Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 12, 2015

Gila: Mati disebabkan perebutan tempat meletak kereta?

Namakan dan malukan merupakan pilihan terbaik ke atas pembuli
09:30PM Jan 11 2015
PETALING JAYA: Kemarahan meluap-luap mampu bertahan hanya beberapa saat namun kesannya kadang-kala berlanjutan buat jangka panjang.

Contohnya dalam tragedi yang menimpa keluarga Stephen Joseph pada 4 Januari lalu.

Joseph merupakan bekas agen Alleycats serta promoter kumpulan muzik. Beliau kehilangan nyawa selepas tercetus perbalahan akibat berebut tempat meletak kereta di depan pusat penjaja di SS2 Petaling jaya akibat menerima serangan di muka, dada dan perutnya.

Kematian berlaku disebabkan perebutan tempat meletak kereta.

Pada 2014, kita tentu ingat Kiki atau Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, yang dirakam menjerit dan memaki hamun pesara Sim Siak Heong. Kiki mengancam Uncle Sim dengan menggunakan kekunci stereng kerana pelanggaran telah mencalar Peugeot 208nya pada Julai tahun lalu.

Kiki didenda RM5,000 dan tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuantan. Beliau juga perlu menjalani khidmat masyarakat selama 24 jam.

Tahun lepas juga, kita saksikan seorang lelaki memukul tingkap seorang pengguna jalanraya kerana dia gagal memotong kenderaan tersebut di hadapannya.

Terdapat juga kejadian di mana seorang lelaki berjalan ke arah kereta wanita sambil meludah ke arah tingkapnya. Akhirnya lelaki itu merosakkan pengilap cermin hadapan kerana wanita membunyikan hon terhadapnya.

Dengan wujudnya laman media sosial, telepon pintar dan kamera kenderaan, segala kejadian ini dapat disebarkan.

Penganalisa jenayah Dr P Sundramoorthy dilaporkan berkata lesen pengguna jalanraya yang melakukan pembulian perlu ditamatkan.

Bekas presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan pula memberitahu Semut Harian bahawa itu bukan jawapannya.

“Undang-undang sudah ada. Pembuli jalanraya perlu didakwa jika melakukan kesalahan berat mengikut kanun jenayah. Lihat fakta di dalam setiap kes. Dengan cara inilah kita membuat langkah seterusnya. Tindakan perlu mengambil kira jenis kesalahan,” katanya.

Namun bagaimana kita hendak menangani masalah pembulian ini?

Apa pendapat umum tentangnya?

Sabatina Aziz berkata hukuman keras perlu dikenakan ke atas pembuli jalanraya agar yang lain menghindari kesalahan serupa.

“Kita tidak harus biarkan mereka terlepas. Lihat Kiki. Dia mengancam seorang warga emas dan lelaki itu terpaksa membayar akibat kemarahannya.

“Kemarahan orang ramai tidak cukup. Kiki perlu membayar kemusnahan yang menimpa kenderaan lelaki itu dan dipenjara selama dua bulan agar orang lain mengambil iktibar dan tidak bertolak ansur dengan kesalahan sebegitu,” ujar Sabatina.

Anwar Faiz Ahmad Tajudin dan Joseph Wong pula berpandangan “nama dan malukan” merupakan langkah terbaik.

“Saya fikir khidmat masyarakat perlu dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan kesalahan kecil termasuk melanggar lampu merah, meletak kenderaan secara salah dan memandu di lorong kecemasan. Ini bermaksud mereka perlu mengutip sampah dan mencuci tandas selama 100 jam minima. Kalau boleh, ia perlu dipertontonkan kepada umum agar pesalahlaku berasa malu dan berfikir dua kali sebelum membuli.

“Seperti Lesen P, perlu ada Lesen R bagi pembuli jalanraya yang kerap melakukan kesalahan dan pihak berkuasa perlu lihat lesen mereka dan tahu apa jenis kesalahan yang dilakukan. Kenderaan dengan Lesen R dapat diperhati semua pihak,” ujar Anwar.

Joseph bersetuju dengan Anwar sambil menambah lesen R perlu dikekalkan selama dua tahun dan sekiranya kesalahan diulangi, lesen memandu seseorang pembuli boleh dibatalkan terus.

Beliau juga berkata pihak berkuasa perlu menilai kembali asas bagi pemanduan berhemah.

“Kita perlu bermula dari bawah ketika pemandu mahu mendapatkan lesen. Sebelum memberi lesen, pemandu mesti disahkan pemandu berhemah.

“Sebahagian pengajaran di akademi memandu perlu menekankan pemanduan berhemah dan bukan hanya keadaan di jalanraya. Jika pemandu didapati melakukan kesalahan pembulian, sekolah memandu juga perlu dikenakan hukuman. Akademi memandu perlu lebih serius di dalam menerapkan pemanduan berhemah.

“Jika tidak, macam-macam pengguna jalanraya dilahirkan,” ujar Joseph.

Bagi Jeevan Ramachandran, pembuli jalanraya perlu diberi laluan.

“Mereka menganggap kita sebagai halangan. Maka cara terbaik ialah dengan memberi mereka laluan. Tak guna melawan kerana setiap pemandu perlu sedar situasi yang dihadapi.

“Anda juga boleh mencatat nombor pendaftaran dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Tindakan boleh dilakukan kemudian. Jangan mengambil risiko kerana ramai yang kini marah-marah tak tentu pasal. Jangan melakukan provokasi dan langkah pencegahan adalah yang terbaik,” kata Jeevan.

Beliau turut berpandangan penguatkuasaan ketat diperlukan terhadap pembuli jalanraya agar ia dapat dihalang dari berlaku secara kerap.

Ragunath berpendapat, kita sudah memiliki undang-undang.

Walaupun terdapat banyak papan tanda, amaran dan kamera, pemandu di Malaysia masih melakukan pelbagai kesalahan terutama ketika musim perayaan. Angka kematian juga semakin meningkat sehingga pihak polis terpaksa melakukan pelbagai operasi menjaga keselamatan pengguna jalanraya.

Meletak kenderaan secara hentam keromo, melanggar lampu merah dan sebagainya masih berterusan.

Jadi apa kata kita perkenalkan langkah “namakan dan malukan” sebagai langkah penguatkuasaan?

Bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa