Saturday, November 14, 2015

Hubungan dengan Majlis Peguam: "ada sesuatu yang tidak kena" - Apandi Ali

Kenapa tidak endahkan saya, soal Apandi kepada Majlis Peguam 
Published: 14 November 2015 6:55 AM
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata, ada ‘sesuatu yang tidak kena’ dengan respons Majlis Peguam terhadap pelantikan beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 November, 2015.

Dalam artikel akhir temubual bersama Tan Sri Apandi Ali ini, peguam negara bercakap mengenai hubungannya dengan Majlis Peguam, mengatakan "ada sesuatu yang tidak kena". Beliau juga mengecam G25, menggambarkan mereka sebagai kumpulan “pernah jadi kakitangan kerajaan”.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali mempertikaikan Majlis Peguam mengapa mereka dingin terhadapnya, walaupun beliau merupakan ahli majlis itu selama 12 tahun dan pernah memegang jawatan bendahari sebanyak 2 kali, dalam tempoh itu.
Apandi berkata tidak ada ucapan tahniah diterima daripada majlis itu atas pelantikannya sebagai peguam negara pada Julai, atau permintaan untuk bertemu dengannya dan menambah ada “sesuatu tidak kena”.
“Saya tidak tahu mengapa, hingga hari ini, sekarang hari ke-104 saya pegang jawatan peguam negara, tidak ada sekeping surat tahniah daripada Majlis Peguam atas pelantikan saya,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemubual, baru-baru ini.
Beliau berkata persatuan peguam dari Sabah dan Sarawak pun ada menulis surat kepadanya selepas pelantikan itu tetapi Majlis Peguam tidak langsung mengendahkannya.
Mengatakan beliau tidak mengambil hati dengan sikap tidak endah Majlis Peguam itu, Apandi menambah beliau adalah ahli majlis yang pertama dilantik sebagai peguam negara dalam sejarah Malaysia.
“Saya peguam pertama dilantik sebagai peguam negara Malaysia. Tidakkah peguam semua berbangga dengannya? Tidak ada sepatah perkataan pun! Bukan itu saja, tidak ada sekeping surat pun minta untuk berjumpa saya atau membuat kunjungan hormat. Saya masih menunggu,” katanya.
Beliau menafikan ada pergeseran antaranya dengan Majlis Peguam dan menambah dalam kerjayanya, beliau menghabiskan lebih banyak masa dalam majlis itu berbanding Umno.
Dalam artikel terdahulu, Apandi berkata beliau meletak jawatan daripada semua persatuan politik atau parti apabila membabitkan diri dalam Majlis Peguam pada 1991 dan memainkan peranan penting dalam pembelian ibu pejabat Majlis Peguam sekarang.
“Saya pegang jawatan bendahari, 2 kali, dan pada masa itulah saya kumpul wang untuk beli bangunan itu,” katanya.
Peguam negara berkata beliau terkejut dengan reaksi daripada majlis itu tetapi menambah pintunya sentiasa terbuka untuk mereka.
Apandi juga menyasarkan kepada G25, kumpulan pesara kakitangan awam yang mendesak kesederhanaan di Malaysia, yang pada artikel terdahulu berkata wujud konflik kepentingan yang fundamental dalam fungsi dan kuasa peguam negara, membolehkan beliau bertindak bertentangan daripada kepentingan negara.
Kumpulan itu menganggap ia tadbir urus yang lemah kerana peguam negara pernah menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pengadil terakhir dalam membuat keputusan untuk mendakwa.
“Tidak ada konflik kepentingan. Kerana pendakwaan adalah satu perkara, menasihati perkara lain. Dan apabila ia membabitkan pendakwaan, anda baca Perlembagaan, ia adalah budi bicara mutlak pendakwa ray iaitu peguam negara.
“Budi bicara mutlak maksudnya dia tidak berunding dengan sesiapa, malah tidak juga dengan ketua eksekutif.
“Itu apa yang saya buat sekarang. Bila saya mahu dakwa sesiapa, saya tidak pergi ke perdana menteri (dan kata), ‘tuan perdana menteri, boleh saya dakwa orang ini?’.
“Tidak. Tidak mungkin,” kata Apandi.
PETIKAN DARIPADA TEMUBUAL
APANDI: Saya hendak beritahu anda, tolong tulis di situ, saya tidak tahu mengapa, hingga hari ini, sekarang hari ke-104 saya di pejabat ini, tidak ada sekeping surat ucapan tahniah daripada Majlis Peguam atas pelantikan saya sebagai peguam negara.
Semua orang hantar, kecuali mereka. Bukanlah saya terdesak sangat mengharapkan mereka, tetapi saya fikir mereka akan berbangga saya ahli Majlis Peguam yang pertama dilantik sebagai peguam negara dalam sejarah Malaysia. Saya pengamal undang-undang (peguam) pertama yang dilantik sebagai peguam negara Malaysia.
Tidakkah peguam lain bangga dengannya? Tidak ada sepatah perkataan pun! Bukan itu saja, tidak ada sekeping surat pun minta untuk berjumpa saya atau membuat kunjungan hormat. Saya masih menunggu!
TMI: Adakah anda ambil hati dengan sikap tidak peduli itu?
APANDI: Tidak, saya tidak ambil hati, tetapi saya rasa ada sesuatu tidak kena. Sebab selepas bertahun-tahun dalam Majlis Peguam, mereka patut kenal saya, saya kenal mereka, mungkin yang muda tidak kenal saya.
Tetapi sekurang-kurangnya datang dan buat kunjungan hormat pada saya. Kerana, jika dibandingkan peguam daripada persatuan Sarawak dan Sabah pun ada menulis kepada saya, mengucapkan tahniah dan bertanya jika mereka boleh buat kunjungan hormat.
Saya akur.
Ya, saya terkejut. Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan, tetapi pesanan saya kepada mereka: ’pintu saya sentiasa terbuka, datang dan bercakap dengan saya. Anda sepatutnya berjuang, saya tidak tahu berjuang untuk siapa, tetapi kita bercakap mengenai undang-undang dan sebagainya. Datang jumpa saya. Kita boleh bercakap mengenai pelbagai perkara’.
TMI: Adakah anda fikir ini menunjukkan Majlis Peguam berat sebelah atau partisan?
APANDI: Saya tidak tahu. Soalan saya ialah, sesuatu tidak betul di situ. Hubungan insan tidak betul, hubungan profesional juga tidak betul.
Atau saya tidak diterima majlis itu? Siapa mereka untuk buat keputusan, saya tanya mereka. Mereka patut lebih kenal saya. Saya pernah bersama mereka. Saya tahu luar dalam, saya tahu cara majlis berfikir. Saya tahu siapa kenalan mereka. Tetapi mereka menjauhi saya. Saya tanya mereka, mengapa?
TMI: Adakah berlaku pergeseran antara anda dengan pemimpin sekarang?
APANDI: Tidak.
TMI: Ketika anda jadi hakim, adakah anda membuat keputusan yang menentang majlis?
APANDI: Saya buat keputusan menentang sesiapa yang layak ditentang mengikut undang-undang. Jika kes itu buruk, saya tidak peduli siapa pun. Malah, kerajaan pun kena.
TMI: Apa pandangan anda terhadap Majlis Peguam? Ada yang melihat mereka sebagai pro pembangkang. Apa pendapat anda?
APANDI: Itu pandangan sesetengah orang. Saya ada pandangan yang berkecuali. Saya sering menasihati Majlis Peguam, jangan tersasar. Itu adalah nasihat yang sering saya beri ketika saya masih dalam Majlis Peguam. Jangan tersasar dan terperangkap dalam sarang politik.
TMI: Dalam kenyataan baru-baru ini, G25 ada berkata wujud asas konflik kepentingan dalam fungsi dan kuasa peguam negara. Mereka kata peguam negara tidak boleh jadi penasihat kepada kerajaan dan pada sama, ketua pendakwa. Apa pandangan anda mengenai perkara ini?
APANDI: G25 terdiri daripada mereka yang pernah jadi kakitangan kerajaan, bukan? Pernah jadi. Dan individu yang sering beri kenyataan ialah wanita bernama Datuk Noor Farida Ariffin.
Bila anda tanya saya itu, saya akan jawab dengan 1 soalan. Pergi dan tanya Datuk Noor Farida Ariffin, ketika anda dalam perkhidmatan awam, iaitu di Pejabat Peguam Negara, siapa pendakwa raya dan peguam negara? Orang yang sama, bukan? Itulah kebenarannya sejak merdeka. Kenapa mereka tidak bising dulu?
Jika anda ada perasaan yang kuat mengenainya, itu kerana cara dia bercakap, seolah-olah ia sangat fundamental. Mengapa tidak ada sepatah perkataan pun keluar daripadanya ketika dia masih dalam perkhidmatan. Mengapa sekarang? Saya bercakap kuat sikit. Itu cara saya.
TMI: Tetapi mengapa tidak? Mengapa dia tidak boleh tanya soalan sekarang?
APANDI: Kita melakukannya sejak merdeka, seperti Artikel 145(3), hak pendakwaan ialah pada peguam negara.
Dan sistem itu berjalan lancar sejak merdeka. Dan saya tidak nampak alasan untuk mengubahnya. Adakah sekarang, kita satu-satunya negara di mana pendakwa raya dan peguam negara orang yang sama? Ia berlaku di seluruh dunia. Ini adalah amalan Komanwel. Mengapa dia tidak dapat idea hebat ini ketika berada di Timur Eropah dulu? Kenapa?
TMI: Jadi anda tidak bersetuju dengannya? Kenapa?
APANDI: Ia berjalan lancar. Tidak ada konflik kepentingan. Kerana pendakwaan adalah satu perkara, menasihati perkara lain. Dan apabila ia membabitkan pendakwaan, anda baca Perlembagaan, ia adalah budi bicara mutlak pendakwa raya, iaitu, sudah tentulah peguam negara.
Budi bicara mutlak maksudnya dia tidak berunding dengan sesiapa, malah tidak juga dengan ketua eksekutif. Itu yang saya buat sekarang.
Bila saya mahu dakwa sesiapa, saya tidak pergi ke perdana menteri (dan kata), ‘tuan perdana menteri, boleh saya dakwa orang ini?’. Tidak. Tidak mungkin. Berikan contoh. (Tan Sri) Rahim Thamby Chik. Saya buat keputusan sendiri, dia juga terkejut.
Saya tidak berunding dengan sesiapa. Itu budi bicara saya. Perlembagaan kata begitu, undang-undang kata begitu. Dan saya laksanakan seumpama itu.
Jadi, jika anda kata kerajaan ada pengaruh dalam pendakwaan sesiapa, jawapannya tidak.
Dan itu adalah amalan semua peguam negara lain sebelum saya. Anda boleh tanya mana-mana bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib. Beliau pernah juga jadi peguam negara satu masa dulu. Anda juga boleh tanya Gani (Tan Sri Abdul Gani Patail).
Tanya mana-mana peguam negara.. kerajaan tidak ada kuasa. Dan sebagai pendakwa raya saya mahu beritahu, saya mungkin cakap berulang, saya tidak dengar cakap sesiapa.. saya tidak dengar.. malah tidak juga kepada eksekutif, saya tidak dengar cakap awak, saya tidak dengar cakap pembangkang, saya tidak dengar sesiapa. Saya mendengar hanya pada undang-undang, dan fakta. – 14 November, 2015.

7 comments:

  1. Peguam negara yang baru ni bengong ke? Lagi mau tanya? Sudah tentulah sesiapa sahaja yang waras menganggap perlantikan mamat ni adalah untuk menutup skandal 1MDB. Cuma balaci2 UMNO dan Ulamak2 PAS aje yang fikir tak wujud skandal 1MDB apatah lagi memang tak caya langsung pasal duit derma Najib.

    Bercakap seolah2 tak kisah dan tak berkira jika Majlis Peguam memulaukan dia tapi gerak geri serta kata2 sinis menampakan bahawa mamat ni merajuk macam budak kecik tak dapat "gula2". Mungkin kalau duduk sorang2 kat dalam ofis dia tu, tah2 meraung berguling2 sebab takde sapa bagi ucap tahniah dan bertungkus lumus membodek mamat ni atas kejayaannya menjadi Peguam Negara secara "street walker". Ni le jenis "melayu terbaik" yang kerajaan UMNO miliki. Mengaharap2kan pujian walaupun tanggungjawab dan amanah tu belum tentu algi dapat dipikul. Melayu spesis UMNO le katakan! Lebih kurang sama je perangai dengan Ketua wanita UMNO yang jadi timbalan Pengerusi YaPEIM.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Goli hati den maco ea nak pun pado mulo ......
    Kah kah kah kah khaaaaaaaak tuiiiiiih !!!!!!

    ReplyDelete
  3. Nasib baik dia tau orang meluat..
    Peguam negara?
    Peguam negeri pun tak lepas..

    ReplyDelete
  4. Hang ada otak pikiaq la sendiri...takkan tak faham kut hakikat ahli-ahli majlis peguam tu TAK RESPECT HANG! hello bro...respect can't be bought... Majlis Peguam tak respect hang tambah la rakyat macam kami ni...tengok muka hang pun geli....

    ReplyDelete
  5. Bukan semua orang kuat LAHAP BILYON BILYON....

    ReplyDelete
  6. Kelakar betul Malaysia ni. Tak pernah sunyi dari lawak jenaka dan cerita lucah!!!

    ReplyDelete
  7. Kalau jujur buka lah semula kes DSAI.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa