpinan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat pada 28 Julai 2015. Pada dua minggu pertama Ogos 2015, Tengku Razaleigh mula membina hubungan (engagement) dengan beberapa pemimpin dan tokoh dengan harapan dapat menggantikan Najib.

Namun ia digagalkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Ogos 2016.

Annuar sepatutnya melakukan semakan terlebih dahulu dari Zahid sebelum mengambil tindakan yang hanyalah memalukan dirinya sendiri.

Logiknya, situasi politik dan imej buruk perdana menteri hari ini tidak akan memberikan sebarang faedah kepada Razaleigh sekiranya beliau memilih untuk memihak kepada Najib.

Kami tidak akan membuat sebarang spekulasi tentang apakah motif atau ganjaran yang bakal beliau perolehi dalam tindakannya menyokong penuh kepimpinan Najib!

Tindakan Annuar yang menafikan penglibatan Tengku Razaleigh dalam isu SD di parlimen sebaliknya mengaitkan SD itu sebagai 'kerja' DAP dan Dr Mahathir hanyalah menyerlahkan kedangkalan serta kenaifan dirinya sendiri.

Samalah juga sepertimana Tengku Razaleigh tidak perlu menafikan keinginannya untuk menggantikan Najib sebagai perdana menteri!

Sepertimana dikatakan oleh Ketua Whip DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, SD tersebut adalah bertujuan menjadi alternatif kepada undi tidak percaya di Parlimen terhadap Najib.

DAP memiliki 37 orang ahli parlimen dan kami terbuka untuk membincangkan idea berhubung 'grand coalition' untuk menyingkirkan Najib dan melakukan reformasi berasaskan prinsip demokrasi, keadilan dan tatakelola yang bersih.

Tetapi DAP tidak pernah mengambil sebarang inisiatif untuk mengangkat Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri apatah lagi menandatangani sebarang dokumen untuk hal tersebut.

Tengku Razaleigh sewajarnya bersikap jujur untuk mengakui tindakan awal yang beliau ambil untuk menyingkirkan Najib, sekalipun pada masa ini beliau bertindak sebaliknya.

Kami tahu apa yang anda lakukan Ogos lalu!

Penulis adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen 

Wednesday, March 30, 2016

Dato' Dr. Harun Din sedang nazak: Mohon sama-sama doakan kesejahteraannya

[1:17am, 3/29/2016] ‪+60 19-454 5857‬: Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din sedang nazak dgn heart attack terbaru selepas angiogram & angioplasty pagi ni, ditolak masuk ke CCU IJN 2 jam lalu. Mohon doa bnyk2 utk kesembuhannya... Amin
[1:17am, 3/29/2016] ‪+60 19-454 5857‬: Ini mesej dr menantu Tuan Guru yg diterima sebentar tadi:

Salam Ustaz... Baba sudah di bawa ke Cath Lab utk prosidur angiogram 0930hr tadi dan di jangka mula prosidur 1030hr... prosidur ni agak berisiko tinggi kerana sudah terlalu kerap dilakukan... mohon di doakan atau lakukan apa saja ikhtiar kerohanian yg sesuai utk beliau agar berjaya dan diberi kesembuhan oleh Allah swt.

MOHON HEBAHKAN.
Doakan kejayaan rawatan utk Tuan Guru Dato Haron Din. Apa sahaja ikhtiar kerohanian yg sesuai. Sekurang2 setiap ahli permata tawajuhkan bacaan al-Fatihah kpd hadrat Tuan Guru. Jzkk

Apa macam Arul........takkan selamanya nak berlindung di bawah OSA?

