Dah tu dua ADUN mereka jadi korban
Husam dedah Pas desak tukar Khalid Ibrahim
Pas terpaksa membuat desakan itu untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berkuasa di Selangor kerana jika kalah peluang untuk menang semula amat tipis.
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa mendedahkan Pas bertanggungjawab mendesak supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar sebagai Menteri Besar Selangor untuk digantikan dengan pemimpin lain.
Bekas Naib Presiden Pas membuat pendedahan itu menerusi satu rakaman video ceramahnya yang diviralkan dan dikongsi di Facebook.
Beliau mendakwa, pemimpin Pas menghantar surat kepada PKR meminta supaya Khalid ditukarkan dengan alasan beliau tidak mendengar arahan parti.
Katanya, Pas bimbang jika Khalid terus kekal, perkara sama yang yang berlaku di Kedah akan berulang semula.
Husam bagaimanapun tidak menyebut siapakan pemimpin Pas yang membuat desakan supaya Khalid ditukar.
“Ini mustahak dari segi rekod supaya kita tidak fitnah sewenang-wenangnya kepada mereka (PKR dan DAP). Bukan kita nak membela mereka tetapi sebagai orang Islam, kita diseru berlaku adil kepada kawan dan lawan.
“Kita (Pas) tulis surat kepada PKR minta Khalid ditukar. Bukan kerana dia rasuah tetapi kerana dia tidak dengar pandangan-pandangan parti yang diberi melalu majlis (Majlis Presiden),” katanya.
Katanya, selepas beberapa kali Pas membuat desakan supaya Khalid ditukarkan, akhirnya PKR membawa perkara itu dalam Mesyuarat Biro Politik.
Katanya, ketika itu belum timbul siapa bakal menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Husam menegaskan, Pas terpaksa membuat desakan itu untuk memastikan Pakatan Rakyat terus berkuasa di Selangor kerana jika kalah peluang untuk menang semula amat tipis.
“Nak rampas balik (Selangor) wallahualam, mungkin sepenggal, dua penggal, tiga penggal, empat penggal, lima penggal atau tak dapat balik, sampai kita mati,” katanya.
Beliau berkata, menukar Menteri Besar bukan menjadi kesalahan kerana jawatan itu bukan untuk dipegang sampai mati.
Pimpinan Pas sebeum ini menyalahkan PKR dan DAP kerana menukar Menteri Besar Selangor yang menjadi punca keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menyalahkan DAP yang didakwa mengkhianati janji sehingga terkuburnya Pakatan Rakyat.
boleh beritau tarikh surat yg minta Khadil di tukar?
ReplyDeletedan bila pula perlantikan din ayam ke perangsang?
adakah perlantikan din ayam oleh khliad sbb nak tutup mulut pas?
begitu juga pemberian saham esos yg bernilai hampir setengah juga rm itu?
Londeh satu- satu...
ReplyDeleteSikit hari telanjang bulat la lebai marang..
Hadi telah menjadikan perjuangan PAS berboloq dong.
ReplyDelete