Monday, November 16, 2015

Mana lebih jahat kepada rakyat: Arak DAP dan balak PAS Kelantan?

Pada aku arak di minum oleh yang nak minum. Tak kiralah dia tu Islam atau kapir

Kalau Islam yang berperangai begitu, sukakan arak, judi dan segala makneka maksiat adalah manusia yang Islamnya pada nama sahaja

Isu Selangor : Pas pulang ‘paku buah keras’ kepada DAP

 | November 15, 2015
Pas akan menghalang DAP daripada mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertujuan untuk menyekat Cina menguasai bandar.
hadi sewlangor
SHAH ALAM : Pas memulang semula ‘paku buah keras’ kepada DAP selepas parti itu menuduh Pas mahu melakukan perkara jahat.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan menghalang DAP daripada mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan bertujuan mahu menyekat Cina menguasai bandar.
“Sebab itu kita (Pas) halang DAP daripada adakan pilihan raya PBT. Niat mereka mahu Cina kuasai bandar tanpa mempedulikan nasib kaum lain, kita tak akan benarkan.
“Jika bandar dikuasai DAP mereka halalkan arak dan judi kepada orang Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat parti itu di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Ahad.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya perlu berada dalam kerajaan negeri Selangor bagi menghalang Pas melaksanakan ‘dasar yang tidak baik’ kepada rakyat negeri itu.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengusulkan supaya mengkaji pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada diadakan.
“Sewajarnya pilihan raya PBT perlu dikaji berdasarkan sosiologi.
“Bandar mesti dihidupkan secara bersama oleh pelbagai kaum dan bukan terhad kepada orang Cina saja,” jelasnya.

7 comments:

  1. Jika pilihanraya PBT dilaksanakan, YDP PBT tidak bebas melaksanakan cukai. Andaikata P.Pinang, Selangor jatuh ke BN kelak, BN masih tak punyai kuasa mengubah cukai tempatan. Bila Hadi halang pilihanraya PBT, jelaslah dia pembawa agenda BN.

    Pimpinan Islama mesti ada 2 elemen, ULAMA dan UMARAK, bila Ulama nak jadi Umarak, nampaklah kebodohan-kebodohan dlm percakapan mereka.

    - Mat Safian

    ReplyDelete
  2. Sejak bila DAP halalkan arak dan judi utk org islam ni?

    ReplyDelete
  3. Akhirnya akidah "kebangsaan" telah pun ditunjukkan oleh Tuang Presideng PAS. Pendirian Tuang Presideng memang sama dengan pendirian yang selama ini dianuti oleh UMNO iaitu bangsa No 1, Islam tu duduk kat bawah. Tak nak diadakan pilihanraya kerajaan tempatan kerana tak nak orang cina kuasai bandar? Tak nak pilihan raya itu sebab tak nak DAP berkuasa sebab nanti DAP akan halalkan arak dan judi pada orang Islam? Sejak bila Islam membenarkan assobiyah iaitu bertolong2an sesama bangsa dalam melakukan kezaliman dan sejak bila Islam menghalalkan "fitnah" iaitu boleh fitnah orang cina dan orang bukan Islam demi kepentingan Islam?

    Islam apa yang PAS nak bawak ni? Ni dia politik yang PAS nak dok kerjasama dengan UMNO pastu berangan2 orang2 bukan Islam terutamanya orang cina akan berduyun2 memberikan undi mereka kepada calon PAS dari kalangan DHPP? Mabuk ke atau sudah khayal dengan angan2 menduduki kerusi menteri atau dapat jawatan bergaji lumayan macam Ustazah UMNO kat YaPEIM tu? PAS ni semakin hari semakin tak keruan dan ditambah lagi dengan kenyataan2 tak berakal dari Tuang Presideng mereka! PRU14? Nak jadi penasihat dok payah le masuk bertanding, PAS oiii!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni siapa yg benarkan judi dan arak berluasa di negara kita ni...adakah DAP yg menguasai negeri yg ada Genting Highland, tempat pusat judi dan arak....datuk dari parti mana yg jadi Datuk Bandar KL...?? yg ada bnyak
    bar dsbnya tempat perjudian dan jualan arak..

    ReplyDelete
  5. Duit balak tak haram...

    ReplyDelete
  6. Dangkal... knp halang DAP buat pilihanraya PBT utk halang jual arak... tapi hanya jadi penasihat kerajaan yg telah bina 2 kilang arak terbesar... taraf pemikiran tuang P. Nak spin pn dh melalut sekarang...

    ReplyDelete
  7. kerja oolalamak dunya ni tak habis2 fitnah org tak kira samada Islam atau kafir.

    dr kes pil kuda, kominis hingga ke bab ini.

    arak tu umno yg beri lesen. guiness dan carlbeg tu umno yg luluskan.

    hadi, ko cuba halanglah hardrock café, hotel concorde jual arak pd org Islam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa