Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 18, 2015

Ini baru jantan: Ada pulakah manusia yang bersimpati dengan 'Ah Long'?

Aku tak tahulah polis buat macam tu salah atau tidak?
Tapi pada aku reaksi polis ini mungkin di dalam keadaan yang dah 'tak tahu nak buat apa' dah

Polis cabar 'Ah Long' bertarung satu lawan satu
mk - 8:49PM - 17 May 2015

Satu klip video berdurasi 42 saat yang menunjukkan kononnya seorang pegawai polis mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati berkaitan aktiviti 'Ah Long' telah tersebar meluas dalam internet dan rangkaian aplikasi kiriman mesej.

Klip video itu menunjukkan seorang lelaki berkaca mata hitam dan berpakaian seragam polis, sama ada berpangkat ASP atau ketua inspektor, memberi amaran kepada peminjam wang tanpa lesen supaya tidak menggantung kain rentang iklan itu di kawasannya.

Beliau kelihatan memegang seorang lelaki yang menggenggam sebidang kain rentang biasa mengenai iklan pinjaman wang yang digantung di tiang lampu dan pokok di seluruh negara.

"Saya tidak mahu MCA dan DAP mengadu kepada saya, Menglembu penuh pelekat 'ah long'.

"Ah Long, kalau kamu berani, mari jumpa saya. Kita cek chow, kita bertarung. Kita boleh lawan.

"Kalau kamu ada pistol, boleh keluarkan. Saya tahu kamu ada pistol beli dari Thailand," kata lelaki itu dalam video klip itu.


Enraged by illegal loan shark ads, Menglembu police chief Chen Ah Kooy challenges loan sharks to "cek chow" (one-on-one fight).A 42-second video clip of him on a vitriolic rant against loan sharks is making waves on the Internet and instant messaging networks.Read more here: http://malaysiakini.com/news/298633 [FREE]
Posted by Malaysiakini on Sunday, May 17, 2015

Wartawan telefon

Menurut Oriental Daily, seorang wartawan akhbar itu menelefon nombor yang tertera di poster dan individu yang menjawab telefon itu berkata beliau tidak bersalah dan menjalankan perniagaan yang sah.
 
Katanya, beliau melihat klip video itu semalam dan mengesahkan bahawa orang yang memegang poster adalah pekerjanya, yang telah dilepaskan dari jagaan polis.

"Kakitangan saya telah menggantung kain rentang apabila dia ditangkap. Daripada apa yang saya diberitahu, sebuah parti politik telah membuat aduan kepada polis mengenai banner itu di suatu tempat di Cheras.
 
"Itulah yang mendorong anggota polis untuk melakukan (apa yang dia lakukan)," kata individu yang dihubungi Oriental Daily.

Ketua polis Menglembu dalam video 

Bagaimanapun Ketua Polis Ipoh Sum Chang Keong berkata klip video itu dibuat oleh Ketua Polis Menglembu Chen Ah Kooy.

"Adalah ditegaskan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Balai Menglembu tanpa dirujuk atau dibincangkan dengan pihak pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh," katanya.

Beliau bagaimanapun dalam satu kenyataannya, memuji inisatif Chen tetapi ia perlu dibuat secara profesional.

"Selain itu ayat dan bahasa yang digunakan oleh Ketua Polis Balai Menglembu adalah tidak sesuai," katanya lagi.
 
Sum berkata pada keseluruhannya masalah 'Ah Long' di Ipoh dan kawasan Menglembu terkawal.

2 comments:

  1. kesian polis... ke kanan salah.. ke kiri pun salah...

    ReplyDelete
  2. Kita tengok nanti .. ketua polis menglembu akan di TUKAR KEMANA .. KUATNYA KUASA AH LONG .. DI MALAYSIA ..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa