Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 5, 2008

Trekking Berteman

Ini saya saja nak bercerita. Sesiapa yang nak percaya, percayalah. Kalau tak percaya pun, itu hak masing-masing yang perlu kita hormati.

Suatu senja selepas maghrib di Gua Lahat, Gunung Stong. Saya terpaksa turun berseorangan ke Kampung Jelawang untuk mengambil keperluan dan terpaksa juga naik semula ke Gua Lahat pada malam itu juga. Di pendekkan cerita bila tiba di bawah, selesaikan apa yang patut, saya ambil kesempatan untuk isi perut dengan mee goreng di sebuah warung. Selesai makan saya mula mendaki untuk naik ke gua. Pendakian mengambil masa 3 ke 31/2 jam untuk sampai ke Gua Lahat. Saya mula mendaki pada 9.30 malam berseorangan.

Semasa mendaki saya terasa sunyi dan bersungut sendirian "Tak ada ke sesiapa nak escort aku naik ni, boring betul" Dalam itu pun saya terus berjalan. Semasa berjalan saya merasakan ada sesuatu yang kekadang beriringan dan kadang kala pula mengekori di belakang saya. Saya berkata " Hei! aku sebenarnya tidak perlukan teman, Yang Maha Agung sudah temankan aku". "Tapi kalau kau ikut aku di atas kehendak Allah, aku terima kau dan sekiranya saja-saja kau nak ikut aku, aku tidak menerima kau".

Saya terus berjalan tetapi makhluk itu terus juga ikut. Saya kata "Ok tak apa, kalau itulah kehendak Allah, kau ikutlah" Saya terus juga berjalan tetapi kesunyian tidak terasa lagi. Yang lebih menghairankan saya, tak sampai 3 jam saya sudah tiba di gua. Cukup laju perjalanan saya. Siapa dan apa sebenarnya yang menemani saya, saya tidak tahu. Selepas peristiwa itu saya perasan setiap kali saya mendaki, bila bersendirian saya perasan "dia" ada.

Satu masa yang lain saya hampir terjatuh dari satu batu yang agak tinggi. Sewajarnya saya sudah jatuh sebab sebelah kaki telah tergelincir dan beban yang saya pikul pula hampir 20kg. Tangan saya memang tidak dapat berpaut pada apa-apa pun sebab di atas batu mana ada pokok atau dahan. Ketika keadaan terhuyung hayang itu, saya rasakan ada sesuatu menolak saya berdiri tegak semula di atas batu. Alhamdulillah, saya selamat.

Di masa yang lain pula saya mencuba freehand climbing (tanpa tali) di satu dinding batu semula jadi di Pantai Bukit Keluang. Dinding itu sebenarnya terjadi akibat bukit yang dihakis ombak. Tinggi dinding batu ini lebih kurang 150 ke 200 kaki. Saya panjat bersendirian dan Mat, seorang kawan rapat saya tunggu di bawah. Bila tiba pada ketinggian lebih kurang tahap 100 kaki tiba-tiba batu yang saya pegang relai (loose) dan menjadi lembut. Jadi tidak ada tempat yang keras dan kuat untuk saya berpaut. Tempat yang saya jadikan foothold juga mula relai. Memang masalah. Nak turun tidak boleh, nak naik pun tidak boleh. Tapi alhamdulillah saya tidak panik. Saya rileks dengan bertempek pada dinding batu macam katak lembik. Mat sudah berlari mendapatkan tali dan mendaki ke puncak dari arak kaki bukit untuk hulurkan tali membantu saya. Orang ramai sudah mula berkumpul di bawah. Tengok saja, memang nak tolong tidak boleh.

Di dalam saya berfikir dan terkial-kial itu saya nampak satu akar sebesar ibu kaki keluar dari dinding batu agak 2 meter dari saya. Saya cuba bergerak secara perlahan-lahan dan cermat. Saya hentakkan hujung kasut ke dinding batu buat foothold baru dan berjaya. Sikit demi sikit saya bergerak dan akhirnya saya dapat capai akar tersebut dan saya selamat sampai ke puncak. Yang anihnya semasa saya tersangkut dan semasa mengesot itu, saya rasakan badan saya ringan dan stabil. Saya rasa sehingga kini, hanya saya yang berjaya panjat dinding batu itu tanpa menggunakan tali.

Pada masa yang lain pula semasa saya menuruni gunung dengan berlari. Pada satu kawasan curam saya gagal berhenti, terus menyusur laju. Tiba-tiba saya nampak ada balak sebesar 2 pemeluk yang tumbang membujur arah. Disebabkan gagal berhenti kerana mementum larian di tempat curam saya terus lompat ke atas batang balak sambil berlari. Saya tergelincir dan melambung jatuh ke atas balak dengan kuat. Bila terhempap ke atas balak, saya melambung lagi dan jatuh ke bawah. Dari atas balak ke tanah agak tinggi juga lebih kurang lapan kaki. Saya jatuh punggung dahulu dan terjelepuk di atas tanah yang berbatu.

Yang anihnya semasa jatuh dan melambung di atas balak dan melambung pula ke atas tanah dari aras yang tinggi saya rasa macam ada benda lembut yang menjadi alas di kedua-dua tempat saya jatuh. Saya bingkas dan teruskan perjalanan macam biasa. Bila tiba di tempat rehat, seketika Mat sampai. Dia kata semasa saya terjatuh tadi, dia di belakang saya dan nampak macam mana saya jatuh. Dia melopong sebab berdasarkan kelajuan saya berlari dan kuatnya impak saya jatuh dari aras setinggi itu, sepatutnya saya pengsan atau cedera. Tapi dia nampak saya bangun selamba saja dan meneruskan perjalanan.

Di Gunung Ledang, semasa trekking bersendirian juga saya ditemani. Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya saya tidak akan selamat tetapi saya tetap selamat. Walau apa pun makhluk itu yang menemani saya tapi teman yang sebenar saya adalah Allah subhanahuwa taala.

Akhirnya apakah "benda" itu terjawab jua. Pada suatu masa saya ke rumah seorang teman yang mengamalkan Tarekat. Bila saya sampai dan berada di hadapannya selepas bersalam dia berkata "Eh, nak datang sini pun bawa escort juga?". Rupanya dia boleh nampak! Dari teman saya inilah baru saya tahu siapakah makhluk itu. Perkara ini hanya saudara Kerajaan Rakyat tahu!

Wallahu Aklam.

21 comments:

  1. MasyaAllah..terus terang saya percaya perkara ini disebabkan salah sorang ahli dalam kluarga besar kami memiliki perkara yang sama cuma beliau masih lagi kanak2.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Saudaraku Fakhruddin,

    Bergalah tidak pucuk ku capai.
    Berbekal tidak lapar ku hilang.
    Hujung bertukar ke Hulu ku sampai.
    Pantang Pendekar sahabatnya hilang.

    InsyaALLAH, bayu berarak ke Timur.

    Salam persaudaraan.

    ReplyDelete
  3. moga tuan sentiasa di lindungi Allah n Selamat menyambut Aidil Adhan

    ReplyDelete
  4. Salam sdr. mogen.

    Saya pun pada awalnya tercari-cari juga apakah sebenarnya gerangan sebab di gunung ni, macam-macam ada.
    Jin ada, bunian ada, jembalang bukit ada, pendek kata segala-galanya ada.

    ReplyDelete
  5. Wa alaikumussalam sdr.ku Mohd. Sofi.

    Sungguh damai di dalam taman
    Di alam rimba mika bertamu
    Sudah ramai ku hilang teman
    Di alam cyber kita bertemu

    Andai kita dipanjangkan umur
    kasih minta rindu ku tatang
    Kalau awan berarak ke timur
    Pucuk dicita ulam mendatang

    ReplyDelete
  6. sakura,

    Doamu doaku jua
    semuga anda bahagia
    Menyambut Aidil adha
    semuga bertambah taqwa

    ReplyDelete
  7. salam uncle,jue semakin pulih..terima kasih atas keprihatinan uncle..wah best tul citer ni..tapi bila difikirkan balik takut gak..yelah tetiba berteman pulak ditengah hutan..seram..perkara cam nie yg membuatkan jue takut nk masuk hutan...berani tul uncle g sorang2 yer..yelah,apa nak dikata,alah bisa tegal biasa..semoga boleh memperturunkan semangat berani kepada mereka yg takut..he..he..cam jue ni..

    ReplyDelete
  8. W'salam Jue.

    Alhamdulillah kalau Jue dan semakin ok. Sebenarnya keprihatinan itu memang ada di jiwa uncle, mungkin semula jadi terutama yang uncle rasa dekat dengan uncle.

    Tentang berani tu, dua perkara yang memupuk keberanian. Pertama percaya dan yakin Allah sentiasa bersama kita dan kedua macam Jue kata, alah bisa tegal biasa.

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Hahaha...calang2 org je yg boleh dpt cam tu,bkn semua org tau pak din..
    lepas kisah ni disiarkan saya tak pasti la kalau pak din panjat bukit @ gunung benda tu ada lg ke tak..??
    huhuhu....harap2 ada lg la...
    Kalau nak tau pak din kena panjat bukit pas ni...hehehehe...
    Tahniah...!!!Barang mintak barang boleh,barang kehendak barang jadi..

    ReplyDelete
  10. uncle,
    pengalaman yg pd saya hanya org2 yang bertuah saje dapt merasainya..
    mungkin nex entry uncle nk cerita pasal siapa makhluk itu? hehe:)

    selamat hari raya aidiladha

    ReplyDelete
  11. Tuan,

    Tertanya juga saya, siapa teman Tuan itu?

    Lepas Raya nanti, cerita.

    Selamat Menyambut Aidil Adha Tuan. Semoga Gembira Selalu.

    Amin.

    ps: Juga buat pembaca blog Mountdweller.

    ReplyDelete
  12. salaams uncle,

    menarik pengalaman uncle tuh...kalau 'teman' tu nak membantu, tiada salahnya kan? lagipun dia tak kenakan apa2 syarat ! seorang teman erisya, 'teman' nya tolong mop lantai sampai berkilat! dia tak suruh pun...masa solat berjemaah pun 'teman' tu turut serta...tapi sekarang teman erisya dah pindah rumah jadi dah berpisah ngan 'teman' nya tuh

    salam aidil adha buat uncle dan keluarga....dengar citer kat sana sambutan aidl adha meriah! tak macma kami di sini, habis solat raya pi ke tempat sembelih. kemudian pulang ke rumah buat aktiviti harian biasa...tak siapa datang berkunjung dan kami pun tak berkunjung :)

    ReplyDelete
  13. w'salam moses,

    Pak Din pun tidak tahu bila masa "dia" ada dan tiada. Pak Din dapat rasakan hanya bila keadaan yang terdesak atau bila Pak Din trekking sendirian dan rasa sunyi. Dalam keadaan biasa Pak Din rasa apa-apa. Jadi tidak tahu "dia" atau tidak.

    Tapi masa Pak Din pnajat gunung sebelum puasa baru ni, semasa Pak Din berhenti rehat berseorangan "dia" masih ada. Yang tak sedapnya bila "dia" gangguan lain akan menghindar.

    ReplyDelete
  14. moses,
    maksud Pak Din bila "dia" ada, gangguan lain akan menghindar.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Saudara,

    Saudara diiringi makhluk yang bertugas atas keselamatan Saudara. Betapa Agungnya yang Maha Berkuasa. DIA beri apa sahaja kepada SESIAPA sahaja yang dia suka.

    Sebenarnya kisah 'didampingi' ini sering kita baca dan dengar akannya, cuma kita tak dapat pengesahannya macam dari Saudara Mountdweller.

    Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua walaupun kita maklum tidak semua kita boleh merentas hutan dan mungkin bernasib baik sebegini juga.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  16. leiah,

    Sebenarnya uncle pun tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Pada mulanya uncle tak sedar pun.

    Uncle nak cerita pun susah orang nak faham kecuali empunya diri lagi perkara begini melibatkan aqidah bagi yang tidak faham

    ReplyDelete
  17. Salam Tok Rimau,

    Bagi tuan saya akan ceritakan di dalam email nanti

    ReplyDelete
  18. anakanda erisya,

    Uncle tidak pernah mahukannya dan uncle tidak berhajat pun sebab bagi uncle hanya Allah yang uncle mahukan.

    Cuma bila uncle tahu, uncle tidak larang "dia" ikut. Bagi uncle bukan "dia" yang membantu cuma apa yang "dia" buat adalah di atas kehendak Allah yakni taqdir.

    Kawan erisya tu lagilah "killer" dah jadi pembantu rumah pula. Ok juga kalau dapat yang macam tu.

    Bab pengikut uncle tu, nanti uncle ceritakan melalui email nanti.

    Selamat Menyambut Aidil Adha dari uncle dan famili.

    ReplyDelete
  19. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Entahlah puan. Selama ini apa yang buat adalah lillahi taala. Hanya Allah yang saya mahukan.

    Apa pun apa yang ada sekarang saya anggapkan dugaan dari Allah. Maksudnya kepada siapa sebenarnya saya bergantung harap, benda itu atau pun Allah. Saya tetapkan pendirian saya walau apa pertolongan dari siapa jua makhluk adalah di atas kehendakNya. Dialah yang menentukan segala-galanya.

    Keberanian saya juga adalah di atas keyakinan yang Allah akan sentiasa bersama kita dan kita tertakluk di dalam taqdirNya.

    Itulah sebabnya kadang-kadang saya fikir benda tu saja mengganggu keutuhan iman saya.

    Tapi yang peliknya mengikut Along dan Adik, "dia" juga akan bersama Along dan Adik sekiranya keadaan memerlukan!

    Pada mulanya saya heran juga mengapa Along dan Adik terlalu berani. Setelah mereka beritahu saya baru saya tahu yang "dia"
    juga bersama mereka.

    ReplyDelete
  20. Salam
    Saya kagum betul uncle berani mendaki tengah malam, sorang pulak tu. Salute!
    Setuju dengan ni- "Walau apa pun makhluk itu yang menemani saya tapi teman yang sebenar saya adalah Allah subhanahuwa taala."
    Sebagai orang Islam saya memang percaya dengan perkara ghaib. Yang penting harus faham bahawa pertolongan itu datang dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  21. W'salam Azyyati,

    Terlebih dahulu uncle uacapkan Selamat Menyambut Aidil Adha.

    Keberanian uncle berteraskan "Kun fayakuun.." Walau apa pun hanya Allah yang menentukan. Uncle yakin Allah bersama kita di mana-mana.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa