Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 3, 2014

Kalu Polis Bertegas, Mapuh Mu Kali Ni!

Kita Tengok Apa Tindakan Ketua Polis Negara

Rakyat Malaysia sekali lagi akan dapat saksikan, apakah Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar jujur, telus dan ikhlas dalam menjalankan memegang amanah untuk kesejahteraan rakyat terbanyak atau PDRM hanya menjadi boneka kepada kerajaan zalim Umno BN.

Samada si bangsat Wan Muhammad Azri Deris aka Papagomo akan disiasat serta didakwa atau tidak, bakal menjadi penanda aras ketegasan dan kejujuran Ketua Polis Negara serta ketelusan sistem mahkamah Malaysia. Kes ini juga jika dikesampingkan oleh PDRM, maka ia membuktikan Ketua Polis Negara seorang yang bacul kerna mengizinkan dirinya dilembukan oleh kerajaan Umno BN !!

MENTERI PERTAHANAN SAHKAN IDENTITI PAPAGOMO:
SAMAN & LAPORAN POLIS BARU TERHADAP PAPAGOMO

Menteri Pertahanan dalam jawapan kepada soalan lisan saya mengesahkan bahawa seorang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris (KP: 830121-03-5019) telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011. Individu tersebut telah bersama-sama wakil media menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.
Saya bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan pengesahan identiti Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo telah menaiki Scorpene atas jemputan menteri. Perkara ini telah disebarluas melalui blog-blog Umno sendiri yang mengesahkan bahawa Papagomo telah berada di dalam Scorpene, malah gambar-gambar tersebut tersebar luas.

Setakat ini, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah Papagomo. Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene.

Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.

Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan  iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah. Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan merupakan satu kesalahan yang boleh ditahan (arrestable offence).

Oleh itu, saya dan YB Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Selasa 8 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.

Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papagomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papagomo.

Saya juga akan memfailkan satu saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat dari Petronas kerana pecah amanah

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

3 April 2014.

4 comments:

  1. Ahɑa, its fastidious conversation about this piece of writing at this place at this website, I ɦave read ɑll that, so now me also
    ϲommentinǥ here.

    my homepage ... The North Face Himalayan Parka

    ReplyDelete
  2. ada beranikah pdrm terutama ketua polis negara jadi telus & berwibawa? contoh mudah kes MH370 dari mula dah suspect kapten pasal ikut media lahanat parti karat biru dia ni penyokong tegar pakatan rakyat ,jadi kena siasat konon takut dia ni perampas ,fanatik atau pengganas ? haram jadah punya kerja ! ABU !

    ReplyDelete
  3. Dulu lagi aku dah kata,PDRM NI POLIS UMNO MALASIEA @ ANJING SURUHAN UMNO

    ReplyDelete
  4. Oleh itu, saya dan YB Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada hari Selasa 8 April 2014 supaya tindakan segera diambil terhadap Papagomo.

    - Hari ini Rabu, baru 3 April 2014. Typo error kot......last Tuesday was 1/4/2014.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa