Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 8, 2017

Mauritius sekat cubaan rakan kongsi Jho Low beli bank, kata laporan

TMI · Diterbitkan pada 8 Nov 2017 9:57AM
Low Taek Jho atau lebih dikenai sebagai Jho Low merupakan individu yang menjadi tumpuan utama dalam skandal membabitkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad. – Gambar Youtube, 8 November, 2017.

BANK pusat Mauritius tahun lepas menolak bidaan dua individu dikaitkan dengan Low Taek Jho, dalang yang didakwa bertanggungjawab dalam isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd, untuk membeli kepentingan saham dalam sebuah bank di negara itu, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Laporan itu berkata, bekas rakan kongsi Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner, yang bertanggungjawab ke atas operasi pasaran Asia Tenggara di Wall Street, dan ahli perniagaan Thailand, Phengphian Laogumnerd, rakan Low, cuba membeli Century Banking Corp of Mauritius milik Qatar.

Kedua-duanya membuat bidaan itu beberapa bulan selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan tindakan saman sivil untuk merampas aset AS$1 bilion yang dipercayai dibeli menggunakan wang diselewengkan daripada 1MDB. Saman itu juga mendakwa konspirator kadang-kadang menggunakan bank-bank kecil untuk pengubahan wang haram.

WSJ melaporkan pengawal selia negara itu menyekat tawaran kerana bimbang dengan hubung kait Leissner dengan skandal kewangan, dan kemudian memaklumkannya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan AS.

DoJ sedang menyiasat hubungan Leissner dengan Low. Leissner, warga Jerman merupakan bekas eksekutif kanan Goldman yang mengendalikan akaun 1MDB sejak firma itu dimulakan pada 2009, dan bekerja dengan Low, yang merupakan penasihat 1MDB 'untuk mengumpulkan berbilion dolar. Leissner menegaskan semua urusannya dengan Low dilakukan secara telus.

Phengphian adalah pengurus Songkhla Finishing Co, sebuah syarikat teknologi kontrak di Thailand yang akan membiayai urus niaga itu, kata sumber kepada WSJ.

Century Banking dimiliki oleh Ghanim Bin Saad Al Saad Group of Qatar. Ia dibuka pada 2011 dan terletak di pinggir pantai di ibu kota Mauritius di Port Louis.

Pendaftaran korporat Mauritius menunjukkan Leissner menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai Blackfish International (Mauritius) Ltd pada 29 September 2016.

Pada 11 November, Phengphian menjadi ahli lembaga pengarah Century, dan pada 29 Disember, beliau memindahkan kira-kira €10 juta (RM49 juta) daripada akaun di Hong Kong kepada akaunnya di Century Banking, kata sumber kepada WSJ.

Wang tersebut ditukar kepada rupee Mauritius dan melepasi dua syarikat sebelum berakhir di dalam akaun Blackfish di Century Banking, yang ditukar kepada dolar serta memindahkan kira-kira AS$7.7 juta (RM32.5 juta) kepada firma undang-undang Mauritius yang diupah Phengphian bagi membantu pembelian bank, kata sumber.

Rekod menunjukkan seorang peguam di firma itu adalah pengarah Blackfish, seperti Leissner.

Pada akhir Disember 2016 atau awal tahun ini, Leissner memohon kepada pihak berkuasa Mauritius untuk memperoleh kepentingan saham dalam Banking Century dan menjadi ahli eksekutif dan lembaga pengarah, kata peguam Leissner, Marc Harris, dan Ketua Eksekutif Banking Century, Muniruddeen Lallmahamood.

Bank pusat Mauritius menyiasat transaksi itu sekepas mengetahui Leissner mempunyai kaitan dengan 1MDB dan Low, sumber berkata.

Ia kemudian menolak permohonan Leissner berhubung kebimbangan itu, kata Harris.

Leissner adalah pengarah sebuah anak syarikat milik penuh bank selama beberapa bulan, yang berakhir pada April, rekod pendaftaran korporat menunjukkan ia diluluskan oleh pengawal selia yang berbeza.

Pada September, bank Jerman dihalang daripada industri sekuriti AS kerana gagal bekerjasama dengan penyiasatan berkaitan pemergiannya daripada Goldman.

Phengphian dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah Century Banking pada Januari. – 8 November, 2017.

2 comments:

  1. whoah this blog is magnificent i like reading your
    articles. Stay up the great work! You recognize, many individuals are searching round for this information, you could aid them greatly.

    ReplyDelete
  2. It wasn't everyday.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa