Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 25, 2015

Adakah semua Ahli PAS meluat dengan DAP?

Kalau nak kata menghimpit dan menyerang.......hakikatnya sama-sama menyerang dan mencemuh
Aku nampak bibit perpecahan bermula bila Hadi menyokong Khalid Ibrahim dan menolak Wan Azizah lagi
Sejak dari itulah rekahan dalam PAS semakin melebar sehinggalah label melabel dan terbitnya buku-buku setan dengan tuduhan perbagai

Sehingga kini ada Pak-Pak Lebai meberikan komen dan kritik tentang itu?

Ahli Pas meluat dengan DAP
 | May 25, 2015
Tindakan DAP berterusan menyerang parti dan Presiden Pas dianggap sedang menolak Pakatan Rakyat ke ambang perpecahan.
tuan-ibrahim_pas_dap_600PETALING JAYA: Ahli Pas di peringkat akar umbi meluat dengan DAP yang berterusan mengkritik dan mencampuri urusan dalaman parti itu.
Naib Presiden Pas, Datuk Ibrahim Tuan Man memberi peringatan, jangan salahkan Pas sekiranya hubungan parti itu dengan DAP terputus yang disebabkan sikap pemimpin parti itu yang tidak henti-henti menyerang kepemimpinan Pas.
“Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang Pas. Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.
“Jika tidak, jangan salahkan Pas seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli Pas akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz,” katanya.
Tuan Ibrahim mengakui kenyataan Lim Kit Siang bahawa Allahyarham Nik Aziz sayangkan Pakatan Rakyat, namun bekas Mursyidul Am Pas itu tidak akan sesekali menggadaikan prinsip parti demi memenuhi tuntutan rakan tahaluf yang mengharapan Pas melupakan cita-cita Islamnya.
Tuan Ibrahim yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Pas pada pemilihan bulan depan, sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan bergabung dengan UMNO seperti yang didakwa.
“Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa tuduhan Pas akan bergabung dengan Umno hanyalah fitnah.
“Majlis Syura Pas telah menegaskan perkara ini baru-baru ini. Soalan saya masih sama, berapakah kerusikah yang Umno sanggup beri ke Pas sekiranya betul gabungan politik ini berlaku? 40? Hujah ini sahaja sudah cukup untuk mematahkan fitnah ini daripada berterusan,” katanya.

16 comments:

  1. DAP sebenarnya berada dalam ketakutan menjelang Muktamar PAS, orang lain yang bertanding DAP pulak yang susahati dan ketatukan.

    Apa ni DAP? ada apa sebenarnya? Ada calon tajaan ke? Gelabah semacam je?






    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nampak tuan brahim yg gebah...... Ramai ahli dah bersedia nak keluar Pas jika Pas keluar PR.........apa tidaknya DAP marah.....mb s'ngor hantar calon sendiri, Pmtg Pauh Langsung x turun, GST x bantah, 1mdb tak nak dihududkan lanun bugis, mungkin presideng maksum tapi ni dah kira boleh bagi syafaat pd lanun lanun 1mdb apa cerita beb!......lu punya presiden cakap apa? UG nak tapi cakap hudud, TOLOL Dah, UG mana boleh campur hudud.....budak tadika pong tau! Cari lah ulamak yg real sikit Tuan.

      Delete
    2. Apa ni DAP? ada apa sebenarnya? Ada calon tajaan ke? Gelabah semacam je?

      ADA BUKTI KE OSTAT? Xde bukti boleh dihududkan tak? Geng ostat bulu kapak cakap ikut sedap molut je!

      Delete
  2. MOHON PENCERAHAN TENTANG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA (MSU) BERKENAAN KEDUDUKAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT SPT YG DIDAKWA SEORANG AHLI MSU DALAM SATU FORUM PADA 24 MEI LALU

    Saya rasa terpanggil untuk memohon penjelasan jujur MSU berkaitan kekeliruan yang timbul berkaitan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana dalam satu forum yang diadakan pada 24 Mei 2015, seorang ahli MSU telah menyatakan bahawa MSU telah membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan akan menyerahkan keputusan tersebut kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita faham macamana fungsi MSU, bila/keadaan mana keputusan MSU itu mengikat dan perlu dipatuhi, bila keputusan MSU itu tidak mengikat dan sekadar pandangan/saranan. Siapa yang boleh membuat keputusan dasar seperti keluar dari PR.

      Semua ini ada dalam perlembagaan PAS. Dalam isu ini, ia adalah tektik last minit puak UG yang sudah kontrol untuk meraih undi bagi puak UG dalam pemilihan je.

      Sebenarnya keputusan untuk membawa PAS keluar adalah keputusan Jawatankuasa Kerja PAS( JKP) BUKAN MSU. JKP TAK PERNAH BUAT KEPUTUSAN ITU . Tugas MSU hanyalah untuk menentukan segala keputusan yang dibuat oleh JKP tidak melanggar syariat.

      Sebab JKP xbuat lagi keputusan, keputusan MSU mahu bawa PAS keluar dari PR TIDAK MENGIKAT JKP UNTUK IKUT SEBAB JKP TAK PERNAH BUAT KEPUTUSAN. Ia hanyalah saranan....saranan untuk mengeliru perwakilan agar mengundi geng UG dalam pemiliihan.

      Tolong paham betul2 tektik UG ini menggunakan MSU yang mereka kuasai. Kita perlu menyingkirkan semua calon UG dalam lemilihan Jun ini supaya PAS dapat diperbetulkan.

      Delete
  3. benar seperta apa yang dikatakan oleh admin bahawa punca segala yang berlaku kini adalah dari sikap Hj Hadi sendiri dan diikuti oleh lebai2 mereka.mungkin sebanranya sudajh ada perancangan yang hj hadi sendiri tidak tahu.kini Pas hampir jadi ais yang retak,menunggu bulan june ini samada ais tersebut terus kakal membeku atau hancur berkecai.

    ReplyDelete
  4. benar seperta apa yang dikatakan oleh admin bahawa punca segala yang berlaku kini adalah dari sikap Hj Hadi sendiri dan diikuti oleh lebai2 mereka.mungkin sebanranya sudajh ada perancangan yang hj hadi sendiri tidak tahu.kini Pas hampir jadi ais yang retak,menunggu bulan june ini samada ais tersebut terus kakal membeku atau hancur berkecai.

    ReplyDelete
  5. Apakah TITM tidak sedar bahawa Wan Azizah adalah merupakan presiden parti rakan dlm pakatan? Jika Hadi sebagai presiden tidak menyokong Wan Azizah dlm isu perlantikan MB Selangor dan tidak juga menunjukkan sokongannya ketika PRK Permatang Pauh, apakah tindakan Hadi itu betul? Ketika kemelut untuk mengemukakan pencalonan nama Wan Azizah sebagai MB Selangor dulu, apa yg telah diujarkan oleh Hadi terhadap Wan Azizah? Aku sebagai ahli biasa PAS amat merasa malu kpd rakan2 dari parti rakan pakatan kerana presiden PAS sudahlah slow dlm bertindak, cakap berdolak dalik, keputusan mesyuarat ditolak dgn veto, malas hadir mesyuarat, fitnah serta melabelkan barua, celupar lidah dll adakah ini sifat pepimpin yg layak disanjung? Lebih malang lagi Hadi amat selesa menyerang parti rakan dlm pakatan DAN begitu lunak pula dgn UMNO. Cuba TITM berikan satu contoh Hadi membuat serangan kpd UMNO akhir2 ini, jika ada. Kpd TITM aku nasihatkan, janganlah cuba untuk menjadi jaguh menegakkan benang basah.

    ReplyDelete
  6. Untuk pengetahuan anon 9:47 PM

    DAP hanya bercakap dalam bahasa politik saja tentang kononnya dalam masa dua minggu lagi Pakatan Rakyat mungkin tidak wujud lagi.

    Siapa yang akan takut kehilangan Pakatan Rakyat ? Tiada sesiapa, kecuali orang memegang jawatan yang bergantung atas nama Pakatan Rakyat seperti exco PAS dalam kerajaan Selangor.

    Pernahkah kita mendengar bahawa DAP amat mengharapkan sokongan PAS untuk menang dalam pilihanraya ? Tidak pernah kerana DAP amat jarang membazir tenaga bertanding dikawasan majoriti melayu.

    Cuma setelah ada Pakatan Rakyat maka dia mula memasuki kawasan melayu itu pun tidak menyeluruh dalam Malaysia. Yang lebih sudu dari kuah adalah PAS amat mengharapkan sokongan DAP apabila dia bertanding dalam kawasan camporan.

