Saturday, January 17, 2015

Kantoi juga akhirnya!

Kakitangan awam kerja lebih masa dibelasah separuh mati di Putrajaya
OLEH RADZUAN HASSAN DI PUTRAJAYA - 17 JAN 2015 (3 MIN AGO)

Seorang kakitangan awam yang mahu bekerja lebih masa nyaris maut selepas diserang seorang lelaki di Putrajaya dekat sini semalam.
Wanita malang terbabit cedera parah di bahagian muka dan berlumuran darah ketika ditemui orang ramai.
Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam itu dipercayai dilakukan seorang juruteknik di bangunan yang sama yang cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan yang menempatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu untuk meminta lampu di pejabatnya di tingkat 24 tidak dimatikan bagi membolehkannya meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan naik ke pejabat mangsa dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa. Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa dipukul di kepala sehingga berdarah. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri.
Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri sambil merangkak kesakitan ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.
Lelaki yang bekerja sebagai juruteknik elektrik itu didakwa memukulnya kebetulan turut berada di kafe dan berpura-pura terkejut melihat kejadian itu dan menyangka wanita itu tidak mengecamnya kerana kejadian berlaku di dalam gelap.
Bagaimanapun, mangsa mengenali suara lelaki terbabit dan meminta orang ramai yang berada disitu menangkapnya. Mereka yang berada di kafe itu juga mendapati percikan darah juga masih terdapat pada baju dan cermin mata lelaki terbabit.
Lelaki terbabit kemudiannya ditahan polis untuk siasatan lanjut. Berita mengenai kejadian itu yang dimuat naik beberapa blog dan portal menjadi viral di laman media dan mangsa kini difahamkan menerima rawatan lanjut di hospital.-- MalaysiaGazette

5 comments:

  1. Orang orang Melayu saja.

    Nak ngentot free dan tak nak tanggung jawab.


    Orang Melayu pulak , kerja gomen pulak.

    Bahalal saja.

    ReplyDelete
  2. melayu dididik olih umno bn kaki porno fitnah kaki rogol macam peminpin mereka juga perangai serupa 2x5 kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Syukur, Malaysia masih aman...

    ReplyDelete
  4. Ni kaki dadah kot... Kat putra jaya dah jadi mcm samapah... Dah xselamat.. Nama pusat pentadbiran tp dah jadi pusat menghisaap plk.. Tgk geng pegawai kat sana.. Mgkn lak lalok dan xpi keje pun... Pegawai tadbir kena kerap tukar... Xlebih dr 3 tahun... Nak duduk lama kena berfungsi dgn baik... Mana lalok dan xkeje tu antar le ke HBUk.. Kasi habis beras dan bonus saja...

    ReplyDelete
  5. biasa juruteknik ni keje dengan syarikat maintainance la. bukan pekerja gomen. diorg yang jaga suiz lampu dan aircond dan segala hal yang berkaitan penyelenggaraan bangunan yang diberi kontrak oleh kementerian sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa