Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 23, 2013

PAS Gagal Membangun Kedah, BN Berjaya Menimbun Hutang

PAS Kedah Hanya Layak Gred E - Muhyiddin
JITRA: Rakyat perlu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini sebagai platform terbaik bagi mengembalikan Kedah kepada Barisan Nasional (BN) ekoran kelemahan kerajaan pimpinan PAS Kedah menguruskan negeri ini dalam tempoh lima tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan kad laporan pencapaian negeri Kedah, kerajaan negeri hanya layak menerima gred 'E' kerana gagal membawa pembangunan kepada rakyat Kedah.
"Kita sudah lihat mereka tidak berupaya membangunkan Kedah kerana mereka bentuk kerajaan yang lemah.
"Berdasarkan kad laporan prestasi mereka, pencapaiannya tidak memberangsangkan. Mereka hanya layak dapat gred E tolak... maksudnya mereka sudah gagal," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perletakan Batu Asas Cadangan Pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di sini, Selasa.
Merurut Muhyiddin, tempoh lima tahun akan datang sangat penting bagi menentukan hala tuju negara terutama dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020

1 comment:

  1. memang rakyat bodoh kalau bagi bn menang no 1 mukriz akan jadi mb no 2 hutang akan bertambah semula no 3 langkawi akan jadi wilayah persekutuan no 4 kontrektor je akan kaya projek jadi tak akan timbul ekonmi baru lagi boleh tambah kkkkk

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa