Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 13, 2015

Hah...tuudia....takkan orang lain saja kaya, dia pun nak juga!

Peduli apa kot?
Ini harta kerajaan.......tak orang lain saja yang sapu?

Akaun RM4 juta menteri muda S'wak dibeku
mk - 7:35PM - 13 May 2015

Seorang menteri muda Sarawak disiasat berhubung aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan kerajaan Baitul Makmur II bernilai lebih RM250 juta.

“Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik menteri muda tersebut telah dibekukan, ” kata pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamad Jamidan Abdullah .

Dalam kenyataannya hari ini, Jamidan juga berkata seorang peniaga 50-an turut disiasat.

Dia merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan 16 tingkat tersebut.

“Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

Jamidan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu-individu yang disiasat itu.

1,200 balak lagi disita

Sementara itu, dalam kes berbeza, akaun seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga telah dibekukan susulan operasi bersepadu berkaitan dakwaan rasuah balak di Sarawak.

Akaun itu antara 30 lagi akaun syarikat dan individu yang dibekukan – menjadikan jumlah keseluruhan akaun yang dibekukan setakat ini sebanyak RM600 juta.

Dalam Ops Gergaji yang masuk hari kedua hari ini, sudah 49 lokasi diserbu, termasuk tambahan satu lokasi di Bakun.
Jamidan berkata, setakat ini seramai 10 individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan haram serta
perbuatan mengelak cukai.

Mereka yang diambil keterangan ini terdiri daripada pemilik kilang papan dan penyelia kilang, katanya lagi.

Jamidan juga mengumumkan bahawa hampir 1,200 lagi batang kayu balak juga telah disita termasuk 600 batang di kawasan Belaga, Bakun oleh SPRM. Semalam 500 batang balak disita.

Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ops Gergaji operasi bersepadu terbesar yang pernah dijalankan SPRM dengan kerjasama kerajaan Sarawak, polis, termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Operasi melibatkan kerahan lebih 400 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi itu dianggap operasi sangat mencabar kerana melibatkan serbuan pedalaman yang tidak mempunyai akses masuk, kecuali menggunakan helikopter dan bot.

5 comments:

  1. tua muda pakat buat rasuah jalan mudah untuk kumpoi duit
    apa itu haram adakah puak ni tau apa itu haram
    arambejadah

    ReplyDelete
  2. Kenapa di Serawak dan tidak di Semenajung apakah didaratan semenanjung tiada perasuah dan tiada penerima rasuah.

    ReplyDelete
  3. Kalu adun belah sana, aku tak berapa confiden la kes ini akan melekat. Sebab gam dia dah campur air liur. Bubuh la banyak manapun, tak akan melekat punya. Lagipun jerung belah sana kalis gam. Dia punya licik lain macam.....

    ReplyDelete
  4. Balak dah pupus.

    Satu ketika dulu di lapurkan satu kapal penuh balak di bawa ke Hong Kong.

    Ini menteri muda ada wang 4 juta. Menteri Tua pencen berbini muda dan anak menantu tuntut harta dalam mahkamah berkali ganda. Bukan dari balak ke?

    ReplyDelete
  5. Padan muka rakyat serawak, rakyat yg pilih pemimpin mereka pemimpin kaya rakyat dapatlah rasa sikit tp kena tunggu pilihanraya baru dapat kalau kat Sarawak dua kali dlm 4 tahun satu pilihanraya negeri satu lg PRU parlimen. Menteri dari menteri Bini muda smpai menteri muda semua pakat sapu. Sarawak kaya raya hasil bumi tp rakyat papa kedana. Pilihanraya ni teruskan mengundi BN.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa