‘Kalau saya sebut nama, nanti mereka malu’
Muhyiddin berkata, sebilangan pemimpin Umno yang menghentamnya kini pernah mengadu kepadanya tentang skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa “beberapa pemimpin tertinggi UMNO” pernah berjumpa dengannya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu 1MDB.
Namun pemimpin-pemimpin yang sama katanya, kini menghentamnya pula kerana bersuara.
“Waktu saya dalam kerajaan, ada beberapa pemimpin dalam parti dan kerajaan datang jumpa saya selaku orang nombor dua (dalam UMNO), perihal kepimpinan negara.
“Saya cadangkan agar mereka bertemu sendiri dengan presiden, tetapi mereka tidak berani. Sekarang mereka juga bantai saya,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan pertamanya selepas penggantungan, mendakwa beberapa pemimpin utama UMNO pernah datang bertemunya mengadu tentang beberapa skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.
Bagaimanapun, Muhyiddin enggan mendedahkan identiti pemimpin-pemimpin tersebut ketika ditanya wartawan.
“Kalau saya sebut nanti mereka malu, nanti Presiden tanya dan mungkin tanggung akibat yang sama.
“Tak kisahlah mereka duduk senang-lenang dan saya begini. Tak mengapa,” katanya.
Ada sesiapa boleh tolong raba dan sah kan hahaha Muhyideen ni ada telur....buat malu Johor jer..
ReplyDeletetak payah sebutlah biar kat depa la tanggung sendiri
ReplyDeletetotok mana reti walau dah kena katok
nak buat macam mana masing ada bau hancing
nak lawan betoi betoi takut pulak kantoi
sebab depa pun ada simpan ketoi nak baling
bukan sebarang orang yang berani lawan macam anwar
masa bermula era refomasi matlamat utama turunkan TDM,TDM yg teruk tu turun ganti TAB,lg teruk,turun TAB naik Najib,worst.kalau najib turun adakah bakal2 pengganti najib akan jadi lebih baik?sapa mereka: zahid?hisyamudin?shafei afdal?muhyidin?nazri aziz?list ini panjang tp satu pun x boleh pakai selagi sistem yg dipraktikan oleh UMNO/BN masih sama.mimpi la nk dpt Malaysia yg lebih baik
ReplyDelete