Tuesday, September 29, 2015

Puii.......salah orang jer dia nampak, sendiri tak salah sebab maksum?

Puak-puak wala'un bolehlah dikelentong!
Alaah........apa kisah, Amanah takkan bertahan 2 tahun pun.....

Hadi, pemimpin PAS ‘hilang saudara’ kerana Amanah
Published: 29 September 2015 7:00 AM
Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) turut mengakibatkan perpecahan di di kalangan ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015

Tindakan pemimpin progresif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan perpecahan bukan saja di kalangan ahli dan pemimpinnya bahkan juga ahli keluarga pimpinan utama PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi yang berpangkalan di Rusila, Marang, Terengganu kehilangan keluarganya apabila anak saudara di sebelah isterinya, Miqdad Zakaria, dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang.
Pada 19 September, Miqdad bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan Marang.
"Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad kepada The Malaysian Insider.
Rumah Miqdad hanya 200 meter saja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan kekal hingga sekarang.
Namun Miqdad terpaksa membayar harga yang mahal dengan keputusannya menerima pelantikan sebagai ketua Amanah Marang, kawasan Parlimen yang diwakili Hadi, apabila beliau diboikot penyokong PAS di tempat tinggalnya sendiri.
"Saya akan hadapi semuanya walaupun pelbagai perkara dilakukan mereka (penyokong dan ahli PAS).
"Saya diboikot mereka, salam saya tidak berjawab, 24 surau dan masjid yang selama ini saya dijemput untuk memberikan kuliah sudah berhenti berbuat demikian," cerita Miqdad yang belajar di Universiti Al Azhar sebelum ini.
Apa yang dialami Miqdad boleh difahami logiknya kerana Rusila adalah kubu PAS sejak dulu.
Hadi, yang memberikan kuliah mingguan di Masjid Rusila sejak 1980-an, dalam kenyataannya sebelum ini menyifatkan mereka yang menyertai Amanah adalah pengkhianat dan tidak akan bekerjasama dengan mereka.
Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, pihaknya menyedari penyertaan Miqdad yang mempunyai pertalian darah dengan Hadi.
"Saya maklum penyertaan beliau, tetapi saya tidak pasti beliau merupakan anak saudara Hadi, ataupun anak saudara isteri Hadi.
"Sepatutnya tidak menjadi isu kerana mereka sertai Amanah atau mana-mana parti dengan kerelaan masing-masing," katanya.
Beliau turut mengakui mempunyai saudara mara yang merupakan ahli PAS dan Umno.
"Sesiapa pun yang menyertai Amanah adalah atas kepercayan mereka terhadap parti.
"Ada juga ibu dan bapa yang sertai Amanah, tetapi anak mereka masih mahu bersama PAS, itu tidak menjadi isu," katanya.
Apa yang dialami Hadi, sama seperti Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Salleh apabila adiknya, Saberi Salleh sendiri turut menyokong Amanah.
Saberi yang kini tinggal di Pasir Puteh, Kelantan juga menjadi penggerak utama penentangan terhadap kepimpinan PAS sejak penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa, kemudiannya Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kini Amanah.
Di Bachok, Kelantan anak dan cucu bekas yang dipertua PAS Bachok allahyarham Datuk Omar Muhamad juga menjadi penggerak utama Amanah kawasan itu.
Khairudin Omar, anak bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kini ketua Amanah Bachok manakala anak beliau yang juga cucu Omar, Syahidulamri Khairudin ketua Pemuda Amanah Bachok.
PAS kini berpecah kepada 2 dengan kelahiran Amanah. Ketika pelancarannya 16 September lalu, Kelantan menjadi penyumbang ahlinya yang paling ramai iaitu 8,000 daripada kira-kira 30,000 ahli Amanah yang berdaftar ketika itu.
Menjelang hujung tahun ini, Amanah mensasarkan keahliannya seramai 100,000 orang yang majoritinya bekas ahli PAS.
Amanah dalam kempennya terus mahu menyebarkan kasih sayang dengan taglinenya Amanah Sayang Semua, tetapi sukar bagi PAS menerimanya kerana bagi mereka Amanah adalah pengkhianat perjuangan mereka. – 29 September, 2015.

8 comments:

  1. Dah nyanyuk ke si tua bangka hj hadi ni? Selepas muktamar pas dia cabar kumpulan progresif supaya keluar parti dan tubuhkan parti sendiri jika tak puas hati. Tapi sekarang dia nak salahkan PAN pasal apa? Pas ni agama ke parti? Bengong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia salahkan pan sebab jumlah walaunta semakin kurang kerana ramai dah masuk pan.

      Delete
  2. apa nak pelik. bini nabi nuh pun ikut golongan kafir jugak. anak ust fadzil noor pun tak paham perjuangan bapa sendiri. jenis2 mcm ni mmg ramai. bagus jugak dah kenal kaler masing2 skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda perlu mencari sebab musabab senario ini terjadi.

      Delete
    2. Sebab faham dia ikut AMANAH. Arwah UFN yg memulakan langkah awal menarik kumpulan professional dan non-muslim mendekati PAS. La ni.. tok guru marang dok caci-cela org. ..elok la dia cari wadah lain untuk teruskan perjuangan arwah ayahandanya. Bukan macam marang & the gang... berebut jawatang

      Delete
  3. Pada dasarnya bila parti islam terbelah makan yang ditengah adalah syaitan yang akan menyesatkan. nauzubillahminzaliq

    ReplyDelete
  4. Bahalol sudah macam Mat Bahalol aka Mat Mongol

    Ada MASYOOKKKKKKK !!!!!!!

    ReplyDelete
  5. ini mcm kalo, dua iman juga sembahyang.

    nampaknya ahli pas totok ini tak dpt bezakan parti dan agama.

    pada ahli pas. sila tanya hadi: berikan nas yg menghalalkan

    1. dia memfitnah org lain - pil kuda
    2. dia khianat letak calon dikerusi pkr
    3. dia ponteng sidang parlimen tanpa uzur syarie
    4. dia cuba rasuah azmin dgn jwtn mb
    5. jadi mp adun makan gaji buta, bisu masa persidangan
    6. sokong umno yg zalim

    Allah swt beri akal utk berfikir. bukan ikut buta tuli tanpa hujah. perwakilan yg undi ikut cai, korg kena jwb dimahkamah Allah swt nanti. segala perbuatan org yg korg undi akan dpt pd kamu juga...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa