Sunday, July 31, 2016

Tuan Ibrahim diminta jaga tepi kain sendiri!

Tuan Ibrahim diminta jangan sibuk campuri urusan Pakatan Harapan
29 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Dr Mujahid Yusof

Amanah menasihati Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar tidak mencampuri urusan Pakatan Harapan sekaligus menjadi 'batu api' untuk mengeruhkan hubungan Amanah dan PKR.

Malah Tuan Ibrahim perlu menyedari bahawa Pas tidak berperanan untuk membina dan mengembangkan Pakatan Harapan walaupun dijemput untuk bersama pada masa penubuhannya sebaliknya membentuk blok ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

"PH telah melalui berbagai ujian dalam masa tak sampai setahun namun tetap komited pada menggabungkan kekuatan pembangkang untuk berhadapan dengan Umno/BN setelah Pas bertindak memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP," kata Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusuf.

Mujahid mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Mandarin, Sin Chew Daily bahawa Pas akan mengadakan 'kerjasama bersyarat' dengan PKR bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang.

Menurut Mujahid, Pakatan Harapan khususnya Amanah tidak akan menerima usaha pihak tertentu termasuk Pas untuk memecahbelahkan hubungan antara parti dalam Pakatan Harapan.

"Kenyataan Timbalan Presiden Pas yang cuba campurtangan urusan dalaman Pakatan Harapan dengan memberi 'amaran' dan 'ugutan' ke atas Amanah amat dikesali kerana beliau tidak ada asas dan hak untuk berbuat demikian," katanya yang juga Pengerusi Amanah Pulau Pinang.

Beliau turut menasihati Tuan Ibrahim agar menumpukan perhatian untuk mengenali 'musuh sebenar' dan jangan berlagak 'batu api' dalam urusan Amanah dan parti-parti rakan Pakatan Harapan.

"Jika Pas sudah mengenali musuh politik sebenar tentunya Pas akan bersama Pakatan Harapan dan tidak membuang masa memecahbelahkan Pakatan Harapan dengan 'menyerang' Amanah," tegasnya.

Tuan Ibrahim dalam wawancara dengan Sinchew Daily menyatakan kesediaan Pas untuk bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi Dun jika PRN Pulau Pinang diadakan.

Selain bertanding di enam kerusi asal, Pas juga mahu dua hingga tiga kerusi yang 'dipinjamkan' kepada PKR.

"Mereka (PKR) bekerjasama dengan PAN (Amanah). Jika PAN bertanding di kerusi Pas, maka kami akan bertanding di kerusi PKR dan DAP," kenyataan Tuan Ibrahim dipetik.

Tuan Ibrahim menambah, Pas bagaimanapun tidak akan 'mengacau' dengan mewujudkan pertandingan pelbagai penjuru jika Amanah tidak 'mengacau' terlebih dahulu.

"Memandangkan PAN ialah anggota Pakatan Harapan, maka kami akan melihat PKR mewakili kesemua tiga parti pakatan dalam rundingan yang dijalankan kelak.

"Tetapi mereka tidak boleh benarkan PAN bertanding. Jika tidak, ia melanggar syarat kami," kata Tuan Ibrahim.

Beliau bagaimanapun mengakui PKR dan Pas belum mengadakan rundingan berhubung pengagihan kerusi di Pulau Pinang.

Saman sivil itu tidak akan membuka jalan kepada campur tangan kuasa asing - Adam A. Kadir

LAPORAN KETUA AUDIT BUKAN RAHSIA JIKA JATUH KE TANGAN FBI, DOJ
by ARIANNA - 2016-07-29
Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan lagi dokumen rahsia rasmi kerajaan, apabila ia jatuh ke tangan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam prosiding sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, kata Bekas Presiden Senat Tan Sri Adam A. Kadir.

Beliau dipetik berkata dalam laporan yang disiarkan Sinar Harian Online menyebut, badan penyiasat dunia itu berupaya mendapatkan segala maklumat termasuk laporan sulit itu, bagi mendapatkan kebenaran di sebalik penglibatan lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1MDB.

“FBI akan minta maklumat, kalau kerajaan nak bagi. Kalau kita bagi, dia mesti nak maklumat lagi. Bagi maklumat yang sebetulnya, kerana dengan maklumat itu, Amerika akan membuat kesimpulan yang lebih tepat daripada saman sivil itu.

“Amerika dapat maklumat daripada mana, itu kebijaksanaan mereka. FBI merupakan badan penyiasat nombor satu dunia. Mungkin kita pegang rahsia tertentu, bagi pihak lain, ia bukan rahsia,” katanya seperti dilapor hari ini.

Beliau mengulas kemungkinan saman sivil DOJ minggu lalu akan membuka jalan kepada campur tangan kuasa asing itu dalam pentadbiran negara, terutama akses kepada dokumen rahsia kerajaan seperti laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai siasatan 1MDB.

Beliau berkata, tiada had tertentu diletakkan dalam perkongsian maklumat antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan FBI, sebaliknya bergantung kepada budi bicara serta kejujuran kerajaan Malaysia dalam membantu prosiding sivil itu.

“Hubungan ini berdasarkan saling hormat-menghormati, kalau kita tipu kawan kita atau sekat maklumat tertentu, lain kali hubungan itu tiada rasa hormat lagi, atau nanti kita tidak akan dipercayai.

“Amerika sedang menunjukkan praktisnya. Malaysia jadi kawan Amerika dalam keadaan tertentu. Tapi kita akan jadi musuh, kalau kita tidak bertindak sepatutnya, seperti mana yang mereka mahukan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, saman sivil itu tidak akan membuka jalan kepada campur tangan kuasa asing itu dalam pentadbiran negara, melainkan wujudnya kompromi, sama ada menghalang prosiding mahupun kes itu ditarik balik daripada pendakwaan di mahkamah.

“Kalau kita cuba mendapatkan sesuatu melalui pintu belakang dengan mereka, mungkin ia membawa kepada campur tangan dalam negara. Saya tak percaya Amerika akan setuju, kerana ini masalah negara kita, di mana wang kotor itu sudah mencemarkan sistem kewangan mereka.

“Kerana itu, mereka mempunyai kuasa untuk mengeluarkan wang itu daripada sistem kewangan Amerika dengan memulangkan semula kepada Malaysia selepas ditolak kosnya. Ini bermakna, orang bersalah itu tetap bersalah,” ulasnya.

Beliau berkata, Peguam Negara Amerika didakwa akan menamakan Malaysian Official 1 tidak lama lagi selepas mendapat tekanan seluruh dunia.

“Maka tindakan jenayah akan diambil. Sudah terang, lagi bersuluh, tapi orang yang kena suluh dalam terang itu masih lagi tidak mahu mengaku. Maka dia (Amerika) terpaksa kata (menamakan pesalah). Ini akan berlaku,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, wujudnya usaha untuk berunding dengan Amerika bagi mengetepikan prosiding sivil itu, terutama yang melibatkan anak tiri Perdana Menteri.

“Mungkin ada usaha-usaha untuk berunding. Berunding itu akan merosakkan integriti kita. Sekiranya berlaku, maka dunia akan tahu bahawa ada sesuatu berlaku di belakang mereka .

“Jadi timbul soal ketelusan yang penting dalam pemerintahan dan tata urus negara sudah terjejas. Itu satu dosa besar dalam pengurusan dan kerajaan dunia kalau berlaku macam itu (rundingan),” dakwanya.

Ditanya kesan kepada Amerika jika rundingan itu diterima, beliau bagaimanapun berkata, kuasa asing itu akan hilang kepercayaan dunia khususnya sebagai pusat parkir wang sedunia pada masa akan datang jika tunduk kepada permintaan itu.

“Amerika menjadi negara nombor satu dunia, orang tak percaya Russia untuk hantar duit di negara itu, orang tak percaya kepada China untuk hantar duit. Orang hanya percaya kepada Amerika, walaupun bagaimanapun dia akan dapat balik duit kalau letak duit di negara itu.

“Jadi Amerika akan menjaga amanah ini dan dia juga ingin memastikan dunia ini, menjadi bebas daripada wang kotor atau pengubahan wang haram atau wang haram daripada korupsi. Dia kena jaga perkara ini sebaik-baiknya,” katanya seperti dipetik. – Malaysia Dateline


Keghaih penghut gelak: Belum pernah berlaku pencuri beritahu dia yang curi!

Kenyataan Media.

*SALLEH SAID KERUAK KATA 1MDB TAK PERNAH MENDAKWA WANGNYA DICURI: KAH..KAH...KAH KEGHAIH PEGHUT GELAK.BELUM PERNAH BERLAKU PENCURI BERITAHU DIA YANG CURI*.

1.Saya tersenyum membaca kenyataan Menteri komunikasi dan multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam isu saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk merampas aset AS$1 bilion atas *kes wang 1MDB yang dikesan oleh pehak berkuasa Amerika Syarikat telah dicuri pehak yang disebut nama dalam dokumen mahkamah*.

2.Salleh berkata pehak yang terjejas dalam kes ini ialah 1MDB kerana didakwa oleh DOJ yang wang 1MDB telah dicuri.Apa yang membuat saya tersenyum  ialah lawak bodoh Salleh.Beliau menyatakan *1MDB  menyatakan yang wang 1MDB tidak hilang mahupun dicuri*.

3.Memanglah 1MDB tak pernah kata wang dia dicuri atau hilang.Sebabnya *1MDB adalah satu sindiket Wang haram.Takkan lah 1MDB nak bagi tau dan buat report Polis yang dia menghilangkan atau mencuri wang dia sendiri.Nak harap 1MDB bagitau dan buat report Polis macam tunggu kucing tumbuh tanduk.Orang Kentut pun tak mengaku kata dia kentut.Yang pastinya satu teksi 4 penumpang sesak nafas bau busuk*.Pada hal yang kentut pemandu teksi sendiri.Yang kena bayar tambang dan menanggung bau busuk penumpang.

4.Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia morden ada pencuri apatah lagi yang bertaraf orang yang berkuasa keatas syarikat yang mencuri bagi tau polis yang dia sendiri yang curi.Yang ada ialah *pencuri menjerit satu dunia ada orang curi duit dia dan minta tolong pakat tangkap pencuri*.

5. *Salleh Menteri Komunikasi dan Multimedia kalau hadir scrin test zaman filem Seniman bujang lapuk mesti Allahyarham P.Ramlee ambil dia berlakun* walaupun pengarah Allahyarham Ahmad Nisfu pening kepala tapi Producer kata lawak ini akan bikin filem box office. *Lawak bodo Salleh jadikan Malaysia makin dikenali*.

#SallehjanganSelekeh.
#PencuriPencuriPencuri
#JomTangkapPencuri.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
ETS KTM Alor Setar-KL Sentral
1145am 25 July 2016/20 Syawal 1437H.

Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya...?

Apa yang terjadi dengan PAS sebenarnya?..

1. Dua soalan popular ketika hari raya tentang PAS. Pertama kenapa habis sepasukan pimpinan lama dibuang? Sedangkan dengan merekalah kami kenal PAS. Era 80-an dan 90-an nama popularnya Mat Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Solehudin Ayub dll. Pasca reformasi popular dengan Dr Dzul, Dr Mujahid, Mazlan Aliman, Ustaz Ghani Samsudin, Nizar Jamaludin dll. Tetapi kenapa mereka dibuang kesemuanya?

2. Soalan kedua popular. Benarkah bekas pimpinan yang tewas ini hendak tubuh parti? Kenapa perlu tubuh parti? Tidak bolehkah bersabar dan tunggu perubahan seterusnya dalam parti? Tidakkah nanti dituduh tidak boleh terima kalah lalu tubuh parti? Tidakkah UMNO sebenarnya yang mengupah mereka ini agar tubuh parti? Tidakkah mereka ini berada dalam percaturan JIM/IRC/IKRAM/HIS untuk ranapkan PAS? Inilah dua jenis soalan yang kerap ditanya. Saya cuba menjawab dengan pengetahuan dan maklumat yang ada pada saya.

4. Menjawab soalan pertama. Mereka ini dibuang setelah melalui kempen yang panjang. Ada yang mengatakan 18 bulan pasca muktamar 2013 hingga 2015 kempen non stop dilancarkan untuk membuang mereka. Sebenarnya tidak. Sebelum itu lagi. Sejak pemilihan tahun 2009 lagi.

Mereka ini dilihat menentang UG atau Kerajaan Perpaduan dengan PAS - Umno. Sebenarnya UG ini tidaklah sama maksud dengan apa yang Presiden lontarkan pada tahun 2009. Presiden TGHA lontarkan UG yang menggabungkan kesemua parti politik termasuk PKR dan DAP untuk buat perubahan dalam kerajaan.

Walaupun lontaran yang tidak masak, tetapi bukan UG itu yang ditentang. Tetapi jauh daripada itu sememangnya wujud usaha hendak menggabungkan PAS dengan Umno hasil kerja kuat bekas Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa (UN) dan bekas Naib Presiden Dato Dr Hasan Ali (DHA) dan bekas Timbalan Mursyidul Am yang kini menjadi Mursyidul Am Dato Dr Harun Din (DHD).

Pasca PRU 2008, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri bersama Khir Toyo berunding dengan pimpinan PAS untuk membentuk kerajaan PAS Umno di Selangor dan di Perak. Rundingan ini pada awalnya dinafikan Pengarah Pilihanraya PAS ketika itu Dato Mustafa Ali. Tetapi bocor apabila Pak Lah sendiri membocorkannya. Ada pertemuan di sebuah lokasi tidak jauh bangunan parlimen. Berakhir dengan PAS menolak pelawaan tersebut.

Tetapi Ustaz Nasha dan Hasan Ali meneruskan agenda ini. Kerap mereka berdua bertemu Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tokoh tokoh Umno baik di bangunan parlimen atau di Hotel Meridien. Watak kedua orang ini dilihat pelik dalam tempoh 2008-2011. Dilihat mesra UMNO dan menjadi pengacau kepada Pakatan Rakyat dan kerajaan PR di Selangor. Kerap Hasan Ali mengambil tindakan berseberangan dengan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diantaranya pengakuan bekas Pengerusi ngo GERAK Nazree Yunus, beliau didatangi Hasan Ali dan orang orangnya termasuk Roslan SMS dan SETPOL Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri untuk membuat pendedahan tentang salahguna kuasa Tan Sri Khalid. Beliau membuat report SPRM, TS Khalid Ibrahim sudah menguna peruntukan kerajaan untuk menghadiahkan lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak kawasannya sendiri. Kemudian tuduhan kedua menggunakan peruntukan kerajaan untuk servis kereta peribadi. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid dan menaikkan Hasan Ali sebagai MB. Tetapi setelah disaman Tan Sri Khalid, Nazree berubah dan menyertai PKR serta mendedahkan perancangan jelik ini.

Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha dilihat meneruskan usaha ini sehinggalah sebelum PRU 2013 pertemuan diantara Hasan Ali, Ustaz Nasha dengan PM Najib di Hotel Meridien. Pertemuan ini didedahkan Hasan Ali kepada rakan-rakannya sendiri. Kata beliau PM Najib sedia memberi kerjasama membantu beliau dan Ustaz Nasha membuat satu gerakan politik Melayu Islam atas nama ngo ala ala PERKASA. Najib sedia bantu wang ringgit dan segala kepakaran.

Targetnya mereka sedia bertanding calon bebas di kerusi PAS. Ngo ini akhirnya ditubuhkan selepas Hasan Ali dipecat iaitu ngo JATI. Pertemuan untuk membuat kerjasama dengan Najib dan menubuhkan platform baru itu bocor ke pengetahuan Presiden dan SUA Dato Mustafa Ali. SUA menjalankan siasatan. Di tengah siasatan berjalan, Ketua Penerangan PAS Selangor YB Shaari Sungip mengeluarkan kenyataan nama Dr Hasan Ali tiada dalam senarai calon PAS Selangor.

Kemudian melentinglah Hasan Ali dan pengikutnya dan berlakulah perang media yang berleluasa sehinggalah membawa pertemuan beliau dengan TGNA di Kelantan. Berakhir dengan beliau dipecat daripada PAS yang kesemua pihak melihat kononnya hasil serangan awal Shaari Sungip itu. Walhal kisah sebenarnya memang dia sedang disiasat SUA dan Presiden atas isu pertemuan beliau dan Ustaz Nasha dengan Najib di Hotel Meridien.

Pokoknya selepas dipecat belangnya dengan Umno semakin jelas. Ucapan beliau menyeru penyatuan Umno PAS sangat jelas. Begitu juga Ustaz Nasha. Kelibatnya kerap bersama Najib jika Najib ke negara negara Arab dalam keadaan dia masih ahli PAS. Tetapi beliau tidak dipecat. Itu yang pelik.

Dalam kes Perak pula. Seawal kemenangan 2008 UMNO berusaha memujuk PAS membentuk kerajaan bersama di Perak dengan janji PAS sebagai MB. Kisah Zahid Hamidi bekejar ke rumah Ustaz Ahmad Awang PJ Perak ketika itu untuk memujuk membentuk kerajaan sudah menjadi rahsia umum.

Ustaz Ahmad Awang mendedahkan ketika muktamar 2011 ketika ucapan penggulungannya memang wujud usaha menggabungkan PAS Umno. Jangan ada sesiapa nafikan. Saya ada maklumat. Kata Ustaz Ahmad Awang.

Beliau mendedahkan 3 pihak menghubungi beliau memohon dibentuk kerajaan PAS Umno di Perak. Iaitu Zahid Hamidi, Mufti Harusani dan Dato Dr Harun Din. Inilah 3 pihak yang berusaha mewujudkan kerajaan PAS Umno di Perak.

Inilah perkara yang ditentang Husam, Mat Sabu, Mahfuz, Solehudin dan kumpulan mereka. Namun dengan mudah mereka disabitkan menentang Presiden. Maka bermulalah wujud kononnya kumpulan penentang Presiden. Datanglah isu apa sekalipun mereka ini akan dikaitkan. Walaupun sekarang terbukti Hasan Ali dan Ustaz Nasha jelas menjadi pembantu Umno. Jelas dan terbukti apa yang dikatakan fitnah sebelum ini. Tetapi perkara itu diabaikan. Kumpulan Husam, Mat Sabu dll ini kekal diletakkan dikandang bersalah. Sedangkan Ustaz Nasha kekal kebal sebagai ahli PAS tanpa dipecat.  - Putra Gates

Kesian nasib parti purba Melayu ni!

Sunday, 31 July 2016
APA PERLU DILAKUKAN KEPADA UMNO?

Kata Tun Mahathir Mohamad, parti yang bakal ditubuhkannya akan dibarisi pemimpin baharu yang mampu menukar cara perjuangan UMNO yang ketika ini dipimpin oleh Najib Razak.
Hari ini dasar perjuangan UMNO hanya untuk tentukan Najib tidak dihadapkan ke mahkamah, ujar beliau.

Muhyiddin Yassin pula mengumpamakan UMNO ibarat sebuah kereta rosak yang tidak boleh diperbaiki lagi.
Bila dibaiki pun ia akan terus rosak, lebih-lebih bila Presiden UMNO sendiri seorang yang amat tidak bertanggungjawab. Jadi, kita kena tukar dengan kereta baru, katanya.

Mohd Shafie Apdal pula mengatakan, orang Melayu tidak akan mati tanpa UMNO, sambil memberi contoh apa yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sekarang.
Sehubungan itu, beliau juga nenggesa rakyat Sabah agar berani mengubah kepimpinan kerajaan negeri tersebut.

Mukhriz Mahathir meminta rakyat membuat pilihan yang bijak dalam pilihanraya akan datang demi menyelamatkan masa depan negara.
Sama ada negara dapat diselamatkan atau tidak, penentuannya ialah pilihanraya akan datang, tegas bekas Menteri Besar Kedah itu.

Jadi, apa yang perlu dilakukan kepada UMNO? Apa pilihan yang sebaiknya?
Atau barangkali ini jawapan paling munasabah sekali? (SH 31/07/2016). - sumber

Friday, July 29, 2016

Laporan Polis Pemuda UMNO mengesahkan fakta2 Dokumen Mahkamah AS adalah berdasarkan hasil siasatan agensi2 penguatkuasa Malaysia

Kenyataan Media.

*LAPORAN POLIS PEMUDA UMNO MENGESAHKAN FAKTA-FAKTA DI DALAM DOKUMEN MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT ADALAH BERDASARKAN HASIL SIASATAN AGENSI-AGENSI PENGUATKUASA MALAYSIA*

1. Nampaknya perkembangan kes penyelewengan 1MDB yang membabitkan Perdana Menteri Malaysia semakin menarik apabila Pergerakan Pemuda UMNO melalui Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis pada hari selasa (26 Julai 2016) terhadap tiga tokoh penting disebalik penyiasatan kes skandal 1MDB iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sr Abdul Gani Patail Bekas Peguam Negara dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed Ketua Pesurujaya SPRM yang akan bersara mulai 1 ogos ini dimana *ketiga mereka ini dikatakan berkonspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan dengan cara membekalkan maklumat sulit dan dokumen, termasuk  maklumat rekaan dan dokumen yang telah dipalsukan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat* termasuk FBI.

2. *Khairul mengakui mewakili Pemuda Umno.Dalam erti kata lain laporan polis tersebut adalah keputusan pemuda Umno dan Khairi Jamaludin ketua Pemuda Umno adalah bertaraf Naib Presiden Umno.Ini bermakna laporan polis tersebut dibawah restu MT Umno*.Satu kejahatan pemimpin politik Umno terhadap pegawai tinggi dan kakitangan kerajaan.

3. Saya sangat yakin laporan polis ini adalah berkait rapat dengan dokumen permohonan yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) di mahkamah di sana minggu lepas untuk menyita aset-aset berjumlah lebih AS$1 bilion yang dipercayai diperolehi secara haram melalui penyelewengan wang sebanyak AS$3.5 bilion (RM14 bilion) yang dimiliki oleh 1MDB.

4. Dalam lain perkataan, Pemuda UMNO ingin menyatakan bahawa fakta-fakta yang terkandung di dalam dokumen tersebut, termasuklah fakta yang menyatakan bahawa sebanyak AS$731 juta wang tunai yang berasal dari 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official One’ di dalam dokumen tersebut, adalah fakta-fakta yang bersumberkan daripada hasil penyiasatan agensi-agensi  penguatkuasaan di Malaysia seperti SPRM dan Bank Negara Malaysia di mana hasil siasatan ini telah dibocorkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

5. *Ini membuktikan kertas siasatan pihak penguatkuasa Malaysia telah berjaya membuktikan keujudan kes penyelewengan dan berlaku kecurian wang 1MDB yang dilakukan oleh mereka yang disebut oleh DOJ.Namun tindakan selanjutnya yang sepatutnya diambil oleh badan perundangan Malaysia terhalang oleh cengkaman kuasa politik PM Najib umno Bn yang begitu kuat*.

6. Saya tidak terkejut jika benar SPRM atau Bank Negara berkongsi hasil siasatan mereka dengan pihak berkuasa negara asing termasuk Amerika. Bahkan perkara ini diakui sendiri SPRM sebelum ini. *Dalam konteks memerangi jenayah global dan rentas sempadan seperti pengubahan wang haram, pembiayaan jenayah keganasan dan korupsi, rangkaian kerjasama dan perkongsian maklumat serta risikan di antara badan-badan penyiasatan jenayah pelbagai negara berdasarkan kepada perjanjian bersama atau konvensyen antarabangsa seperti UN Convention Against Corruption 2004 adalah sesuatu yang memang telah menjadi amalan selama ini*.

*PEMUDA UMNO BAGHAL TUNGGANGAN PENJENAYAH 1MDB*.

7. Saya hairan Khairul Azwan selaku seorang akauntan terlalu selekeh hingga jahil dan bangang tentang hakikat ini. mungkin terlalu galak untuk menonjolkan diri sebagai pembela utama Perdana Menteri, *beliau tergamak untuk melemparkan tuduhan  sebegini yang jelas berniat jahat dan merendahkan profesionalisme dan integriti pegawai-pegawai tinggi kerajaan.Pemuda Umno ibarat Baghal Tunggangan penjenayah 1MDB*.

8. Dari satu sudut lain, laporan polis ini sebenarnya membuka ruang kepada ketiga-ketiga tokoh tersebut dan agensi-agensi penguatkuasa seperti SPRM, Bank Negara dan Jabatan Audit Negara yang telah menjalankan siasatan ke atas 1MDB untuk mendedahkan kepada rakyat Malaysia apakah hasil sebenar penyiasatan yang dijalankan mereka. Sekiranya terbukti hasil penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penyiasatan di Malaysia adalah sama sebagaimana fakta-fakta kes yang terkandung di dalam dokumen DOJ tersebut, maka tidak timbul isu maklumat hasil siasatan tersebut telah direka, dipalsukan atau diputarbelit sebagaimana yang didakwa oleh Pemuda UMNO.

9. Laporan polis oleh Pemuda UMNO ini juga dengan sendirinya menempelak dan menafikan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO seperti Tan Sri Annuar Muda dan Datuk Abdul Rahman Dahlan serta media masa dan bloger-bloger pro UMNO yang menyatakan fakta dan maklumat di dalam dokumen DOJ adalah hanya semata-mata bersumberkan kepadada maklumat yang dikutip dari laman Sarawak Report dan juga maklumat yang dibekalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Khairuddin Abu Hassan.

10.Cakap-cakap yang membodohkan minda sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini tidak akan mempengaruhi rakyat yang menonton sendiri sidang akhbar Peguam Negara Amerika Syarikat pada 21 Julai yang lepas di mana kerajaan Amerika menyatakan dengan jelas bahawa maklumat yang terkandung di dalam dokumen DOJ tersebut adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi seperti FBI dan IRS dan pada masa yang sama kerajaan Amerika juga mengucapkan penghargaan diatas keberanian SPRM yang turut sama menyiasat kes 1MDB ini.

11.Tuduhan Umno terhadap Tiga Tan Seri mengesahkan tiga Tan Seri tersebut sebenarnya adalah *wira penyelamat negara dan rakyat Malaysia daripada kepimpinan pengkhianat yang korup*.Malaysia dalam bahaya apabila pegawai dan kakitangan kerajaan dipaksa bekerja mengikut telunjuk politik Umno Bn.Tiga Tan Seri yang dituduh Umno seharusnya menjadi contoh kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang untuk berkhidmat demi Malaysia dan keranamu Malaysia. *Saya dan rakyat akan terus mempertahan melindungi pegawai dan kakitangan kerajaan yang berintegriti seperti tiga Tan Seri tersebut.Syabas dan tahniah Tan Seri serta pegawai pegawai yang terlibat dalam penyiasatan tersebut atas keberanian anda semua untuk Malaysia*.

#BeraniKeranaBenar
#TakutKeranaSalah
#SelamatkanMalaysia.

*DATO’ HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena.
8.30am Taman AlWalid Alor Setar
29 July 2016/24 Syawal 1437H.

Memalukan Raja-Raja: Aziz Bari dipanggil Polis

Police probe Aziz Bari for embarrassing Rulers

  | July 29, 2016
He registers his surprise at being called in by the police as his earlier statements did not encourage violence or for the people to stage protests.
abdul-aziz-bari_1mdb_agong_600
PETALING JAYA: Constitutional law expert Abdul Aziz Bari has registered his surprise at being called to the Bukit Aman police headquarters earlier today to have his statement recorded for urging the Yang di-Pertuan Agong and the Conference of Rulers to take action following the US Department of Justice’s (DOJ) lawsuits linked to 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Speaking to FMT, Aziz said he was questioned for half an hour this morning.
“The police said I was being investigated under the Sedition Act and for embarrassing the Rulers,” he said.
“They called me. They asked me a few questions. I answered whatever was required of me. I will give my cooperation to them,” he added.
Aziz said he was surprised however at being called in by the police as his statements last week did not call for any violence or even for the people to take their frustrations to the streets.
“My statements were only about urging the Rulers to take action. I did not ask anyone to stage a protest or (create) violence.”
About a week ago, Aziz accompanied Segambut MP Lim Lip Eng to lodge a police report against those named in the DoJ lawsuits filed last Wednesday in Los Angeles, US.
Aziz said Malaysians had been put through a “great deal of embarrassment” due to what he claimed as the local authorities’ “lack of efficiency”, compared with that of their US counterparts who were efficient with their work, even though it was not their problem.
He also said the Malaysian Attorney-General’s (AG) Chambers and the police should be ashamed of their inaction, and that the rakyat would be right if they called for the resignations of these individuals.
Aziz also called for the Yang di-Pertuan Agong and the Conference of Rulers to intervene and take the necessary action to rectify the situation in the country.
He cautioned that if nothing concrete was done, citizens may follow the call of former prime minister Dr Mahathir Mohamad to take to the streets to urge for Najib Razak’s resignation as Prime Minister of the country.

Aziz Bari disiasat akibat desak Agong campur tangan isu 1MDB

 | July 29, 2016

Aziz berkata beliau terkejut dipanggil untuk siasatan kerana kenyataannya minggu lalu tidak menggalakkan keganasan atau mengajak rakyat berdemonstrasi di jalanan.
abdul-aziz-bari_1mdb_agong_600
PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata keterangannya direkodkan di Bukit Aman hari ini berhubung siasatan terhadap kenyataannya yang mendesak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja mengambil tindakan susulan tuntutan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1MDB.
Katanya, soal siasat berjalan hanya setengah jam.
“Polis berita saya disiasat di bawah Akta Hasutan dan kerana memalukan Agong,” katanya kepada FMT.
“Mereka menghubungi saya. Mereka tanya beberapa soalan, saya menjawabnya. Saya akan memberi kerjasama kepada mereka,” katanya.
Aziz berkata beliau terkejut apabila dipanggil untuk membantu siasatan kerana kenyataannya minggu lalu bukannya mengajak kepada keganasan atau menggalakkan rakyat menggunakan protes jalanan bagi meluahkan kekecewaan.
“Saya agak terperanjat dengan perkara ini kerana kenyataan saya hanya mendesak Agong mengambil tindakan. Saya tidak minta sesiapa buat protes atau keganasan,” katanya.
Minggu lalu, Aziz menemani Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap mereka yang dinamakan dalam saman DoJ.
Aziz berkata rakyat Malaysia sangat malu kerana pihak berkuasa “kurang cekap”, berbanding pihak berkuasa AS yang cekap dengan kerja, meskipun itu bukan masalah mereka.
Katanya, Pejabat Peguam Negara Malaysia dan polis patut rasa malu, dan rakyat berhak mendesak mereka meletakkan jawatan.
Beliau juga menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja campur tangan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbaiki keadaan itu.
Beliau ada memberi amaran yang rakyat mungkin akan menyahut seruan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat protes di jalanan mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Aduan terhadap 3 Tan Seri: Pengadu angkuh atau pengecut?

Video : Pemuda UMNO Angkuh Kerana Masih Tidak Beri Kenyataan – Aziz Bari
Posted on July 29, 2016 by Wanna
KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof Dr Aziz Bari berkata, pemuda UMNO angkuh kerana masih tidak beri kenyataan dan kerjasama kepada polis berhubung isu wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Aziz berkata, beliau sudahpun menjawab persoalan yang dikemukakan terhadapnya dengan tampil ke IPD hari ini berhubung isu gesaan ke atas Majlis Raja-Raja supaya ‘jangan makan dedak’ dan perlu mengambil tindakan terhadap saman sivil 1MDB.
“Soalan-soalan yang dikemukakan pada saya telah dijawab. Apa yang perlu di sisi undang-undang saya fikir pihak polis menjalankan tugas dengan profesional dan saya fikir semua pihak termasuk pihak berkenaan yang buat laporan tu, jadi kena akurlah.

“Tapi saya dapat laporan mengenai Pemuda Umno yang buat laporan mengenai tiga (Tan Sri) itu masih belum buat kenyataan, walaupun diminta berbuat demikian.

“Ini adalah satu benda yang ‘angkuh’!. Buat laporan tapi masih belum buat kenyataan. Apa yang masalah sangat? Apa yang lambat sangat?. Apabila pihak polis telahpun mengatakan secara terbuka bahawa mereka akan siasat, bagi kerjasamalah,”katanya selepas memberikan keterangan di IPD Bukit Aman, disini, hari ini.

Terdahulu, polis memanggil Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis dibuatnya mengenai dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin enggan memberikan sebarang ulasan mengenai pendirian beliau terhadap tindakan Naib Presidennya, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap tiga nama individu yang didakwa berkomplot menyalurkan maklumat dalam menjatuhkan Perdana Menteri.- SuaraTV

Tutup mulut atau keluar ajer dari PAS!

Lebih Baik TITM Tutup Mulut Atau Isytihar Keluar PAS
29 Jul 2016
AMANAH ingatkan PAS jangan cuba pecahkan HARAPAN 

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu akan menentang sebarang usaha, termasuk PAS, untuk memecahkan Pakatan Harapan. 

Mujahid berkata demikian dalam konteks pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang yang dicadangkan oleh DAP untuk mendapatkan mandat baru selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah. 


Mujahid berkata kenyataan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba "menganggu" urusan HARAPAN. 

Dalam satu kenyataan, Mujahid yang juga naib presiden AMANAH berkata, Tuan Ibrahim tidak ada hak untuk berbuat demikian. 

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik bagi timbalan presiden PAS memberi tumpuan untuk mengenal pasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan AMANAH dengan sekutunya dalam HARAPAN. 

Jika PAS telah mengenal pasti musuh politik yang sebenar, kata Mujahid, parti itu pastinya akan bersama dengan HARAPAN dan tidak akan membuang masa untuk pecahkan HARAPAN dengan menyerang AMANAH. 

Pada 26 Julai, Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa PAS akan mempunyai "kerjasama bersyarat" dengan PKR sekiranya PRN mengejut diadakan di Pulau Pinang. 

Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu Sin Chew Daily bahawa parti itu merancang untuk bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi. 

Akhbar itu melaporkan selain enam kerusi tersebut, PAS bercadang bertanding dia dua atau tiga kerusi yang parti itu pinjamkan kepada PKR. 

"Jika AMANAH bertanding di kerusi PAS, kita akan bertanding di kerusi DAP dan PKR," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata. 

Beliau juga dipetik sebagai berkata PAS tidak akan "mengganggu" dan mewujudkan pertandingan tiga penjuru sekiranya AMANAH tidak melakukan perkara yang sama. 

"AMANAH sebagai anggota Pakatan Harapan, kita melihat PKR sebagai mewakili ketiga-tiga parti Pakatan dalam rundingan. 

"Tetapi mereka tidak boleh membenarkan AMANAH untuk bertanding, jika mereka berbuat demikian, ia bertentangan dengan syarat kita," Tuan Ibrahim dilaporkan berkata. 

Mujahid mengingatkan PAS bahawa parti itu adalah komponen HARAPAN dan akan kekal begitu walaupun berdepan pelbagai cabaran. 

Mujahid mengingatkan bahawa sejak HARAPAN ditubuhkan, PAS tidak mempunyai peranan dalam membina pakatan itu walaupun ia telah dijemput untuk berbuat demikian. 

PAS memutuskan untuk membentuk blok ketiga dan tidak menyertai HARAPAN, kata Mujahid mengingatkan bekas rakan-rakannya. 

HARAPAN, katanya, telah melalui pelbagai cabaran walaupun belum berusia satu tahun. 

Namun, kata beliau, pihaknya tetap komited dalam menggabungkan kuasa pembangkang untuk menghadapi BN dan Umno, selepas PAS mengambil keputusan untuk berpisah dengan DAP. -mk 

ULASAN GB 

Kenyataan-kenyataan pimpinan PAS semuanya sudah tidak boleh pakai. 

Setiap kali mereka bersuara, setiap kali itulah ianya akan di"uturn" oleh presidennya, Hj Abdul hadi Awang. 

TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata". 
Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:
Berapa banyak kali sudah, setiap kenyataan para pemimpin PAS khususnya dari TITM sendiri telah diterbalikkan oleh Presiden PAS sendiri. Contohnya: 





Ternyata TITM yang tidak ada kredibiliti memimpin kerana setiap kali ia mengeluarkan cadangan dan saranan, ia ditentang oleh ketuanya sendiri. 

Jika sebelum ini TITM meminta pemimpin AMANAH tutup mulut, kini TITM terpaksa menjilat semula ludahnya apabila sebenarnya beliaulah yang kena tutup mulut kerana kenyataan-kenyataannya jelas tidak laku dan tidak mendapat sokongan dan restu dari presidennya sendiri. 

Adalah terlebih baik TITM yang tutup mulut atau isytiharkan saja keluar PAS lantarannya. 


# Hakikatnya mulut TITM dah dibaculakan Hadi dan air liurnya tawar, tak berikan makna apa-apa!

Rupa tiga pegawai SPRM ucap selamat tinggal!

Bukan satu tapi tiga pegawai SPRM ucap selamat tinggal
Alyaa Alhadjri      Hari ini 29 Jul. 2016, 3:28 petang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan satu majlis perpisahan untuk Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan dua timbalannya petang ini.

Abu Kassim secara rasmi mengumumkan persaraannya selepas 32 tahun perkhidmatan.

Kain rentang yang diletakkan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini juga mengesahkan khabar angin pemberhentian Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan) Datuk Seri Mustafar Ali.

Difahamkan Shukri juga telah bersara daripada perkhidmatan.

Mustafar, sementara itu, dipercayai ditawarkan jawatan baru sebagai ketua pengarah agensi persekutuan.

Pada kira-kira 2.45 petang Mustafar dilihat meninggalkan bangunan SPRM.

Beliau sebelum ini dilaporkan memberitahu Astro Awani bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa jam 3 petang.

Thursday, July 28, 2016

Laporan ke atas 3 Tan Sri: Pengadu akan dipanggil polis

IGP: Tiada keperluan panggil 3 Tan Sri beri keterangan
Hari ini 28 Jul. 2016, 6:03 petang
Ketua Polis Negara hari ini menjelaskan tiada keperluan ketika ini untuk memanggil tiga individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan terlebih dahulu memanggil naib ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengetahui maklumat dan bukti yang dimiliki beliau.

"Kami (polis) tidak akan memanggil tiga individu itu setakat ini. Kami akan panggil pengadu terlebih dahulu kerana kami mahu tahu apa maklumat yang ada padanya semasa beliau membuat laporan polis, ia satu tuduhan yang serius.

"Biar kami dapatkan apakan maklumat yang ada padanya (Khairul Azwan) semasa beliau membuat laporan polis sebelum kami memanggil ketiga-tiga mereka," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian KPD Mart Community di Kolej Unikop di ibunegara hari ini.

Semalam, Khalid memaklumkan polis akan memanggil Khairul Azwan dalam waktu terdekat berhubung laporan polis yang dibuat pada Selasa lalu.

"Kita belum dapat berjumpa lagi dengan pengadu ini, Insya-Allah, hari ini atau esok untuk merakam percakapan dia (Khairul Azwan)," katanya.
Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga individu yang dinamakan itu dipercayai terbabit dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

- Bernama

JHET Kelantan: Mesyuarat atau makan angin di Krabi?

Netizen dikejutkan berita mesyuarat JHET Kelantan di Krabi, Thailand
27 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Sayuti Omar

Ketika seluruh negara digegar dengan skandal kehilangan wang negara berbillion ringgit dan suasana rakyat bawahan semakin terdesak dari segi sara hidup, komuniti siber dikejutkan dengan berita wakil rakyat dan jawatankuasa pengurusan tanah Kelantan bermesyuarat di Krabi, Thailand.Mesyuarat di Krabi
Mesyuarat di Krabi

Penulis terkenal, Mohd. Sayuti Omar menulis di status facebooknya, "hormat semua, pagi ini dapat khabar satu rombongan terdiri daripada kesemua wakil rakyat Pas, para penyelia Dun bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah seluruh Kelantan bersama dua orang Exco bertolak ke Krabi Thailand," merujuk kepada berita ini.
Gambar yang tersebar di media sosial

Beliau yang melahirkan rasa terkejut, bertanya, "Apakah untuk bermesyuarat menyelesaikan masalah rakyat atau makan angin?

Kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakub katanya menganjurkan penjimatan wang rakyat, tetapi masih ada rombongan besar ke luar negeri.

"Itu memakan belanja bukan sedikit," katanya.

Beliau terus menyoal, kalau setakat nak bermesyuarat kenapa harus ke negara orang, tidak bolehkah diadakan di negeri sendiri.

"Apakah tak ada dewan besar untuk memuatkan anggota mesyuarat itu," katanya.

Beliau seterusnya merayu pemerintah Kelantan "supaya tolonglah kawal nafsu sikit ingatkan kepada kesusahan rakyat".

Kalau ada duit lebih katanya, lebih baik digunakan untuk dibelanjakan beli lori sampah yang kini jelas diperlukan rakyat.

Publisiti murahan kelas pemakan dedak atau konspirasi jatuhkan Najib?

Aduan Pemuda Umno: Publisiti murah atau konspirasi jatuhkan Najib?
28 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk A. Kadir Jasin

Laporan polis yang dibuat Pemuda Umno terhadap tiga individu utama akan mendedahkan lagi siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Dalam tulisan di blognya beliau berkata, demi mempertahankan diri daripada satu tuduhan yang sangat serius,Pemuda Umno terpaksa memberitahu polis apa yang mereka tahu mengenai skandal itu dan pelaku-pelakunya.

Pemuda Umno pada Isnin lalu membuat laporan poli mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terbabit dalam konspirasi menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan.

"Jadi saya hairan apa maksud tersirat Pemuda Umno membuatlaporan polis dengan tuduhan yang sangat berat itu.

"Perbuatan mereka boleh menjadi senjata yang menikam ketua nombor satu mereka, Mohd Najib sendiri.

"Saya tidak berani mengatakan ada konspirasi halus oleh Pemuda Umno terhadap Mohd Najib melalui laporan atau ia sekadar publisiti murahan kelas pemakan dedak.

Mungkin juga ini adalah cetusan idea gilang-gemilang Pemuda Umno untuk mengalihkan pandangan umum daripada saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) di Amerika Syarikat yang melibatkan ahli keluarga dan sahabat akrab 'Pegawai Nombor Satu Malaysia'," ujarnya.

Kata A Kadir lagi dengan laporan di buat Khairul Azwan ketiga-tiga tokoh yang dituduh boleh memberi keterangan mengenai apa yang mereka tahu berkaitan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma Arab" RM2.6 bilion yang selama ini terpaksa mereka rahsiakan.

"Banyak yang boleh mereka ceritakan kepada polis bagi menafikan tuduhan Pemuda Umno itu.

"Misalnya mereka boleh menjelaskan sama ada benar atau tidak ura-ura bahawa Mohd Najib di ambang tangkapan dan pertuduhan di mahkamah pada akhir Julai tahun lalu bersabit kes pecah amanah duit SRC International Sdn Bhd.

"Abdul Gani sendiri boleh mengesahkan sama ada betul atau tidak jawatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan secara mendadak pada 28 Julai lalu kerana beliau sedang bersiap sedia menangkap dan menghadapkan Mohd Najib ke mahkamah bersama-sama dengan Nik Faizal Ariff Kamil dalam kes penipuan SRC International.

"Zeti boleh menjawab mengenai hasil penyiasatan ke atas pengaliran keluar-masuk duit 1MDB dan kaitannya dengan “derma” RM2.6 bilion yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank.

"Ambank telah pun mengaku salah atas pembabitannya dalam pemindahan wang tersebut dan membayar denda RM53.7 juta kepada Bank Negara November lepas.

Abu Kassim pun macam itu juga. Dia terpaksa menafikan tuduhan itu dengan menceritakan kepada polis apa yang SPRM telah temui dalam siasatannya ke atas SRC International, 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Rakyat Malaysia yang tidak keracunan dedak percaya bahawa SPRM telah membina kes yang cukup kuat yang melibatkan Mohd Najib dan Nik Faisal dalam pengalihan haram duit SRC International sebanyak RM42 juta," ujarnya.

A Kadir berkata, beliau yakin akan banyak lagi maklumat akan didedahkan oleh Abu Kassin, Abdul Ghani dan Zeti mengenai siasatan ke atas 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion yang boleh mereka ceritakan kepada polis demi membela diri.

"Polis, khususnya pegawai penyiasat, tentu tidak berani main kayu tiga dengan tiga orang ternama ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas di segi undang-undang dan pasti akan diwakili oleh peguam yang cekap.

"Abdul Gani sendiri adalah peguam cergas setelah membuka khidmat guamannya sendiri selepas dibuang kerja kononnya beliau sakit teruk. Itulah tahap propaganda pemakan dedak.

"Di segi pendapat umum pula, simpati adalah bersama mereka yang dituduh oleh Pemuda Umno itu. Dalam mahkamah pendapat umum, juri rakyat memihak kepada mereka," ujarnya.

Sampai begini sekali terdesaknya mereka?

Gambar ‘orang meninggal’ pertahan Najib di media sosial
mk - Hari ini 28 Jul. 2016, 6:32 petang
Gambar seorang wanita, yang dakwa rakannya telah meninggal dunia tiga tahun lalu, muncul dalam akaun Facebook yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akaun media sosial 'Zunaidah Zain', yang menggunakan potret itu sebagai gambar profil, tidak lagi boleh didapati di Facebook.

Menurut screenshot daripada posting yang sudah tersebar luas itu, 'Zunaidah Zain' berkata rakyat harus menyokong pemimpin, dengan menggunakan hashtag #RespectMyPM #BelieveinPM itu.

Namun, seorang lagi pengguna media sosial menjawab bahawa gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sebagai gambar profilnya sebenarnya adalah rakannya yang telah meninggal dunia.

"Gambar profile yang Cik Puan gunakan adalah gambar sahabat saya, Syuhada Baharudin. Beliau sudah kembali kepada penciptanya 3 tahun yang lepas," tulis Rita Abdul Rahim.

Semakan di media sosial menunjukkan gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sepadan dengan gambar yang dimuat naik oleh Syuhada di laman Facebooknya.

Posting terakhir Syuhada di Facebook ialah pada bulan Jun 2014.

Malaysiakini telah menghubungi Rita untuk mendapatkan komennya.

Dalam perkembangan yang sama, jurucakap kumpulan belia, Challenger Syed Saddiq Abdul Rahman berkata ini bukan kali pertama akaun palsu diwujudkan bagi memuji Najib secara melambung.

Katanya, gambar pendebat negara, Mifzal Mohammed juga digunakan tanpa kebenaran.

"Gambarnya digunakan oleh pelbagai akaun (media sosial) untuk menyerang saya," kata Syed Saddiq di Facebook.

"Betapa bodohnya mereka? Adakah mereka benar-benar fikir saya tidak mengenai rakan-rakan debat saya?" kata Syed Saddiq yang dinamakan sebagai pendebat terbaik Asia.

Beliau juga memuat-naikkan screenshot 'Nazreev Najeeb' yang membidasnya di Facebook dengan berkata "minda kosong paling banyak membuat bising".

Gambar profil ‘Nazreev’ sepadan dengan gambar profile akaun Google+ pendebat UiTM, Mifzal.

Hashtag pro-Najib, termasuk #BeStrongPM, muncul di media sosial berikutan pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion berkaitan 1MDB.


DOJ mendakwa aset berkenaan dibeli menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Antara yang dinamakan dalam saman sivil itu adalah anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan keluarganya, Jho Low.