Monday, April 30, 2012

Buat Malu Rakyat Malaysia Ajer!

Pemerhati A'bangsa: Aman Sebelum Provokasi
               30 April 2012

KUALA LUMPUR: Satu badan pemerhati antarabangsa yang  meninjau maklumat pilihanraya berkata perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu adalah aman sebelum polis menimbulkan provokasi.

Senator bebas Australia Nick Xenophon dipetik Malaysiakini sebagai berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media perdana terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.

Salah seorang daripada tujuh ahli bada tersebut MJ Akbar, editor India Times berkata para pendemo Bersih 3.0 adalah dalam keadaan berpesta.

“Mereka mempunyai banyak masa untuk melakukan keganasan jika mereka berniat sedemikian. Mereka dalam keadaan berpesta sehingga saat provokasi berlaku,” kata Akbar.

Senator Pakistan Hasil Bizenjo pula berkata beliau terkejut pengangkutan awam dilumpuhkan di sekitar Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lepas.

“Di negara lain, pengangkutan disediakan untuk rakyat bagi menghadiri perhimpunan. Di sini, ada mereka yang memberitahu mereka terpaksa berjalan 20 km untuk menghadiri perhimpunan ini,” kata Bizenjo.

Ahli-ahli lain dalam badan tersebut termasuk penulis Nasir Tamara daripada Indonesia, Clinton Fernandes daripada universiti New South Wales, Dean Amado Valdez daripada Filipina dan Juliane Schmucker daripada Jerman.

Mengimbas kembali satu perbualan dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Fernandes berkata: “Beliau (Adnan) menekankan kepentingan untuk mengelakkan ketegangan kaum. Beliau turut berkata penambah-baikan pilihanraya tidak penting kerana rakyat Malaysia tidak matang.”

Fernandes turut memetik Tengku Adnan sebagai berkata, “Salah satu masalah di Indonesia ialah terlalu banyak kebebasan.”

Sementara itu, Akbar berkata demokrasi memerlukan kebebasan daripada ketakutan dan kebebasan berhimpun.

“It adalah malang ada sebilangan suara yang mempercayai bahawa satu-satu negara yang memlaksanakan keharmonian tanpa demokrasi,” kata beliau, sambil berkata Malaysia layak menerima demokrasi yang tulen.

Laporan awal turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap integriti 240,000 petugas pilihanraya dan kekurangan untuk satu pilihanraya yang bebas dan adil.

Sementara itu, Bizenjo berkata kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negara adalah ketara.

“SPR nampak kolot, ia kena berubah. Pakistan pun dah berubah ke sistem elektronik,” beliau berkata.

Badan antarabangsa tersebut kata mereka adalah bebas walaupun dijemput ke negara oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tak peduli siapa yang menang. Kita bukan rakyat Malaysia,” kata Fernandes


Menteri Ni Bangang Rupanya

Nampak sangat bodohnya. Buat kenyataan membuta tuli tanpa rujuk pihak yang bertanggungjawab dulu. Pas tu mulalah merapu.
IGP: Rampas kamera wartawan bukan SOP
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya.

"Saya tak tahu. Saya nak terangkan, kita tidak ada SOP sedemikian. Kita bertindak berdasarkan undang-undang dan saya ingin katakan bahawa polis bertindak secara profesional dalam tangani masalah yang berlaku.

NONE"Saya ingat saya kata beginilah. Kita tidak ada arahan khusus atau khas tentang rampas kamera. Kalau kamera itu ada senjata, lainlah," katanya pada sidang media petang tadi.

Ditanya siapakah yang memberikan arahan untuk mengambil barangan milik wartawan seperti kamera dan kad memori, Ismail sekadar berkata, pihak polis hanya mengikut undang-undang. 

Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu dan pihaknya turut mengambil berat tentang aduan yang telah diberi oleh orang awam, wartawan malah anggota polisnya sendiri.

Katanya, polis bersikap terbuka untuk menyiasat segala tohmahan yang diberikan dan menggesa supaya pihak yang didakwa dikasari, membuat aduan.

"Tiada siapa yang beri arahan. Seperti yang saya kata, semua ikut kuasa undang-undang. Kejadian telah berlaku dan kita akan siasat secara terbuka untuk jaga kepentingan semua orang.

NONE"Kita akan siasat semua laporan polis yang dibuat. Kita akan siasat dengan adil. Keadilan untuk semua. Malah ada juga pegawai polis yang dikasari.

"Ada yang patah gigi, hidung, lengan retak dan kenderaan pasukan telah dimusnahkan. Kita akan siasat," katanya lagi.

Beliau turut ditanya mengenai arahan kepada anggota polis untuk membuat tangkapan di luar kawasan Dataran Merdeka memandangkan pasukan itu hanya diperintahkan untuk berkawal agar peserta tidak memasuki kawasan tersebut.

Ismail menjelaskan, anggotanya bertindak secara proaktif bagi mencegah sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

"Kita bertindak secara proaktif. Takkan nak tunggu rumah terbakar baru nak padam api. Ini adalah tindakan untuk mencegah," katanya lagi.



Wartawan Pun Dah Tau Marah
Kesatuan wartawan kutuk tindakan polis

Enam kesatuan wartawan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyiasat dakwaan tindakan ganas dalam perhimpunan BERSIH 3.0 secara terperinci dan mendakwa individu terbabit.

Enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.

"Perdana menteri mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua anggota unit beruniform memahami dan menghormati peranan wartawan dan memberi pampasan ke atas barangan mereka yang dirosakkan dengan sengaja," menurut kenyataan itu.

Laporan media, video dan tulisan di Facebook dan di Twitter wartawan dan rakan setugas mereka menunjukkan sekurang-kurangnya enam kejadian seperti itu.

"Kami melihat insiden ini sebagai serangan bersepadu ke atas kebebasan media memandangkan ia nampaknya disasarkan untuk menghalang kewartawanan profesional dalam mendokumentasi keganasan polis ke atas sebahagian peserta BERSIH," kenyataan itu dipetik.

Sikap polis terhadap pemberita seperti itu mungkin disebabkan oleh rasa malu mereka terhadap gambar dan video berhubung kekejaman polis yang dirakam wartawan sebelum ini, menurut kenyataan bersama itu.

Turut menandatangani kenyataan itu ialah Persatuan Media dan Jurugambar Cina Pulau Pinang, Kelab Media Pulau Pinang dan  Penang Press Employees Cooperative Society Limited.

Kisah Kakak Tua Hidung Panjang

Bila Kakak Tua Bersuara 
Sumbangnya Tuhan Saja Yang Tahu

Maka berkokoklah burung kakak tua yang sekali nyanyuk dan sekali betul mengenai Bersih. Menurutnya tujuan Bersih 3.0 diadakan untuk menumbangkan kerajaan. Lewat pemikiran sang kakak tua kali ini. Murai tahu sejak Bersih 1.0 lagi yang tujuannya untuk jatuhkan kerajaan. Beralasan buruk kakak tua hidung panjang itu, kununnya ... pembangkang terpaksa berbuat begitu kerana tidak percaya kepada pilihan raya.

Memang Murai setuju kalau pembangkang tidak senang dengan pilihan raya. Sebabnya mudah, kerana pilihan raya tidak adil. Pilihan raya penuh dengan penipuan. Kalau tidak ada penipuan burung kakak tua juga tidak dapat jadi perdana menteri selama 22 tahun.

Bapa sekalian penipu ialah sang kakak tua kaki panjang telinga lebar itu. Dialah yang menghalalkan penipuan. Bukan saja dalam pilihan raya merebut kerusi tetapi dalam pilihan raya (pemilihan) juga dia turut merestui penipuan untuk mengekalkan kuasanya.

Tahun 1987 si burung raja udang telah bertanding merebut jawatan persiden parti bersama sang kakak tua ini. Pertandingan itu sungguh sengit sekali. Penentangan ahli parti guni buruk kepadanya memuncak. Kalau pertandingan itu adil, telus sudah tentu ketika itu dia sudah tewas. Dia tidak akan jadi PM lagi.

Namun kerana ada penipuan undi di mana undi untuk burung Raja Udang dimasukkan ke dalam bakulnya menyebabkan burung Raja Udang kalah 43 undi. Inilah perbuatan paling jahat yang diketahui oleh semua orang parti guni buruk itu.

Jadi Murai tidak hairan kalau sang kakak tua berkata begitu, kununnya pembangkang tidak percaya kepada pilihan raya. Hendak percaya macam mana sebab penipuan penyelewengan dan tektik kotor menjadi amalan parti guni buruk.

Itu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR juga tidak ada moral langsung bila mereka berdua juga jadi ahli parti guni buruk. Dari sini orang sudah meragui dengan perjalanan pilihan raya. Dalam keadaan apa juga kedua kepala SPR itu akan berpihak kepada parti guni buruk. 

Kalau begitulah Murai yakin tidak ramai terpengaruh dengan kata-kata sang kakak tua. Pembelaannya kepada parti guni buruk itu adalah bukan atas fakta dan hujah rasional lagi melainkan menurut ego dan 'agahnya' sahaja. Jenis orang yang tidak nampak kebaikan orang lain dan merasa dialah bijak, begitulah. Jenis kakak tua bila merasa terlalu bijak menyebabkan najisnya dikambus sendiri sebab merasakan orang lain tidak pandai.

Sesekali Murai berharap sang kakak tua cuba buka tempurung dan biar Salentia yang terlengkung di situ keluar melihat bulan dan roket. Dan sang kakak tua boleh ambil tempurung kencing dan tilik mukanya apakah laku atau tidak... selepas itu barulah berkokok. - MSO

Ini Laporan Wartawan mStar

Padah Provokasi, Bersih 3.0 Dicemar Puak Pengacau
SAYANG sekali permulaan yang baik demonstrasi Bersih 3.0 pada Sabtu lalu yang bertujuan menuntut reformasi sistem pilihan raya berakhir dengan tragedi rusuhan dan keganasan hingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda awam.
Semuanya gara-gara agenda tersembunyi sesetengah peserta demonstrasi khususnya di kalangan penyokong parti pembangkang.
Inilah akibat dan kesudahannya apabila penyertaan kumpulan tersebut dalam demonstrasi itu semata-mata didorong oleh perasaan marah dan dendam terhadap sesuatu pihak hingga melupakan matlamat asal penganjurannya.
Jika dihitung dari segi angka dan jumlah kehadiran penyokong Bersih 3.0 di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu, tidak dinafikan bandaraya Kuala Lumpur khususnya di sekitar jalan-jalan utama masuk ke kawasan Dataran Merdeka dipenuhi dengan 'orang kuning dan hijau'.
Masing-masing hadir dengan bangga memakai kemeja-T kuning tertera logo Bersih 3.0 ataupun kemeja-T hijau bagi kumpulan anti Lynas.
Lautan manusia membanjiri jalan berhampiran LRT Masjid Jamek. --fotoTHESTAR Oleh AZMAN GHANI
Mereka bebas memakai pakaian atau aksesori bewarna kuning, menyanyi, bersorak, malah berarak memenuhi jalan raya.
Perlakuan berkenaan yang sungguh tidak dibenarkan khususnya apabila membabitkan perhimpunan jalanan, namun anggota polis yang mengawal di setiap lokasi seakan 'tutup mata' membenarkan peserta demonstrasi menyuarakan pandangan dan permintaan mereka.
Tiada siapa pun dihalang daripada berucap menggunakan pembesar suara malah tidak ada satu kain rentang pun yang diturunkan oleh pihak berkuasa walaupun pada dasarnya ia melanggari undang-undang.
Saya sendiri melihat bagaimana anggota polis yang mengawal di kawasan sekitar Brickfields seakan tidak mengendahkan kehadiran penyokong Bersih 3.0.
Polis dengan hal mereka iaitu sekadar memantau keadaan, manakala peserta demonstrasi sibuk dengan persediaan mereka untuk bergerak di jalanan menuju ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tun Sambanthan.
Malah sebaik sahaja kumpulan berkenaan mula berjalan sambil melaungkan sorakan seperti 'hidup, hidup!' serta 'bangkit rakyat!', anggota polis trafik terus membantu mengawal keadaan lalu lintas.
Kumpulan itu kemudiannya terus menuju ke Pasar Seni sebelum meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka melalui jalan di hadapan LRT Masjid Jamek.
Situasi di Masjid Negara juga kelihatan terkawal sehinggalah kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira pukul 12.36 tengah hari.
Menerusi ucapan ringkasnya di hadapan ribuan peserta demonstarsi di perkarangan Masjid Negara, Anwar mula membakar semangat mereka dengan kata-kata berunsur provokasi dan hasutan.
Mohamed Azmin ketika menyampaikan ucapan di hadapan penyokong Bersih 3.0. --fotoTHESTAR Oleh KAMARUL ARIFFIN
"Kita tunggu sampai Zohor di sini, selepas itu kita ke Dataran Merdeka.
"Kita akan merdekakan Dataran Merdeka hari ini," katanya sambil disambut dengan laungan 'reformasi' oleh peserta himpunan.
Malah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut bersama Anwar di Masjid Negara juga tidak kurang hebatnya melakukan tindakan berbaur provokasi dengan bersorak dan menyanyikan lagu 'Merdekakan Dataran Merdeka'.
Selain itu media turut melaporkan perbuatan provokasi oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang menyeru peserta supaya bangkit menentang kerajaan yang disifatkannya sebagai zalim.
Seorang anggota Unit Amal PAS dilihat memulakan rempuhan ke arah polis di hadapan KLCC. --fotoTHESTAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIS
"Kita akan masuk ke Dataran Merdeka walau apa juga keadaan yang berlaku. Dataran ini adalah milik rakyat, bukannya milik kerajaan atau DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)," katanya sebelum penyokong Bersih 3.0 merusuh dan memecahkan kawalan polis di Dataran Merdeka.
Tindakan perusuh membuka kawat berduri dipasang sekitar Dataran Merdeka yang menjadi kawasan larangan seperti diperintah Mahkamah Majistret menjadi punca keadaan menjadi huru-hara dan tidak terkawal.
Tanpa mempedulikan sekatan, seorang peserta mengalihkan kawat berduri itu di persimpangan Jalan Raja/Jalan Tun Perak sebelum penyokong lain menyerbu ke dalam kawasan berkenaan pada jam 2.50 petang.
Anggota Unit Amal PAS dilihat merempuh ke arah polis di hadapan KLCC. --fotoTHESTAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIS
Terdahulu lebih awal kekecohan turut dilaporkan berlaku di hadapan Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, sekumpuIan Unit Amal PAS yang sepatutnya ditugaskan mengawal penunjuk perasaan dilihat merempuh hadangan polis diikuti ratusan lain di Jalan Ampang, menyebabkan 25 anggota keselamatan cedera.
Sekumpulan anggota Unit Amal PAS yang sepatutnya mengawal peserta demonstrasi dilihat memulakan rempuhan ke arah polis di hadapan KLCC. --fotoTHESTAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIS
Tindakan-tindakan kumpulan pengacau seperti inilah yang sebenarnya mencemarkan demonstarsi yang pada awalnya berjanji akan berlangsung dalam keadaan aman.
Pelbagai pihak menuntut Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga bertanggungjawab terhadap rusuhan yang berlaku.
Perusuh mula mengikut tindakan Unit Amal PAS merempuh sekatan polis di hadapan KLCC. --fotoTHESTAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIS
Jelas sekali bekas Presiden Majlis Peguam itu gagal memastikan penyokong parti politik khususnya di kalangan pembangkang yang sejak daripada awal memberi sokongan penuh terhadap demonstrasi Bersih 3.0 agar mengawal emosi dan disiplin ketika berdemo.
Malah kepercayaan dan kelonggaran yang diberikan kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan aman telah disia-siakan oleh puak pengacau ini.
Melihat kepada kejadian huru-hara ini, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Ambiga menerusi Bersih sebenarnya telah dimanipulasikan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
Bersih sebenarnya hanya sebagai platform untuk mencapai hasrat dan angan-angan politik puak-puak ini dan bukannya medan untuk memperjuangkan tuntutan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Lagi... Polis-Polis Yang Menjadi Mangsa!

Kisah ngeri layanan polis ke atas peserta
Seorang dengan mata lebam, seorang lagi dengan mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi serta kesan tapak kasut di belakangnya...

Individu berkenaan, antaranya turut mengalami cedera parah, tampil dalam sidang media semalam dengan dakwaan bahawa mereka dipukul polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu di ibu negara.

Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting.
NONEAlex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.

Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang.

Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.

NONEFazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.

Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri.

Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT.

Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu.

Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.

NONEAdrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek.

Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau.

Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit.

Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang.

Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya.

Ini Salah Seorang Polis Yang Najib Kata Menjadi Mangsa Itu!

‘Mak pengsan akibat dipijak, diterajang polis’


KUALA LUMPUR: “Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.
Bercakap kepada  KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.
Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.
Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.
“Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.
“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya   yang menemani ibunya sepanjang hari ini.
Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus. - Kd
Sementara tu layanlah video kat bawah ni...

Ni Buat Aku Nak Tergelak Nih!

Peserta demo yang cedera, terluka, kena pijak/sepak terajang, masuk hospital dan tidak bersenjata.... tup..tup... Jib kata Polis pula yang menjadi mangsa.


Kata Polis kita pro, tapi baru kena ejek dan 'chanting' dah naik minyak macam orang gila. Mana letaknya profesionalisma mereka? 


Hayya... manyak finingglaa...


Tak payah pusing-pusingla, rakyat dah lama faham!


Polis yang jadi mangsa, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan luar kawalan pihak polis terhadap peserta perhimpunan BERSIH 3.0 adalah disebabkan 'rusuhan psikologi' yang dilakukan oleh pihak berkenaan.


Beliau turut mendakwa, secara umumnya, tindakan 'ganas' peserta perhimpunan BERSIH pada Sabtu lalu adalah tertumpu kepada pihak polis.


"Lihat pada perspektif yang sewajarnya. Umumnya, polis yang jadi mangsa kerana tindakan mengganas ini.


NONE"Masalah sekarang ialah 'rusuhan psikologi'. Polis pun di bawah tekanan. Rakan sekerja kena pukul, kereta dah kena terbalik. Kena pukul dengan kayu baseball. Ada yang rasa hampir nak mati. Ini bukan sahaja kerana awak (wartawan), tetapi pihak polis juga perlu tanggung. Mari kita menyiasat dulu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di Kuala Lumpur, malam tadi.


Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai beberapa insiden kecederaan yang turut melibatkan pengamal media semasa membuat liputan himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.


Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.


Selain itu, Najib yang juga presiden Umno berkata, siasatan terhadap insiden Sabtu lalu juga akan dilakukan, malah beliau juga akan mendedahkan seberapa banyak bukti kepada rakyat untuk dinilai.


Ketika ditanya siapa yang perlu bertanggungjawab di atas segala insiden yang berlaku semasa himpunan itu, Najib berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan.


"Siasatan perlu dibuat. Tak boleh sesuka hati ambil tindakan. Dan kemudian peguam negara perlu buat keputusan berdasarkan fakta dan bukan daripada emosi atau cerita yang tersebar sebab sebahagiannya tidak betul.


"Kita tak ada sebab nak tutup (maklumat). Kita akan siarkan (video rakaman). Esok (hari ini) ketua polis negara akan buat sidang media. Akan maklumkan lebih lagi seperti rakaman oleh polis. Sebab, rakyat tuntut ketelusan. Jadi kita akan buat pendedahan sebanyak mungkin supaya apa yang berlaku dapat dinilai rakyat,'' katanya.


Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa kesalnya kerana pihak penganjur BERSIH 3.0 tidak mengotakan janji mereka untuk mengadakan sebuah himpunan yang aman serta tidak menghormati keputusan mahkamah.


Menurut Najib, tindakan peserta himpunan Sabtu lalu juga mencalarkan nama negara.


"Pihak pengajur telah menjanjikan perhimpunan yang aman yang berlangsung pada waktu singkat. Tetapi apa yang telah dijanjikan tidak dapat ditunai.


"Saya juga kesal dengan tindakan kekasaran yang berlaku. Mereka (peserta BERSIH) telah merempuh pagar duri. Ini menunjukkan budaya keterlaluan," ujarnya.


Sementara itu Bernama melaporkan Najib berkata pihak polis akan memaparkan rakaman video mengenai apa sebenarnya berlaku semasa perhimpunan di ibu negara semalam.
  
Katanya, langkah itu bagi mengelak insiden itu daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan itu yang mana kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.
  
"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya.


Beliau berkata seramai 130 anggota perubatan termasuk 30 doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah ditugaskan untuk memberi rawatan segera kepada yang terlibat dalam perhimpunan itu tanpa mengira fahaman politik.


Perdana menteri turut memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut merupakan ujian pertama bagi anggota polis menterjemahkan tindakan mengikut undang-undang baru selepas kerajaan melaksakan transformasi politik termasuk pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selain memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman baru-baru ini.


Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini, Najib berkata tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.

Rupa MSO Pun Berkungsi Perasaan Yang Sama Dengan Saya

Tindakan Najib Tidak Ikhas
Akuilah Kita Bukan Maksum

Dengan kuasa yang ada kepadanya Ha Najib Razak telah mengarahkan Polis dan semua unit yang diberi tangugngjawab menghalang, memobilisasikan atau membuat provaktif himpunan raksasa terbesar negara Bersih 3.0 buat laporan (post mortem) mengenai apa yang berlaku. Mereka terlibat termasuk KPN, Ismail Omar juga sudah bersiap sedia mengarahkan anak buahnya.

Najib Razak: Jarang tenguk berwajah muram.
Sebaik selesai himpunan semua unit menjalankan tugas menyiapkan segala macam laporan dan analisa. Asas penting dalam laporan dan analisa dari semua unit-unit itu dan semua jabatan ialah berikan gambaran bahawa kerajaan (Najib) di pihak yang benar. Gambarkan sebanyak-banyaknya bahawa Berih 3.0 - merujuk kepada peserta, penganjur dan parti politik yang mengambil kesempatan darinya adalah salah, salah dan salah tanpa ada sekuman hati anak kuman kurus pun kebenarannya.

Pusingkan perasaan dan jiwa (reverse psikologi) rakyat agar rakyat benci kepada Bersih paling utamanya benci kepada oposisi - bencikan kepada Anwar Ibrahim, benci Nik Abdul Aziz Nik Mat, benci Lim Guan Eng dan lain-lain. Kerja membuat fitnah dan memusingkan fikiran dan hati rakyat (reverse psikologi) sudah pun dimulakan oleh media massa PB, sejak semalam dan beberapa minggu sebelumnya media massa PB telah menjalankan kerjanya provokasi dan propogandanya. Semalam adalah kemuncak kerja mereka yang akan berterusan sehingga ke nafas terakhir. 

Seperti yang telah saya catatkan dan andaikan bahawa ada kerjasama jahat (kolobrasi) di antara media dengan unit-unit kerajaan khasnya Polis DiUmno Malaysia. Yang jelas kejadian membalikkan kereta polis, dirakam kemudian diberikan gambaran yang peserta Bersih lakukan, sedang siapa yang melakukan belum dipastikan. Laporan dan analisa mengenai itu masih berbaur benar dan tidak dan sangat mengelirukan. Kereta itu akan dijadikan replika kejatan Bersih 3.0.

Kenap pasti siapa pun angkara kejadian ini?
Mengenai kejadian itu pihak Bersih mengatakan polis yang melakukannya untuk provok himpunan dan memberi gambaran peserta Bersih jahat, rakus dan khianat. Apa yang mereka harapkan kejadian itu dirakam oleh media kemudian diulas dan dianalisa sebaik mungkin sepanjang masa menjelang pilihan raya. Dan itu berhasil namun impaknya belum tentu, rakyat sedang membaca dan sudah pun menghafal segala tektik dan kejahatan Umno.

Bukan itu saja banyak keraguan atas beberapa insiden lain yang berlaku, misalnya insiden motorkar polis kena tendang dan juga acara mengunting gelong dakwai secara profesional kata Mat Sabu, yang bagi saya pasti ia bukan kerja para peserta kerana mereka ke situ dengan satu hajat saja untuk duduh dan bantah. Adapun kenapa mereka 'berbenyei' bertaburan lari lintang pukang apabila polis melepaskan gas pemedih mata, sembur air kemudian mengejar dan membelasah mereka macam membelasah anak kucing kesejukan.

Apakah ketika itu polis sudah berada di tahap psikologinya tertekan seperti kata Najib. Najib berkata peserta Bersih memberi tekanan psikoligi kepada polis.  Rasnaya tidak ada sebiji batu dilontar dan terkena di atas kepala polis, saya lihat ada beberapa yang sudah luruh rambut, licin dan berminyak saja tanpa ada apa-apa gurisan dan benjolan.

Kalau belum ada batu jatuh atas kepala polis, atau kasut melayang ke muka polis, tetapi polis sudah bertindak ganas mengikut SOP kata menterinya, ertinya rendahnya tahap psikologi polis Malaysia? Kalau kerana acahan dengan nyanyian dan syarahan suhu badan polis sudah menggelegak lemah sangatlah mental polis kita. Pondan sangatlah mental dan fizikal polis Malaysia.

Barang kali Hishmuddin perlu meminta peruntukan tambahan bagi memberi kursus pembentukan minda sihat dan fizikal kental anggota polis kita agar mereka tidak mudah menjadi anjing kemabukan yang menyondor apa saja yang ada di hadapan, hatta pembahagi jalan apabila diejek oleh rakyat!
  
Saya percaya laporan dari semua unit yang dibawah kawalan dan pengawasan polis sedang disiapkan. Semua orang bertungkus lumus menyiapkan secepat mungkin kecuali satu dua yang cedera akibat terpukul sesama sendiri selepas tanda di tangan terlucut kerana kegaduhan mengejar para himpunan. Pun begitu kesakitan mereka tidak ada masalah kerana Najib sudah pun melawat mereka di hospital dan mungkin menjanjikan imbuhan atas kerjas baik tetapi kesan sebaliknya yang mereka lakukan.

Laporan yang dikehendaki Najib sudah pun diberi mesejnya, iaitu polis kononnya diasak oleh himpunan. Polis diberikan tekanan saikologi oleh himpunan. Mesej ini untuk menggambarkan polis baik, polis bagus, polis bertimbang rasa dan polis orang, bukan binatang. Itu yang Najib inginkan.

Kejadian ini tidak boleh dimaafkan sebab itu saya adakan kempen CIS.
Cara Najib itu satu helah untuk menghadapi tekanan rakyat ketika itu. Tetapi Najib harus berfikir apakah cara itu menguntungkan atau menambahkan kemarahan rakyat? Tindakan itu tidak profesional dan mencerminkan Najib bukan seorang PM yang mengdahulukan rakyat. Tidak baik bagi Najib mereka-reka cerita untuk mengekalkan kekuasaanya. Kejahatan bagaimana dibungkus dan dibaluti akhirnya ia akan berbau juga. DNA tidak akan berbohong apakah anak yang lahir dari rahim isteri kita anak kita atau anak siapa?

Dalam situasi ini lebih baik Najib mengaku bersalah sahaja. Misalnya tindakan beliau melawat wartawan yang dibelasah polis dan meminta maaf bagi pihak polis baik tidak adil dan bersifat pilih kasih. Langkah Najib itu juga membelakngkan rakyat yang mempunyai kuasa unti sama nilai dengan wartawan itu. Najib tidak sepatutnya melawat hanya wartawan dan polis tetapi mangsa lain juga. Kenapa dia memisahkan status rakyatnya dalam keadaan begitu.

Rakyat lain tentu akan berkecil hati dengan Najib. Mungkin golongan wartawan akan gembira. Tetapi bagaimana dengan rakyat. Wartawan hanya boleh menulis mengikut kehendak Najib - itu belum tentu tertunai. Tetapi rakyat adalah penentu termasuk yang sakit dan terlantar di katil hospital kerana dibelasah polis.

Najib juga memberi tahu pihak polis akan mendedahkan banyak lagi rakaman di sekitar himpunan itu. Iya memang polis ada ribuan rakaman menunjukkan kesadisan rakyat, termasuk mungkin membelasah polis aampai tercabut hidung. Rakaman yang lebih dahsyat dari itu persis meletusnya kota Heroshima dan Nagasaki pun boleh direka cipta. Tetapi seperkara saya nak tanya Najib apakah rakyat yakin dengan segala rakaman itu. Rakyat sudah memahami akan hal rakaman ini. Iya boleh direka dengan seribu daya, otat rakyat bukan sekemetot otak sesetengah menteri.

Itu rakaman mengenai video Anwar Ibrahim kononnya sedang menyundal pelacur, sepatutnya sudah cukup untuk menghancurkan kerjayaan Anwar dan partinya. Video itu ditayang siang malam macam tayangan perdana di tv. Tidak cukup itu semua golongan masyarakat dan pemimpin termasuk imam dan mufti dihantar video berkenaan.

Gara-gara video songsang itu rakyat seluruh Malaysia seharusnya sudah meninggalkan perjuangan Anwar. Ceramah Anwar sepatutnya tidak ramai, seperti ceramah Perkasa(m) dan Ngo beras kampit. Sepatutnya begitu? Tetapi apa hakikatnya semua ceramah Anwar didatangi ribuan manusia malahan ada mencecah puluhan ribu. Natijahnya juga kenapa, sebab terlalu banyak dan terlalu besar kepalsuan yang dibuat Umno. Cis...

Orang tidak percaya kepada rakaman video begitu. Rakyat sudah lali dan mangli dengan penipuan UBN. UBN meniupu sejak dari dalam kandungan sampai ke liang lahad? Aduh. Cis lagi sekali.

Mereka duduk dan bantah dengan laung bersih...bersih..
Saya mengira tektik hendak mengabui dan mempengaruhi otak rakyat dengan bentuk-bentuk rakaman aksi provokasi begitu tidak akan menguntungkan UBN. Rakyat tidak akan berubah dan berganjak dari rasa marah dan bencinya. Iya apabila kebencian sudah tertam kemas di hati maka yang akan tumbuh membesar dan melebar pokok pemberontakan. Bersih 3.0 itu adalah tunas pemberontakan! Kalau Najib gagal membendung dan membantutkannya api pemberontakan akan menyala dan menyelar hangus UBN.

Kalau saya jadi Najib (harap tidak jadi seperti Najib hari ini), saya bukan memohon maaf kepada wartawan, tetapi memohon kepada semua mangsa akibat Bersih itu. Najib haus gentlemen di dalam hal ini. Beliau harus mengeluarkan kenyataan di tv memohon maaf kepada semua terlibat dan mendapat kelukaan dan kecederaan. Beliau boleh opologitik, bahawa kejadian itu bukan atas kehendak kerajaan tetapi pilihan rakyat sendiri. Justeru dalam soal ini kerajaan tidak boleh diperslaahkan. Kalau itu bahasa dan tatabudi luhur Najib dia akan dihormati setinggi penghormatan masyarakat India kepada Mathama Ghandi.

Dengan menuduh orang itu perlu bertangungjawab orang ini perlu mengambil risiko sedangkan kita sebagai ketua dan kepala kerajaan rasa tidak bersalah dan maksum adalah sangat 'domba' dan 'gumba' sekali. (Bahasa apeh ni) Najib tidak boleh anggap selamanya dan semua tindakan dan aksinya berada dalam keadaan betul dan benar, kerana fitrah manusia itu sendiri comot dan kotor. Manusia lahir dari segumpal darah yang hanyir dan busuk, (lebih busuk dari jubah ulamak janggut serabut) ditiupkan roh (Muhamamd) kemudian keluar untuk menjadi khalifah. Najib kena faham ini dan kena belajar ini. Islam itu bukan setakat syariat, tariqat dan hakikat saja tetapi kena makrifat.

Saya berkeyakinan jikalau Najib bersikap gentlemen turut sama mengambil risiko dan mengaku kesalahaan rakyat akan bersimpati kepadanya. Mungkin kalau tidak separuh yang berhimpun seramai 250,000 itu menyokong UBN, tetapi sesuku (80,000) akan menyokong UBN. Jib... tidak akan hilang bisa ular kalau pun menyusur seribu akar. Tidak menjadi masin ikan di laut walaupun berkurun bertapa di samudra. [wm.kl.12;07 t/hari 30/04/12] - MSO
 
N3 saya yang berkaitannya di sini

Saya Suka Ayat Ni Tapi....

"Saya pun manusia. Saya fikir, manusia sesama manusia. Pegawai itu sudah tidak sedarkan diri. Jadi saya nak halang. Saya cuba nak tolong apa yang mampu"


Dia mempunyai hati yang baik dan mesti punya naluri kemanusiaan yang tinggi dan harus dipuji. Itu hak dia dan perasaanya yang memang terpuji. 


Tapi adakah perasaan yang sama dikungsikan dengan anggota-anggota polis yang membelasah dan melanyak demonstran tanpa sebab sehingga lunyai.


Atau pada anggota polis yang berkelakuan begitu, para demonstran yang tidak terdaya melawan itu bukan manusia? Semuanya binatang yang boleh diperlakukan sesuka hati?


Itulah sebabnya (maaf cakap) mengikut cakap-cakap orang awam kebanyakan 'anak-anak polis jahat' sebab bapa mereka pun berkawan dengan setan dan membawa pulang duit haram untuk membesarkan mereka.


Aku pun dikira anak polis juga sebab bapa angkat yang aku panggil 'Abah' (sudah meninggal) adalah bekas pegawai polis berpangkat cif inspektor. Tapi aku tahu menilai buruk dan baik sesuatu perkara. Arwah ni juga selalu nasihatkan aku "Jangan kau jadi Polis". Rupanya inilah rahsia di sebalik larangannya.


Aku tetap benci sesiapa sahaja berperangai kebinatangan tidak kira polis atau sesiapa saja yang tidak ada perasaan dan belas kesihan!


Aku juga tahu bukan semua polis berperangai dan bersikap begitu (jahat) kerana aku juga ramai kawan yang terdiri dari anggota polis. Adik aku seorang polis. Kakak Ipar aku pun polis juga. Tengoklah dari beratus-ratus polis yang bertugas hari tu, berapa peratus jer yang meniru perangai binatang? 


Pemandu kereta polis dakwa 'tak berapa sedar'

Anggota polis yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dengan beberapa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mendakwa beliau tidak berapa sedar ketika insiden itu berlaku semalam.


Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras.


mohamad kamil paimin 290412Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil (kiri)berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.
"Saya tak tahu apa berlaku. Saya sedar-sedar saya dah ada di sini (HKL). Tapi yang saya pasti, kepala saya diketuk dengan objek keras," katanya.


Mohamad Kamil mendakwa, beliau yang dalam perjalan ke Dataran Merdeka daripada Pusat Latihan Polis itu sebelumnya diserang oleh peserta perhimpunan.


Katanya, beliau tidak melalui jalan alternatif kerana tidak mahir dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur.


"Saya tak tahu situasi jalan di situ kerana saya orang luar. Saya dari Kuala Terengganu," katanya.


Turut ditemui di hospital berkenaan ialah jurukamera stesen televisyen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.


Katanya beliau melihat bahawa pemandu kenderaan polis itu sudahpun tidak sedarkan diri dan kenderaan itu terbabas sehingga melanggar orang awam.


alhijrah azri salleh 290412Mohd Azri (kanan)kemudiannya bertindak menghalang peserta perhimpunan tersebut daripada terus memukul anggota tentera yang tidak sedarkan diri itu.


"Saya pun manusia. Saya fikir, manusia sesama manusia. Pegawai itu sudah tidak sedarkan diri. Jadi saya nak halang. Saya cuba nak tolong apa yang mampu".


"Yang saya sedar, ada yang pukul pakai topi keledar. Saya masa itu tutup mata dan mengambil langkah meronta supaya dapat lepaskan diri. Masa saya larikan diri, baru saya sedar yang kepala saya dah berdarah.


Mohd Azri juga berkata, beliau masih lagi belum memikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atas insiden yang menimpanya.


"Saya menerima sembilan jahitan di luar dan enam jahitan di dalam di bahagian kepala... Saya akan fikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya.

Tapi yang aku nampak dari video-video yang  tersiar di blog-blog,  polis ni berseluar pendek dan bertopi keledar. Uniform driver polis ke tu?

Hisham Kata Polis Rampas Kamera Wartawan Ikut SOP. Mengasari Wartawan Pun Ikut SOP Jugakah?

Wartawan wanita dakwa dikasari polis

Seorang wartawan wanita mendakwa dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 dalam kejadian anggaran jam 7.30 petang semalam.

Wartawan laman berita Merdeka Review, Chen Shaua Fui berkata dalam insiden di Jalan Tun Perak itu beliau cuba merakam gambar anggota polis yang didakwa memukul peserta perhimpunan di sebuah restoran.

Beliau mendakwa anggota polis berkenaan mengheret dua orang peserta berkenaan yang sedang makan dan memukul individu berkenaan.

"Saya ingin merakam gambar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak berbuat demikian, jadi saya tak (rakam gambar).

"Kemudian mereka pergi ke restoran lain di mana dua orang yang lain sedang makan. Polis tersebut meminta mererka menanggalklan baju mereka, menahan dan memukul mereka.

"Saya mahu rakam foto dan ketika itulah mereka pegang saya," katanya lagi.

Chen berkata salah seorang anggota berkenaan memegang tangan kanannya manakala seorang lagi memegang tangan kirinya.

Seorang lagi anggota polis cuba menarik beg beliau, katanya lagi kepada Malaysiakini.

Tambahnya, anggota polis tersebut cuba merampas kamera beliau serta merampas kad pengenalan medianya dan menendang kad berkenaan.

Seorang lagi wartawan yang turut mendakwa dikasari polis, Harry Fawcett mendakwa diberi layanan sebegitu oleh sekumpulan polis berpakaian seragam ketika beliau cuba merakam tindakan anggota berkenaan ke atas sekumpulan peserta perhimpunan.

Wartawan Al Jazeera itu memberitahu Malaysiakini, beliau bersama jurukameranya Ray Nones dihurung sekumpulan polis antara sepuluh hingga 15 orang ketika berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Fawcett mendakwa, beliau melihat tiga anggota polis memegang seorang lelaki dan pada masa sama seorang anggota polis itu menendang lelaki berkenaan.



Senarai Wartawan/Jurugambar yang jadi mangsa keganasan polis (fakta oleh CIJ)
  1. Radzi Razak (theSun) dipukul 7 anggota polis, patah tulang rusuk. 
  2. Arif Kartono (the Malay Mail) dipukul 6 polis dan kameranya dipecahkan. 
  3. Koh Jun Lin (Malaysiakini) ditangkap dan simcard dalam kameranya dirampas polis tanpa dikembalikan. 
  4. P. Malayandy (Makkal Osai) dipukul 5 polis dan kamera dirampas tanpa dikembali. 
  5. Harry Fawcett (Al Jazeera) kamera dipecahkan. 
  6. Huang An Jian (Guang Ming Daily) dipukul polis. 
  7. Kenny Lew (Channel News Asia) dipukul polis. 
  8. Chen Shaua Fui (Merdeka Review) ditendang selepas menunjukkan kad medianya. 
  9. Lisa J. Ariffin (Malaysian Insider) cedera terkena kanister. 
Ini tidak termasuk orang awam yang kena belasah.

Senarai ini saya dapat dari blog KERENGGA