Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 8, 2015

Apa nak diharapkan manusia macam ni nak mengaku kesilapan dan letak jawatan?

Kalau perkara yang betul kenapa pada peringkat awalnya nak sorok?
Memang manusia jenis ni kaki belit!
Udah didera rakyat dengan GST.......duit simpanan haji rakyat pun nak 'dikube' juga?

Sekarang, Tabung Haji mengaku beli tanah 1MDB RM188 juta 
Published: 7 May 2015 2:07 PM
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Johan Abdullah hari ini mengesahkan kumpulan itu membeli sebidang tanah di projek Tun Razak Exchange. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015.

Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).
Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.
"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.
Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.
“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.
Sebelum ini, Azeez (gambar, kiri) menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.
"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.
"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.
Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar, kanan), yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.
"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.
Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.
Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.
Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.
Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.
"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam. – 7 Mei, 2015.- sumber

Kaitan: PELABURAN TABUNG HAJI DALAM 1MDB ARAHAN POLITIK?

7 comments:

  1. sape agaknya badan penilai bebas tu???
    macam auditor 1mdb yg dulu ke????

    ReplyDelete
  2. Muka Muka LAHANAT tak susah nak cari dan tak boleh sorok sorok

    Tu duit Haji Amanah orang kampong pun boleh di kencing senang senang.

    Ini terang tersng LAHANAT

    Ini ada ikut Ajaran NABI SAW ke ????


    HUDUD kata apa lalau ada lahanat macsm ini ????

    Elok juga HADI dan Ulamak Mufti bagi keputusan ikut Quran Sunnah.

    Negara ini tunggu BALA dari ALLAH SWT saja.

    ReplyDelete
  3. Tidak ada amanah langsong puak2 ni. Semoga Allah memberikan balasan yg setimpal diatas perbuatan khianat mereka. Amin!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lahanat mamak sekor ni, kita memang kenal dia ni kaki kelentong, kami haramkan duit simpanan kami kamu gunakan untuk kepentingan kamu, kenapa nak sorok2??? mesti ada agenda nak buat duit simamak ni

      Delete
  4. akibat kaki kelentong dilantik dari spesis mamak kakiputar belit maka melayu ramai kena kelentong daa ,macam selama 22 tahun sang mamak sekor seleweng negara kayakan sanak sedara & kroni, apakah spesis melayu begitu percaya & taksub spesis mamak-mamak ? lupakah mereka pepatah kalu jumpa ular & mamak kena katuk sapa dulu ? ABU !

    ReplyDelete
  5. Macam duit mak bapak dia punya.

    ReplyDelete
  6. siapa ada nampak lebai hadi 😁 . org sibuk pasal gst.tabung hj dan 1mdb..dia boleh rilek giler...atau dia dah buat rang undang2 mcm mana nak hukum najib...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa