| ARIF ATAN
Berang dengan penyelewengan dana oleh pihak pengurusan tertinggi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), sekumpulan penjawat awam bertindak memberhentikan sumbangan melalui potongan gaji kepada yayasan itu.
Bagi tujuan tersebut, seorang guru yang mahu dikenali sebagai Rashid, 36, berkata beliau serta 15 rakan setugasnya dari sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah barat laut Selangor telah menghantar surat rasmi kepada ibu pejabat YaPEIM di Kuala Lumpur pada Khamis (12 November) lalu.
“Kami kecewa ketika kepercayaan selama bertahun-tahun sudah diberi kepada YaPEIM untuk mengagihkan sumbangan kepada orang miskin dan dilanda kesusahan, boleh pula individu dalam Lembaga Pemegang Amanah dan anaknya ‘songlap’ duit kami dalam kalangan penjawat awam sampai mencecah RM154,700 sebulan.
“Tidak cukup itu, selamba pula menteri di JPM (Jabatan Perdana Menteri) seorang ini guna wang kami untuk menampung kos penerbangan suami isteri ke Amerika, main golf dan makan besar di sana,” ujarnya merujuk kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom seperti didedahkan baru-baru ini.
Bagaimanapun Jamil dalam kenyataannya semalam telah menafikan dakwaan ini.
Menurut Rashid ketika ditemui Malaysia Dateline petang semalam di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), ada guru setakat diketahuinya membuat potongan gaji dari serendah RM5 sehingga RM50 sebulan sejak 10 tahun lalu.
“Saya sendiri sejak 9 tahun lepas sudah buat potongan gaji sebanyak RM15 sebulan. Nampak sedikit tetapi kalau dikira sejak dulu, sudah RM1,620 saya serahkan kepada YaPEIM dengan niat supaya diagihkan kepada orang yang memerlukan bukan orang yang tamak dan salah guna kuasa,” bidasnya.
Beliau yang juga guru Sejarah memberitahu, terdapat juga guru yang memaklumkan kepada YaPEIM untuk membatalkan skim potongan gaji itu melalui e-mel.
Walau bagaimanapun, ujarnya, maklum balas yang diterima amat memeranjatkan apabila pihak YaPEIM menyatakan pemberhentian pemotongan gaji untuk sumbangan itu mengambil tempoh selama tiga bulan.
“Ini bermakna pihak YaPEIM ada masa untuk terus memunggah wang kami para penderma sebanyak RM464,100 sepanjang tempoh itu! Mengapa terlalu lewat? Ini tidak adil!” tegasnya sambil menunjukkan keratan printscreen daripada pihak yayasan yang kontroversi itu.
Kenyataan dua perenggan tersebut yang didahului dengan ucapan terima kasih menyokong pelaksanaan amalan ‘sadaqatul jariah’ melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM itu turut menyertakan nombor telefon 03-2717 2667 untuk pertanyaan dn bantuan lanjut.
Sehubungan itu, Rashid menyeru supaya kesemua 588,930 penyumbang turut menarik balik sumbangan mereka sebagai tanda protes menuntut pihak terbabit di dalam Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM serta menteri bertanggungjawab segera disiasat dan diambil tindakan.
“Format surat seperti yang telah kami lakukan ini hasil daripada panduan kakitangan YaPEIM untuk memudahkan kerja pentadbiran. Penjawat awam lain boleh salin format ini dan alamatkan kepada YaPEIM di alamat Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur,” ujarnya lagi.
Dalam hal berkaitan, NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) semalam mendakwa Jamil menggunakan sejumlah wang sebanyak RM410, 978.56 bagi perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan di pusat beli-belah di Amerika Syarikat pada tahun lalu.
Bebudak Gomen memang PEMURAH SUKA SEDEKAH mana ada masalah punyea
ReplyDeleteYang tak setuju sikit saja
Yang Juta Juta tak kesah pon walau suka SEDEKAH JARIAH 6% HARIAN
Masok SYURGA kata nya
Hidup lahap RIBA tak apa , asal kan SEDEKAH BUTA BUTA
Kepala Otak !!!!!
Kah kah kah dah kena tipu ngan penyamun. Kat Mesia nih kalau nak buat baik jangan pakai orang tengah la wei. Tu semua penyangak. Padan muka! Kah kah kah.
ReplyDeleteOrang2 Melayu masih lagi tak kenal dengan kelakuan serta perangai UMNO terutamanya pemimpin2 mereka? Perkara yang terpenting yang patut dibuat oleh para penyumbang adalah memastikan bahawa tidak ada langsung orang2 UMNO terutamanya pemimpin2 UMNO yang duduk sebagai parasit dalam badan2 kebajikan yang ingin mereka berikan sumbangan. Adakah kita semua terlupa bahawa apa sahaja yang melibatkan orang2 UMNO ianya akan berakhir dengan penyelewengan dan rasuah? Sudah berapa banyak syarikat2 milik kerajaan, agensi2 serta perbadanan yang sudah rosak dan bangkrap akibat perbuatan orang2 UMNO yang menduduki kerusi2 pengarah serta pengurusan dalam institusi2 tersebut? Tabung Haji? KWSP? KWAP? MAS? NFC dan lembu?
ReplyDeleteDan sekarang mula terbongkar kerosakan2 yang dilakukan oleh pemimpin2 UMNO terhadap institusi2 kebajikan dan amal jariah milik umat Islam. Yang merosakkan negara dan Islam adalah UMNO. Adakah lagi orang melayu yang masih percaya UMNO ini berjuang untuk agama, bangsa dan negara? Najib dan masalah2 ciptaannya GST serta 1MDB sudah sepatutnya menyedarkan orang melayu dari dodoian UMNO yang merosakkan ini! Masih lagi ketagih pada slogan "dulu, kini dan selamanya"? Cukup2lah wahai umat Islam dan bangsa melayu!
Nick.
Cape Tiger.