Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 22, 2011

Laa, Patutlah Ramai Yang Kata Bodoh!

Sebelum ini saya tidak pedulikan sangat N3 begini sebab pada saya sebolehnya mengelak dan tak suka mengatakan orang lain bodoh.... tapi bila baca tentang kenyataan seorang manusia yang berpangkat ini dengan apa yang dituturkan, terlalu nampak sangat kekurangannya.

Memang ada kemungkinan CPR dari yang kurang pengalaman patah tulang rusuk tetapi masuk tiub ke kerongkong sehingga patah gigi, memanglah statements tolol!

Isyk saya yang baca pun naik malu.


Ganasnya Pegawai Perubatan yang merawat Allahyarham Baharudin ni...

Menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, tulang rusuk Allahyarham Baharudin Ahmad patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Menurut beberapa sahabat.. kemungkinan tulang rusuk patah kerana CPR adalah tinggi jika tekanan yang dikenakan keatas dada terlalu kuat dan dilakukan oleh yang kurang arif, tetapi jika ianya dilakukan oleh Pihak Berkuasa atau Pegawai Perubatan yang semestinya berpengalaman melakukannya risiko patahnya tulang rusuk itu adalah kurang..

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” juga kata Datuk Salleh Mat Rasid..

Tak tahulah tiub jenis apa yang digunakan oleh Pegawai Perubatan tu...

Kalau betul kata Datuk Salleh Mat Rasid tu.. sepatutnya Pegawai Perubatan yang membantu itu dipecat kerana cuai.. Buat CPR patah tulang rusuk, masukkan tiub kedalam mulut pula patah gigi.. Ganasnya Pegawai Perubatan tu..

Polis: Tulang rusuk Baharudin patah akibat 'CPR'

Polis menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

Sebaliknya menurut Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.


“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.



Sebelum ini anggota keluarga Baharudin telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mendakwa tulang rusuh dan gigi yang patah itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.

Menurut Salleh, rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika allahyarham berlari memasuki bangunan berhampiran Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari kejadian pada pukul 4.30 petang.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakawaan itu. Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

Salleh berkata rakaman itu menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.07 petang untuk membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, selepas menerima panggilan kira-kira 17 minit sebelum itu.

Dakwanya, rakaman dari menara KLCC dan Avenue-K menunjukkan tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia, sebaliknya bantuan awal diberi anggota polis bantuan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan allahyarham tidak mengalami sebarang kecederaan di luaran atau dalaman seperti lebam, calar atau luka serta menjelaskan kematiannya mempunyai kaitan dengan serangan jantung.

"Berikutan itu, ia jelas menafikan tohmahan allahyarham meninggal dunia akibat dipukul polis dan terkena gas pemedih mata," katanya lagi.

Sehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.

"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Malaysiakini/Anak Sungai Durhaka

8 comments:

  1. patah tulang rusuk sebab cpr? gigi patah sebab tiub?satu kenyataan yang amat Bodoh, bangang, tolol, bahlul, idiot, dari seorang yang sememangnya biol....tell me lepasni p patah sebb masuk v....

    ReplyDelete
  2. makcik dan pakcik2 kt kmpung yg tenguk tv saja yg percaya..termasuk ahli umngok yg karat hatinya..ptuih..

    ReplyDelete
  3. kasi saman je bodo tu

    ReplyDelete
  4. Dia pakai tiub stain lesssteel, cpr tekan pakai kaki....

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    bloglist kan blog hamba,....

    mekasih....

    ReplyDelete
  6. salam, teringat cpr ala-ala Mr. Bean...pakai jumper cable kat tepi jalan...mungkin Mr Bean yang perform cpr tu kot?

    ReplyDelete
  7. Assalam Tuan, Patah gigi tuu...dah melampau sangat. Apa dia ketuk dgn tukul besi ke tiub tu untuk dimasukkan ke mulut Allahyarham sampai patah gigi. Polis ni...mati-mati tak mahu mengaku jika berlakunya kesalahan.

    ReplyDelete
  8. mmg kalau bt cpr, ada potensi untuk tulang rusuk patah..and gigi yang patah tu pun boleh jugak semasa kemasukan tiub ETT, ETT ni untuk membantu pesakit bernafas (utk kemasukkan O2)terus melalui trakea pesakit, trus masunk lung. Untuk memasukkan ETT(endotrakeal tiub) ni, doktor akan menggunakan alat yg dipanggil laryngoscope ( sejenis besi* boleh tgk dlm internet kalau nak tahu lebih lanjut), bagi pesakit yang berusia.. mmg boleh gigi patah jika pesakit mempunyai gigi yang dah longgar..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa