Friday, November 25, 2016

Bangang: Bukti terang-terangan pun, media juga yang salah!

Tajuddin 'malas' ulas, dakwa media sensasikan isu
Shakira Buang   Hari ini, 7:00 pagi
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak mahu mengulas kenyataan polis yang meminta anaknya menyerah diri bagi membantu siasatan kes merusuh di kawasan parlimen semalam.

Sebaliknya Tajuddin menyalahkan media kerana didakwanya dilihat sengaja mensensasikan sesuatu perkara berdasarkan apa yang disukainya sahaja.

"Jangan main satu itu sahaja. Kamu kena lihat isu ini dalam konteks yang betul. Baru kamu boleh tanya dengan tujuan dan niat yang betul.

"Kamu rakam ini (kejadian rusuhan) dan kamu lapor apa yang kamu minat lapor.

"Kamu tak lapor apa perkara yang sebenarnya berlaku. Kamu tulis apa yang kamu minat," kata Tajuddin kepada pemberita di Putrajaya malam tadi.

Tajuddin berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perjumpaan pegawai IADA Seberang Perak dan ketua jabatan dan agensi kawasan Parlimen Pasir Salak.

Polis semalam meminta 10 individu, termasuk anak timbalan menteri Umno itu Firdaus Tajuddin menyerah diri bagi membantu siasatan kes merusuh di kawasan parlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata siasatan dibuat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Selain Firdaus, 34, polis turut meminta sembilan yang lain menyerah diri.

Mengulas lanjut, anggota Parlimen Pasir Salak itu berkata media hanya akan bertanya tentang perkara yang diminatinya sahaja dan bukan kerana perkara yang betul.

"Apa point kamu? Kamu tanya saya apa yang kamu minat dan bukan sebab perkara betul.

"Jika kamu minat dengan perkara yang betul. Saya boleh jawab. Jika kamu minat apa yang kamu suka, seronok dan reka sensasi, malaslah saya," kata Tajuddin.

Tajuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno itu sebelum ini dilaporkan mengesahkan anaknya adalah antara mereka yang ada di perkarangan parlimen ketika sekumpulan orang awam 'menyerang' Khalid Samad pagi semalam.

Bagaimanapun, Tajuddin menafikan menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen.

Tajuddin juga dilaporkan berkata “mereka melindungi rakyat Pasir Salak”.

Sebelum ini, Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (DAP-Seputeh) wanita yang mempunyai nama dengan perkataan 'Kok' di Seputeh.

Bagaimanapun, gurauan tersebut menyebabkan Dewan Rakyat kecoh dengan beberapa anggota Parlimen pembangkang membantah tindakannya itu termasuk Khalid yang berkata 'sial'.

Kekecohan itu bagaimanapun ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan 'Kok' adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.

2 comments:

  1. menda betul..dah tak ada alasan dah...terpaksa la belit belit kan percakapan

    ReplyDelete
  2. Tajuddin cuba menafikan dia menghina Teresa tp cctv dewan parlimen rekod segala kata2 dia.
    Di luar parlimen anak Tajuddin serta kuncu2 dia dirakam (smartphone?) cuba mengkasari Khalid. Dgn adanya bukti rakaman pun dia cuba nak menafikan lagi. Bayangkan jk tak ada bukti rakaman tu dia akan kelentong org kampung dia habis2. Begitulah caranya dia berjaya menjadi MP. Modus operandi MP2 Umno lain pun lebih kurang begitu juga agaknya tapi dgn adanya smartphone, bukti rakaman lebih mudah dihasilkan, jd susah sikit utk badut2 ni nak kelentong org.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa