Terlalu banyak lembu yang membawa lumpur
Terlalu banyak najis yang terpalit
Nasib baiklah Melayu berotak sempit
Kalau tidak UMNO dah lama tersembam!
UMNO perlu lebih serius bersih imej
2013/10/02
Seremban: UMNO perlu berusaha lebih serius untuk membersihkan imejnya yang sering dikaitkan dengan rasuah atau politik wang jika mahu terus relevan. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, mengakui parti itu agak lemah dalam menangani masalah persepsi sedemikian sejak sekian lama, terutama di kalangan generasi muda sehingga melemahkan UMNO.
“Kalau tanya persepsi orang muda terhadap UMNO, mereka akan kata rasuah. Imej itu sampai hari ini kita tidak serius untuk tangani. Ketika pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, selalu kita tengok puak sana (pembangkang) pegang kayu, letak tali di hujungnya, ikat duit dan goyangkannya. Itu maksud (mereka) kita rasuah.
"Selagi tidak atasi perkara ini, selagi itulah kita lemah. Kita belum bersungguh-sungguh untuk membersihkan UMNO daripada imej rasuah” Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah“Selagi tidak atasi perkara ini, selagi itulah kita lemah. Kita belum bersungguh-sungguh untuk membersihkan UMNO daripada imej rasuah,” katanya pada majlis dialog agenda Agama, Bangsa dan Tanah Air (Alif Ba Ta) anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Malaysia Sejati (TEMAN) di Kelab Golf Antarabangsa Seremban di sini, malam kelmarin. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan peserta dialog mengenai cara untuk memperkuatkan UMNO selain program transformasi yang sudah diumumkan pemimpin parti itu sebelum ini. Dalam perkembangan sama, Mukhriz mahu generasi muda menyertai UMNO dalam proses meremajakan parti itu melalui proses indoktrinasi bagi memastikan mereka memahami identiti Melayu dan perjuangan parti berkenaan. Fahami perjuangan parti “Kita kena kaji semula remaja macam mana kita nak bawa masuk. Kalau tidak sehati dan sejiwa, tak tahu apa perjuangan dan haluan... silap-silap UMNO boleh bungkus (rosak). “Ada segelintir tidak kisah mengenai moral pemimpin; yang anggap semua agama sama (pluralisme) dan menerima gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ini adalah cabaran kepada kita untuk menangani perkara ini,” katanya. Sementara itu, mengulas mengenai kelonggaran diberi kepada calon bertanding dalam Pemilihan UMNO untuk berkempen menggunakan media sosial, Mukhriz yang juga calon Naib Presiden, menyambut baik perkara berkenaan. “Kalau tak dibenarkan, ia memang sudah berlaku. Untuk menghalangnya pada waktu ini sudah terlambat, jadi baik dibenarkan saja. Tapi etika pemilihan seperti tidak boleh menyerang peribadi orang lain dan sebagainya perlu diikuti,” katanya. - sumber
This is a very good tip particularly to those new to the blogosphere.
ReplyDeleteShort but very precise info… Thanks for sharing this one.
A must read post!
My homepage Lose Weight Fast
tak rasa bersalah kerana dibesarkan dengan duit rasuah.Orang kedaah yang pilih dia pada PRU13 memang lah buta hati baru BRIM hati jadi gelab.Cari lah orang bertakwa kalau hati sudah buta bertaubat lah.
ReplyDelete