Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 12, 2010

Bodoh Yang Menyusahkan Orang Lain

Enam Sesat Dalam Hutan Ditemui Hari Ini

IPOH: Sekumpulan enam orang, termasuk dua wanita, terpaksa tidur semalaman di dalam hutan selepas sesat semasa meredah hutan di Gunung Chabang, Simpang Pulai, dekat sini.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat kira-kira 1.30 petang, Ahad.

Mangsa ialah Jeanne Kong yang bekerja sebagai seorang akauntan, Yaul Ken Men (chef), Wu Xiang (arkitek) serta tiga pelajar iaitu Michelle Kong, Desmond Koh dan Teo Guon Yew.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata mangsa bersama empat lagi rakan mereka yang tiba dari Kuala Lumpur, memasuki hutan itu bagi aktiviti pendakian dan perkhemahan pada kira-kira 9 pagi semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat markas pasukan penyelamat di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini, beliau berkata mereka kemudian berpecah kepada dua kumpulan semasa memasuki hutan.

"Kumpulan pertama terdiri daripada empat pendaki, termasuk seorang daripada mereka yang pakar mengenai hutan berkenaan, manakala kumpulan kedua terdiri daripada enam mangsa yang hilang.

"Kumpulan pertama berjaya tiba di tapak perkhemahan mereka di kawasan pertengahan gunung berkenaan, tetapi kumpulan kedua dikatakan hilang kerana tersesat," katanya.

Azisman berkata seorang daripada mangsa yang tersesat itu sempat menghubungi pihak bomba sebelum telefon bimbitnya kehabisan bateri.

Beliau berkata sehubungan itu, operasi mencari dan penyelamat dilancarkan yang terdiri daripada pasukan bomba, polis, Pasukan Gerakan Am dan Jabatan Pertahanan Awam.

Katanya, isyarat daripada telefon bimbit mangsa membantu pasukan berkenaan mengesan mereka.

Ketika ditemui, beliau berkata dua daripada mangsa cedera ringan dan kesemua mereka keletihan serta lemah kerana hanya membawa air dan biskut sebagai bekalan.-mStar

7 comments:

  1. nape tajuk besar mcm tue..org dah nak sest...sepandai2 kite pun klu dah nak tesilp...tesilp gak...

    ReplyDelete
  2. salam Pok Din...mngkin depa nie org baru nak berjinak2 dlm jungle trekking nie...ilmu sikit lagi..tapi depa dah dapat pelajaran yg berguna ...

    ReplyDelete
  3. New Hope

    Banyak perkara perlu tahu sebelum masuk ke sesuatu hutan atau gunung.

    Boleh dapatkan maklumat di lebel rekreasi-sidebar kanan

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Sesat kerana kebodohan sendiri. Kenapa berpecah daripada seorang yang tahu seluk beluk tempat itu?

    Saya marah sebab belum merangkak dah nak berlari!

    ReplyDelete
  5. W'salam IndukYati

    Lama menghilang?

    Mungkin juga apa yang IndukYati katakan itu betul. Tetapi kalau baru, janganlah memandai-mandai berpecah daripada seorang yang mahir itu.

    Kan menyusahkan orang lain pula mencari dan menyelamat.

    ReplyDelete
  6. itula masuk rumah orang tak bagi salam.. tak beradap kan dah sesat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa