Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 7, 2015

Akibat gatal mulut mengampu.......

Tunku Abd Aziz perlu minta maaf jika gagal bukti saya salah guna dana kerajaan - Tun M
Astro Awani |Kemas kini:Mei 07, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 07, 2015 13:05 MYT)

Tunku Abd Aziz perlu minta maaf jika gagal bukti saya salah guna dana kerajaan - Tun M
Tunku Abdul Aziz perlu minta maaf jika gagal buktikan saya salah guna dana kerajaan - Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengambil peluang sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan penuh sama ada beliau pernah menyalahgunakan dana persekutuan selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir juga memberi amaran, Tunku Abdul Aziz perlu meminta maaf jika tiada bukti ditemui yang melibatkan beliau menyalahgunakan dana persekutuan ketika berkhidmat sebagai perdana menteri.

"Sebagai anggota SPRM, dia boleh membuat siasatan penuh ke atas rekod saya bagi mengetahui berapa bilion yang saya curi daripada kerajaan seperti yang dibayangkannya.

"Jika dia gagal berbuat demikian, dia harus sekurang-kurangnya meminta maaf," tulis beliau dalam blognya chedet.cc.

Dr Mahathir berkata Tunku Abdul Aziz sepatutnya bertanya kepada ahli perniagaan Jho Low dan Riza Aziz -anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak- bagaimana mereka mempunyai wang ratusan juta dolar.

"Sebagai seorang yang mengaku mengambil berat mengenai rasuah, bukankah beliau sepatutnya bertanya bagaimana Jho Low dan Riza Aziz mempunyai ratusan juta dolar?" soal Dr Mahathir.

"Bukankah beliau sepatutnya berminat dengan penjawat awam yang hidup mewah melebihi tahap pendapatan mereka?" tulisnya.

Beliau juga bertanya Tunku Abdul Aziz, sama ada beliau mengalami "kesedaran selektif tentang apa yang berlaku di sekitarnya."

Bekas perdana menteri berkata demikian bagi mengulas komen Tunku Aziz terhadapnya, termasuk berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dalam sebuah akhbar baru-baru ini.

Dr Mahathir turut menyoal tindakan Tunku Abdul Aziz menggunakan "asas yang tidak kukuh" untuk "menuduh" beliau terlibat dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) beretika atau tidak.

Sebelum itu, Dr Mahathir menolak cubaan Tunku Abdul Aziz membandingkan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekarang dengan skandal Bank Bumiputra pada 1980-an, ketika beliau menjadi perdana menteri.

Hampir AS$1 bilion (RM2.4 billion pada waktu itu) dipinjamkan Bank Bumiputra kepada dua syarikat pelaburan melalui anak syarikat milik penuhnya, BMF dan salah satu daripadanya kemudiannya diisytiharkan muflis.

Mahathir berkata beliau tidak "mencuri" wang dan beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam bank tersebut atau pengurusannya serta terlibat dalam proses membuat keputusan.

4 comments:

  1. ramai yang tak pegang jawatang tapi banyak simpang
    1 tong duk gelembong
    nasib baik pmtg pauh depa kalah kalau tidak entah apa apa pulak yang depa pakat duk kutok anwar

    ReplyDelete
  2. MAKSUD TUN MAHATHIR :

    KAKITANGAN SPR KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. udah le mahdey
      satu dunia tau
      jgn temberang la

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa