Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 7, 2015

Nasib Isteri Pemimpin Yang Jahat

Isteri bekas datuk bandar dipenjara
Mexico City: Isteri bekas datuk bandar Iguala, tempat 43 pelajar kolej hilang September lalu, diarah dipenjarakan kerana tuduhan jenayah terancang.

Maria de los Angeles Pineda sebelum ini ditahan sementara berkait dengan kes yang menggemparkan Mexico itu.

Semua 43 pelajar berkenaan dipercayai mati dibunuh.

Seorang hakim semalam mengeluarkan waran untuk menahan Maria sementara menunggu perbicaraan atas alasan kemungkinan dia terbabit melakukan jenayah terancang dan menjalankan operasi dengan wang yang diperoleh secara haram, kata Tomas Zeron ketua unit siasatan jenayah untuk pejabat pendakwa raya.

Pelajar berkenaan hilang pada 26 September, dipercayai dibunuh secara beramai-ramai oleh kumpulan yang disokong polis.

Pengakuan ketika disoal siasat menunjukkan bekas datuk bandar Jose Luis Abarca mengarahkan polis bertindak terhadap pelajar itu bagi menyekat mereka daripada menunjuk perasaan di satu majlis yang dihadiri isterinya.

Pihak berkuasa berkata, pelajar kolej itu hilang selepas kumpulan yang ada hubungan dengan polis menyerang bas mereka di bandar Iguala, dipercayai selepas menerima arahan datuk bandar itu dan isterinya. - AFP

2 comments:

  1. Jauh beda dengan kawan mat bahalol.

    ReplyDelete
  2. Wang haram, kumpulan haram, majlis haram dan pembunuhan haram.
    Natijah dari salah guna kuasa, rasuah, kepurapuraan dan angkuh. Hancuss
    Oh dunia, kini fitnah dan kepalsuan berleluasa!!!!!.......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa