Tuesday, January 6, 2015

Laporan Yang Buatkan Orang PAS Rasa Bengang!

Pemimpin PAS Kelantan kaya luar biasa
 | January 6, 2015
Bukan saja jutaan ringgit disimpan di negara jiran, mereka juga berkahwin dengan orang Kemboja
ramesh_rao_300PETALING JAYA: Terdapat segelintir pemimpin PAS di Kelantan memiliki kekayaan luar biasa, kata Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao.
Sehubungan itu, beliau mendesak supaya satu badan menyiasat akaun dan kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin PAS terbabit.
Katanya, pemimpin PAS berkenaan terdiri dalam kalangan bekas Exco dan Exco PAS yang memiliki sejumlah wang jutaan ringgit Malaysia yang disimpan di Selatan Thailand. Antaranya di Yala, Songkla, Patani dan juga Kemboja.
Beliau juga mendakwa ada juga dalam kalangan pemimpin PAS itu berkahwin dengan orang Kemboja.
Namun, katanya, individu terbabit bijak dan pandai memanipulasi keadaaan.
“Mereka boleh mengatakan ini satu fitnah dan juga berani untuk mengemukakan saman dengan mengupah peguam mereka untuk mempertahankan kekayaan yang dimiliki.
“Saya mahu satu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat mereka. Sekiranya RCI ini ditubuhkan, saya akan berikan kepada mereka punca pendapatan mereka diperolehi dari mana,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabatnya.
Sebelum itu beliau menggesa kerajaan tubuh RCI untuk menyiasat aktiviti pembalakan di Kelantan.
Beliau juga menyokong tindakan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang mendesak kerajaan supaya menubuhkan satu gabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) selesai isu banjir.
Katanya, beliau mendesak Kit Siang untuk meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi mengatasi masalah banjir.
“Jika Kit Siang buat, saya akan sokong dia (Kit Siang). Ini kerana saya tahu, dia melihat sendiri banjir yang berlaku terutama di Kelantan.
“Kit Siang sebagai orang lama, jika dia sudah bising bermakna memang teruk banjir kali ini. Kerajaan Persekutuan perlu ambil tindakan,” ujarnya.

Tunjuk ‘kejantanan’, siasat isu balak
 | January 6, 2015
Kerajaan digesa menubuhkan RCI siasat aktiviti pembalakan, masalah banjir di Kelantan.
kelantan balakPETALING JAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyelesaikan isu pembalakan yang dikatakan punca banjir di Kelantan.
Presidennya Ramesh Rao juga mendesak supaya RCI yang ditubuhkan itu menyiasat butiran penerima balak, cara pembalakan dilakukan dan sama ada penerima menepati ciri-ciri yang ditetapkan Jabatan Perhutanan.
Katanya, ahli jawatankuasa mestilah terdiri daripada kalangan yang mempunyai kepakaran dalam alam semulajadi.
Ramesh juga mendakwa mengetahui sebab-sebab Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah diam seribu bahasa sedangkan beliau mengetahui mengenai isu pembalakan di Kelantan.
“Kita sendiri sudah mengetahui bahawa banjir luar biasa itu disebabkan aktiviti pembalakan sehingga rumah dihanyut, kayu balak masuk ke dalam rumah dan hanyut ketika banjir di Kelantan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di PJ Indutrial Park.
Beliau juga mendakwa banjir yang berlaku di Kelantan itu telah dijangka oleh sebuah NGO bebas dari luar negara sejak tahun 2010 lagi.
Tambahnya, kerajaan negeri telah diberitahu perkara itu, namun kerajaan pusat dikatakan ingin memalukan kerajaan PAS di Kelantan dan ingin membuat drama.
Ramesh mendakwa banjir yang dahsyat itu berpunca daripada hakisan tanah teruk sehingga menyebabkan rumah dihanyutkan oleh banjir.
Beliau juga mempersoalkan keberadaan suara para pencinta alam yang selalu mempertahankan sumber alam daripada dirakusi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau memberi contoh isu projek Lynas, yang mendapat bantahan banyak pihak untuk menyelamatkan alam semulajadi daripada dirosakkan.
“Namun isu balak ini tidak diambil perhatian. Kalau isu Lynas sanggup, buat demontrasi untuk isu balak juga,” tegasnya.
Tambah Ramesh, RCI juga perlu pantau tabung bencana yang dibuat untuk mengutip bantuan yang ingin disalurkan kepada mangsa banjir atau ketika negara sedang dilanda musibah seperti pencerobohan di Lahad Datu, membantu rakyat Palestin dan juga musibah nahas kapal terbang MH370, MH17 dan terbaru AirAsia.
Tegasnya, kita mahu penubuhan tabung itu didaftarkan oleh jabatan berkuasa agar tidak wujud penipuan dan bantuan sampai terus kepada mangsa.
“Ini tidak, macam-macam tabung diwujudkan yang tidak sahih dan menggunakan nama akuan persecution bukan syarikat yang rasmi,” katanya.
Beliau seterusnya meminta supaya pegawai Pejabat Hutan Daerah direhatkan serta merta, kerana Unit Khas perlu mengambil alih memantau bencana alam.
“Ini bukan sekadar dasar politik tetapi atas nama rakyat yang memerlukan bantuan. Kerajaan Persekutuan perlu sedar dan jangan sampai rakyat bangkit untuk menentang ketirisan dan isu balak ini,” tambah Ramesh.

2 comments:

  1. Orang orang PAS pun ada kontol dan nafau jugak macam bebudak umno.

    Bebudak bahalol bila dapat duit sensng pasti kejar ngentot dulu.

    Ini standard otak bebudak Melayu.

    Tanggung jawab belakang cerita !!!

    ReplyDelete
  2. Det Thambii...lu bawa itu semua dokumen rasuah punya hal....kasi satu salinan kasi sama SPRM, satu kasi sama Setiausaha Agung PAS, satu pada Nik Aziz.

    Lu salak sana sini macam anjing pun tarak guna juga.

    Kalau butul itu worang PAS makan itu rasuah ka balak curi ka...kita cepat-cepat lulus HUDUD di Kelantan, KITA POTONG DIA ORANG PUNYA TANGAN.

    Tapi kalu...itu semua tuduhan tidak butul juga...kita apply itu HUDUD sama Thambi kasi LIDAH sama CHUNDIK potong juga....wokey?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa