Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 2, 2015

Hanya sipengecut bimbang Anwar akan lari!

Bila manusia jenis pengecut, itulah yang ada dalam kepalanya
Lari menyelamatkan diri dan mereka menganggap orang lain pun pengecut macamnya juga!

'Ada tawaran, tapi Anwar enggan lari keluar'
mk - 11:41AM - 2 Feb 2015

Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.
“Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.

“Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.

“Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun,” katanya.

Beliau bercakap di hadapan 3,000 orang di Seremban malam tadi,  ceramah sulungnya dalam siri bertemakan “Rakyat Hakim Negara”.

Beliau selepas ini dijadual berceramah setiap malam di sepuluh tempat menjelang keputusan kesnya pada 10 Februari.

“Mudah-mudahan saya bebas.

“Tapi kawan-kawan kata, manalah tahu,” katanya.

Tak banyak ulas kes 

Dalam ceramahnya malam tadi Anwar tidak banyak mengulas tentang kesnya sebaliknya menyentuh pelbagai isu semasa.

Ini termasuk sekatan memasuki Universiti Malaya untuk majlis pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) hujung tahun lepas.
“Saya bekas mahasiswa Universiti Malaya tapi tidak boleh masuk beri ucapan walaupun dijemput mahasiswa.

“Saya dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.


“Akhirnya Fahmi Zainol, Presiden PMUM digantung pengajian (dua semester).

“Jangan hina orang. Jangan amalkan rasuah. Seperti kata Mat Sabu tadi, inilah masa untuk berubah (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Di akhir ucapan, Anwar merakamkan penghargaan kepada pendukung reformasi sejak 16 tahun lepas.

Gerakan reformasi bermula pada tahun 1998 selepas Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dipecat oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir dan berceramah malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu); Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

7 comments:

  1. Anwar Ibrahim jenama Melayu Maju Rajin dan Kerja Kuat.

    Anwar bukan bacul macam bebudak 1 Mat Dah Bahalol....

    Ada sama ke orang orang bahalol dengan orang orang yakin ber tawakkal pada Allah SWT ????

    Hanya si bahalol saja jaja jaja Pil Kuda , Pil Keldai tuk cari makan.

    ReplyDelete
  2. Yang bodoh dan buta saja tidak dapat mengenali siapa itu Anwar !

    ReplyDelete
  3. Walaupun Anwar terlepas dari tuduhan situasi PR tidak akan berubah selagi Anwar tidak bersikap tegas terhadap DAP yang selalu memburukkan kepimpinan PAS. Paling terguris hati umat Islam ialah sikap DAP terhadap urusan umat Islam. Tidak dinafikan disini Anwar Ibrahim adalah seorang yang berjiwa kental, mempunyai kebijaksanaan dan peribadi terpuji. Satu keturunan dan satu anutan dengan PAS. Situasi yang tidak ternilai hebatnya diera reformasi semasa Anwar difitnah, ditumbuk lebam biji mata, dilokap dan diaibkan sebegitu rupa oleh UMNO-BN.
    Oleh sebab rasa tanggungjawab kami penyokong dan ahli PAS terpanggil untuk membantu beliau melawan arus kejahatan ciptaan UMNO-BN. Berpuluh bas dan kereta kami gunakan untuk turun ke jalanraya, memprotes kejahatan dengan wang saku kami sendiri. Kami dicota, disembur gas pemedih mata, water canon dan ada juga dilokap. Harapan kami terhadap Anwar ketika itu hanya ingin melihat seorang pemimpin Islam yang akan membawa perubahan bukan saja urusan dunia tetapi wajib juga dihiasi dengan tanggungjawab terhadap Islam sebagai seorang pemimpin. Kami kecewa, DAP mencampuri urusan kami dan Anwar hanya berdiam diri tiada amaran keras terhadap DAP. Tiada apa yang Anwar boleh membantu perjuangan PAS kerana Anwar sekarang merupakan seorang Ketua kepada parti sekular dan dibantu oleh sosialis sehingga terlupa kepada harapan pejuang-pejuang reformasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:59

      "Kami kecewa, DAP mencampuri urusan kami dan Anwar hanya berdiam diri tiada amaran keras terhadap DAP. Tiada apa yang Anwar boleh membantu perjuangan PAS kerana Anwar sekarang merupakan seorang Ketua kepada parti sekular dan dibantu oleh sosialis sehingga terlupa kepada harapan pejuang-pejuang reformasi."

      Kesimpulan dari per3nggan diatas, p3mimpin PAS yang ada hari ini terutama golongan ulamak yang sdra tentu setuju mesti m3njadi pemimpin - gagal dalam membawa mesej Islam yang indah, Islam yang h3bat, Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam.

      Apalah sangat DAP yang berpaksikan s3kularisme dan akal semata-mata. Sedang Islam itu jauh lebih superior. Islam itu satu cara hidup yang lengkap yang sesuai disetiap zaman. Pejuang-pejuang Islam dipaneu ol3h kitabullah dan sunnah, dua panduan rabbani yang tak ada pada DAP.

      Nak menghadapi DAP, satu-satunya parti kapir di dalam PR pun PAS te4cunggap-cunggap bagaimana pula jika ditakdirkan PAS bekerjasama d3ngan UMNO yang dibelakangnya ada 13 buah parti kapir yang mempunyai 13 ag3nda yang berlainan.

      Masaalah yang PAS hadapi yang didakwa berpunca dari DAP INI ADAKAH KERANA KELEMAHAN ISLAM ITU SENDIRI ATAU K3GAGALAN P3MIMPIN ULAMAK PAS MEMBAWA OBOR ISLAM DIDALAM PR? Ini punva masaalah sebenar yang dihadapi oleh p3mimpin ulamak PAS yang sekarang mendominasi kepimpinan PAS.

      Sdra dan rakan-rakan yang sealiran dengan saudara m3nyalahkan s3mua orang tentang kegagalan pimpinan ulamak PAS sendiri membawa mesej Islam didalam PR. Jika di dalam PR, PAS ditentang oleh DAP, dibuli oleh DAP dsbnya - salah DAP kah atau kel3mahan Islam atau kel3mahan p3mimpin-pemimpin utama PAS yang tidak mampu membawa obor Islam sebagaimana sepatutnya?

      Ini persoalan yang sdra dan kengkawan perlu muhasabah diri. Tak guna menyalahkan semua orang diatas kelemahan kita s3ndiri. Tidak guna mengambil sikap menghukum orang d3ngan pelbagai lab3l untuk menutup kelemahan sendiri. Apa lagi jika kita tengok akhlak puak sdra yang sudah jauh tersasar dari akhlak Islam yang kita semua pe4juangkan.

      Jadi, langkah pertama yg perlu dibuat adalah mengaku kelemahan kita termasuk kelemahan ulamak-ulamak PAS yang memilih politik sebagai jalan perjuangan untuk mendaulatkan Islam. Kemudian akan terbuka jalan untuk mengatasinya.

      Delete
  4. Anon 10:59pm
    Dengan mengungkit-ngungkit jasa bakti anda yg telah lepas itu, ia menunjukkan anda adalah tidak ikhlas sebenarnya. Adakah anda sedar, isu yg melibatkan kezaliman terhadap Anwar itulah yg menjadi pemangkin yg menambah sokongan pelbagai lapisan rakyat kpd PAS juga? Itupun kerana PAS dipimpin oleh Ustaz Fadhil Noor pd masa berkenaan. PAS yg terdiri rata2 ahlinya islam pun tidak terurus sekarang ini, tambahan pula Anwar yg memimpin partinya terdiri dari pelbagai agama ahli-ahlinya, tentu perlu berhikmah.

    ReplyDelete
  5. Sdr anon 10:59
    Saya setuju dengan sedara dan saya sedar pelbagai masyarakat bersatu diera reformasi bermula. Berbagai fahaman politik berjuang demi kebenaran Anwar. Pejuang Islam, pejuang sosialisma dan pejuang sekularisma bergabung menjadi satu. Mereka semua menghulurkan jasa dan bakti kepada Anwar dan mengharapkan Anwar akan menjadi seorang pemimpin akan merubah landskap politik M'sia. Tiada jasa dan bakti yang dihulurkan tanpa tujuan dan matlamat. Tidak timbul keikhlasan disini, kami cuma meluahkan kekecewaan kami dengan apa yang dibalas oleh Anwar kepada kami. Apabila golongan sosialisma mencampuri urusan Islam, tidak nampak ketegasan yang diluahkan oleh Anwar terhadap golongan ini, bahkan menjadi lalang yang condong kearah sosialisma dan sekularisma. Anwar terlupa akan pengharapan yang dibawa oleh pejuang Islam diera reformasi dulu dan lebih mengecewakan Anwar terlupa tanggungjawabnya sebagai umat dan juga PEMIMPIN ISLAM.

    ReplyDelete
  6. Sedara Bat8
    PAS dari dulu hingga sekarang tidak pernah lemah dalam memperjuangkan Islam tidak kira berapa banyak fahaman politik pun diM'sia ini ia bukan satu halangan untuk membawa perjuangan Islam. Sedara sebenarnya telah dijajah oleh sosialisma sehinggakan apa yang diucapkan oleh kepimpinan PAS akan ada kritikan dari sedara seolah-oleh sedara mempunyai kuasa dan kekuatan untuk mempertahankan kata-kata sedara tapi hakikatnya sedara hanyalah macai totok sosilalisma yang berjaya ditundukkan dengan mudah oleh mereka.

    Sedara Bat8.
    Kalau sedara rasa sedara hebat dan mempunyai ilmu yang luas didalam berpolitik lebih baik sedara bertanding dalam pilihanraya nanti. Banyak kerusi untuk sedara pilih, saya cadangkan sedara berhadapan dengan Nik Abduh di Pasir Mas. Nik Abduh budak mentah je. Disini sedara hanya berhujah tidak lebih dari macai totok sosialisma dan tiada apa yang boleh diambil sebagai iktibar.

    Sedara Bat8

    Tiada hujah lagi kepada mereka yang menghina Islam, akhlak pun akan tersentak dengan hinaan ini. Lihat saja pendukung sosialisma dan sekularisma disini berhujah dan berulasan dengan kata-kata kesat, menghina dan membodohkan orang lain demi kepuasan diri, ini ke akhlak yang sedara banggakan? Elok sedara nasihatkan mereka.

    Sedara Bat8

    Politik adalah agama dan agama adalah politik bagi kami, apabila mereka berasingan maka akan terjadilah sosialisma dan sekularisma tanpa halangan dan batasan. Yang jelas dan pasti mereka tidak mampu dan tidak akan menjana cerdik pandai agama, Tuan Guru dan Ulamak untuk mendepani kehidupan generasi kita yang mendatang. Disini hanya PAS yang kehadapan. Itu lah kenyataan yang perlu sedara terima.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa