Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad (gambar) yang dipecat, memfailkan aduan kepada Pendaftar Perhubungan Perusahaan semalam bagi menyelesaikan isu pemecatannya.
Ia didaftarkan di Jabatan Perhubunan Perusahaan Kelantan semalam, kata Che Ibrahim kepada The Malaysian Insider.
Che Ibrahim dipecat daripada jawatannya pada 1 Februari lalu dengan diberikan pampasan tiga bulan gaji oleh majikan, Kias iaitu anak syarikat milik kerajaan negeri Kelantan.
Ia menjadi isu politik yang memanaskan kerajaan negeri Kelantan selepas Che Ibrahim dan rakan-rakannya membuat bantahan secara berterusan terhadap pemecatan itu.Surat pemecatan itu ditandatangani Pengerusi Kias, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
"Ini adalah langkah yang terpaksa saya ambil untuk mencari keadilan selepas semua usaha lain tidak berjaya," kata bekas kadi yang pernah membawa khutbah mengkritik kerajaan BN di depan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
16 Februari lalu, Che Ibrahim dipanggil oleh MB Kelantan Datuk Ahmad Yakub bagi membincangkan isu itu namun tiada sebarang penyelesaian dicapai.
Melalui aduan kepada Mahkamah Perusahaan ini, Che Ibrahim menuntut tiga perkara iaitu:
1. Pampasan pemberhentian kerja.
2. Ganti rugi penamatan kontrak lebih awal/membayar jumlah gaji terakhir bagi tempoh kontrak yang masih berbaki (8 tahun 11 bulan).
3. Ganti rugi am kerana malu, menyusahkan dan lain-lain. – 20 Februari, 2014.
Apakah tuntutan itu memenuhi syarat2 lantikan dan penamatan yg telah ditandatangani semasa menerima jawatan dahulu? Dikhuatiri tuntutan yg dibuat akan memakan diri sendiri dan ini tentu akan lebih susah untuk ditanggung. Kedua-dua pihak terikat dgn hak masing-masing.
ReplyDelete