Kaitan 1MDB-LTAT: Rafizi sedia debat Arul Kanda dalam lokap

 | March 30, 2016
Ini kerana apa yang terkandung dalam dokumen yang dilindungi Akta Rahsia Rasmi jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan Arul.
VIDEO INSIDE
rafizi,aul-kanda
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sedia berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dalam lokap sekiranya beliau ditahan kerana mendedahkan maklumat berkaitan syarikat itu.
Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Rafizi mendakwa apa yang terkandung dalam dokumen yang dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan Arul.
“Jika mendedahkan dokumen kerajaan adalah kesalahan di bawah OSA, ini juga kesalahan yang jelas di bawah pelbagai akta.
“Saya sedia beri keterangan tetapi saya mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar beri jawapan sama ada siasatan dan layanan sama turut akan dikenakan terhadap Arul Kanda.
“Jika saya ditahan reman dengan tidak berselipar dan berbaju ungu, Arul pun perlu begitu. Dia boleh ditahan di sebelah lokap saya dan kami boleh berbahas,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap Arul Kanda dan pasukan pengurusan 1MDB berhubung dakwaan pecah amanah – yang menurut Rafizi terkandung dalam sebuah dokumen OSA itu.
28 Mac lalu, Rafizi mendedahkan dokumen daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) akan datang keatas 1MDB yang dirahsiakan dibawah OSA.
Dokumen itu dikatakan menunjukkan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Polis kini sedang menyiasat samada benar dokumen tersebut sebahagian daripada LKAN dan dirahsiakan dibawah OSA.
Rafizi mendakwa kesalahan yang Arul lakukan seperti yang dilaporkan dalam dokumen itu jelas menunjukkan kesalahan di bawah pelbagai akta, termasuk Akta Syarikat 1965, dan Kanun Keseksaan.
“Ini adalah satu kesalahan jenayah. Sebab itu kami buat laporan polis terhadap Arul dan pasukan pengurusannya.
“Selama ini Arul sering beri alasan masalah 1MDB berlaku sebelum dia jadi CEO. Tetapi bukti dari LKAN jelas menunjukkan 1MDB terus melanggar undang-undang di bawah pengurusannya.
Minggu lalu, Rafizi berkata tunggakan 1MDB kepada anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), setakat September tahun lalu mencecah RM396.41 juta.
Tunggakan itu, dakwanya, memberi kesan langsung keatas aliran tunai LTAT sehingga menyebabkan kelewatan membayar gratuiti kepada veteran-veteran askar tak berpencen.

'Sombong bodoh': Siapa sebenarnya begitu?

Kereta sapu Uber: Pengerusi SPAD 'sombong bodoh', kata pemandu teksi
30 Mac 2016 | ARIF ATAN
Amran Jan (tengah) ketika mengadakan sidang media dalam satu protes yang pernah dilakukan persatuan itu pada tahun lalu.

Golongan pemandu teksi bermeter menyelar Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar kerana dilihat seperti hilang punca dalam menangani isu operasi kereta sapu menggunakan aplikasi Uber Dan Grabcar.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) Amran Jan berkata, kegiatan Uber dan Grabcar pada masa ini semakin berleluasa walaupun banyak persatuan dan pengusaha teksi mendesak pengharaman aplikasi haram berkenaan.

"Hamid Albar sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa operasi Uber adalah haram, namun baru-baru ini pula dilaporkan berkata bahawa kadar tambang Uber hendak diselaraskan. Dua kenyataan yang amat mengelirukan.

"Sebagai seorang pengerusi sebuah Suruhanjaya yang tidak ada pengetahuan mendalam tentang perjalanan industri teksi sebelum ini, Hamid Albar sepatutnya berani berdepan mendengar permasalahan juga bantahan dari persatuan teksi dalam mencari penyelesaian terbaik dalam menangani sesuatu isu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini

Menurutnya, bekas pemimpin Umno itu tidak perlu lari daripada kritikan terhadap kelemahan fungsi agensi SPAD dengan alasan 'jangan politikkan isu teksi' hingga boleh menimbulkan persepsi umum bahawa 'SPAD telah memutarbelitkan isu' untuk menutup kelemahannya.
Pemandu teksi bermeter berdementrasi mengecam Pengerusi SPAD yang membiarkan operasi Uber dan Grabcar sehinga jejaskan pendapatan mereka.

Mengulas demonstrasi pemandu teksi berdaftar Lembah Kelang semalam di Bukit Bintang membantah operasi Uber Dan Grabcar, beliau berkata, aksi berkenaan bukti Hamid tidak layak mengurus perjalanan industri perkhidmatan pengangkutan awam berkaitan teksi.

"Hamid Albar bertambah buntu bila demontrasi ini dilakukan secara mengejut dan tidak diketahui siapakah penganjurnya.

"Pada hari kejadian, pegawai-pegawai SPAD begitu sibuk menghubungi beberapa pengerusi persatuan sama ada terbabit atau tidak dalam demontrasi tersebut.

"Sikap 'sombong bodoh' Pengerusi SPAD ini telah menyebabkan masa depan pemandu teksi terancam," tambah Amran lagi.

Inikah sosoknya yang Hadi dan Haron Din dok tongkat dan dok nasihat tu?

Bukannya nak percaya sangat tapi tuan empunya diri tanak membela diri sendiri dengan fakta dan alasan kukuh yang boleh diyakini.
Jangan dok harapkan macai keliling yang bersuara sekali gitu, sekali gini seolah setengah merapu macam baru bangun dari tidur!

Kalau memang fitnah, cubalah tangkis dengan sebab-sebab yang menyakinkan dan apa pula motif mereka?

Teka-teki dana RM4.2bilion di akaun Najib hampir siap
mk - Hari ini, 11:41 pagi
Tumpuan antarabangsa mengenai dana berbilion ringgit yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pendedahan baru berhubung betapa besar skandal tersebut.

Jumlah RM2.6 bilion yang digunakan untuk merujuk skandal berkenaan tidak lagi terpakai.

Angka baru wang yang berada di akaun bank Najib, berdasarkan maklumat terakhir adalah pada AS$1.051 bilion atau RM4.202 bilion berdasarkan kadar pertukaran semasa sebanyak AS$1 bersamaan RM4.

Kontroversi itu sebelum ini dirujuk sebagai skandal RM2.6 bilion, berdasarkan pendedahan pertama yang dibuat oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu.

Mereka melaporkan bahawa AS$681 juta mengalir ke akaun bank peribadi Najib.

Berdasarkan kadar pertukaran pada masa itu, jumlah berkenaan dianggarkan sekitar RM2.6 bilion.

Bagaimanapun selepas hampir setahun berlalu sejak pendedahan pertama itu, kini terdapat petunjuk bahawa deposit AS$ 681 juta itu hanya salah satu daripada urus niaga lain.

Ratusan juta dolar Amerika juga dilaporkan mengalir ke akaun Najib di AmBank, termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi, Putera Faisal bin Turki bin Bandar Alsaud dan Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI).

Dengan pendedahan terbaru oleh ABC News yang berpangkalan di Australia minggu ini, teka-teki yang hampir siap, dengan hampir 90 peratus atau AS$ 956 juta daripada AS$1.051 bilion yang diterima oleh Najib telah dikenal-pasti.

Ini termasuk sekurang-kurangnya wang RM32 juta milik syarikat negara, SRC International yang juga dimasukkan ke dalam akaun bank Najib melalui beberapa perantara.

Malaysiakini menyusun angka berkenaan dari pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran besar mengenai skandal itu.

Bayi Highland Towers bertemu wiranya

Selepas 23 tahun, bayi Highland Towers dan wiranya dipertemukan
Azyyati AhmadAstro Awani |  Mac 29, 2016 22:18 MYT    
Selepas 23 tahun, bayi Highland Towers dan wiranya dipertemukan
Nur Hamidah (baju kelabu) yang juga dikenali sebagai bayi ajaib tragedi Highland Towers 1993 akhirnya berjaya ditemukan dengan pegawai bomba yang menyelamatkannya. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Setelah hampir 23 tahun, bayi yang terselamat dalam tragedi runtuhan Kondominium Highland Towers pada tahun 1993 akhirnya berjaya dipertemukan dengan insan yang telah menyelamatkannya.

Pertemuan bersejarah dan menyayat hati ini tercetus susulan hasrat anggota penyelamat berkenaan untuk berjumpa dengan bayi yang pernah diselamatkannya viral di media sosial baru-baru ini.

Hasrat anggota penyelamat tersebut, Norizan Saad yang kini bertugas sebagai Penguasa Kanan Bomba II untuk bertemu Nur Hamidah Nadjib, 24 tahun, bersama ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 44, akhirnya tercapai apabila dua beranak itu tiba di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Turut terlibat dalam operasi menyelamat dua beranak tersebut ialah Pegawai Bomba Azmi Morah Abas, Mahandran Muniandy, dan Engku Abdul Jalil Engku Ismail.

“Bermula dengan satu temu bual khas mengenai Highland Towers, kami mula tertanya-tanya bagaimana keadaan mereka berdua.

“Hasrat itu kemudiannya dimuat naik saya di laman Facebook dan mendapat liputan meluas serta turut disebarkan oleh pasukan IT bomba.

Norizan memaklumkan bahawa Nur Hamidah akhirnya dapat dihubungi melalui akaun Facebooknya dengan bantuan pasukan IT Bomba.

“Salah seorang dari kami cuba menghubungi Nur Hamidah melalui Facebook, selepas mendapat kepastian dia adalah bayi yang kami cari, kami akhirnya bertemu dua beranak ini,” cerita Norizan dalam satu sidang media di Putrajaya.

Norizan, 46, antara watak penting dalam usaha menyelamatkan Nur Hamidah selepas dijumpai terperangkap dalam runtuhan Blok A kondominium tersebut.

Beliau dipertanggungjawabkan membawa turun Nur Hamidah daripada runtuhan berkenaan sejurus mangsa dijumpai. 
Norizan mendukung Nur Hamidah (dalam bulatan) keluar dari tapak nahas Highland Towers pada tahun 1993. Gambar kecil ialah foto Norizan terkini. -Foto Fail

Nur Hamidah, yang ketika kejadian baru berusia 14 bulan, tidak menyangka akhirnya dapat bertemu dengan ‘penyelamat’ dia dan ibunya.

“Saya hanya mengetahui mengenai kejadian ini pada usia tujuh tahun iaitu bila diceritakan oleh ibu. Ketika masuk sekolah menengah, saya mula mencari informasi mengenainya di internet.

“Saya lihat banyak video mengenai Highland Towers di YouTube, termasuk video seorang bayi memakai lampin yang diselamatkan anggota bomba.

"Saya tergamam bila tahu bahawa bayi itu adalah saya dan hanya kami berdua yang selamat dalam runtuhan itu,” katanya dalam sidang media yang sama.

Dalam pertemuan mereka pada sidang media pada Selasa, Nur Hamidah dan ibunya Umi Rasyidah berulang kali mengucapkan terima kasih kepada anggota pasukan yang menyelamatkan dia dan ibunya dalam tragedi malang tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim (duduk dua, kiri) bersama Nur Hamidah Nadjib (duduk dua, kanan) dan ibunya Umi Rasyidah Khoiruman (duduk, kanan) serta sebahagian pegawai Bomba dan Penyelamat pada sidang media mengenai operasi menyelamat ketika tragedi Highland Towers 23 tahun lalu di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini. -Foto Bernama

Nur Hamidah tiba di Kuala Lumpur pada Ahad dan terus dibawa bertemu buat kali pertama dengan empat anggota penyelamat terlibat di tapak nahas Highland Towers.

Dua beranak itu kemudian mengadakan pertemuan khas dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan pada Isnin.

Pada 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang. - video di sini