Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 8, 2015

Ke mana Presiden PAS?

PAS ajak ahli kutuk kejadian pukul Dr. Dzulkifly
 | March 7, 2015
Tuduh menuduh antara satu sama lain boleh merosakkan perpaduan umat Islam.
Dr Dzulkefly AhmadPETALING JAYA: PAS mengajak ahlinya mengutuk keras kejadian Dr. Dzulkifly Ahmad dipukul oleh sekumpulan dua individu tidak dikenali selepas keluar dari sebuah masjid pada pagi Khamis lalu.
Parti tersebut menyifatkan kejadian seperti itu tidak harus dibiarkan berlaku demi keselamatan dan nyawa pemimpin.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, semua wajib mengutuk kejadian pukul pemimpin PAS itu dan jangan biarkan budaya itu subur di negara ini, lapor MalaysiaGazette.
“Jangan pula ada tuduh menuduh dan membuat telahan yang pukul itu orang PAS atau ini hanya lakonan semata-mata.
“Jangan biarkan sejarah selepas pembunuhan Saidina Osman RA berulang, puncanya tuduh menuduh antara satu sama lain sehingga merosakkan perpaduan umat Islam,” katanya di sini, hari ini.
Dalam kejadian 5 Mac lalu, Dr. Dzulkifly cedera ringan di bibir dan luka di dahi akibat dipukul individu tidak dikenali selepas pulang menunaikan solat Subuh berdekatan rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam.
Selepas menumbuk, individu berkenaan dikatakan memberi amaran ‘kenapa kurang ajar sangat?’ kepada AJK PAS Pusat itu.
Ketika diserang, Dr. Dzulkifly masih dalam keretanya dan penyerang terbabit melepaskan tumbukan ke mukanya, sebelum individu itu melarikan diri.
Idris turut mengingatkan pemimpin Pas agar tidak memulakan telahan yang bukan-bukan bagi mengelakkan prasangka buruk ukhuwah dalam kalangan mereka.
“Biarlah media yang hendak melariskan berita mereka dengan melagakan di kalangan kita, jangan kita pula masuk ke dalam perangkap mereka,” katanya.

4 comments:

  1. PAS ini tak henti henti dengan Otak Bodoh Zaman Batu nya.

    Itu lah dalam kepala Otak orang orang PAS , giler tuduh menuduh sanpai lembu balik kandang.

    Dah Otak Gred 3 , apa lagi boleh di harap dari Presiden PAS dan semua orang orang PAS.

    Orang Melayu2 pulak tu.....

    Bahalol saja

    ReplyDelete
  2. Tak payah nak berlagak baik dan membela pemimpin liberal lah Idris Ahmad......Semua orang tahu kamu tu benih UG/GU yang amat dibenci dan masa kini oleh parti rakan dan kebanyakkan ahli bawahan PAS sendiri.

    ReplyDelete
  3. Hal kecik..tn presiden xnk amek tau...tpi kalo melibatkn kedudukan din ayam..siap lu

    ReplyDelete
  4. AbuAli komen ......!


    Deris Ahmad !

    Jgn berlakun dan bersikap kepura - puraan !
    Statement murahan anda buat ramai rakyat meluat dan loya .

    Anda boleh terus berlakun dipersada surau atau mesjid dan kami ( rakyat) hanya bagi anda satu penggal aja utk jadi wakil rakyat .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa