Sunday, November 15, 2015

Tak sangka pula.......diam punya diam, bila buka mulut terus terjun tong sampah!

Dah kata PAS akan panggil Husam menghadap dan mahukan bukti-buktinya
Dicabar pula Husam bersumpah
Lupakah siapa dirinya? Bukankah dia adalah seorang Presiden?
Kenapa jadi budak-budak?
Memanglah PAS ni adalah parti sumpah-sumpah!

Hadi nafi cuba bentuk k'jaan perpaduan Umno-PAS di S'gor
Alyaa Azhar - 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan bahawa beliau mahu bekerjasama dengan Umno dengan membentuk kerajaan perpaduan di Selangor sewaktu krisis menteri besar tahun lalu.
"Tak ada, tak ada," katanya ketika ditanya oleh wartawan hari ini.
Ini walaupun ADUN PAS Datuk Husam Musa, yang membuat dakwaan itu, menyatakan bahawa beliau sedia menceraikan isterinya jika dakwaan itu tidak benar.
Mengulas hal itu, Hadi yang juga timbalan ketua kesatuan ulama sedunia mencabar bekas naib presiden PAS itu untuk berbuat demikian.
"Biar dia sumpahlah. Kalau apa yang dia kata betul dan kami bohong, sila bersumpah (untuk cerai isterinya)," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.
MP Marang itu berkata Husam yang juga bekas exco Kelantan "tak tahu apa-apa" memandangkan berada di negeri itu.
Minggu lalu, Husam yang juga yang dipertua PAS Kubang Kerian mendakwa Hadi mengakui cuba membentuk kerajaan PAS dan Umno di Selangor.
"Dia mengakui mengajak dua atau tiga ADUN PKR untuk menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri Selangor bersama Umno," kata Husam.
Sementara itu, Hadi menegaskan bahawa kerajaan perpaduan dengan BN tidak akan berulang lagi selepas PAS menyertai BN sejak tahun 1970-an dan menyifatkannya sebagai isu yang "ketinggalan zaman".
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan perpaduan tidak bermaksud bahawa PAS akan menyertai BN seperti yang pernah diusahakan pada 2008.
"Ia bermakna semua parti, BN pun dalam kerajaan, DAP, PAS dan PKR. Tak ada pembangkang. Itu kerajaan perpaduan.
"(Kerajaan perpaduan pada 2008) tak jadi sebab ada parti yang tak setuju (pada waktu itu). Bukan masuk BN," katanya.
Hadi bagaimanapun berkata kerjasama dengan BN adalah "perkara biasa" khususnya melibatkan kepentingan nasional seperti pencerobohan negara asing ke dalam Malaysia, menangani masalah dadah dan jenayah.
"Termasuklah isu yang berkait dengan pelarian Rohingya, Palestin, Bosnia. Kami juga kerjasama tentang isu ekonomi rakyat. Kita pernah menjadi perunding ekonomi negara," katanya.
Ditanya sama ada Husam perlu dipecat dari jawatannya sebagai ADUN, Hadi berkata ia terpulang kepada PAS Kelantan untuk membuat keputusan.
"Itu terpulang kepada PAS Kelantan untuk menentukan tindakan yang perlu diambil," katanya sambil menambah sedang menunggu laporan berhubung perkara itu dari PAS negeri itu.
Selain membuat dakwaan tersebut, Husam turut mendakwa kerajaan Kelantan bertanggungjawab terhadap pembalakan haram di hutan simpan di negeri pantai timur itu.

6 comments:

  1. Konar jangan konar. Konar leper sampai tercabut serban. Sendiri bikin sendiri terima akibat. Malang di akhir usia bukan dipuja tapi dipelekeh org-org sendiri.

    ReplyDelete
  2. Hadi..kau pegang tganu pun sepenggal..skarang nk hancurkan kelantan pulak..wahai ahli2 pas..buang hadi sebelum kelantan jatuh..

    ReplyDelete
  3. YB Husam ajak hadi sama2 bersumpah berkaitan dgn isu ug tu.

    YB Husam bersumpah dia kata perkara ug itu wujud. dan

    hadi pula bersumpah dia perkara ug tak wujud.

    itu saja yg YB Husam minta. bukan susah apa pun.

    tp knp si hadi tu main konar baring. suruh YB Husam bersumpah tp dia takut pulak!

    bermakna memang benarlah kenyataan YB Husam itu. sbb video pun ada. di singapork pun hadi sebut pasal ug juga.

    hadi jelas menipu.

    pas yg minta pkr pecat Khalid. tp bila pkr pecat Khalid, hadi meroyan.

    aDmin sila siasat

    1. bila tarikh surat pas kpd pkr minta pecat Khalid.
    2. bila tarikh perlantikan menantu abah din ayam di perangsang.
    3. knp menatnu abh tu boleh dpt saham esos bernilai hampir RM1/2 juta.

    ada kemungkinan kalhid lantik menantu abah sbg 'rasuah' utk mdpt sokongan hadi bawang (yg berlapis2 tp teras tak ada).

    ReplyDelete
  4. Jika Hadi ada prinsip menegakkan harga diri setelah tercemar 'difitnah' oleh Husam, paling tidak pun ambillah tindakan undang-undang kemuka saman fitnah di mahkamah. Tapi nampak gayanya dia sendiri takut terlondeh habis dan terdedah pula telurnya tiada.
    Kenapa Hadi tidak saman Husam itu juta-jutaan, biar sampai muflis baru padan muka dia. Jika bersumpah murbahalah pun 'ulama pewaris nabi' ini kecut telur, apakah yang boleh diharap dan dipercayai padanya lagi?

    ReplyDelete
  5. Kalau bersumpah... kalau salah Husam hilang 1 bini, tapi kalau Hadi salah... 2 bini? 3.... 4?

    ReplyDelete
  6. Husam dan Hadi dua orang jauh beza

    Husam ini bijak mantap tuk pemimpin

    Hadi ini Bahalol Tegar

    Maaf lah , susah nak lihat bebende positif dari Si Bahalol Hadi ini

    Rugi rakyat tanggung elaoun gaji bagi Hadi ini

    Melayu pulak tu!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa