Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 21, 2014

Penghinaan yang tidak disengajakan?

Batu asas Tun M bagai kubur tak bertuan
OLEH HAMDAN OTHMAN DI HULU LANGAT - 20 DEC 2014 
Mohd Mirza Syazwan Rosli (kanan), 14, dan adiknya Mohd Harraz Rosli, 12, membersihkan semak samun yang menutupi batu asas projek perkampungan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dan Persatuan Pengakap di Kampung Kantan, Sungai Tekali, Hulu Langat. Foto: NOOR ASREKUZAIREY SALIM. 20 Dis. 2014.

Sudahlah projek yang dinamakan Kampungku di Kampung Kantan, Sungai Tekali, Hulu Langat terbengkalai, batu asas yang diletak oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 1992 itu langsung tidak berjaga malah dibiarkan penuh dengan semak samun!

Difahamkan majlis peletakan batu asas untuk projek tersebut menelan belanja hampir RM100,000 yang dihadiri penduduk setempat serta beberapa pemimpin ternama selain Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apa sudah jadi dengan projek yang tidak langsung disentuh sejak tarikh batu asas diletakkan kira-kira 22 tahun lalu? Kalau tidak jadi, kenapa batu asas yang tertera nama Dr. Mahathir itu dibiarkan seperti kubur tak bertuan?

Mohd Mirza Syazwan Rosli (kanan), 14 menunjukkan kepada wartawan MalaysiaGazette, Hamdan Othman batu asas projek perkampungan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dan Persatuan Pengakap di Kampung Kantan, Sungai Tekali, Hulu Langat.

"Tak tahu apa nak kata sebab memang projek tersebut tidak pernah disentuh oleh sesiapa pun sejak dilancarkan. Ia mendapat liputan media elektronik dan cetak secara besar-besaran.

"Tak ada siapa pun yang datang sampailah hari ini. Seingat saya, ketika pelancaran, kampung ini dihias indah dan banyak makanan disediakan kerana terlalu ramai orang yang datang," kata penduduk kampung tersebut, Umi Kalsom Yaakob ketika ditemui wartawan MalaysiaGazette.

Menurutnya, penduduk difahamkan kawasan seluas lebih 100 ekar itu akan dimajukan untuk projek perkampungan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dan Persatuan Pengakap selain perumahan untuk penduduk kampung.

Dah tak jadi satu hal, batu asas yang sepatutnya menjadi bahan sejarah itu juga tidak ada siapa yang ambil kisah sampai tak nampak akibat dipenuhi semak.

"Tak kan tak ada pihak yang nak menjaganya walaupun projek tak jadi buat kerana yang tertera pada batu asas tersebut adalah nama bekas pemimpin negara yang cukup hebat.

"Kalau Tun Mahathir lihat keadaan batu asas ini, saya tak boleh nak bayangkan bagaimana perasaan beliau kerana bagi saya, ini tak ubah seperti satu penghinaan yang tidak disengajakan," katanya.

Semak samun menutupi batu asas projek perkampungan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dan Persatuan Pengakap di Kampung Kantan, Sungai Tekali, Hulu Langat.

Tambah Umi Kalsom, ketika ayahnya masih hidup, batu asas itu sentiasa dibersihkan dan dijaga agar tidak ditutupi semak samun.

"Bila ayah meninggal dunia, tidak ada siapa lagi yang menjaga batu asas tersebut menyebabkan ia hilang daripada pandangan orang ramai.

"Mungkin batu asas itu tidak membawa apa-apa faedah tetapi bagi saya, sejarahnya tetap ada kerana itulah kali pertama seorang Perdana Menteri datang menjejakkan kakinya ke kampung kami," ujarnya. - MalaysiaGazette

1 comment:

  1. Ninprojek amno yg janji d tepati... He he hev... Bawa ke ce det... Che det terlupa tu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa