Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 21, 2013

Dah Celik Mata, Tapi Tak Berani Mendesak...

Bila Kelantan mendesak
PR juga sibuk dengan menawarkan kadar Royalti baru
Tetiba Menteri ni bersuara tapi dengan lebih lunak..... 
Tapi seolah takut untuk mendesak tentang Royalti
Mungkin takut dikatakan ambil modal PR!
Itulah bila pegang jawatan
Kepentingan Anak Negeri bukan menjadi keutamaan
Sarawak Bakal Bincang Semakan Royalti Minyak Dengan Persekutuan
KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mungkin akan mencadangkan satu formula baharu berhubung royalti petroleum kepada kerajaan Persekutuan berikutan penemuan terbaharu minyak dan gas mentah di Miri, kata Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata formula itu mungkin tidak membabitkan permintaan untuk menaikkan kadar royalti lima peratus yang kini dinikmati Sarawak, sebaliknya peratusan tertentu dalam ekuiti saham bagi penemuan minyak dan gas mentah di negeri ini pada masa depan.
"Kita kini bercakap soal pendekatan baharu yang kami percaya akan diiktiraf pemimpin kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dewan baharu Sekolah Kebangsaan Rakyat di sini, Ahad.
Abang Johar berkata kerajaan negeri sudah mempunyai satu formula yang lebih memanfaatkan Sarawak, namun tidak boleh didedah ketika ini sementara menunggu perbincangan dengan kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, beliau berkata langkah kerajaan negeri memperoleh pegangan dalam Bintulu Port Holdings Bhd, yang pada dasarnya sebuah pelabuhan persekutuan, juga mungkin boleh dianggap sebagai formula baharu bagi royalti petroleum.
Beliau turut mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak terpengaruh dengan polemik baharu iaitu berikutan penemuan itu, kerajaan Persekutuan perlu menaikkan royalti sehingga 20 peratus berbanding jumlah yang dibayar ketika ini.
Jumaat lepas, Petronas mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di pesisir Sarawak yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut pekan Miri dan merupakan penemuan minyak serta gas pertama di daratan Malaysia selepas 24 tahun. BERNAMA

2 comments:

  1. Tuan, terima kasih memberi laluan PAUTAN web blog tuan. Semoga TUHAN memberi RAHMAT ke atas tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Lower back pain is the secondly most typical nerve difficulty that adults have, adhering to only headaches. Frequently the discomfort is only going to keep going for a few short time, though you can find individuals who will have persistent pain that may last a lot longer. Follow this advice which can help in the event that you are working with recurrent back discomfort. [url=http://www.ss12w12ws.info]Spinh5u78[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa