Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 11, 2009

Maruah Melayu

Entry ini saya ciplak dari mediapakatan.wordpress.com. Buah fikiran Anak Malaysia.

N3 ini ada sedikit bertentangan dari pandangan saya. Bagi saya kesilapan yang lepas adalah pengajaran dan perlu diperbetulkan. Tuduh menuduh tidak akan memberikan apa-apa kebaikan. Saya perpandangan, untuk memperkasakan Melayu dan Agama Islam, Bangsa Melayu mesti di satukan di dalam satu wadah politik yang berpaksikan Hukum Islam tanpa meninggalkan peradaban dan keistimewaan Bangsa Melayu itu sendiri.

Yang melakukan kesilapan perlu insaf dan yang mempunyai idea yang baik dan bernas perlu membantu ke arah itu.

Entry di bawah juga memang ada kebenarannya. Tetapi melemparkan tuduhan dan menuding jari sahaja tidak akan membawa apa-apa penyelesaian. Kita semua harus berusaha memperbetulkan kesilapan yang lalu. Perpecahan akan merugikan kita.

Tetapi perpecahan kita pasti ada bersebab. Saya akur tentang itu. Pertentangan fahaman politik dan mungkin juga pertentangan kepentingan.

Kedudukan, Martabat dan Maruah Orang Melayu Kian Terancam?


Posted by Pakatan Rakyat in Berita Umum. trackback

Artikel berikut dipetik daripada komen pelawat Media Pakatan dan disiarkan untuk tatapan umum.

HIDUP MELAYU

Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.

Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum ‘pendatang’ lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang ‘pendatang’ yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

POLEMIK KAUM

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi “Melayu!” tetapi hati berbisik “Saya dahulu!”

Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.

Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

HIDUP MEWAH

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

Anak Malaysia



7 comments:

  1. apa yg berlaku hari ini ( politik ) tidak banyak membantu memartabatkan kembali kita ditempat yang sepatutnya - keinginan untuk mendapat kuasa ( dengan cara apa sekalipun ) - banyak dikaitkan..
    nakkan kuasa untuk berkuasa.

    bila semua sistem - dipolitik
    nak dapat TEKUN kena isi borang UMNO.......sapa nak bantu sapa....

    akhirnya : kita tunggu apa bala seterusnya......

    ReplyDelete
  2. Sdr. Jinggo.

    Perkara-perkara yang sebegini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pemerintah berlaku adil. Ini amat dikesalkan.

    Rakyat Malaysia mempunyai hak yag sama rata. Cukai juga sama dibayar. Bukan orang UMNO saja yang membayar cukai.

    ReplyDelete
  3. Punca utama Melayu masih terpinggir adalah kerana kualiti kepimpinan Melayu, terutamanya daripada UMNO yang rata-ratanya HAPRAK.

    Soalannya, siapakah yang melantik mereka menjadi pemimpin?

    Siapa pula yang memberi mereka peluang untuk terus kekal sebagai pemimpin?

    Siapa pula yang merelakan mereka melakukan pelbagai kemungkaran dan kemudian menyembunyikan pula kemungkaran tersebut?

    Siapa? Siapa? Siapa????

    Siapa lagi kalau bukannya kita sendiri! Ya Orang Melayu sendiri yang menjadikan bangsa Melayu hampir bangsat di negara sendiri.

    Oleh itu, wahai orang Melayu, lain kali, lantiklah pemimpin yang benar-benar berkualiti, tak kiralah dari parti mana.

    ReplyDelete
  4. Salam Bang_Zai.

    Setuju, saya cukup setuju dengan luahan perasaan Bang_zai itu. Melayu saya kira bukan mudah lupa tetapi lambat sedar.

    ReplyDelete
  5. Uncle,

    Sebenarnya, masyarakat India tidak lagi menyokong BN antara sebabnya Indian Supremo seorang itu..

    Umum tahu, semuanya yang diberikan kepada masyarakat India songlap masuk poket sendiri, kroni dalam parti yang sentiasa mengiyakan beliau dan memelihara kepentingan dan kesinambungan kedudukan mereka..

    Bila tak cukup, minta lagi.. Akhirnya, seolah-olah masyarakat India tak pernah cukup. Memalukan bangsa sendiri di mata parti komponen dan masyarakat lain.

    BN sama ada UMNO atau parti komponen sudah lupa asas perjuangan founding fathers.. Perjuangan adalah untuk rakyat; bukan untuk diri sendiri. Jawatan, pangkat, kekuasaan, duit, pengikut hanyalah sementara..

    Che

    ReplyDelete
  6. Che,

    Apa yang uncle rasa dan lalui adalah di dalam UMNO dan banyak perkara yang orang di luar UMNO memperkatakan tentang UMNO adalah betul. Uncle harus dan mesti akui dengan beralaskan sedikit kejujuran.

    Rupa di dalam MIC pun sama juga. Prinsip Perjuangan sebenar telah lama hanyut. Dihanyutkan oleh perasaan haloba dan rakuskan pangkat serta jawatan semata-mata mengejar kemewahan peribadi.

    Maknanya di sini kita menaggung keperitan dari akibat yang sama. Melayu dan India. Cuma uncle tidak dapat lagi maklum balas dari golongan Cina.

    Satu masa nanti uncle doakan jenerasi Che akan berupaya mengubah kepada yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  7. I hɑve been surfing online more than thhree hours today, yet I never found any interesting article like yours.
    It's pretty worth enoᥙgh for me. Personally, if all web ownerѕ and blogցers made gooⅾ ϲontent as you did, thhe
    internet will be a lоt more useful than ever Ьefore.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa