Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 9, 2013

Zahid, Jangan Cakap Saja Macam Dulu

Mana nama-nama pemimpin pembangkang yang dikatakan bersekongkol dengan penceroboh Sulu ke atas Sabah?
Kata nak dedah?
Dulu ko juga yang kata - baca di sini

Hari pula kata nak dedah pemimpin PAS pula

Carilah dulu bukti betul-betul sebelum bercakap
Jangan berkokok jer bedegar-degar di depan perwakilan UMNO tapi ekor sendiri bergelumang taik
Lepas tu diam menikus
Rakyat pun memang nak tahu perkara yang betul
Seorang menteri kalau temberang amat tidak sesuai

Zahid Hamidi: Bukti pemimpin PAS terlibat Syiah bakal didedah

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar), berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.
Beliau berkata, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya.
Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab yang berbeza."Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya, hari ini.
"Bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, jadi pembanterasan hendaklah dilakukan sekarang termasuk ajaran sesat Tuhan Harun dan sebagainya," kata Naib Presiden Umno itu mengulas mengenai kenyataannya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lalu.
Ahmad Zahid dalam perbahasannya berkata, pihaknya tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. - Bernama, 9 Disember, 2013. - sumber

1 comment:

  1. Pendedahan akan dibuat dlm masa terdekat. Perlu mengambil sedikit masa untuk menunjukkan bukti? Kami sedia membantu.
    DIKEHENDAKI DENGAN SEGERA!!!!
    Kami sedang mencari pelakon yg wajahnya mirip dgn orang nombor dua dlm PAS untuk melakonkan watak syiah. Sesiapa yg memiliki ciri-ciri orang nombor dua dalam PAS dan berminat sila hubungi kami untuk ujibakat. Bagi yg terpilih akan mendapat bayaran lakonan yang amat lumayan. Tarikh akhir ujibakat 10.12.2013. Jangan lepaskan peluang ini!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa