Angakatan Tempayan purba yang tak reti-reti nak tutup mulut
Tak reti-reti bilakah masa dan keadaan yang sesuai mengetengahkan isu
Semalam aku dah kata, mereka akan saling berbalas kata
Macam ungka, sekor berbunyi maka ramailah pula yang menyahut
Citer pertindihan Calon pun keluar dari mulut yang bukan-bukan
Nasib baik Anwar diam.... kalau tidak tentu suasana akan menjadi gila babi!
Mereka ni nak rakyat sokong ker tidak nih?
Aku dah naik bengang nih!
Bukan apa, saja nak sedarkan. Nabi lagi boleh ditegur....inikan pulak Nik Aziz dan Hadi. Karpal dah lama aku tolak tepi!
Tiada perubahan pendirian DAP dalam menolak hudud, kata Karpal
OLEH OPALYN MOK
APRIL 24, 2013
GEORGE TOWN, 24 April — Persetujuan awal DAP untuk menggunakan simbol PAS tidak bermakna parti tersebut bersetuju undang-undang hudud dilaksanakan di Malaysia, kata Karpal Singh.
“PAS membenarkan kita untuk menggunakan logo parti mereka tidak bermakna kita telah beralih pendirian dalam penubuhan negara Islam atau undang-undang hudud,” katanya dalam satu sidang akhbar di pusat operasi pilihan raya disini.
Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata Malaysia bukan sebuah negara Islam tetapi mengamalkan undang-undang sekular seperti mana keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutuan pada tahun 1988.
“Pengenalan hudud dalam sistem undang-undang bermakna ia satu sistem tetapi dua undang-undang yang mustahil untuk dilaksanakan,” katanya.
Penyandang kerusi parlimen Bukit Gelugor atau lebih terkenal sebagai Harimau Jelutong berkata, ianya mustahil untuk menjalankan dua undang-undang berbeza pada masa yang sama.
Maklum balasnya ekoran kenyataan timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din parti tersebut yakin rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menerima undang-undang hudud kerana sanggup bertanding menggunakan simbol PAS jika simbol roket mereka tidak dibenarkan.
Dua hari sebelum penamaan calon, DAP berhadapan pertikaian dengan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana mengeluarkan notis tidak mengiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang terpilih semasa pemilihan parti Disember lalu.
DAP bimbang dengan surat watikah yang dikeluarkan Setiausaha Agung Lim Guan Eng tidak akan diiktiraf dimana calon parti tidak boleh bertanding dibawah simbol roket.
DAP mengadakan mesyuarat tergempar dan persetujuan dibuat supaya calon parti itu menggunakan simbol PAS di semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah serta Sarawak.
Perkara tersebut walau bagaimanapun tidak menjadi isu apabila RoS mengeluarkan surat malam sebelum penamaan calon menyatakan DAP masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya 5 Mei depan dan semua borang pencalonan DAP diterima tanpa sebarang masalah.
“Walaupun PAS berkata hudud hanya untuk Muslim, pelaksanaan dua sistem akan menyebabkan konflik dan kekecohan,” kata Karpal.
Beliau memberi contoh dimana bukan Melayu dan Melayu akan didakwa bersama kerana jenayah dan sama ada Melayu tersebut akan didakwa dibawah undang-undang hudud manakala bukan Melayu didakwa dibawah Kanun Jenayah, ia mustahil untuk mengadakan perbicaraan.
Beliau menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan tentang negara Islam.
“Jika PAS mahu mengubal Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan membenarkannya,” tambahnya.
“Saya tidak berfikir PAS akan bertegas untuk mengubal Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya lagi.
Knape tnye Karpal Singh yg dh tntu kapir ttg plaksanaan hudud? Knape tk tnya UMNO yg mngaku Islam dlm negara Islam ttg plaksnaan hudud.???
ReplyDeleteBila mase plak pas ade angan2 nak buat hudud. Kan sekarang negara kebajikan.
ReplyDelete