    Pertanyaan mudah dari DAP ialah ada sesiapa yang masih sayang pada PAS agar kekal dalam Pakatan Rakyat kerana jika PAS keluar dari ikatan parti PKR, DAP maka gabongan itu tidak lagi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat.

    Tapi walaupun tanpa PAS, kedua parti PKR dan DAP tetap bersama dalam menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.

    PAS nak bersendirian atau nak bergabong dengan Barisan Nasional, bagi DAP dan PKR tiada masaalah kerana ia lebih memudahkan kerja berkempen dan meletak calon.

    Untuk membuktikan bahawa parti PAS adalah parti yang sudah tua, ada banyak pengalaman dan boleh berdikari... sila buat usul keluar dari Pakatan Rakyat supaya rakyat mudah buat pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulasan yg rasional dan tepat. Apa yang berlaku dalam PAS, puak UG mengambil kesempatan untuk meniupkan semangat ugama kepada setiap tindakan DAP untuk menutup helah politik untuk kepentingan puak UG. Semua dia suruh tengok dgn kacamata ugama termasuk tindakan mereka yg menyalahi akhlak Islam itu sendiri. Mereka menggunakan helah sentimen ugama untuk menutup tindakan mereka yg menyalahi dasar perjuangan PAS itu sendiri. Kejam sebenarnya apa yg mereka buat kpd ahli2 PAS demi mencapai matlamat mereka yg berlawanan dengan dasar PAS. Macam2 helah mereka buat yg xpatut dibust oleh golongan agamawan dan ulamak.

      Delete
  7. cukop dengan back up umno dah cukop sifat UG nya...tak perlu nak sain kontrak kerjasama kerajaan...tuan guru celik la sikit..ka dah mcm hipokrit la pulak...

    ReplyDelete
  8. DAP realistik

    Orang orang PAS ini tidak cerdik dan GAGAL ber fikir dengan Otak


    DAP amat takut orang orang Melayu menjadi seperti Rohingya akibat malas papa kedana dan tidak berusaha menjadi fakir di tanah air sendiri

    Mana ada orang suka orang midkin malas dan suka meminta minta ( macam orang orang Melayu ).

    Bila miskin ber laku huru hara dan tidak aman

    Akibat salah pilih ketua ysng tidak cerdik kerana buta tuli ikutan Islam bukan Ajaran NABI SAW , orang orang Melayu sudah mula meminta minta tanpa usaha

    Contoh Rumah Mangsa Banjir di bina DAP

    Nak harap kelantsn dan BN macam tunggu IKANG AL-TOLOL tangkap belukang


    Ini realiti nya ysng gagal di fikir oleh pemimpin PAS yang hidup harap elaun MP ADUN dan BR1M

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya orang PAS dilembukan oleh puak UG yang menggunakan ugama, beserban dan berjubah labuh. Ahli2 ditipu untuk menyokong agenda puak UG nak bekerjasama dgn UMNO.

      Delete
  9. Tahniah TITM diatas ketegasan dan disiplin yang tinggi terhadap perjuangan. TITM membawa isyarat dari 88% suara akar umbi. Tahniah TITM.

    TGHA merupakan ketakutan dan mimpi ngeri bagi LKS dan LGE serta para pemimpin DAP. Mengapa mereka begitu gelabah dengan PAS? Tidur malam pun mimpi TGHA.

    Dah putuskan hubungan dengan tuan rumah tapi masih lagi terhegeh-hegeh diluar pagar minta belasan.

    ReplyDelete
  10. Individu-individu yang berkepentingan tak peduli berapa jumlah kerusi. Yang penting berapa angka yang masuk.

    Ahli-ahli PAS je yang boleh terima hujah 40 kerusi. Kerusi tak penting bagi PAS tapi memenuhi kehendak UMNO untuk menghancurkan PR lebih penting!

    Sekarang jelas walaupun tak bergabung, sokongan Hj Hadi pada Najib adalah satu kerjasama yang bukan lagi rahsia. Berbeza dengan Wan Azizah semasa bertanding di Permatang Pauh, Hj Hadi secara terang tidak memberi sokongan nya.

    ReplyDelete
  11. Menang puak UG kali ni....PAs jdi partisuruhan umno...
    Ulama yg ada dlm PAs dri presedeng...pecacai umno...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa