Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 11, 2013

Najib Kelabukan Fikiran Rakyat Dengan Isu Kesetiaan

Adakah rakyat yang menumbangkan Ketua Negara yang korap dan tidak bertanggung jawab telah menderhaka kepada negara?
Adakah Kuasa Rakyat yang menumbangkan Marcos di Filipina itu tidak patriotik?
Adakah rakyat Indonesia menumbangkan Suharto tidak patriotik?
Adakah rakyat Jepun yang menumbangkan LDP satu ketika dulu tidak patriotik?
Adakah rakyat rakyat India yang menumbangkan Parti Kongres di India tidak petriotik? 
Menderhaka kepada negarakah rakyat di negara-negara tersebut?

Mereka yang bersara dan yang masih berkhidmat adalah mereka berkhidmat kepada Negara dan Rakyat bukan kepada parti UMNO/BN

Parti mana pun yang memerintah, mereka tetap Kakitangan Kerajaan
Jadi janganlah diri bodoh tak tahu nak bezakan antara kerajaan dan parti politik cuba pula perbodohkan rakyat pula!

AMK kecam Najib, dakwa hina bekas tentera
Muda Mohd. Noor| April 11, 2013
Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon berkata, tindakan Najib bertentangan dengan prinsip demokrasi.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon mengecam Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib atas tindakan beliau menyamakan masa depan negara dengan kepentingan parti politik.
Katanya, demi kepentingan BN, Najib cuba mempertikaikan kesetiaan pada negara di kalangan bekas anggota tentera yang akan bertanding dalam pilihan raya.
Tindakan beliau sama sekali menghina ketetapan bekas jeneral untuk bertanding dalam pilihan raya, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
AMK menegaskan bahawa kesetiaan bekas anggota tentera dan pekerja sektor awam terhadap Malaysia sebagai ibu pertiwi telah disalahertikan sebagai kesetiaan terhadap parti BN.
Najib cuba mengaburkan mata rakyat dan mengelak daripada realiti bahawa pertukaran kerajaan atau parti politik merupakan lumrah dalam sistem demokrasi.
“Tindakan Najib bertentangan dengan prinsip demokrasi,” tambahnya.
AMK berpendapat bekas anggota-anggota tentera tidak mengingini masa depan negara ini musnah dalam tangan kerajaan yang korup.
Menurutnya, justeru golongan pesara ini memilih untuk menyertai Pakatan Rakyat dan berjuang untuk mengubah nasib tanah air dan mengharapkan kepemimpinan daripada kerajaan baru.

Najib perlu insaf


“Pada masa yang sama, pemimpin BN sepatutnya menginsafi kesilapan yang lalu. Banyak kes rasuah berlaku ketika Najib menyandang jawatan Menteri Pertahanan, antaranya termasuklah kes pemerolehan komisen dalam pembelian kapal selam terkemuka dan kes kecurian enjin jet pejuang.
“Kita seharusnya menghormati semangat bekas anggota-anggota tentera ini yang berani menuntut perubahan,” kata pemimpin muda PKR itu.
Khai Loon juga berkata, pekerja sektor awam wajarlah bersikap profesional dan berkecuali.
Apabila sesebuah parti politik mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan, pekerja sektor awam yang juga sebagai kakitangan kerajaan hendaklah melaksanakan dasar kerajaan sepenuhnya.
Di samping itu, mereka juga haruslah setia kepada negara dan sedia berkhidmat untuk rakyat.
Kakitangan kerajaan juga mempunyai identiti sebagai warganegara – memiliki hak demokrasi untuk mengundi kerajaan yang cekap agar negara ini dapat ditadbir dengan lebih berkesan.
Akhir sekali,  AMK menyeru semua anggota polis dan tentera, pekerja-pekerja pentadbiran, guru-guru dan pekerja sektor awam berserta kakitangan kerajaan yang telah bersara supaya mengundi secara bijak.
Demi masa depan negara dan generasi yang akan datang, kita berkewajipan mengundi kerajaan yang cekap, amanah dan mendahulukan kepentingan rakyat, katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa